Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Soalan: Penggunaan telefon bimbit ada kebaikan dan keburukan kepada murid-murid. Bincangkan.

Telefon bimbit adalah sejenis alat yang mesti dimiliki oleh setiap individu. Telefon bimbit banyak
memberi manfaat kepada kita manusia dalam pelbagai perkara dan selaras dengan era zaman moden
pada masa kini. Walaupun begitu, penggunaan telefon bimbit ada kebaikan dan keburukannya.

Kebaikan penggunaan telefon bimbit ialah memudahkan manusia untuk berhubung secara talian.
Sebagai contoh, melalui kemudahan berkomunikasi telefon bimbit dapat memberikan ruang untuk
berbincang mengenai perkara sekolah secara talian melalui aplikasi-aplikasi tertentu seperti telegram,
facebook dan whatsapp. Murid-murid boleh berbincang tentang kerja rumah, mengingatkan tentang
peperiksaan, berbincang tentang tugasan yang diberikan oleh guru dan sebagainya.

Selain itu, telefon bimbit juga memudahkan murid untuk melaksanakan tugasan projek mereka.
Mereka boleh mencari bahan-bahan berkaitan seperti gambar, info maklumat serta video mengenai
projek yang mereka kaji. Kesemua ini secara tidak langsung mengisi minda murid dengan pelbagai
maklumat baru yang tidak mungkin diperolehi daripada buku teks sekolah. Contohnya, bagi mata
pelajaran Sejarah, murid boleh menunjukkan gambar-gambar peninggalan sejarah dan penceritaannya
untuk dimuatkan dalam penulisan projek mereka.

Telefon bimbit juga ada keburukannya. Salah satu keburukan penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan murid ialah murid mudah terlalai bermain telefon bimbit. Kelalaian sebegini boleh
menyebabkan mereka lupa untuk membuat ulang kaji pelajaran di rumah atau menyiapkan kerja rumah.
Ini kerana telefon bimbit dapat memuat naik pelbagai aplikasi permainan yang mengasyikkan yang
apabila dimainkan memakan masa lapang murid berjam-jam lamanya. Antara contoh permainan
tersebut ialah Clash Royale, Mobile Legend, COC dan sebagainya.

Melalui telefon bimbit, murid-murid juga mudah terdedah kepada bahan-bahan negatif yang ada
di laman-laman internet. Antaranya murid boleh terdedah dengan video-video pornografi, gambar-
gambar yang tidak senonoh malahan juga bertentangan dengan ajaran agama Islam. Hal ini dikhuatiri
mempengaruhi keperibadian seseorang murid tersebut kepada seseorang yang tidak berakhlak. Sebagai
contoh, murid boleh mengakses budaya-budaya Barat seperti budaya ‘Punk’, rambut berwarna dan
sebagainya melalui telefon bimbit mereka. Tidak mustahil jika murid-murid tersebut meniru atau
mengikuti budaya tersebut.

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid sememangnya ada kebaikan
dan keburukan. Murid-murid dinasihatkan untuk membuat pertimbangan terlebih dahulu sebelum
melakukan sesuatu melalui telefon bimbit mereka. Ibu bapa adalah individu yang paling tepat untuk
memerhatikan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak mereka. Jika perkara ini dapat
dikawal dengan baik, keburukan-keburukan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid dapati
diatasi dengan kerjasama semua pihak.

You might also like