Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

EPPA 2013

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

PROGRAM IJAZAH SARJANAMUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

EPPA2013 PERAKAUNAN DAN PELAPORAN KEWANGAN I

TUTORIAL ASET TAK KETARA

SOALAN 1

Aset tak nyata mempunyai tiga ciri utama iaitu ia boleh dikenal pasti, tiada kewujudan fizikal
serta bukan aset kewangan. Terdapat aset tak nyata yang mempunyai usia guna terhad dan ada
juga yang usia gunanya tidak terhad.

Dikehendaki:

i) Bincangkan kenapa aset tak nyata dikategorikan sebagai aset sedangkan ia tidak
mempunyai bentuk fizikal.
ii) Berikan SATU (1) contoh aset tak nyata yang mempunyai usia guna terhad dan SATU
(1) contoh aset tak nyata dengan usia guna tidak terhad.
iii) Bincangkan bagaimana aset tak nyata akan direkod dan dilaporkan selepas pengiktirafan
awal.

SOALAN 2
Syarikat U2B telah membeli tanda niaga daripada syarikat lain dalam bulan Januari 2019 dengan
kos RM500,000 termasuk kos perundangan RM150,000. Tanda niaga ini boleh digunakan
selama 20 tahun.

Syarikat juga memiliki hak cipta. Berikut adalah maklumat berkenaan hak cipta tersebut pada 31
Disember 2019:
RM
Kos 3,700,000
Amaun bawaan 3,350,000
Amaun boleh pulih 2,500,000

Hak cipta ini akan terus digunakan oleh syarikat. Pada 31 Disember 2019, baki usia guna aset
hak cipta tersebut ialah 5 tahun.

1
EPPA 2013

Dikehendaki:

i) Sediakan catatan jurnal bagi merekodkan perolehan tanda niaga.


ii) Bincangkan layanan perakaunan andainya tanda niaga tersebut dihasilkan sendiri oleh
syarikat dan kemudiannya didaftar dengan melibatkan belanja berjumlah RM150,000.
iii) Sediakan catatan jurnal (jika perlu) untuk merekodkan rosotnilai hak cipta pada 31
Disember 2019.
iv) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan belanja pelunasan bagi tahun 2020.
v) Andaikan amaun boleh pulih hak cipta pada 31 Disember 2020 ialah RM2,600,000.
Sediakan catatan jurnal (jika perlu) untuk merekodkan peningkatan dalam nilai saksama
aset tersebut.

SOALAN 3
Planet Lestari Sdn. Bhd. adalah pengilang botol air plastik yang boleh dikitar semula. Tempoh
perakaunan syarikat berakhir pada setiap 31 Disember. Maklumat aset tak zahir syarikat adalah
seperti berikut:

1. Baki awal aset tak ketara


Baki aset tak ketara pada 1 Januari 2020 adalah seperti berikut:

Perisian komputer Paten


RM RM
Kos 296,000 84,000
Pelunasan terkumpul 148,000 -
Amaun bawaan 148,000 84,000

2. Teknologi pengeluaran baru


Planet Lestari sedang membangunkan teknologi pengeluaran baru yang telah dimulakan
pada bulan Mei 2020. Teknologi ini dijangka dapat dipatenkan apabila selesai nanti dan
boleh dikomersialkan. Anggaran belanja bagi projek ini berjumlah RM850,000. Amaun
berjumlah RM170,980 telah dilibatkan dalam tahun semasa yang masih berada dalam
fasa penyelidikan.

3. Paten
Paten telah diperolehi dari Jitu Tech Sdn. Bhd. pada 1 Disember 2019 dengan kos
berjumlah RM84,000. Teknologi dari paten ini hanya digunakan dalam proses
pengeluaran bermula tahun 2020. Dokumen paten memberi hak eksklusif untuk
menggunakan teknologi yang dipatenkan selama 8 tahun lagi namun Planet Lestari
menjangka akan bertukar kepada teknologi baru yang sedang dibangunkan dalam tempoh
6 tahun lagi.

2
EPPA 2013

4. Polisi perakaunan bagi perlunasan aset tak ketara


a) Aset tak ketara dilunaskan berdasarkan kaedah garislurus. Perlunasan dikenakan
satu tahun penuh pada tahun aset diperolehi dan tidak dikenakan pada tahun aset
dilupuskan.

b) Perisian komputer dilunaskan bagi tempoh 4 tahun. Belanja perlunasan bagi


perisian komputer untuk tahun 2020 ialah RM73,700.

c) Perlunasan paten bergantung kepada tempoh perlindungan atau usia guna


ekonomi yang dijangka.

d) Planet Lestari memilih untuk menggunakan piawaian MFRS bagi menyediakan


laporan kewangannya.

Dikehendaki:

a) Jelaskan dengan merujuk kepada MFRS 138 Intangible Assets:

i. perbezaan perlakuan perakaunan bagi aset tak ketara dengan usia guna tidak
terhad dan aset tak ketara dengan usia guna terhad.

ii. samada belanja yang dilibatkan dalam tempoh semasa untuk membangunkan
teknologi pengeluaran baru boleh dipermodalkan.

iii. bagaimana paten yang telah diperolehi perlu diakaunkan.

b) Tunjukkan bagaimana aset tak ketara akan didedahkan dalam Penyata Kedudukan
Kewangan pada 31 Disember 2020 (pendedahan di badan penyata dan dalam bentuk
nota).

SOALAN 4

Berikut merupakan perbelanjaan terpilih yang dilibatkan oleh Izzy Bhd sepanjang tahun 2020:

Item RM
1. Paten 68,000
2. Belanja penyelidikan produk baru, ZASS 210,000
3. Nama dagangan, ZASS 54,000
4. Kos pembangunan produk baru, ZASS 288,000

Dikehendaki:

Berdasarkan maklumat di atas dan MFRS 138 Intangible Assets,

3
EPPA 2013

a) Berikan:

i) SATU (1) urus niaga yang dilibatkan bagi membeli paten.


ii) DUA (2) urus niaga yang dilibatkan bagi membangunkan nama dagangan, ZASS.
iii) TIGA (3) urus niaga yang dilibatkan dalam fasa penyelidikan produk baru,
ZASS.
iv) TIGA (3) urus niaga yang dilibatkan dalam fasa pembangunan produk baru,
ZASS.

b) Terangkan dengan ringkas TIGA (3) ciri yang terdapat pada paten yang menyebabkan ia
diiktiraf sebagai aset tak ketara.

c) Bincangkan perbezaan pengolahan perakaunan bagi paten dan nama dagangan jika:
i) Paten mempunyai usia guna selama 20 tahun
ii) Nama dagangan mempunyai usia guna tidak terhad.

d) Tunjukkan pembentangan bagi belanja penyelidikan dan kos pembangunan produk baru,
ZASS dalam penyata kewangan Izzy Bhd pada 31 Disember 2020. Andaikan kos
pembangunan dilunaskan selama 15 tahun.

You might also like