Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Rancangan Pengajaran Harian Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5C

Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi


Kelas : 5C
Bilangan Murid : 21/21 orang
Tarikh : 16 Jun 2019
Masa : 10.35am - 11.35 am (60 minit)
Tajuk/Tema/Fokus : Teknologi Pertanian
Standard Kandungan : 5.1 Menanam benih dalam bekas
Standard Pembelajaran : 5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti cukup matang, bernas, berbentuk normal
dan tidak diserang perosak.
5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, serampang tangan dan penyiram.
5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan dan penyiram.
5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran, peat most dan cocoa peat.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah didedahkan biji benih sawi.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti 4 daripada 5 ciri-ciri biji benih yang baik secara berkumpulan.
2. Menama dan menerangkan sebanyak 7 daripada 8 jenis dan fungsi alatan secara berkumpulan.
3. Mengenalpasti 2 daripada 3 jenis medium semaian seperti medium campuran, peat most dan
cocoa peat
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : 1. Keusahawanan
(EK1)- Boleh membina jaring sosial
(EK5)- Menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif, Prinsip Keadilan, Kreativiti dan Inovasi
Bahan Bantu Mengajar : 1. LCD
2. Laptop
3. Slaid Powerpoint
4. Kad Imbasan
5. Mouting Board
6. Kertas Latihan
7. Thumb tack

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


(Minit)
Set Induksi Pengenalan kepada pelajaran hari ini 1.) Guru membuka laptop dan memaparkan Kemahiran: Menjana Idea
(5 MINIT) beberapa gambar biji benih dalam slaid
Powerpoint. BBM: Laptop, Slaid Powerpoint
2.) Selepas itu, Guru menyoal murid mengenai
gambar yang mereka melihat seperti contoh EK5: Menganalisis pemerhatian
berikut : secara kritis dan kreatif.
a. Apakah yang anda lihat ini?
Jawapan: Biji benih
b. Dari manakah biji benih diperolehi?
Jawapan: Tanaman
c. Apakah kegunaan biji benih?
Jawapan: Sebagai bahan penanaman
3.) Seterusnya, Guru mengaitkan jawapan murid
dengan pembelajaran hari ini.
Langkah 1 Aktiviti: Kemahiran: Menjana Idea
FASA 1. Guru membahagikan murid dalam 2
IMAGINASI berkumpulan dan memberi setiap Nilai Murni: Bekerjasama, Mematuhi
(20 MINIT) kumpulan dua envelop dan satu Mounting peraturan
board.
2. Guru memberi arahan yang jelas tentang BBM: Kad Imbasan, Envelop,
tugas murid untuk mempadankan dan Mouting Board, Thumb tack
melekatkan jawapan di atas permukaan
Mounting Board dengan menggunakan EK5: Menganalisis pemerhatian
Thumb tack yang diberi oleh guru. secara kritis dan kreatif.
3. Masa yang diberi adalah sebanyak 20
minit. EK1: Boleh membina jaring sosial
4. Selepas itu, murid dikehendaki untuk
membaca ciri-ciri biji benih dan nama EK5: Prinsip Keadilan, Kreativiti dan
serta fungsi alatan yang dilekat oleh inovasi
mereka secara bersendirian.
Langkah 2 Aktiviti: Kemahiran: Menjana Idea
FASA 1. Guru memberi lagi 2 envelop kepada
PERKEMBANGAN kumpulan yang telah dibahagi. Nilai Murni: Bekerjasama, Mematuhi
(15 MINIT) 2. Guru memberi arahan bahawa pelajar peraturan
dikehendaki untuk melekatkan jawapan
pada permukaan Mounting board. BBM: Mounting board, Kad imbasan,
3. Masa yang diberi adalah sebanyak 10 Thumb tack, Envelop
minit.
4. Selepas itu, guru berbincang jawapan EK1: Boleh membina jaring sosial
dengan murid.
EK5: Prinsip Keadilan, Kreativiti dan
Inovasi
Langkah 3 Aktiviti Kemahiran: Menjana Idea, menaakul
FASA TINDAKAN 1. Guru memberi latihan kepada murid dan
(15 MINIT) memberitahu murid perlu menyelesaikan Nilai Murni: Mematuhi peraturan
soalan dalam masa 10 minit.
2. Murid diberitahu bahawa semasa BBM: Kertas latihan
menjawab, mereka tidak dibenarkan
membuka buku teks untuk mencari
jawapan.
3. Selepas 10 minit, guru berbincang
jawapan dengan murid.

