Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tajuk buku : Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Muka surat : 168 muka

Penulis & Penerbit : Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia ( Tahun 2013 )

Tujuan buku ditulis :


Dalam usaha untuk melahir dan membangunankan modal insan yang akan memacu kemajuan
negara pada masa hadapan, kita memerlukan generasi rakyat Malaysia uang mempunyai
pemikiran minda kelas pertama, menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), bersifat
inovasi dan kreatif serta berkemampuan untuk melonjakkan negara ke persada antarabangsa.
Penerbitan buku ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam
penggubalan item pentaksiran agar berupaya menggubal item yang menguji KBAT seiring
dengan pelaksanaan Program i-Think di sekolah seluruh Malaysia. Penguasaan KBAT ini amat
penting dan sewajarnya diterapkan dalam diri murid kerana kebolehan berfikir aras tinggi amat
diperlukan untuk menangani masalah kehidupan seharian yang semakin kompleks. Selain
meningkatkan ilmu pengetahuan dan jati diri murid, penerapan elemen KBAT dalam pengajaran
dan pembelajaran berupaya menyediakan murid dengan kemahiran yang sesuai dalam
menghadapi cabaran hidup.

Kumpulan sasaran : Semua pihak yang terlibat dalam penggubalan item pentaksiran

Analisis kandungan buku :


 Konsep Pentaksiran – Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran.
 Ciri pentaksiran – Keobjektifan , Kebolehan , Skor yang mempunyai darjah kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi, Kebolehtadbiran , Kemudahtafsiran ,
Kekomprehensifan
 Kesahan – Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor iaitu sama ada skor yang
diperoleh seseorang murid itu memberikan maklumat tentang apa yang ditaksir.
 Kesahan diklasifikasi kepada 3 kumpulan iaitu kesahan kandungan, kesahan berkaitan
kriteria dan kesahan kontrak atau gagasan.
 Faktor mempengaruhi kesahan – Kelemahan membina butiran soalan / item
– Kelemahan dalam mentadbir ujian
– Gerak balas calon
 Kebolehpercayaan – Merujuk ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor itu
untuk menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang ditaksir
 Faktor mempengaruhi kebolehpercayaan – Tempoh ujian , Ralat rawak , Persampelan
item , Kehomogenan item , Arahan pada item , Laras bahasa tidak sesuai dengan kohort
murid , Taburan item , Subjektiviti penilai
 Konstruk – Perkara yang ditaksir. Ia juga merupakan dimensi manusia yang berbentuk
konkrit atau abstrak.
 Konstruk berbentuk konkrit boleh dilihat secara mata kasar seperti berat.
 Konstruk berbentuk abstraktidak boleh dilihat secara mata kasar iaitu yang
berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai atau sikap.
 Ciri konstruk yang berkualiti – Boleh diperhatikan , Boleh diukur , Boleh diurus ,
Relevan ,
Mencakupi , Seimbang
 Domain kognitif – Pengetahuan , Kefahaman , Aplikasi , Analisis , Sintesis dan Penilaian
 Domain afektif – Penerimaan , Bertindak balas , Penilaian , Pengelolaan dan Perwatakan
 Domain psikomotor – Pergerakan reflektif , Pergerakan asas , Keupayaan persepsi ,
Keupayaan fizikal , Pergerakan mahir
 Aras kesukaran ditentukan berdasarkan 3 aspek : - Peringkat kemahiran
 Kelaziman
 Kerencaman
 Item – Alat yang digunakan untuk mendapatkan respons daripada murid sebagai evidens
hasil pembelajaran
- Diklasifikasikan sebagai Pengingatan dan Pemikiran
 Komponen item – a) Rangsangan d) Opsyen
b) Tugasan e) Peraturan pemarkahan
c) Arahan
 Peraturan pemarkahan – Dokumen yang mengandungi jawapan, panduan untuk menskor
respons calon dan pembahagian skor bagi setiap tugasan yang
terdapat dalam setiap item
 Tujuan menyediakan peraturan pemarkahan
– Menentukan ketekalan pemarkahan antara seorang atau beberapa pemeriksa atau antara
kumpulan pemeriksa
- Menentukan ketepatan pemberian markah
- Menunjukkan aspek yang diambilkira semasa membuat pertimbangan tentang jawapan
yang dikemukan oleh murid
- Memberi penekanan atau pemberatan kepada setiap aspek tugasan
 Kaedah pemarkahan terdiri daripada senarai semak dan skala markah
 Skala markah adalah dalam bentuk – Penskoran Objektif Bergred
- Penskoran Analitikal
- Penskoran Holistik
 Definisi KBAT – Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulandan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
 Ciri item kemahiran berfikir aras tinggi
a) Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferensdan
penaakulan kritikal
b) Menguji pelbagai aras pemikiran kognitif
c) Berdasarkan konteks baharu yang bukan lazim
d) Berdasarkan situasi sebenar dalam kehidupan harian
e) Menggunakan item tidak berulang
 Proses penilaian item – Akur kurikulum - Sesuai kesukaran
- Akur peluang - Sesuai penting
- Akur spesifikasi - Sesuai adil
- Tepat konstruk
- Tepat tajuk
- Jelas
 Langkah penulisan item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Langkah 1 Tentukan  Konstruk
 Konteks
 Aras kesukaran
Langkah 2 Tentukan jenis item  Objektif aneka pilihan
 Item berstruktur
 Item respons terbuka
Langkah 3 Tentukan jenis evidens  Fakta
 Konsep
 Generalisasi
 Keupayaan menilai
 Rasional
Langkah 4 Rancang stimulus  Pelbagai
 Saling berkaitan
 Teks sepenuhnya
 Teks buka sepenuhnya
Langkah 5 Tulis item  Stimulus
 Stem
 Distraktor
Langkah 6 Tulis peraturan pemarkahan  Senarai semak
 Penskoran objektif bergred
 Penskoran analitikal
 Penskoran holistik
Langkah 7 Menilai item  Prinsip penilaian
 Ciri item KBAT

Refleksi : Setelah habis membaca buku, saya telah dapat tahu bagaimana menggubal item
yang menguji KBAT semasa membuat pentaksiran di dalam kelas. Di samping itu,
saya dapat mengetahui bagaimana membina rubrik pemarkahan. Rubrik
Pemarkahan sangat penting kepada guru semasa memeriksa kertas peperiksaan
dan ia memberi maklumat kepada guru tentang penguasaan kemahiran bagi
seseorang murid.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

__________________ ___________________
( Yeoh Yan Ling ) ( Lim Ah Tang )
1/7/2015 1/7/2015

You might also like