DG 42

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 17
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA HUMAN RESOURCE MANAGEMENT DIVISION ARAS 3-5 DAN 12-14, BLOK E12, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Te (03 8884 6000 62604 PUTRAJAYA man Web! wae sou Ruj. Kami >: KPM.BPSM.S.500-4/7/7 JILID 4 (5) Tarikh : OF Januari 2021 Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Semua Ketua Jabatan/ Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia Pengarah Institut Aminuddin Baki Semua Pengarah Pendidikan Negeri Semua Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Semua Pengarah Kolej Matrikulasi Semua Pegawai Pendidikan Daerah Semua Ketua Jabatan Pegawai Kader/ Pinjaman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan’ Puan, PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG SEDANG MEMANGKU GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI BAWAH URUSAN TAHUN 2019 (MEMANGKU PADA 31 DISEMBER 2019) Dengan hormatnya saya diarah untuk menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan mengenai perkara tersebut di atas. 2. Seperti pihak YBhg. Datuk/ Dato’) Datin/ DrJ/ tuan/ puan maklum, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) telah memutuskan PPP yang telah diluluskan penempatan pemangkuan ke Gred DG42(KUP) boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat setelah genap setahun (12 bulan) memangku. Pegawai yang terlibat perlu menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik serta memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan. 3. Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan adalah dimohon untuk mengemukakan perakuan kenalkan pangkat PPP yang telah diluluskan pemangkuan ke Gred DG42(KUP) di bawah urusan tahun 20 berkuat kuasa pada 31 Disember 2019. Perakuan hendaklah dibuat me! Sistem ePangkat mengikut tempoh yang ditetapkan seperti Jadual berikut: KPM.BPSMS.600-4/777JILID 4 (6) [Bir Tarikh Tempoh Urusan 44 Januari 2024 (snin) hingga 25 Januari 2024 (snin) 15 hari PPP perlu. mengisi borang Laporan Nilaien Prestasi Khas (LNPK) dan borang akuan pinjaman pendidikan dan mengemukakan kepada Ketua Jabatan Ketua Jabatan perlu membuat penilaian LNPK. Ketua Jabatan perlu memastikan maklumat perkhidmatan pegawai terutamanya —tarikh— pemmangkuan DG42(KUP) dan markah —prestasi tahunan dikemas kini di ePangkat. ii, 26 Januari 2021 | 1Shari (Selasa) hingga 09 Februari 2021 (Selasa) Ketua Jabatan memasukkan markah LNPK dalam ePangkat. Tempoh perakuan Ketua Jabatan iaitu Pengetua’ Guru Besar! Ketua Bahagian (Di Bahagian! 1AB/ IPG Kampus! Kole] Matrikulasi) kepada JPN! Bahagian. Tarikh tutup pada 09 Februari 2021 (jam 11.59 malam). ‘Nota: Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS fain borkensan akan menemul egogaten, (Rabu) hingga 23 Febru; (Selasa) 1024 i, 40 Februari 2021 | 14 hari Tempoh perekuan JPN/ Pengarah Bahagian! 1ABI IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi kepada BPSM, KPM. Tarikh tutup pada 23 Februari 2021 (am 11.59 matam). Nota: Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS arith berkenaan akan monemui kegagatan 4, Pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr/ tuan/ puan peru memastikan PPP yang diperakukan memenuhi DG42(KUP) seperti berikut: syarat-syarat kenaikan pangkat ke Gred (ii) (ii) (iv) (vi) (vil) (viii) KPM.SPSM..600-477 JILID 4 (5) disahkan dalam perkhidmatan (bagi Gred DG29); mencapai tahap prestasi yang ditetapkan semasa memangku iaitu memperolehi markah 80% dan ke atas bagi: a) jumlah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir [tahun 2017 (20%), 2018 (35%) dan 2019 (45%); i markah Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) yang diperlukan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009 kerana LNPT/ PBPPP tiga (3) tahun terkini (2017, 2018 dan 2019) tidak menilai pegawai di atas gred yang dipangku (bagi urusan ini, tempoh penilaian LNPK adalah mulai 31 Disember 2019 hingga tarikh penilaian oleh Pegawai Penilai); dan ¢) jumlah wajaran keseluruhan (80% LNPT/ PBPPP tiga (3) tahun + 20% LNPK). memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Muda kepujian dalam bidang pendidikan/ bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: bebas daripada tindakan/ hukuman tatatertib; telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun; lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan; dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. KPM.BPSM.S.500-4/77 JILID 4 (8), 5. Sehubungan itu, kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’ Datin/ Dr./ tuan/ puan adalah dimohon untuk melaksanakan perkara-perkara berikut: (i) ) memaklumkan kepada semua PPP di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ tuan/ puan mengenai urusan ini; memastikan Ketua Jabatan tempat PPP bertugas: (1) mengenal pasti PPP di bawah seliaan yang memangku dan telah melengkapkan tempoh pemangkuan selama setahun di Gred DG42 (KUP) mulai 31 Disember 2019 dan tidak ditarik_balik/_ditamatkan _pemangkuan_oleh_Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran No. 2; (2) mengemas kini maklumat perkhidmatan PPP yang akan diperakukan di a) eOperasi; (b) ePangkat; c) HRMIS; dan (d) Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK); (3) mengarahkan PPP yang terlibat untuk: (a) mengisi dengan lengkap borang Laporan_ Nilaian Prestasi Khas (LNPK) seperti di Lampiran A dan seterusnya Ketua Jabatan membuat _penilaian tethadap calon; (b) — mengisi dan mengemukakan borang Akuan Pinjaman Pendidikan di Lampiran B secara manual kepada Ketua Jabatan; dan (c)membuat —pengisytinaran harta. dan tempoh pengisytiharan harta PPP adalah masih sah sehingga 31 Disember 2021 (dalam tempoh lima (5) tahun). KPM.@PSMS.500-4/717 JILID 4 (5) 6. Untuk makluman YBhg. Datuk’ Dato’’ Datin/ Dr./ tuan/ puan, semua perakuan kenaikan pangkat hendaklah diperaku melalui Sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para 3 KECUALI pegawai dalam keadaan seperti di bawah yang perlu diperakukan SECARA MANUAL mengikut format seperti di Lampiran C dalam bentuk hardcopy yang telah disemak dan disahkan oleh JPN/ Bahagian dan softcopy menggunakan program Microsoft Access yang perlu dihantar ke alamat emel pegawai yang bertanggungjawab mengikut Negeri/ Bahagian yang berkenaan seperti di Para 9 (i) co) 1) (iv) pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) ATAU Cut Belajar Tanpa Gaji (CBTG); pegawai yang diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) semasa dalam tempoh pemangkuan yang telah melaporkan iri bertugas semula dan telah melengkapkan tempoh pemangkuan selama setahun; pegawai yang berada di jawatan kader/ dalam tempoh peminjaman; pegawai yang telah bersara wajib/ meninggal duni: TEMPOH PEMANGKUAN. DALAM 7. