Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SUNGAI BULOH

SELANGOR DARUL EHSAN

PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN

PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

CADANGAN PENYELIDIKAN

Nama Ahli 1. Dzulfathil Putera Bin Sidin (BPPKP2018-0036)


Kumpulan 2. Mohd Harikem Bin Buang (BPPKP2018-0058)
3. Nazmi Bin Japar (BPPKP2018-0076)
Dan No. 4. Nur Fityah Athirah Binti Jaafar (BPPKP2018-0080)
Matrik
Bidang Kajian Kualiti Udara
Tajuk Kajian Kajian Tahap Keupayaan Paru-Paru pelatih semester 4 Program
Kesihatan Persekitaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia, Sungai Buloh Dan Pendedahan Partikel (PM10) Di
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh,
Selangor yang disebabkan oleh jerebu.

ISI KANDUNGAN
1

Isi Kandungan Muka Surat


Isi Kandungan 1
Latar Belakang 2
Kenyataan Masalah 4
Kepentingan Kajian 5
Objektif Umum 6
Objektif Khusus 6
Hipotesis Kajian 6
Rangka Konseptual 7
2

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1. LATAR BELAKANG

Negara Malaysia dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Dalam masa
yang sama, masalah pencemaran udara merupakan salah satu fenomena yang
semakin serius dan dihadapi di semua kawasan sama ada di negara maju atau
negara sedang membangun.

Masalah kualiti udara ini dapat dikaitkan dengan proses pembangunan


sesebuah negara terutamanya dalam proses urbanisasi dan pembangunan aktiviti
perindustrian. Walaupun pembangunan industri ini dilihat mampu meningkatkan taraf
sosio-ekonomi penduduk namun, secara tidak langsung aktiviti ini turut
mempengaruhi kepada masalah pencemaran udara (Wahab, 1996; Mohd Talib Latif
et al., 2010).

Kebiasaanya, terdapat lima jenis pencemar yang dipantau iaitu PM10, karbon
monoksida, nitrogen monoksida, sulfur dioksida dan ozon. Namun, pencemaran
PM10 adalah lebih ditekankan berbanding dengan jenis pencemar yang lain
(Jabatan Alam Sekitar, 2014). Afroz et al. (2003) dan Awang et al. (2000) mendapati
PM10 merupakan antara pencemar utama yang mempengaruhi kualiti udara di
Malaysia.

Keupayaan paru-paru boleh ditafsirkan dalam beberapa bentuk dan juga cara
yang berbeza menggunakan pelbagai kriteria yang berbeza berdasarkan gejala,
fisiologi, kemrosotan dan juga keabnormalan patologi. Menurut (K. Pratt, 2015),
pendedahan habuk bermula apabila habuk memasuki saluran pernafasan atas iaitu
bahagian hidung dan mulut melalui pernafasan. Kemudian, habuk akan terus turun
ke bawah melalui trakea, bronkus, bronkiol sehinggalah sampai pada alveolus.
Walaubagaimanapun, habuk yang termasuk dalam tubuh manusia ini boleh
dibersihkan oleh mukosiliari dengan menolak habuk ini ke permukaan glottis. Habuk
ini juga akan menjalani proses fagositosis sekiranya ia berada pada bahagian
alveolus. Habuk yang telah memasuki paru-paru akan menyebabkan luka pada
3

paru-paru berlaku. Parut pada tisu paru-paru akan menyebabkan pertukaran gas
pada alveolus merosot.

Dengan itu, kajian ini dilakukan adalah bagi mengkaji tahap keupayaan paru-
paru dan pendedahan partikel (PM10) terhadap kesihatan pelatih semester 4
Program Kesihatan Persekitaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
Sungai Buloh. Kajian ini dilakukan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia Sungai Buloh memandangkan institut ini terdedah dengan jerebu.
Kawasan Sungai Buloh merupakan kawasan yang berkembang pesat dengan aktiviti
perindustiran yang banyak melibatkan aktiviti manusia. Oleh itu, terdapat banyak
aduan dari pelbagai pihak berikutan pencemaran udara di kawasan tersebut.

