Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

GAMBARAJAH RANGKAIAN

Sesebuah projek yang dijalankan harus mempunyai stategik dan perancangan yang teliti bagi
mengelak sebarang masalah yang akan timbul. Perancangan dibuat bagi mencapai objektif
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Selain itu, stategik dan perancangan memperlihatkan
perjalanan yang akan dilalui semasa menjalankan projek disamping memudahkan pengurusan
membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. Bagi mencapai matlamat ini, satu teknik
gambarajah rangkaian yang dapat membantu melancarkan aktiviti projek dengan penggunaan
carta dan rajah. Gambarajah rangkaian akan menunjukan perancagan dalam bentuk susun atur
mengikut carta dan tempoh masa. Berikut merupakan gambarajah rangkaian bagi projek
awning pergola aluminium composite panel.

 Terdapat 2 laluan yang terdapat pada gambarajah rangkaian ini.


 Tempoh masa yang diambil melalui laluan adalah selama:
i. 8 hari
ii. 10 hari
CARTA GANTT

Carta gantt atau dikenali sebagai carta garis masa berfungsi untuk membuat perancangan dan
penjadualan dengan memaparkan masa bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam sesebuah
projek. Carta gantt akan menunjukan proses projek itu berjalan dari permulaan sehingga
selesai berserta ringkasan projek dan tarikh. Skala yang boleh digunakan bagi menunjukan
tarikh adalah dengan menggunakan skala masa hari, minggu atau bulan. Selai itu, carta gantt
akan menunjukan kemajuan dari masa ke masa bersama setiap aktiviti yang ditetapkan
mengikut perancangan. Oleh itu, pengurusan sesebuah projek dapat memantau kemajuan
projek dan dapat mengesan jika berlaku masalah. Berikut merupakan carta gantt yang telah
dibangunkan untuk projek awning pergola aluminium composite panel.

Jika dilihat pada carta gantt diatas, projek ini mengalami masalah semasa proses berjalan.
Pihak pengurusan telah mengambil langkah drastik untuk menunda segala aktiviti atas arahan
pihak kerajaan dalam melaksanakan perintah kawalan pergerakan bagi membendung
penularan covid-19. Aktiviti projek telah berjalan seperti biasa selepas habis tempoh PKP
seperti yang dirancang didalam carta gantt.

You might also like