Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Rancangan Pengajaran Harian Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5C

Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi


Kelas : 5C
Bilangan Murid : 21/21 orang
Tarikh : 18 Ogos 2019
Masa : 10.35am - 11.35 am (60 minit)
Tajuk/Tema/Fokus : Teknologi Pertanian
Standard Kandungan : 5.1 Menanam benih dalam bekas
Standard Pembelajaran : 5.1.6 Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
5.1.7 Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan kaedah yang betul.
5.1.8 Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan mengawal makhluk perosak.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah didedahkan biji benih sawi.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengisi medium semaian ke dalam bekas secara individu.
2. Menyemai biji benih halus dalam bekas semaian dengan kaedah yang betul secara berpasangan.
3. Menyatakan 2 daripada 3 aktiviti penjagaan semaian yang perlu dilakukan dengan betul secara
individu.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : 1. Keusahawanan
(EK1)- Boleh membina jaring sosial
(EK I.7)- Pelaksanaan
(EK 2.7)- Melaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit
(EK 3.2)- Melaksanakan projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan
(EK5)- Menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif, Prinsip Keadilan, Kreativiti dan Inovasi
Bahan Bantu Mengajar : 1. LCD
2. Laptop
3. Slaid Powerpoint
4. Video Youtube
5. Botol plastik
6. Tanah organik
7. Sudip tangan
8. Sarung tangan plastik
9. Penyiram
10. Biji benih (Bayam)
11. Pen Marker

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


(Minit)
Set Induksi Pengenalan kepada pelajaran hari ini 1.) Guru membuka laptop dan menayangkan Kemahiran: Menjana Idea
(5 MINIT) video Youtube.
2.) Selepas itu, Guru menyoal murid mengenai BBM: Laptop, LCD, Video Youtube
video yang mereka melihat seperti contoh
berikut : EK5: Menganalisis pemerhatian
a. Apakah yang anda lihat tadi? secara kritis dan kreatif.
Jawapan: Menyemai biji benih sawi
b. Apakah anda rasa boleh buat seperti video
tersebut?
Jawapan: Pelbagai respons
3.) Seterusnya, Guru mengaitkan jawapan murid
dengan pembelajaran hari ini.
Langkah 1 Aktiviti: Kemahiran: Menjana idea,
FASA 1. Guru menayangkan 1 video tentang cara menghubungkaitkan, Membuat
IMAGINASI menyemai biji benih halus ke dalam bekas urutan, Menyusun mengikut
(20 MINIT) semaian. keutamaan
2. Semasa menayang, guru menjelaskan
prosedur tentang langkah mengisi medium Nilai Murni: Bekerjasama, Mematuhi
ke dalam bekas semaian yang perlu peraturan
dilakukan sebelum bermula.
3. Guru mengingati murid tentang langkah BBM: Video Youtube, LCD, Laptop
keselamatan yang perlu diperhatikan
untuk mengelakkan kecederaan. EMK:
4. Selepas itu, guru membahagikan murid EK I.7 – Pelaksanaan
secara berpasangan dan membawa murid EK 2.7 – Melaksanakan idea dalam
turun ke padang. bentuk produk teknologi abstrak atau
konkrit
EK 3.2 – Melaksanakan projek
mengikut langkah-langkah yang
telah disediakan
Langkah 2 Aktiviti: Kemahiran: Menjana Idea
FASA 1. Berdasarkan pasangan yang telah
PERKEMBANGAN dibahagi, guru memberi setiap pasangan Nilai Murni: Bekerjasama, Mematuhi
(20 MINIT) satu botol plastik. peraturan
2. Murid dikehendaki untuk mengisikan
medium dan biji benih ke dalam bekas BBM: Botol Plastik, tanah organik,
mengikut cara semaian biji benih halus sudip tangan, sarung tangan plastic,
yang telah ditunjukkan dalam video. Biji benih (bayam), pelekat berwarna
3. Guru membantu murid yang menghadapi
masalah dalam melaksanakan prosedur EK1: Boleh membina jaring sosial
mengisi medium dan biji benih ke dalam
bekas semaian. EK5: Prinsip Keadilan, Kreativiti dan
4. Murid yang telah menyiapkan aktiviti Inovasi
penyemaian biji benih akan mendapat
satu pelekat yang berwarna hijau sebagai
label nama murid untuk setiap bekas
semaian
Langkah 3 Aktiviti Kemahiran: Menjana Idea, menaakul
FASA TINDAKAN 1. Guru memberi latihan kepada murid dan
(10 MINIT) memberitahu murid perlu menyelesaikan Nilai Murni: Mematuhi peraturan
soalan dalam masa 10 minit.
2. Murid diberitahu bahawa semasa BBM: Kertas latihan
menjawab, mereka tidak dibenarkan
membuka buku teks untuk mencari
jawapan.
3. Selepas 8 minit, guru berbincang jawapan
dengan murid.

PENUTUP 1. Guru membuat rumusan tentang pelajaran Imbas kembali


(5 MINIT) hari ini.
Soalan yang ditanya oleh guru:
A. Apakah kita belajar pada hari ini?
B. Apakah cara menyemai biji benih halus?
Tindakan Susulan Kerja Rumah Guru memberi lembaran kerja kepada murid. Kertas Latihan
Latihan yang diberi berkaitan dengan isi pelajaran
hari ini.