1.2. Kenyataan Masalah

Menurut laporan daripada World Health Organisation (2016), menjelaskan bahawa


pencemaran udara mewakili risiko alam sekitar yang paling besar kepada kesihatan.
Pada tahun 2012, satu daripada setiap sembilan kematian adalah akibat daripada
keadaan berkaitan pencemaran udara. Dari jumlah kematian tersebut, kira-kira 3 juta
adalah disebabkan oleh pencemaran udara di persekitaran luar. Pencemaran udara
memberi kesan kepada semua tempat, sosioekonomi, dan semua lapisan umur
masyarakat. Sesetengah tempat mempunyai tahap pencemaran udara yang
beberapa kali lebih tinggi daripada yang dianggap selamat oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia Garis panduan kualiti udara (WHO). Pencemaran udara
digunakan sebagai penanda pembangunan, kerana sumber pencemaran udara juga
menghasilkan pencemar pada iklim (CO2 atau black carbon).

Selain itu, bahan pencemar udara paling berkaitan dengan kematian dan
penyakit yang banyak adalah PM10 dan 2.5 (zarah bersaiz 10 dan 2.5 micrometres
dalam diameter), dihasilkan dengan berlebihan oleh kedua-dua kenderaan diesel
dan pembakaran biomas, arang batu dan minyak kerosin (World Health
Organisation, 2016). Kebanyakan kematian yang berkaitan dengan pencemaran
adalah dari penyakit jantung dan strok, diikuti oleh penyakit obstruktif kronik
pulmonari, pernafasan akut dan kanser. Tindakan segera untuk menangani
pencemaran udara di kawasan bandar diperlukan untuk meningkatkan kesihatan
dan kesejahteraan. Hanya 12% dari bandar-bandar di seluruh dunia memenuhi garis
panduan kualiti udara WHO, dengan beberapa bandar yang mengalami tahap
4

pencemaran 2 hingga 5 kali lebih tinggi daripada standard garis panduan dalam
laporan Air pollution, Climate and Health pada tahun 2016.

Bagi mengatasi permasalahan tentang kualiti udara ini, pemantauan bagi


masalah pencemaran udara yang disebabkan PM10 perlu dipantau secara kerap
dan perlu dilaraskan dengan mengikuti faktor sekeliling. Pengukuran parameter
udara perlu dipastikan berada pada tahap yang sesuai mengikut piawaian yang
ditetapkan.

1.3. Kepentingan Kajian

Pendedahan pencemaran udara terhadap orang dewasa adalah menjadi satu


masalah yang serius kerana sistem imun dan fungsi paru-paru mereka yang belum
matang dan ianya berbeza jika dibandingkan dengan orang dewasa (Zahari et al.,
2019).

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh mana tahap kesihatan paru-
paru pelatih semester 4 Program Kesihatan Persekitaran Institut Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh. Dimana sebelum ini status tahap
kesihatan paru-pelatih semester 4 belum diketahui setelah terdedah kepada
pencemaran udara dari masalah jerebu di kawasan Sungai Buloh ini. Di samping itu,
kajian ini akan mendedahkan tahap kepekatan beberapa logam dalam partikel
(PM10) hasil dari masalah jerebu yang melanda negara ini.

Selain itu, isu yang akan diketengahkan dalam kajian ini adalah tentang
masalah pencemaran udara yang berlaku di Institut Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia, Sungai Buloh. Hal ini penting kerana hari ini kita dikejutkan oleh kejadian
yang berlaku di sungai kim kim dimana 111 sekolah ditutup di daerah pasir gudang
dan sejumlah 947 orang dirawat dengan 9 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU)
akibat terdedah pencemaran udara yang berlaku susulan daripada pembuangan
sisa toksik di sungai kim kim. Pencemaran udara yang berlaku akan merugikan
semua pihak kerana terdapat kos yang sangat tinggi untuk memulihkan keadaan
kepada sedia kala dan selamat untuk dihuni semula.

Di samping itu, kajian ini juga akan memberikan kesedaran kepada semua
golongan termasuk ibu bapa, pihak Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia,
Sungai Buloh dan pihak berkuasa tentang kesan dan bahaya pencemaran udara di
5

dalam kehidupan seharian. Tambahan lagi, pihak yang terlibat akan menambah
pengetahuan mereka tentang jerebu dan bahaya yang boleh timbul sekiranya terjadi
jerebu.