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr/ tuan/ puan adalah dimohon untuk memaklumkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dalam catatan di lampiran perakuan dan menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi PPP seperti berikut: (i) ii) yang diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG)/ Cuti Tanpa Gaji (CTGy Cuti Sakit Barah/ Tibi/ Kusta semasa dalam tempoh pemangkuan (surat kelulusan CSG/ CTG dan maklumat berhubung jenis cuti, tempoh kelulusan dan tarikh pegawai melaporkan diri untuk bertugas semula selepas tamat CSG/ CTC); telah _meninggal dunia! bersara walib/ bersara_pilihan/ meletak jawatan SEBELUM tarikh kuat kuasa pemangkuan ke Gred DG42(KUP) (sijil kematian/ surat kelulusan_ persaraan/ surat peletakan jawatan); KPM.SPSM'S.500-4717 JILID 4 (5) 1) telah ditohmah tetapi tidak’ belum dapat dibuktikan dan prosiding tatatertib belum bermula (belum keluar surat pertuduhan) dalam prosiding (telah keluar surat pertuduhan)/ telah dijatuhkan hukuman tatatertib semasa dalam tempoh pemangkuan (dokumen berkaitan kes/ surat pertuduhan/ surat hukuman tatatertib); (iv) telah dimasukkan ke jawatan kumpulan (poof) (surat penempatan masuk/ keluar jawatan kumpulan dan dokumen- dokumen lain yang berkaitan); dan w) CTG yang berpanjangan (surat kelulusan CTG). Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan juga: (i) LKPPP No. 1 Bilangan 5 Tahun 2015 telah memutuskan Ketua Jabatan perlu mengemukakan perakuan dengan menyatakan bahawa urusan —_kenaikan pangkat adalah TIDAK DIPERAKUKAN bagi PPP yang sedang disiasat/ dalam prosiding tatatertib/ telah dikenakan tindakan tatatertib tetapi belum tamat tempoh hukuman (tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat); (i) PPP yang telah melengkapkan tempoh pemangkuan selama setahun tetapi sedang dalam tindakan/ prosiding tatatertib akan ditangguhkan kenaikan pangkat oleh LKPPP dan dilanjutkan pemangkuan sehingga kes tatatertib dimuktamadkan. Sekiranya PPP didapati bersalah dan dikenakan hukuman talatertib semasa dalam tempoh pemangkuan, pemangkuan akan tamat mulai tarikh kuat kuasa hukuman yang ditetapkan oleh Lembaga Tatatertib yang berkenaan. Perakuan untuk penamatan pemangkuan dengan butiran lengkap mengenai kes perlu dikemukakan kepada BPSM dengan serta-merta; dan (iii) urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat pegawai secara Time- Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)/ hakiki! Cemerlang akan terbatal secara automatik sekiranya tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat ke Gred DG42(KUP) yang diputuskan oleh LKPPP lebih awal dari PPP layak dinaikkan pangkat secara TBBK/ hakiki/ Cemeriang. KPM.BPSIS.500-4/777JILID 4 (5) 9. Manual pengguna bagi perakuan Ketua Jabatan dan Bahagian/ JPN boleh didapati di laman sesawang sistem berkenaan. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab calon dan Ketua Jabatan seperti di Lampiran D dan E untuk panduan dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’ Datin! Dr tuan/ puan. Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada pegawai yang bertanggungjawab mengikut negeri/ Bahagian yang berkenaan seperti berikut: () Kelantan, Melaka, Perlis, Sabah dan Bahagian-Bahagian di KPM ik Alia Amalina binti Norharmi 103-8884 7882 amalina.norharmi@moe.qov.my Puan Norazati binti Salleh 103-8884 7891 norazati.salleh@moe.cov.my (Perlis, Sabah dan Behaglan-Bahagian ai KPM) Puan Rohayati bint! Rami 103-8884 7971 rohayati.ramli@moe.gov.my (Kelantan dan Melaka) (i) Kedah, Sarawak, W.P. Kuala Lumpur, W.P. Putrajaya dan W.P. Labuan Puan Sharifah binti Hasain 103-8884 7883 sharifah hasain@moe.gov.my Cik Nurul Fatin Agilah binti Arti 03-8884 7904 fatin aailah@moe.gov.my Encik Mohammad Khasif bin 103-8884 7889 mkhasif, mshahid@moe.gov.my Mohd Shahid (Sarawak dan Kedah) Puan Noraini binti Mohd Rohani 03-8884 7816 noraini,rohani@moe.gov.my (W.P. Kuala