Report Sejarah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Semester February

Sesi 2019/2020
FTKW

SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU (SCH 1013)

Tajuk: Tradisi bertulis dalam kesusasteraan Melayu muncul selepas


adanya pengaruh daripada kebudayaan luar iaitu Hindu-Buddha dan
Islam. Jelaskan pengaruh daripada kebudayaan luar tersebut terhadap
perkembangan kesusasteraan Melayu.

Nama: Ahmad Adam Muqri Bin Mohamad


No Matrik: C18A0008
Nama Pensyarah: EN. Sudirman Bin Kiffli
Tarikh: 29/4/2020

1
PENDAHULUAN
Pengaruh kebudayaan luar daripada Hindu-Buddha dan Islam merupakan sebahagian
daripada pengaruh yang ada pada awal kemunculan Kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan
Melayu pada asasnya membawa maksud karya yang indah dan berguna sama ada secara
tulisan atau secara lisan. Kesusasteraan juga menjadi pencetus kepada budaya manusia
yang telah diwarisi secara turun temurun yang diperluaskan lagi melalui lisan. Hindu-Buddha
berasal daripada Ganges dan berkongsi kepercayaan yang lebih kurang sama. Pengaruh
Islam pula berasal daripada Tanah Arab dan tempat tersebut mempunyai sejarah
kesusasteraan yang sangat lama yang menggunakan Bahasa Arab dan contoh yang paling
jelas mengenai kesusasteraan Islam dari Tanah Arab ialah Al Quran Al Karim.

Kesusasteraan Melayu dan pengaruh Hindu-Buddha dan Islam amat berkait rapat
kerana menurut Ali Ahmad “sastera dihubungkan hasil daripada peradaban manusia.
Kesusasteraan Melayu sudah sebati dengan pengaruh dari Hindu-Buddha dan Islam kerana
ia sangat berkait rapat daripada segi lisan dan penulisan walaupun berbeza bahasa tapi dari
sudut gaya bahasa, bait bait kata, cara penyebaran dan banyak lagi”. Pengaruh
kesusasteraan daripada Hindu-Buddha dan Islam mempunyai beberapa peringkat peringkat
penting yang tertentu bermula daripada Hindu-Buddha kepada Islam.

Bahasa merupakan salah satu ejen untuk mengembangkan kesusasteraan yang


penting terhadap tamadun dunia. Kesusasteraan melayu pada awal kemunculannya
menggunakan bahasa Sanskrit pada awal kemunculannya sebelum menggunakan bahasa
melayu itu sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa kesusasteraan melayu tidak semata mata
berbahasa melayu. Bahasa menjadikan kesusasteraan melayu berkembang menjadi salah
satu kesusasteraan yang paling terkenal serata dunia pada zaman tersebut.

Kesusasteraan menjadi semakin berkembang dengan adanya prosa tradisional pada


zaman tersebut. Contohnya, syair yang menjadi siulan pada zaman tersebut yang membawa
pengaruh dari Tanah Arab. Maksud syair diambil daripada perkataan arab iaitu shi’r yang
membawa maksud perasaan serta penganalan dengan pancaindera. Prosa prosa tradisional
yang diperkenalkan berdasarkan pengaruh daripada pengaruh budaya Hindu-Buddha dan
Islam yang dibawa oleh orang yang datang daripada India dan Tanah Arab secara spesifiknya.

2
Antara pengaruh yang menjadi tunjang kepada kesusasteraan melayu adalah bermula
dengan tulisan. Tulisan menggambarkan sesuatu yang indah ataupun satu hasil seni yang
menarik kerana menurut Siti Hawa Haji Salleh “kesusasteraan atau seni membawa maksud
yang sama iaitu kerja bertulis, walaupun pada asalnya kata akar bagi sastera dalam Sanskrit
merujuk kepada tulisan yang mengandungi pengajaran, arah atau petunjuk tentang sesuatu
yang mesti disiapkan. Hal ini dapat menguatkan lagi bahawa tulisan merupakan sesuatu yang
perlu dimulakan dalam kesusasteraan melayu dari segi kesuluruhannya.