PENUTUP 1. Guru membuat rumusan tentang pelajaran Imbas kembali


(5 MINIT) hari ini.
Soalan yang ditanya oleh guru:
A. Apakah ciri-ciri biji benih yang baik?
B. Apakah fungsi sudip?
C. Berapakah jenis tanah kita belajar hari ini?
Apakah namanya?

2. Ganjaran diberi kepada murid-murid yang:


i. Berjaya menjawab soalan dengan betul.
ii. Jawab dalam masa yang ditepati atau
masa yang singkat.
iii. Tidak bising dalam kelas semasa
menjalankan aktiviti.

Tindakan Susulan Kerja Rumah Guru memberi lembaran kerja kepada murid. Buku Latihan
Latihan yang diberi berkaitan dengan isi pelajaran
hari ini.

Ulasan Pensyarah/Guru pembimbing:


Refleksi

Tajuk yang saya pilih dalam rancangan pengajaran harian (RPH) saya ialah Teknologi Pertanian Tahun 5. Standard Kandungan saya ialah
menanam benih dalam bekas. Standard Pembelajaran saya ialah Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti cukup matang,
bernas, berbentuk normal dan tidak diserang perosak. Dalam RPH saya, saya telah merancang beberapa langkah untuk mengajar murid saya.
Langkah pertama iaitu set induksi saya memaparkan beberapa gambar biji benih dalam slaid Powerpoint dengan menggunakan LCD projektor
dan laptop. Selepas itu, saya bertanya beberapa soalan untuk memberi peluang kepada murid untuk menganalisis pemerhatian secara kritis
dan kreatif. Setelah murid menjawab, saya mengaitkan jawapan murid dengan topik yang saya mengajar hari ini. Dalam langkah pertama iaitu
fasa imaginasi, saya membahagikan murid dalam 2 kumpulan dan memberi mereka setiap kumpulan satu Mounting Board dan satu envelop.
Mereka dikehendaki untuk mempadankan dan melekatkan jawapan di atas permukaan Mounting Board dengan menggunakan Thumb tack
yang diberi oleh guru. Dalam langkah ketiga iaitu fasa tindakan, saya memberi setiap murid satu kertas latihan dan mereka dikehendaki untuk
menyelesaikannya dalam masa 10 minit. Selepas itu, saya berbincang jawapan dengan murid. Pada langkah yang terakhirnya, saya memberi
rumusan tentang pelajaran dan memberi ganjaran kepada murid. Kerja rumah berkaitan dengan isi pelajaran hari ini diberi selepas memberi
rumusan.

Kelebihan yang terdapat dalam RPH saya ialah saya telah menerapkan elemen keusahawanan dalam setiap langkah dalam Rancangan
Pengajaran Harian saya. Beberapa elemen keusahawanan yang telah saya terapkan dalam RPH saya ialah Prinsip Keadilan, Prinsip
tanggungjawab sosial, Mengamalkan sikap keusahawanan dan Menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif. Sebagai contoh, aktiviti
berkumpulan iaitu aktiviti mempadankan dan melekatkan jawapan di atas permukaan Mounting Board dengan menggunakan Thumb tack yang
diberi oleh guru yang dirancang dalam RPH saya memberi peluang kepada murid untuk menerapkan prinsip tanggungjawab sosial dalam RPH
saya. Hal ini demikian kerana pembahagian tugasan secara sama rata juga dapat mengelakkan perselisihan faham antara ahli kumpulannya
kerana tiada ahli kumpulan tidak memuaskan terhadap tindakan yang adil. Tindakan pengelakkan perselisihan faham merupakan satu elemen
prinsip tanggungjawab sosial. Semasa pembentangan kumpulan saya juga telah menerapkan elemen mengamalkan sikap keusahawanan iaitu
kesanggupan belajar daripada kesilapan dan berani mengambil risiko kerana murid perlu bersedia untuk menerima teguran dan pandangan
daripada guru dan rakannya semasa pembentangan. Kesanggupan untuk menerima teguran dan pandangan daripada guru dan rakannya
merupakan satu sikap keusahawanan.