Lumpur, W.P, Putrajaya dan W.P. Labuan) (ii) Pahang, Perak, Selangor dan Terenaganu Cik Nora binti Mohd 03-8884 7908 nora@moe.gov.ny Puan Marliza Erlina binti Mohd Lazi 03-8884 7912 marliza.lazi@moe.gov.m (Selangor dan Terengganu) Puan Anis Raihana binti Azmir Ross 03-8884 7889 raihana.azmir@moe.gov.my (Perak dan Pahang) (iv) Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan Puan Nurul Huda binti Khairuddin (03-8884 7905 huda khairuddin@moe,gov.my Puan Hajijah binti Darani 03-8884 7972 hailiah.darani@moe.gov.my (Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan) 40. Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut: (i) menyemak dan memastikan semua perakuan yang dikemukakan adalah benar, tepat dan teratur. Sekiranya berlaku kesilapan yang boleh dikategorikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah, tidak bertanggungjawab dan cuai dalam melaksanakan tugas yang boleh mempengaruhi keputusan LKPPP, Ketua Jabatan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan KPM.BPSMS 500-4177 JILID 4 (5) (ii) memastikan PPP yang bertukar masuk ke negeri/ Bahagian semasa tempoh pemangkuan perlu diperakukan oleh Ketua Jabatan tempat baharu PPP berkhidmat. 41. Segala kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan berikan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (AIDA MAIZURA BINTI MAZLAN) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Tel Fake Emel: aamaizura@moe.coumy Salinan Kepada: KPPM TKSU (P) TKPPM (0) TKPPM (D) TKPPM (SPPK) SUB (SM) TSUBK (SM) 0 TSUB (SM) K LAMPIRAN A SULIT BORANG J.P.A. (LNPK) 2/2009, KERAJAAN MALAYSIA LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ‘& KUMPULAN SOKONGAN Tahun: Mulai (tarikh mula memangku) hingga tarikh penilaian oleh Pegawai Penilai PERINGATAN ) Pegawai Penilai (PP) adalah pegawei atasan atau penyelia yang terdekat kepada Pegawai ‘Yang Dinilai (PYD) dan mempunyai hubungan kerja secara langsung atau yang mengawasi kerjanya b)_ Tempoh penyeliaan bagi membolehkan PP membuat penilaian adalah tidak kurang dari 6 bulan dan ©) PP dan PYD hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut sebelum dan semnasa membuat penilaian: () PYD hendaklah melengkapken makiumat di Bahagian | dan melengkapkan maklumat dalam borang Sasaran Kerja dan Pencapalan Sasaran Kerja untuk tempoh penilaian seperti di Lampiran ‘A’ (i) PP hendakiah membuat penilaien di Bahagian II serfa membuat ulasan mengenai prestasi keseluruhan pegawai di Bahagian It (ii) PP hendakiah menggunakan Skala Penilaian seperti Bahagian Il dan penjelasan terhadap skela seperti di Lampiran ‘A’ dan (iv) PYD hendaklah menyertakan senarai tugas jawatan yang disandang, BAHAGIAN | - MAKLUMAT PEGAWAI (Diisi oleh Pegawai Yang Dinitai) () Nama (ii) No. Kad Pengenalan: (ii) Skim Perkhidmatan : (iv) Gred Hakiki () “Nama’& Gred Jawatan Yang Disandang Sekarang : (vl) Tempat Bertugas (vil) Tarikh Memangku Jawatan Sekarang BAHAGIAN Il - KRITERIA YANG DINILAI (Diisi oleh Pegawai Peniiai) Pegawai Penilai dikehendaki membuat penilaian berasaskan kepada penjelasan setiap kriteria yang dinyatakan dengan menggunakan skala 1 hingga 10. Bagi kriteria 1 - 5, penilaian hendaklah berasaskan pencapaian kerja sebenar Pegawai Yang Dinilai (PYD) atas gred jawatan i Lampiran ‘A’. yang 4) Skata 1. 4. 