1.4. OBJEKTIF KAJIAN


1.4.1. Objektif umum

Untuk mengkaji tahap keupayaan paru-paru pelatih semester 4 Program Kesihatan


Persekitaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh dan
pendedahan PM 10 di Sungai Buloh, Selangor.

1.4.2. Objektif Khusus

 Untuk menilai kehadiran PM 10 di persekitaran Institut Latihan Kementerian


Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh.
 Mengenalpasti keupayaan paru-paru pelatih semester 4 Program Kesihatan
Persekitaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh.
 Untuk mengkaji perkaitan di antara masalah paru-paru dan faktor umur
pelatih semester 4 Program Kesihatan Persekitaran Institut Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh.
 Untuk menghubungkaitkan di antara tahap kepekatan partikel terampai (PM
10) dan kesihatan paru-paru dalam kalangan pelatih semester 4 Program
Kesihatan Persekitaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia,
Sungai Buloh.

1.5. HIPOTESIS KAJIAN

 Hipotesis Nul (Ho): Tiada perkaitan antara masalah paru-paru dan faktor
umur pelatih semester 4 Program Kesihatan Persekitaran Institut Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh.

Hipotesis Alternatif (Ha): Terdapat perkaitan antara masaalah paru-paru dan


faktor umur pelatih semester 4 Program Kesihatan Persekitaran Institut
Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh.
6

 Hipotesis Null (Ho): Tiada perkaitan antara tahap kepekatan partikel


terampai (PM10) dengan kesihatan paru-paru pelatih semester 4 Program
Kesihatan Persekitaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia,
Sungai Buloh.

Hipotesis Alternatif (Ha): Terdapat perkaitan antara tahap kepekatan partikel


terampai (PM10) dengan kesihatan paru-paru pelatih semester 4 Program
Kesihatan Persekitaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia,
Sungai Buloh.

1.6. Rangka Konseptual

Rajah 1: Rajah Rangka Konseptual

Rangka konseptual kajian dibina mengambil kira hasil kajian terdahulu dengan
penyesesuaian supaya dapat menghasilkan maklumat yang lebih terperinci.

Menurut Adnan dan Hamdan (2018), pembangunan pesat kini telah mengakibatkan
masalah kemerosotan alam sekitar seiring dengan peningkatan penggunaan produk
dan pelbagai barangan lain kesan daripada peningkatan pendapatan, kemajuan
teknologi dan juga pertambahan penduduk.
7

Menerusi Laporan Kualiti Alam Sekeliling (1996), masalah pencemaran udara


yang dihasilkan oleh sumber bergerak seperti kenderaan bermotor merupakan
masalah serius iaitu 81.8% beban pencemaran udara yang dikeluarkan dari tahun
1992 hingga 1996. Pertambahan jumlah kenderaan bermotor merupakan punca
peratusan beban pencemaran menaik dengan mendadak.

Selain itu, Mazni Binti Bali (2014) memetik Sham Sani (1982) menegaskan
proses perindustrian seperti kilang simen, kilang kimia, kuari dan kerja-kerja
berkaitan dengan batu-bata, seramik dan asbestos juga menyumbang kepada
pembebasan gas sulfur oksida, partikel terampai, nitrogen oksida dan termasuklah
plumbum, raksa dan beberapa lagi sisa yang dihasilkan dalam proses yang
melibatkan perindustrian.

Bahan-bahan sisa bandar berjumlah 3.7 tan setahun telah dibakar secara
terbuka (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1996). Amalan pembakaran terbuka seperti
ini akan menghasilkan partikel-pertikel halus, bau busuk dan asap bertoksid.
Jabatan Alam Sekitar telah menganggarkan kira-kira 3.8% daripada jumlah
pencemaran udara telah disumbangkan oleh pembakaran secara terbuka di tempat
pelupusan sampah pada tahun 1995 dan menurun sehingga 0.9% pada tahun 1996.
Selain itu pembakaran hutan secara besar-besaran boleh menyebabkan udara
berjerebu dan mengurangkan tahap kebolehlihatan. Pembakaran hutan ini akan
mengeluarkan habuk yang terampai dalam udara, asap, debu-debu dan gas yang
boleh menyebabklan kemerosotan kualiti udara.

You might also like