Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 1-4, BLOK F9, KOMPLEKS F


LEBUH PERDANA TIMUR Telefon : 03-8000 8000
PRESINT 1, 62000 PUTRAJAYA Faks : 03-8871 7499 (Khidmat Pengurusan)/
03-8871 7492 (Perkhidmatan)/
03-8871 7493 (Naik Pangkat Dan Tatatertib)/
03-8871 7494 (Pengambilan Guru)/
03-8871 7485 (Pengambilan Bukan Guru)/
03-8871 7463 (Dasar/Keurusetiaan)
Web : http://www.spp.gov.my

Ruj. Kami : AKP961028015216


Tarikh : 24-NOV-2020

Nama : HAZIRAH BINTI HISHAM


No Kad Pengenalan : 961028015216
Alamat : NO 2 KAMPUNG TEBING TINGGI
MUKIM 4
83000
83000 BATU PAHAT
JOHOR DARUL TAKZIM

Tuan/Puan,

TAWARAN PELANTIKAN TETAP JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Sukacitanya Suruhanjaya ini menawarkan kepada tuan/puan pelantikan ke jawatan seperti berikut:

(a) (i) Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19


(ii) Skim Perkhidmatan : PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN/OPERASI)
(iii) Klasifikasi : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
(iv) Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA
(b) Tarikh Lantikan : TARIKH MELAPORKAN DIRI BERTUGAS
SEPERTI MANA YANG DITETAPKAN OLEH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(c) Gaji Permulaan : RM 1352.00 : JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM GRED N19

Syarat-syarat Tawaran
2. Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut dan tuan/puan dikehendaki :
Sebelum melapor diri:
(a) melengkapkan dan menandatangani Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan;
(b) menjalani pemeriksaan kesihatan dan diperakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar
(pegawai perubatan kerajaan/swasta) dengan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan
Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam;
(c) membuat Akuan Berkanun di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah dengan
menggunakan Surat Akuan Berkanun (Akta Berkanun 1960) ;
Semasa/Selepas melapor diri:
(d) melengkapkan dan menandatangani Surat Aku Janji di hadapan Ketua Jabatan dengan menggunakan
Surat Aku Janji.

Syarat-syarat Setuju Terima Tawaran Pelantikan


3. Syarat-syarat setuju terima tawaran pelantikan adalah seperti berikut:
(a) melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan; dan
(b) mengemukakan semua dokumen yang telah dilengkapkan seperti yang dinyatakan di perenggan 2
kepada Ketua Jabatan pada tarikh lapor diri bertugas.

*Peringatan:
(a) Tuan/Puan dinasihatkan untuk menyimpan satu salinan semua dokumen seperti di perenggan 2 bagi tujuan rekod.
Syarat-syarat Perkhidmatan Yang Ditetapkan
4. Syarat-syarat perkhidmatan berikut perlu dipatuhi bagi pelantikan tuan/puan:
(a) berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh 1 hingga 3 tahun. Dalam tempoh percubaan ini, tuan/puan
dikehendaki hadir dengan jayanya Program Tranformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang
ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan sebelum diperaku untuk disahkan dalam perkhidmatan ;
(b) tertakluk kepada perakuan oleh Ketua Jabatan, tuan/puan yang telah memenuhi syarat dalam tempoh
percubaan boleh diperakukan kepada Suruhanjaya untuk pengesahan dalam perkhidmatan;
(c) sebelum tuan/puan disahkan dalam perkhidmatan, tuan/puan akan diberikan opsyen oleh Ketua Jabatan untuk
memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
(d) sekiranya tuan/puan menolak Skim KWSP, Ketua Jabatan akan memperakukan tuan/puan untuk pemberian
taraf berpencen kepada Suruhanjaya setelah genap 3 (tiga) tahun tempoh perkhidmatan yang dimasuk kira;
(e) perkhidmatan tuan/puan boleh ditamatkan sekiranya gagal disahkan dalam perkhidmatan mengikut peraturan-
peraturan yang sedang berkuat kuasa;
(f) tuan/puan boleh diarahkan untuk berkhidmat di mana-mana tempat oleh Kerajaan; dan
(g) tuan/puan adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan Awam, Skim Perkhidmatan,
Pekeliling, Surat Pekeliling dan peraturan-peraturan serta arahan-arahan lain yang berkuat kuasa dari semasa ke
semasa.

5. Sebarang permohonan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman terdahulu hanya akan
dipertimbangkan sekiranya dikemukakan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh lantikan.

6. Suruhanjaya ini boleh meminda tawaran pelantikan ini sekiranya maklumat lantikan yang tidak tepat atau membatalkan
tawaran pelantikan ini jika didapati maklumat yang dikemukakan adalah palsu.

7. Tawaran pelantikan tuan/puan ini adalah tertakluk kepada apa-apa semakan oleh Kerajaan kepada terma dan
syarat perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Tindakan Ketua Jabatan


8. Ketua Jabatan adalah diminta mengemukakan:
(a) Penyata Kewangan 8 (Kew.8); dan
(b) dokumen di perenggan 2 secara dalam talian melalui Sistem Proses Perkhidmatan (ePROPER) dalam
tempoh 30 hari dari tarikh pegawai melapor diri bertugas.

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(DATUK SUHAIMI BIN JUSOH)


Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Malaysia

"Ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan"

You might also like