Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TAJUK: Memperkukuh kemahiran penyelidikan pelajar siswazah di

Fakulti Pendidikan

Ringkasan Cadangan Penyelidikan (sekitar 300-500 perkataan)


(Meliputi sinopsis, objektif, metodologi)

(i) Sinopsis Penyelidikan:

Selaras dengan status UKM sebagai universiti penyelidikan, graduan yang


dihasilkan seharusnya memperkembangkan citra UKM dengan menunjukkan
kemahiran penyelidikan yang dapat digunakan dengan berkesan dalam
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dalam dunia pekerjaan
mereka kelak. Justeru, Fakulti Pendidikan sama-sama menjunjung aspirasi
ini bagi melahirkan bakal pendidik yang mempunyai kemahiran penyelidikan
yang sangat berguna bagi membantu penyelesaian masalah berkaitan dengan
dunia pendidikan yang semakin mencabar sekarang. Salah satu kemahiran
yang sangat penting yang menjadi asas kepada penyelidikan yang berkesan
ialah kemahiran mengenal pasti isu-isu dalam bidang pendidikan yang boleh
dijadikan masalah kajian untuk dikaji. Kemahiran penyelidikan ini dijangka
dapat dipupuk melalui kursus latihan ilmiah yang diambil oleh pelajar tahun
akhir di Fakulti Pendidikan. Pengalaman lepas mengendalikan latihan ilmiah
di Fakulti mendapati kebanyakan pelajar menghadapi masalah untuk
mengenal pasti isu-isu yang sesuai dalam membina kerangka masalah kajian
mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti intervensi yang sesuai
untuk membantu pelajar Fakulti Pendidikan mengenal pasti isu yang sesuai
untuk membina masalah kajian yang dapat mencipta kajian-kajian berimpak
tinggi dalam bidang pendidikan.

ii) Objektif Penyelidikan:

a. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mengenal


pasti isu dan pembinaan masalah kajian
b. Merancang dan melaksanakan intervensi yang sesuai untuk
membimbing pelajar membina masalah kajian mereka
c. Menilai keberkesanan intervensi yang dijalankan
d. Mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan kursus kemahiran
penyelidikan

(iii) Metodologi Penyelidikan:

a. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian tindakan tiga kitaran


b. Sampel terdiri daripada pelajar-pelajar yang mendaftar kursus
Kaedah penyelidikan
c. Prosedur kajian tindakan bagi setiap kitaran meliputi fasa-fasa: 1)
fasa refleksi awal untuk mengenal pasti isu, masalah dan situasi
kajian, 2) fasa perancangan, 3)fasa pelaksanaan tindakan, 4)fasa
pemerhatian dan penganalisisan dan 5)fasa refleksi dan penilaian
a. Kitaran 1 akan dijalankan mulai Sept 2011
b. Kitaran 2 akan dijalankan mulai April 2012
c. Kitaran 3 akan dijalankan mulai Sept 2012

Aktiviti Kitaran 1:
Fasa 1: Memungut data awal untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh pelajar
Fasa 2: Merancang intervensi untuk membimbing pelajar mengenal pasti isu
dan masalah kajian dalam bidang pendidikan
Fasa 3: Melaksanakan intervensi
Fasa 4: Membuat pemerhatian / Mengutip dan menganalisa data

Aktiviti KItaran 2:
Fasa 1: Membuat penilaian untuk mengenalpasti keberkesanan intervensi
yang dijalankan dalam kitaran 1
Fasa 2: Menggunakan hasil penilaian untuk merancang modifikasi
pelaksanaan untuk memperbaiki hasil
Fasa 3: Melaksanakan intervensi kitar 2
Fasa 4: Membuat pemerhatian dan menganalisa data
Fasa 5: Membuat refleksi dan penilaian untuk cadangan pelaksanaan
perjalanan kursus latihan ilmiah pada sesi seterusnya

Aktiviti KItaran 3:
Fasa 1: Sama seperti fasa 5 dalam kitaran 2
Fasa 2: Menggunakan cadangan pelaksanaan untuk merancang tindakan
Fasa 3: Melaksanakan cadangan pelaksanaan
Fasa 4: Membuat pemerhatian dan menganalisa data
Fasa 5: Membuat refleksi dan penilaian untuk membina model pengajaran
untuk meningkatkan kemahiran penyelidikan pelajar

CADANGAN PENYELIDIKAN DISEDIAKAN OLEH:

Ketua: Prof Madya Dr Saemah Rahman


Ahli: Prof Madya Dr Ruhizan Mohd Yasin
Prof Datuk Subahan Mohd Meerah

You might also like