8) Skala ingku berbanding dengan sasaran kerja yang ditetapkan PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PENGHASILAN KERJA ‘Sangat Rendah Rendah ‘Sederhana Tingai ‘Sangat Tinggi 1 Z 3. eps ]epryi] se 70 limu Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam Bidang Kerja Mempunyai iimu pengetahuan dan kemahiran/kepakaran dalam melaksanakan hasil_ketja_meliputi_ kebolehan — mengenalpasti, menganalisis serta menyelesalkan masalah. Kuantiti Hasil Kerja Kuantiti_hasil kerja seperti jumlah, bilangan, kadar, kekerapan dan sebagainya berbanding dengan sasaran kuantiti kerja .mengikut tempoh masa yang ditetapkan kualiti Hasil Kerja Dinilei dari segi kesempurnaan, teratur, kemas dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Penganalisisan Kebolehan mengenalpasti isu dan masalah serta _berkeupayaan menganalis serla _mengemukakan cadangan penyelesaian yang membina. Ni Tambah Menghasilkan nilai tambah kepada proses dan penghasilan kerja yang lebih batk. KUALITI PERIBADI Sangat Lemah Temah ‘Sederhana Bak | Cemerang i 2 sTaets err et 9 10 Integriti Memiliki dan mempraktikkan nil benar, amanab, telus, cekap dan integriti seperti akauntabilit,jujur, jaksana dalam setiap tindakan. [_] 7. Kepimpinan / Penyeliaan Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan penyeliaan seperti berwawasan, berkeupayaan merancang dan menggembleng sumber dalam kawalannya seperti kewangan, tenaga manusia, peralatan dan maklumat serta menggerak dan memberi dorongan kepada kakitangan ke arah peneapaian objektif organisasi. Kreatif Dan Proaktif Berkebolehan dan mempunyai inisiatif untuk —memikirkan dan mencadangkan idea baru serta membuat pembaharuan kepada proses kerja bagi mempertingkatkan kualiti dan produktiviti 9. Kawalan Diri Mempunyai kebolehan mengawal diri dari segi emosi, minda dan fizikal termasuk keupayean mengawal perasaan, memotivasikan iri, menghadapi tekanan kerja dan mempunyai daya tahan. 40. J an Hubungan Dan Kerjasama Mewujudkan suasana hubungan dan kerjasama yang harmoni dalam organisasi serta boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan. JUMLAH MARKAH : 1100 BAHAGIAN Ill - ULASAN KESELURUHAN DAN PENGESAHAN OLEH PEGAWAI PENILAL 1. Tempoh Pegawai Yang Dinilai bertugas di bawah pengawasan bulan, 2. Pegawai Penilai hendaklah memberi ulasan terhadap prestasi keseluruhan Pegawai Yang Dinilai. Nama Pegawal Penilai No.Kad Pengenalan Jawatan KementerianiJabatan Tandatangan PP Tarikh Lampiran A BORANG SASARAN KERJA & LAPORAN PENCAPAIAN Laporan Pencapaian Saseran Kerja (PYD hendakiah melaporkan pencapaian sasaran kerja dslam tempoh peril ...u.hitgga... Laporan in boleh ciseclakan delam beberapa heleien bersesvaian dengan keperluan. BIL. AKTIVITUPROJEK! | PETUNJUK PRESTASI| SASARANKERJA | PENCAPAIAN ULASAN KETERANGAN (KuantiKualittasaikes | (Untuk tempoh SEBENAR (Oleh PYD. ‘yang mana berkatan peniiaian) (iis pada akive ‘sokranya tempoh peniaian) berkaitan) Tandatangan YD Nama Tarik Pengesahan oleh Pegawai Penilai “Tendatangan PP Nema arith PENJELASAN TERHADAP SKALA PENILAIAN ASPEK PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PENGHASILAN KERJA. Rendah tawap | SKALA PENJELASAN 10 | Hacilkera eontiaea melobihi tahap maksimum yang telah ditentukan ‘Mempuryal pengetahvan dan Kemahiran kepakaran yang sangat luas dan mondalam dalam Sengat Tingal >| dati tseenye ak emairanKeplarannya eat cones mead sumber yukon clam var organisasl 8 | asi keja Kerapkall menemul tahap maksimum yang telah ditentuken, Tinegt "Mempuryei pengetahuan dan kemahiran / kepekeran yang luas dalam bidang 7 | tugasnya Serta keraokali menja sumber rujuken dalam /Iuar organisasi T © | Hast kerja sentiasa metebini tahap minimum yang telah citentuksn. Sederhana 'Mempunval pengatahuan dan Kemaniran /kepakaran yang mencukuy 5 | bidang tugasnya | 4 | Has keria kerapkall menemui tahap