Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SURAT PERJANJIAN PENYEWAAN KEDAI

SURAT PERJANJIAN INI DIPERBUAT PADA ...........................................

Di antara : Uniutama Property Sdn. Bhd.(200401007054), yang beralamat K6, Jalan


Keruing 1, Taman Keruing, 06010 Changlun Kedah. Di dalam surat perjanjian ini ianya
dinamakan sebagai Pihak Pertama. DAN

Mohd Sofie Bin Ibrahim No. Kad Pengenalan : 741119-02-5191 yang beralamat di No 7
Lot 5740/KBS/A5, Jalan Sintok KM24 (Batu 15), 06010 Jalan Changlun kedah. Di dalam
surat perjanjian ini ianya dinamakan sebagai Pihak Kedua

SYARAT DAN PERJANJIAN SEWA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Pihak Pertama mempunyai sebuah kedai terletak di 277, Sintok 06010 Changlun
Kedah. Pada hari ini mengaku dan bersetuju menyewakan kedai tersebut kepada
Pihak Kedua untuk selama ...................... Bermula pada .....................................
sehingga ................................. dengan kadar bayaran sewa sebanyak RM300.00
sebulan.
2. Pihak Kedua dengan ini mengaku dan bersetuju untuk menyewa kedai milik Pihak
Pertama yang tersebut di atas untuk selama ........................... sahaja
bermula.......................................... sehingga...................................... dengan kadar
bayaran sewa sebanyak RM300.00 sebulan pada tahun pertama
mulai................................... sehingga...................................
3. Sebelum Pihak Kedua dibenarkan menduduki kedai tersebut Pihak Kedua
dikehendaki membayar :-
3.1 Wang pendahuluan sewa ( deposit ) sebanyak RM600.00 hendaklah dijelaskan
dahulu. Pihak Kedua juga dikehendaki membayar sewa untuk bulan pertama
sebanyak RM300.00. Ini bermakna sebelum Pihak Kedua dibenarkan
menduduki kedai tersebut Pihak Kedua dikehendaki membayar RM900.00
kepada Pihak Pertama. Wang pendahuluan sebanyak RM600.00 akan
dikembalikan oleh Pihak Pertama kepada Pihak Kedua, jika Pihak Kedua ingin
menamatkan penyewaan setelah semua tunggakan sewa, kerosakan kedai
diperbaiki, bil air serta bil elektrik telah dijelaskan semuanya oleh Pihak
Kedua. Seandainya semuanya itu belum dijelaskan, wang pendahuluan
tersebut akan digunakan untuk menjelaskan semuanya.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SEPERTI DI BAWAH.

1. Bayaran sewa kedai hendaklah dijelaskan oleh Pihak Kedua kepada Pihak Pertama
pada setiap bulan sebelum......................................tanpa diminta. Sekiranya pihak tuan
gagal menjelaskan bayaran pada tarikh di atas.
2. Bayaran utiliti bil air (Syarikat Air Darul Aman SADA) dan elektrik (Tenaga
Nasional Berhad) adalah ditanggung sendiri oleh Pihak Kedua. Bil-bil hendaklah
dijelaskan dengan kadar yang segera bagi mengelakkan bekalan air dan eletrik di
potong. Pihak Pertama hendaklah diberi kebenaran meneliti bil-bil berkenaan jika
dikehendaki berbuat demikian.
3. Sewaktu kedai diserahkan kepada Pihak Kedua ianya adalah didalam keadaan yang
baik dan jika berlaku apa-apa kerosakan ia adalah berpunca daripada Pihak Kedua.
4. Walau bagaimanapun jika kerosakan kedai berpunca daripada bencana alam misalnya
disebabkan oleh banjir, angin ribut atau sebagainya kerosakan kedai itu akan
ditanggung sendiri oleh Pihak Pertama. Tetapi jika disebabkan oleh kecuaian dan
kelalaian Pihak Kedua, maka adalah menjadi tanggungjawab Pihak Kedua
menanggung kos kerosakan tersebut.
5. Pihak Kedua dilarang sama-sekali melakukan apa-apa kesalahan atau kegiatan yang
salah di sisi undang-undang di dalam kedai tersebut. Sekiranya Pihak Kedua
melakukan juga apa-apa pekerjaan atau kegiatan yang salah dan sekiranya tertangkap
maka Pihak Kedua bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesalahan tersebut. Pihak
Pertama tidak bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan oleh Pihak Kedua.
6. Pihak Kedua menyewa tersebut selama satu tahun sahaja dan apabila genap tempoh
perjanjian maka sekiranya Pihak Kedua masih berhajat untuk terus menyewa kedai
itu maka bolehlah Pihak Kedua berjumpa dan berunding dengan Pihak Pertama untuk
melanjutkan tempoh perjanjian dengan kadar sewa yang baru . Jika dipersetujui oleh
Pihak Pertama satu perjanjian yang baru akan diperbuat oleh Pihak Pertama.
7. Jika sekiranya Pihak Kedua ingin menamatkan perjanjian sebelum genap tempoh
yang dijanjikan maka Pihak Kedua dikehendaki serahkan kembali kedai itu kepada
Pihak Pertama. Pihak Kedua tidak dibenarkan memberi sewa itu kepada pihak lain
untuk menggantikan dirinya.
8. Demikianlah perjanjian sewa kedai yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak. Setelah kedua-dua belah pihak membaca dan memahami isi kandungan
SURAT PERJANJIAN ini maka kedua-dua belah pihak bersetuju menurunkan
tandatangan persetujuan di bawah ini berhadapan saksi masing-masing
9. Sebarang bentuk penambahan bangunan adalah dengan kelulusan dan persetujuan
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bertanggungjawab sepenuhnya. Pihak Kedua tidak
boleh meminta sebarang gantirugi atau pampasan apabila berhajat keluar dari
menyewa kelak.

Ditandatangani oleh nama yang tersebut : 

Tandatangan Pihak Pertama :

Nama :

No. K/P :

Di hadapan saya :

Nama saksi :

No. K/P :

Ditandatangani oleh nama yang tersebut : 

Tandatangan Pihak Kedua :

Nama :

No. K/P :

Di hadapan saya :

Nama saksi :
No K/P :

You might also like