Terdapat banyak kaitan diantara tulisan kesusasteraan melayu dan pengaruh


daripada Hindu-Buddha dan Islam. Kaitan yang pertama dapat dikenalpasti dengan
kedatangan orang yang membawa pengaruh tersebut seperti pedagang, pengembara,
pendakwah dan sebagainya. Mereka yang membawa pengaruh tersebut meninggalkan
pengaruh yang diberi kepada kesusasteraan melayu seperti buku-buku ilmiah, kitab-kitab
agama, surat-surat dan lain lain. Kaitan seterusnya ialah keterbukaan warga-warga tempatan
untuk mempelajari tulisan-tulisan asing seperti tulisan bahasa arab untuk mempelajari kitab
al-quran atau mempelajari tulisan Sanskrit. Hal ini dapat mengembangkan lagi pengaruh
budaya Hindu-Buddha dan Islam dalam kesusasteraan melayu

Terdapat beberapa contoh pada hikayat yang mempunyai tulisan yang membawa
pengaruh budaya Hindu-Buddha dan Islam seperti Hikayat Seri Rama dan Hikayat Pandawa
Jaya .Hikayat Seri Rama yang mengandungi pengaruh daripada Islam dari segi kata
pendahuluan dan tatabahasa. Hikayat Pandawa Jaya pula mempunyai pelbagai perkataan
arab tapi dalam masa sama menggunakan ekspresi hindu seperti maharisi kepada ‘sage’
yang diperkenalkan dengan beberapa perkataan hindu yang mana orang melayu moden akan
faham seperti petikan dalam Hikayat Pandawa Jaya “Al kesah. Maka ini-lah suatu cheritera
yang amat mashhur perkataa-nya di-atas angin dan di-bawah angin yang telah tersebut di-
dalam shatar dan nujum sekalian maharisi dan Berahmana; peri mengatakan Pendawa
Pancha kelima. Maka ini-lah cheritera yang di-bawah sa-kali, maka di-namai oleh segala yang
arif dan yang bijaksana Pandawa Jaya nama-nya. Ada pun yang di-atas itu beberapa cheritera
yang amat indah-indah memberi [? Omit maka] berahi-lah akan segala yang membacha dia
atau yang mendengarkan dia daripada cheritera Lelakon yang ‘ajaib dan yang gharib-gharib
dalam-nya”.

Bukti yang boleh dinampak sehingga ke harini bahawa tulisan dipengaruhi daripada
budaya Hindu-Buddha dan Islam ialah sebuah batu nisan pasai yang mengandungi campuran
tulisan Melayu, Sanskrit dan Arab dalam bentuk syair atau puisi.

3
Pengaruh yang seterusnya ialah dari segi bahasa. Bahasa memainkan peranan
penting dalam keusasteraan melayu. Bahasa merupakan satu penggunaan sistem
komunikasi atau satu penuturan yang yang akan difahami satu sama lain. Bahasa juga
merupakan satu seni yang indah atau cantik kerana menurut Siti Hawa Haji Salleh
“kesusasteraan menyampaikan maksud kecantikan iaitu kecantikan bahasa yang berasal
daripada perkataan sastera yang hanya diganti dengan istilah teks”. Hal ini dapat
menggambarkan bahawa bahasa merupakan sesuatu yang dapat mencantikkan atau
mengindahkan lagi kesusasteraan melayu.