minimum yang telah citentukan. Rendan | Kurang mempunyai pangetahuen dan kemahiran / kepakaran yang ssascilam 3 __ | Bidang tugasnya dan peri diber bimbingan oleh pegawal atasannya, eel | Has ker kerapkali dl bawah tahap minimum yang telah citentukan, Sangat_ |__| Tidak mempunyai pengetahuan den kemahiran asas dalam bidang tugasnye dan | memertuken turjuk oir. PENJELASAN TERHADAP SKALA PENILAIAN ASPEK KUALITI PERIBADI TAHAP SKALA PENJELASAN Cemeriang | — 10. Sentiasa menghayati dan mengamalkan cit-cin kvat perioadi dengan cemeriang. Baik 'Menghayat dan mengemalkan circ kuattperbedi dengan balk. Sederhana Menghayatl dan mengemalkan cir-cr Kuali peribedi dengan memuaskan, Leman Kurang menghayati dan mengamalkan cit-ci Kuali perivadt Sangat Lemah ‘Tidak menghayati dan mengamakan cir Kuali peribadi LAMPIRAN B ‘SURAT AKUAN PINJAMAN PENDIDIKAN INSTITUSI/ TABUNG PENDIDIKAN Saya Sa ones NO KP. mengesahken bahawa: Saya tidak ada mengambil pinjaman pendidikan daripada mana-mana institusi/ Tabung Pendidikan; Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada ‘mulai tarikh hingga 7 sobanyak RM dan mula tarikh hingga sebanyak RM ‘Saya mengesahian masih belum membuat bayaran; ‘Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada mulai tarikh ______ hingga sebanyak RM dan pada masa ini sedang membuat pembayaran secara bulanan melalui pembayaran tunai/ potongan gaji mulaitarikh pete Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada mulai tarikh hingga i sebanyak RM tt _ dan saya telah pun menyelesaikan sepenuhnya pinjaman pada U PERAKUAN Saya mengaku bahawa maklumat di atas adalah benar. Sekiranya tidak benar, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4 (f) dan Peraturan 4 (q), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tandatangan Pegawai Nama Jawatan i Alamat Pejabat—< Tarikh PENGESAHAN Tandatangan Ke Nama Jawatan Alamat Pejabat Tarikh esata) (restag eta) se sot002 win once ona toron | eors | teow sev-o enn] 100 08008 noosa _| _sroz anton se en aa sss ons seu __| zw | oso | ocus | come | _zesromario onewvser si isiel= seoasvvomvennn | avanal gon aoa o | ov amass | mernna svontise vena ee wan | an vwvimoe | ster zoorwmenvenn | exons nysnsniomss | Guia) eae lononos 200 vs poe syarenoros) | lamderecan ea) “210K tuivevrvalsx |“ oxowvren Tnnumass | wow | saad e200 (e102 waawasia te vave nyoNvUaN) 6102 NnivL NENA HYMVS 10 (aro) onvanwanae NUNN S¥iDI YBYOIS 2700 G3NO MHONYHN ONVOSS ONVA (edd) NVAIGIONAd NVIVMGIHDIZd IYMVDRd 1O¥a LVNONVE NVBIVND NVIDIYERE VIN VESVNS. ‘onvanaioet KPM.BPSM.S.600-4/7/7 JILID 4 (6) LAMPIRAN D TANGGUNGJAWAB PPP YANG TERLIBAT DALAM URUSAN KENAIKAN PANGKAT KE GRED DG42(KUP) TAHUN 2019 (MEMANGKU PADA 31 DISEMBER 2019) Mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) dan menyerahkan kepada Ketua Jabatan tempat bertugas untuk dinilai. 2. Mengisi Borang Akuan Pinjaman Pendidikan dan mengemukakan kepada Ketua Jabatan. 3. Memastikan bahawa maklumat diri di dalam HRMIS, eOperasi dan ePangkat adalah lengkap dan dikemas ki 4, Memastikan bahawa maklumat perkhidmatan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) dikemas kini 5, Memastikan maklumat-maklumat perkhidmatan pegawai di dalam Sistem ePangkat dan eOperasi adalah dikemas kini dan tepat. 6. Membuat pengisytiharan harta terkini jika tempoh pengisytiharan terakhir kurang dari lima (5) tahun sehingga 31 Disember 2021 dan seterusnya memastikan maklumat pengisytiharan harta dikemas kini di dalam ePangkat. 