Ulasan Pensyarah/Guru Pembimbing:

Refleksi
Tajuk yang saya pilih dalam rancangan pengajaran harian (RPH) saya ialah Teknologi Pertanian Tahun 5. Standard Kandungan saya ialah
menanam benih dalam bekas. Standard Pembelajaran saya ialah mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur, menyemai biji
benih halus atau biji benih kasar dengan kaedah yang betul dan melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan mengawal
makhluk perosak. Dalam RPH saya, saya telah merancang beberapa langkah untuk mengajar murid saya. Langkah pertama iaitu set induksi
saya menayangkan satu video Youtube tentang cara menyemai biji benih sawi. Selepas itu, saya bertanya beberapa soalan untuk memberi
peluang kepada murid untuk menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif. Setelah murid menjawab, saya mengaitkan jawapan murid
dengan topik yang saya mengajar hari ini. Dalam langkah pertama iaitu fasa imaginasi, saya membahagikan murid dalam 10 kumpulan dan
memberi mereka setiap kumpulan bahan yang diperlukan iaitu botol plastik, tanah organik, sudip tangan, sarung tangan plastik, Biji benih
(kangkung). Mereka dikehendaki untuk menyemaikan biji benih kangkung dalam botol plastik yang diberi oleh guru. Dalam langkah ketiga iaitu
fasa tindakan, saya memberi setiap murid satu kertas latihan. Pada langkah yang terakhirnya, saya memberi rumusan tentang pelajaran. Kerja
rumah berkaitan dengan isi pelajaran hari ini diberi selepas memberi rumusan.

Kelebihan yang terdapat dalam RPH saya ialah saya telah menerapkan elemen keusahawanan dalam setiap langkah dalam Rancangan
Pengajaran Harian saya. Beberapa elemen keusahawanan yang telah saya terapkan dalam RPH saya ialah Melaksanakan projek mengikut
langkah-langkah yang telah disediakan, Melaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit dan Pelaksanaan. Sebagai
contoh, aktiviti berpasangan iaitu aktiviti menyemaikan biji benih kangkung dengan mengikut proses penyemaian yang ditunjukkan dalam video
Youtube yang disediakan oleh guru yang dirancang dalam RPH saya memberi peluang kepada murid untuk menerapkan prinsip mematuhi
peraturan dalam RPH saya. Hal ini demikian kerana melaksanakan tugas mengikut peraturan juga dapat mengelakkan perbuatan yang salah
kerana semua ahli kumpulan melaksanakan tugas mengikut proses yang betul. Semasa menjalankan aktiviti berpasangan saya juga telah
menerapkan elemen melaksanakan idea dalam produk teknologi abstrak atau konkrit dan pelaksanaan kerana semasa aktiviti berpasangan
murid telah melakukan idea atau cara penyemaian yang mereka pelajari dalam kelas secara “hands on”.

Terdapat banyak elemen yang diterapkan dalam RPH saya dan dapat diterapkan dalam topik lain seperti elemen keusahawanan kelima iaitu
prinsip keadilan. Salah satu topik yang sesuai menggunakan elemen keusahawanan ialah Sains Rumah Tangga Tahun 5. Dalam topik ini
murid akan belajar cara menyedia, memasak dan menghidang sajian secara kumpulan. Eleman keusahawanan amat sesuai untuk diterapkan
dalam topik ini. Sebagai contoh, murid perlu membahagikan dan menjalankan tugas masing-masing supaya dapat menyempurnakan sajian
tersebut. Pembahagian tugas sama rata merupakan salah satu elemen dalam Prinsip Keadilan. Prinsip Keadilan merupakan salah satu elemen
dalam elemen keusahawan kelima mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.

Walaupun terdapat banyak kelebihan dalam RPH saya tetapi kelemahan juga ditemui dalam RPH saya. Kelemahan yang terdapat dalam
pelaksanaan RPH saya ialah gagal menerapkan amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan persetujuan. Dalam RPH saya, saya
tidak memberitahu tentang topik dan aktiviti yang akan jalankan sebelum pada masa yang dirancang. Keadaan ini menyebabkan murid tidak
akan membuat pemerhatian secara sengaja iaitu mengumpul maklumat daripada mana-mana sumber. Pada masa depan, murid saya akan
sukar menjadi keusahawanan yang baik kerana mereka cara berfikir sebegini. Amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan
persetujuan merupakan salah satu elemen dalam elemen keusahawanan yang kedua iaitu mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan
dalam situasi yang diperlukan.

Akhir sekali, terdapat beberapa cadangan atau langkah yang dapat mengatasi kelemahan yang terdapat dalam PdP saya. Pertamanya, saya
harus menerapkan sikap bertanggungjawab terhadap keputusan dalam RPH saya. Sebagai contoh, saya harus memberi tugasan kepada
murid bahawa mereka perlu mencari jenis biji benih halus yang boleh dijadikan untuk contoh dalam set induksi yang saya rancang dalam RPH.
Ganjaran akan diberi kepada murid yang melaksanakan tugasan. Melalui cara ini, saya dapat memberi dorongan kepada murid untuk
menyempurnakan tugasan mereka dengan sempurna dan berjaya memupuk sikap keusahawanan dalam kalangan murid saya kerana sikap
bertanggungjawab terhadap keputusan merupakan salah satu elemen nilai keusahawanan. Bukan itu saja, saya juga akan berjaya memupuk
amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan. Hal ini demikian kerana semasa murid saya mencari maklumat untuk aktiviti
yang saya rancang dalam RPH saya, saya telah memupuk murid untuk mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang
diperlukan.

You might also like