Kaitan di antara bahasa dan pengaruh budaya daripada Hindu-Buddha dan Islam ialah
penggunaan bahasa Sanskrit daripada Hindu-Buddha dan bahasa arab daripada Islam
dipengaruhkan ke dalam bahasa melayu, Hal ini dapat menguatkan lagi pengaruh bahasa
terssebut ke dalam kesusaasteraan melayu. Penggunaan bahasa Arab ataupun Sanskrit
memperkayakan lagi tatabahasa kesusasteraan melayu dan seperti kita tahu adaptasi bahasa
arab ke dalam bahasa melayu seperti kitab, wakaf, kubur dan sebagainya. Penggunaan
bahasa melayu juga untuk sebagai komunikasi untuk menyebarkan agama islam di rantau
Tanah Melayu dan menguatkan lagi bahasa melayu yang diadaptasi daripada bahasa arab.

Ada beberapa teori yang dikemukakan oleh Professor Cesar Adib Majul mengenai
perkembangan dan kemasukan Islam ke Alam Melayu dan teori yang bersesuaian dengan
pengaruh Islam terhadap kesusasteraan melayu ialah “pertama ialah teori yang dihubungkan
dengan perdagangan; kedua ialah teori agama islam telah disebarkan oleh pengembang
agama, terutama oleh ahli ahli sufi dan kumpulan tarikat; ketiga ialah teori bahawa islam
berkembang kerana dorongan politik akibat persaingan antara kuasa-kuasa Islam tempatan
dengan yang masih belum Islam. Kesusasteraan melayu juga mengalami pertembungan di
antara unsur-unsur hindu dan ajaran Islam tetapi kemudian digantikan sepenuhnya dengan
unsur-unsur islam lalu diperkenalkan tulisan jawi pada 1300 masihi.

Contoh bahawa kesusasteraan melayu mendapat pengaruh daripada bahasa arab


ialah kata-kata arab diasimilasikan kepada bahasa melayu seperti ‘ilm=ilmu, fard=fardu,
qalb=kalbu, thalj=salji, fahm=faham, barakah=berkat, khaimah=kemah, ‘aqd=akad. Terdapat
juga bukti yang mengesahkan bahawa Islam telah membawa pengaruhnya dan bertapak di
Tanah Melayu iaitu Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di tebing Sungai Tersat (Sungai
Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Penemuan ini merupakan tulisan
jawi yang pertama di Malaysia yang membuktikan bahawa Islam telah sampai ke Terengganu
sebelum 1326 atau 1386. Isi kandungan teks batu bersurat ini mengenai undang-undang
seorang raja. Hal ini membuktikan bahawa pengaruh Islam terhadap kesusasteraan melayu
amat tinggi kerana melibatkan raja atau pemimpin.

4
Pengaruh seterusnya ialah buku. Buku menjadi aset penting kepada perkembangan
kesusasteraan melayu. Buku ataupun kitab menjadi pengaruh yang besar kepada
kesusasteraan melayu kerana segala tulisan mahupun bahasa perlu ditulis di dalam buku
untuk mengekalkan sesuatu perkara yang menjadi ilmu kepada sesiapa yang membacanya.
Pengaruh kebudayaan yang dibawa oleh Hindu-Buddha dan Islam ialah budaya membaca.
Budaya membaca sudahpun menjadi budaya yang amat sinonim dengan Hindu-Buddha dan
Islam.

Budaya membaca bagi Islam tidak lagi asing kerana kitab agama islam iaitu Al-Quran
wajib untuk dipelajari dan dibaca oleh seluruh umat islam. Penurunan Al-Quran buat kali
pertama yang dibawa oleh malaikat Jibril yang menyuruh Nabi Muhammad SAW dengan ayat
iqra’ ataupun bacalah namun Nabi Muhammad SAW menjawab “saya tidak tahu membaca”
selama beberapa kali lalu malaikat Jibril mengajar baginda Nabi Muhammad SAW membaca
lima ayat pertama Surah al-‘Alaq iaitu “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang
menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah dan Tuhanmu
yang amat mulia, Yang mengajar manusia dengan pena, Dia mengajarkan manusia apa yang
tidak diketahuinya”.Ayat daripada Al-Quran ini dapat memastikan bahawa membaca
merupakan salah satu budaya Islam yang asli kerana membaca adalah salah satu yang amat
ditekankan oleh Allah.