7. Memastikan diri calon tidak berada di dalam senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan. PERINGATAN: Mengemukakan sebarang maklumat yang palsu atau memalsukan maklumat/ dokumen merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan boleh dikenakan tindakan. CALON, KETUA JABATAN DAN JPN/ BAHAGIAN HENDAKLAH BERTANGGUNGJAWAB = SEPENUHNYA = TERHADAP — SEBARANG. KELEWATAN ATAU KECICIRAN YANG BERLAKU DI PERINGKAT MASING- MASING. 10. 11. KPMBPSM.S 500-4777 JILD 4 (6) LAMPIRAN E. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/ JPN/ BAHAGIAN YANG TERLIBAT DALAM URUSAN KENAIKAN PANGKAT KE GRED DG42(KUP) TAHUN 2019 (MEMANGKU PADA 31 DISEMBER 2019) Menghebahkan dan memaklumkan urusan kenaikan pangkat kepada semua calon di bawah seliaan masing-masing yang layak mengikut syarat-syarat_ yang ditetapkan. Memastikan bahawa maklumat calon di dalam HRMIS dikemas kini, Memastikan bahawa maklumat perkhidmatan calon di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BKP) dikemas kini. Memastikan maklumat akademik dan jijazah lengkap di dalam ePangkat. Sekiranya maklumat berkenaan tiada, perlu dimuat naik semula di dalam ePangkat. Menyemak dan memastikan maklumat perkhidmatan calon yang terlibat di dalam eOperasi dan ePangkat dikemas kini dan tepat. Menyemak serta memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang diberikan oleh calon. Memastikan calon telah mengisi dengan lengkap borang Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) dan seterusnya Ketua Jabatan tempat bertugas membuat penilaian terhadap calon Memastikan calon mengisi borang Akuan Pinjaman Pendidikan dan menyemak ketepatan dan kesahihan maklumat yang dikemukakan. (Peminjam Pendidikan Tegar tidak boleh diperakukan untuk kenaikan pangkat oleh Ketua Jabatan). Memastikan calon telah mengisytiharkan harta dan tempoh pengisytiharan harta masih sah (dalam tempoh lima (5) tahun) sehingga 31 Disember 2021. Memastikan calon masin memangku di Gred DG42(KUP) mulai 31 Disember 2019 dan calon tidak pernah ditarik balik/ ditamatkan pemangkuan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran No. 2. JPN/ Bahagian perlu memaklumkan dengan segera kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM dengan menyertakan dokumen- dokumen yang berkaitan bagi PPP seperti berikut: (i) mengambil Cuti Tanpa Gaji/ Cuti Separuh Gaji/ Cuti Barah/ Kusta/ Tibi dalam TEMPOH YANG PANJANG; KPMBPSM.S.500-41777 JILID 4 (5) (ii) telah meninggal dunia/ bersara wajib/ bersara pilihan/ meletak jawatan SEBELUM tarikh kuat kuasa pemangkuan ke Gred DG42(KUP); (ii) dalam prosiding tatatertib/ telah dijatuhkan_hukuman tatatertib semasa dalam tempoh pemangkuan); dan (iv) telah dimasukkan dalam jawatan kumpulan (poo). 12, Mengemukakan perakuan calon-calon di bawah seliaan dengan kadar segera tanpa menunggu sehingga saat-saat akhir untuk berbuat demikian. PERINGATAN: SEBELUM MEMBUAT PERAKUAN, KETUA JABATAN DAN JPN/ BAHAGIAN PERLU MEMASTIKAN MAKLUMAT YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BENAR, TEPAT DAN TERATUR. SEKIRANYA BERLAKU KESILAPAN YANG BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI TIDAK JUJUR ATAU TIDAK AMANAH, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN CUAI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS YANG MEMPENGARUHI _KEPUTUSAN LEMBAGA_ KENAIKAN —_ PANGKAT PERKHIDMATAN PELAJARAN, KETUA JABATAN, JPN/ BAHAGIAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993. KETUA —_JABATAN DAN JPN/_ = BAHAGIAN HENDAKLAH BERTANGGUNGJAWAB = SEPENUHNYA = TERHADAP ~— SEBARANG KELEWATAN ATAU KECICIRAN YANG BERLAKU DI PERINGKAT MASING- MASING.

You might also like