Terdapat banyak elemen yang diterapkan dalam RPH saya dan dapat diterapkan dalam topik lain seperti elemen keusahawanan kelima iaitu
prinsip keadilan. Salah satu topik yang sesuai menggunakan elemen keusahawanan ialah Sains Rumah Tangga Tahun 5. Dalam topik ini
murid akan belajar cara menyedia, memasak dan menghidang sajian secara kumpulan. Eleman keusahawanan amat sesuai untuk diterapkan
dalam topik ini. Sebagai contoh, murid perlu membahagikan dan menjalankan tugas masing-masing supaya dapat menyempurnakan sajian
tersebut. Pembahagian tugas sama rata merupakan salah satu elemen dalam Prinsip Keadilan. Prinsip Keadilan merupakan salah satu elemen
dalam elemen keusahawan kelima mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.

Walaupun terdapat banyak kelebihan dalam RPH saya tetapi kelemahan juga ditemui dalam RPH saya. Kelemahan yang terdapat dalam RPH
saya ialah saya tidak menerapkan elemen keusahawanan menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan
vokasional. Dalam RPH saya bahan bantu mengajar seperti Mounting Board dan envelop saya tidak menggunakan sumber yang dapat kitar
semula untuk membuat atau mengganti bahan tersebut. Ini bermaksud saya tidak membuat role model dalam menerapkan elemen
menggunakan sumber kitar semula untuk menghasilkan satu produk. Maka, murid tidak dapat mencadangkan dan menggunakan sumber
alternatif untuk menghasilkan sesuatu produk. Keadaan ini akan menyebabkan murid saya tidak dapat menghasilkan produk berasaskan
pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional pada masa hadapan. Bukan itu saja, saya juga gagal menerapkan amalan memerhati
persekitaran dengan sengaja dan persetujuan. Dalam RPH saya, saya tidak memberitahu tentang topik dan aktiviti yang akan jalankan
sebelum pada masa yang dirancang. Keadaan ini menyebabkan murid tidak akan membuat pemerhatian secara sengaja iaitu mengumpul
maklumat daripada mana-mana sumber. Pada masa depan, murid saya akan sukar menjadi keusahawanan yang baik kerana mereka cara
berfikir sebegini. Amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan persetujuan merupakan salah satu elemen dalam elemen
keusahawanan yang kedua iaitu mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan.

Akhir sekali, terdapat beberapa cadangan atau langkah yang dapat mengatasi kelemahan yang terdapat dalam PdP saya. Pertamanya, saya
harus menerapkan sikap bertanggungjawab terhadap keputusan dalam RPH saya. Sebagai contoh, saya harus memberi tugasan kepada
murid bahawa mereka perlu mencari biji benih tanaman yang boleh dijadikan untuk contoh dalam set induksi yang saya rancang dalam RPH.
Ganjaran akan diberi kepada murid yang melaksanakan tugasan. Melalui cara ini, saya dapat memberi dorongan kepada murid untuk
menyempurnakan tugasan mereka dengan sempurna dan berjaya memupuk sikap keusahawanan dalam kalangan murid saya kerana sikap
bertanggungjawab terhadap keputusan merupakan salah satu elemen nilai keusahawanan. Bukan itu saja, saya juga akan berjaya memupuk
amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan. Hal ini demikian kerana semasa murid saya mencari maklumat untuk aktiviti
yang saya rancang dalam RPH saya, saya telah memupuk murid untuk mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang
diperlukan. Selain itu, saya juga boleh menerapkan elemen daya kreativiti dan inovasi dalam RPH saya untuk menangani kelemahan tidak
menerapkan elemen menggunakan sumber kitar semula untuk menghasilkan satu produk. Sebagai contoh, saya boleh memberi setiap
kumpulan beberapa jenis biji benih yang baik dan buruk serta memberi arahan kepada murid saya untuk mengklasifikasikan ciri-ciri biji benih
yang baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid saya untuk berfikir dan memberi idea tentang cara kegunaan bahan maujud secara kreativiti.
Jika mereka dapat membentangkan sesuatu hasil dengan menggunakan bahan maujud pada masa depan maka saya telah berjaya memupuk
daya kreativiti dan inovasi murid saya dan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam RPH saya.

You might also like