“Membaca Jambatan Ilmu”. Itu menjadi slogan kepada negara kita kerana salah satu
cara untuk mendapat ilmu ialah dengan membaca. Budaya membaca pada zaman dahulu
amatlah meluas kerana cara untuk menyebarkan atau mendapatkan sesuatu ajaran, berita,
ilmu dan lain-lain ialah dengan cara membaca. Membaca menjadi sesuatu yang amat penting
kerana alat-alat kesusasteraan seperti risalah, surat khabar atau kitab-kitab agama perlulah
dibaca untuk mendapatkan sesuatu daripadanya iaitu ilmu. Seperti di dalam kitab Veda,
seseorang yang selalu membaca kitab Veda mampu melewati dosa-dosa yang pernah kita
alami baik sengaja mahupun tidak sengaja selain itu, dengan membaca kitab suci, dosa-dosa
kita akan dibakar habis, kerana kekuatan mantram kitab suci,dan setelah membaca kitab suci,
setelah meninggal dunia, maka atman dengan tenang dapat menuju ke alam rohani yang lebih
tinggi. Dapat menyelamatkan leluhur dan keturunan sampai 11 tingkatan.

Contoh bahawa membaca mendapat pengaruh daripada Hindu-Buddha dan Islam


terhadap kesusasteraan melayu ialah wujud tafsiran Al-Quran yang berbahasa melayu hasil
daripada kebijaksanaan pentafsir-pentafsir untuk dibaca supaya umat-umat Islam yang
berbangsa melayu dapat memahami apa isi kandungan Al-Quran tanpa sekadar membaca
tanpa memahami apa yang ingin disampaikan di dalam Al-Quran tersebut.

5
Pengaruh seterusnya ialah secara lisan. Secara lisan menggambarkan bahawa
pengaruh yang dibawa oleh Hindu-Buddha dan Islam membawa kepada kemajuan
kesusasteraan melayu. Secara lisan merupakan satu sistem komunikasi yang
menggambarkan bahasa seperti bahasa melayu, bahasa arab dan sebagainya. Kepentingan
lisan adalah untuk berkomunikasi, menggambarkan sesuatu atau menyampaikan sesuatu.
Dalam konteks pengaruh yang dibawa oleh Hindu-Buddha dan Islam, kepentingan secara
lisan adalah dari segi menyanmpaikan sesuatu tidak kira sama ada menyampaikan agama
atau mengajar bahasa mereka. Pengaruh kebudayaan yang ingin ditekankan dalam hal ini
ialah budaya bercakap antara satu sama lain.

Secara lisan amat penting bagi pengaruh Hindu-Buddha dan Islam untuk
kesusasteraan melayu kerana memberitahu secara lisan merupakan sesuatu perkara yang
amat praktikal dan pantas tidak kira sesiapapun. Seperti pendakwah daripada Arab selalu
menyampaikan dakwah melalui tulisan yang dibawa bersama bukunya. Pengaruh secara
lisan dan tulisan amat bersangkut paut antara satu sama lain kerana apabila seseorang
menyampaikan sesuatu, seseorang boleh merekodkan apa yang disampaikan dengan secara
tulisan. Tulisan menjadi sesuatu tulang belakang kepada komunikasi kerana perbuatan
secara lisan akan menjadi sia-sia jika tiada tulisan yang menyimpan segala apa yang
disampaikan oleh seseorang. Samalah juga seperti tulisan tanpa lisan yang tidak boleh wujud
antara satu sama lain. Hal ini menggambarkan bahawa setiap pengaruh yang dibawa oleh
Hindu-Buddha dan Islam saling memerlukan antara satu sama lain.

Contoh yang amat jelas daripada secara lisan adalah pantun. Pentun amat terkenal
daripada zaman dahulu lagi. Pantun amat terkenal dalam adat perkahwinanan orang melayu
seperti upacara melamar ataupun meminang. Contoh pantun yang menjadi siulan pada
zaman dahulu ialah; Ari mingggu duduk menyucik,

Ambik piso mengupas kates,

Anak muda lagi menyucik,

Air mata jatoh menetas.

Demikianlah pengaruh lisan yang amat penting kepada kesusasteraan melayu seperti
kerana dengan lisan mampu membangkitan emosi dengan kecantikan seperti yang contoh
tertulis dalam novel Tombiruo “Ah sudahlah!, Salmah mengangkat punggungnya dari kusyen
empuk. Dia bergegas melangkah ke muka pintu. Sebelum keluar dia sempat menoleh ke arah
Bonda. Suatu hari nanti bila ada peluang, aku akan hancurkan keluarga kau! Kalau boleh aku
akan bunuh salah satu salah seorang daripada kamu! Bentak Salmah”. Novel ini menunjukkan
jelas bahawa setiap emosi dalam percakapan boleh diterjemahkan di dalam kesusasteraan.

6
Pengaruh seterusnya ialah agama. Budaya yang ingin ditekankan ialah budaya
mempelajari agama yang dibawa oleh Hindu-Buddha dan Islam terhadap kesusasteraan
melayu yang membawa kepada perkembanganya. Seperti kita tahu agama merupakan
sesuatu pengaruh yang amat besar dalam setiap perkara di bumi ini. Tanpa agama,
seseorang tidak mempunyai satu pendirian yang tetap. Agama secara umumnya bermaksud
kepercayaan kepada Tuhan dan kebanyakan umat manusia mempunyai Tuhan yang mereka
percaya. Agam juga mempunyai amalan yang dapat dikenalpasti seperti menyembah dewa
bagi Hindu-Buddha dan solat bagi agama Islam.

Budaya manusia juga memberi pandangan dunia sepeti kedudukan manusia di bumi
ini dan setiap satu perkara di dunia ini dicipta oleh Tuhan sekalian Alam bagi agama Islam.
Agama juga menjawab pelbagai soalan yang tidak dapat dijawab oleh manusia seperti soal
hidup dan mati, kehidupan selepas mati dan sebagainya seperti yang termaktub di dalam Al
Quran misalnya. Agam juga mengeratkan lagi hubungan sesama manusia kerana setiap
agama mewajibkan setiap penganutnya berbaik antara satu sama lain walaupun berlainan
agama. Agama juga berperanan sebagai mengawal manusia tidak kira siapa pun kerana
setiap agama mempunyai etika yang perlu dipatuhi.

Setiap peranan agama yang dinyatakan sebelum ini menguatkan lagi pengaruh
terhadap kesusasteraan melayu kerana kesusasteraan bukan sahaja hanya tulisan tetapi satu
tindakan spiritual yang dikendalikan oleh jiwa yang beragama. Menjurus kepada pengaruh
agama terhadap kesusasteraan melayu daripada Hindu-Buddha dan Islam. Berdasarkan
buku Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik dalam bab Kedatangan Islam dan Kesusasteraan
Islam “Pada penghujung abad ke 15, orang datang daripada kepulauan ke Melaka untuk
mempelajari theology Muslim”. Hal ini menunjukkan bahawa agama islam sudah bertapak dan
mempunyai pengaruh terhadap kesusasteraan melayu sehingga orang ramai datang ke
Melaka untuk mempelajari agama islam. Hindu juga menyebarkan doktrin yang membawa
kepercayaan terhadap agama Hindu.

Contoh yang terdapat dalam perbincangan ini ialah kisah seorang muslim yang
mendapat tempat dalam versi melayu Mahabharata dan Ramayana, versi yang tidak
berdasarkan buah mulut pembaca. Contoh yang seterusnya yang berdasarkan buku tersebut
ialah mengenai kisah kemunculan Hadis yang didapati dalam bahasa Arab yang didapati
wujud pada abad ke-8 dan diterjemahkan kepada bahasa melayu. “Dalam pengenalanya,
percintaan melayu bermaksud berasal dari karya Arab, Ta’rikh al-Hijrat. Tetapi terlepas dari
nama dan petikan Arab yang diragukan berasal dari bahasa Arab iaitu kisah Tamim ibn Halib
ad-dari ataupun mungkin berasal dari penyesuaian bahasa Arab yang berasal dari India”.

7
Pengaruh yang seterusnya adalah daripada sudut politik ataupun pemerintahan.
Politik ataupun pemerintahan merupakan pengaruh yang menjadi keutamaan bagi setiap
perkara kerana apabila untuk membuat keputusan atau sebagainya, pemeritah yang selalu
diruju terlebih dahulu. Pengaruh kebudayaan yang kita boleh Nampak adalah budaya
berpolitik di antara sesama manusia. Seperti diketahui, budaya berpolitik di Malaysia ataupun
Tanah Melayu telah wujud berkurun lamanya daripada zaman penjajahan sampailah Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan. Dalam konteks ini, politik ataupun pemerintahan menjadi
pengaruh besar dalam memperkenalkan kesusasteraan melayu di Tanah Melayu. Hal ini
menjadikan kesusasteraan melayu menjadi lebih berkembang dengan lebih meluas kerana
budaya berpolitik di Tanah Melayu amat menyokong dengan kesusasteraan melayu.

Pengaruh budaya berpolitik ataupun pemerintah terhadap kesusasteraan melayu tidak


lagi asing kerana unsur politik dalam kesusasteraan ataupun lebih deikenali sebagai unsur
satira. Seni satira bertujuan untuk menggunakan bahasa yang indah tetapi menikam untuk
mencapai moral daripada sesuatu perkara. Felo Penyelidik Jabatan Sosiobudaya dan
Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, Prof Dr Shaharuddin
Maaruf, “karya satira politik berkembang apabila wujudnya tekanan politik pemerintahan
autokrasi hingga pengarang menjadikan satira sebagai medium untuk bersuara dan sekiranya
betul caranya, satira politik menjadi lebih pedas dan menghiris serta lebih kuat daripada
bahasa biasa yang digunakan”(2019). Contoh bagi satira politik yang terdapat di dalam
kesusasteraan melayu ialah watak Pak Pandir atau Si Luncai yang hadir dalam bentuk sastera
rakyat dan walaupun tidak ketara tetapi mempunyai unsur menyindir atau memperli.

Pengaruh budaya berpolitik atau pemerintahan yang dibawa oleh Hindu Buddha dan
Islam terhadap kesusasteraan melayu pula ialah sesuatu kaedaan politik ataupun
pemerintahan pada zaman tersebut perlu ditulis dalam bentuk penulisan yang membawa
kepada perkembangan kesusasteraan. Sebagai contoh ialah salah satu manuskrip Hikayat
Nur Muhammad bertarikh 1668 M. Menurut buku Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik,
Terjemahan Hikayat tersebut ditulis dalam bahasa melayu yang sangat baik tidak seperti gaya
hybrid yang berlaku dalam terjemahan bahasa Melayu Taj Parsi as-Salatin yang dilakukan di
Acheh pada tahun 160-an. Selain itu karya seperti Hikayat Saif Dhul-razan yang menceritakan
tentang sesetengah kasta yang menyebabkan bahasa Melayu menderita kerana bahasa itu
dijadikan bahasa budaya Nusantara oleh orang asing, pedagang dan mubaligh dari India.

Terdapat bukti kesusasteraan yang kekal sehingga hari ini iaitu buku Sulatus Salatin
yang juga dikenali dengan nama Sejarah Melayu juga merupakan satu contoh yang besar
tentang dokumen yang penting kerana ia mencatatkan mengenai sejarah kerajaan Melayu,
susunan raja Melayu dan adat istiadat kerajaan yang ditulis oleh beberapa pengarang Melayu.

8
Kesimpulan

Kesimpulanya, pengaruh Hindu-Buddha dan Islam terhadap kesusasteraan melayu


amat penting untuk perkembangan kesusasteraan melayu kerana terdapat banyak input yang
boleh diadaptasi daripada pengaruh Hindu-Buddha dan Islam seperti tulisan yang menjadikan
kesusasteraan melayu menjadi lebih bersifat universal. Pengaruh Hindu-Buddha dan Islam
amat jelas dan penting kerana apabila pengaruh Hindu-Buddha dan Islam mempengaruhi
kesusasteraan melayu, terdapat perubahan dan peningkatan yang amat ketara kerana
kesusasteraan melayu meningkat daripada gaya bahasa, buku dan sebagainya. Hal ini
membuatkan kesusasteraan melayu Berjaya menggunakan pengaruh tersebut tanpa
merubah keaslian kesusasteraan melayu tersebut.

Menurut Sir Richard Winstedt, “sastera muncul dengan seni penulisan yang panjang
lebar, huruf dibentuk, ada bahan sastera, kata-kata yang diucapkan dalam ayat untuk
membangkitkan emosi oleh keindahan suara dan kata-kata yang diucapkan dalam prosa
untuk menarik keindahan akal”. Berdasarkan kata-kata Sir Richard Winstedt tersebut maka
jelaslah bahawa kesusasteraan melayu memerlukan pengaruh Hindu-Buddha dan Islam
kerana pengaruh tersebut yang kaya dengan emosi dan keindahan bahasanya. Hal ini kerana,
sebelum kedatangan pengaruh daripada Hindu-Buddha dan Islam, sastera rakyat lebih
kepada sekadar ritual dan hiburan semata-mata seperti seloka,pantun, teka teki dan
sebagainya. Pengaruh yang diperkayakan dengan emosi dan keindahan bahasanya dapat
disampaikan kepada pembaca dengan efektif dan berkesan oleh kerana pengaruh daripada
Hindu-Buddha dan Islam.

Hasil daripada pengaruh kebudayaan luar Hindu-Buddha dan Islam terhadap


kesusasteraan melayu dapat dilihat dengan masyarakat melayu yang dahulunya buta huruf
kepada celik huruf. Hal ini dapat dibuktikan dengan kedatangan pengaruh tersebut yang
menarik minat masyarakat melayu untuk lebih mempelajari tentang kesusasteraan kerana
pengaruh tersebut dibawa sekali dengan buku-buku, tulisan, bahasa dan sebagainya.

Pengaruh Hindu-Buddha dan Islam dibawa sekali dengan agama-agamanya.


Hasilnya, masyarakat melayu yang animisme kepada memeluk agama bermula dengan
agama Hindu-Buddha seterusnya agama Islam. Hal ini menjadikan masyarakat melayu lebih
bertamadun dan mempunyai budaya yang lebih kuat terhadap masyarakat melayu secara
keseluruhanya. Secara tuntasnya, kesusasteraan melayu mempunyai nilai yang lebih tinggi
dengan kehadiran pengaruh daripada kebudayaan luar seperti Hindu-Buddha dan Islam.

9
Rujukan

A History of Classical Malay Literature- Sir Richard Winstedt.

https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/01/525210/karya-sastera-satira-
politik-melayu-tidak-sekuat-barat

https://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-%E2%80%98Alaq

https://www.liputan6.com/ramadan/read/3966413/cerita-nabi-muhammad-saw-saat-
menerima-wahyu-pertama-dan-hikmahnya-bagi-umat-islam

https://baliexpress.jawapos.com/read/2019/11/04/164420/kitab-suci-weda-takut-bila-
orang-bodoh-membacanya-ini-alasannya

10

You might also like