Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MODUL CEMERLANG DRAMA

SUARA GHAIB THOMAS CARPENTAR : Sayangku Anna, tak usah mengikut hati muda.
Engkau tak kan tahan hidup di samping pemuda Melayu ini. Cara hidup keluarganya lain
daripada cara kita. Engkau tak akan dapat sepenuhnya kasih sayang daripadanya. Sia-sia
engkau mencintainya. Dengarlah, percayalah kata-kata ayahmu ini. Tak usahlah
kaucampakkan kasih sayangku yang sejati kerana mengharapkan sesuatu yang belum
pasti…..

Dipetik daripada drama ANNA oleh Kemala

1. Nyatakan satu persoalan berserta contoh yang terdapat dalam drama di atas.
......................................................................................................................................................

[4 markah]

Mat Piah berada di atas beca, menunggu rezeki terakhirnya. Dari pintu besar hotel
berjejeran keluar lelaki dan perempuan yang memakai pelbagai jenis pakaian beragam. Ada yang
berpakaian drakula, pengemis, Robocop, puntianak, Frankenstein, lanun dan sebagainya. Mereka
semua baru tamat menghadiri satu majlis makan malam yang bertemakan pakaian beragam. Ada
antara peserta yang memakai pakaian beragam itu berbangsa Eropah. Mereka tertawa-tawa dan
membuat bising seketika kerana separuh mabuk.

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway, Mahizan Husain.

2. Nyatakan satu latar masyarakat berserta contoh yang terdapat dalam drama di atas.
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
[4 markah]

3. Berdasarkan Drama Mat Piah dan Mr Blackway:

a. Berikan dua perwatakan Mat Piah beserta contoh. [4 markah]
b. Jelaskan dua gambaran masyarakat yang terdapat dalam drama. [8 markah]
c. Berdasarkan petikan di bawah, huraikan dua ciri drama beserta contoh. [8 markah]

BABAK DUA
(Mat Piah sedang mengayuh beca. Beca tidak bergerak sebenarnya. Cuma layar yang
melayari pentas bergerak dan memperlihatkan suasana malam di sekitar Georgetown.
BLACKWAY duduk termenung dengan wajah yang layu).

MAT PIAH : Tuan, tuan daripada party yang pakai serba aneka di Hotel E & O tu
tadi. Mcam-macam saya tengok. Ada hantu, syaitan semua ada. (Tergelak kecil)
BLACKWAY: Tidak saya tak kenal mereka.

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway, Mahizan Husain.
1
4. Berdasarkan drama ANNA karya Kemala :
a. Jelaskan tema drama Anna. [4 markah]
b. Huraikan dua persoalan dalam drama ini. [8 markah]
c. Berdasarkan petikan di bawah, cipta kesudahan drama mengikut kreativiti anda. Skrip
drama anda mestilah mengandungi empat hingga enam dialog. [8 markah]

ANNA: Siangku selalu berisi dengan tanda tanya. Malamku diisi oleh mimpi-mimpi ngeri. Ada
suara ghaib mengingatkan selalu, kalau aku lebih lama lagi disampingmu, aku juga akan
terkorban seperti ibuku.

Dipetik daripada drama ANNA oleh Kemala

ZAKI : Dapatkah kaulupakan White Christmas dan Trafalgar Square?

(Bercakap dengan lebih lembut)
ANNA (memotong) : Aku dah lupakan peristiwa itu. Usah engkau ulangi lagi.
ZAKI (tak hiraukan ANNA): Kaukata, kausetia kepadaku. Kau kata akulah lelaki pertama dan
terakhir buatmu......
ANNA (mengejek): Ah, lelaki pertama dan terakhir....
ZAKI: Kemudian kaubawa aku berjumpa dengan daddymu.
ANNA: Aku menyesal peristiwa itu berlaku.

Dipetik daripada drama ANNA oleh Kemala

5. Berikan dua teknik penceritaan berdasarkan petikan drama di atas.

......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
[4 markah]

MAT PIAH: Fort Cornwallis ni tutup, tuan. Esok pukul sembilan pagi baru buka. Saya hairan,
kenapa tuan nak berjalan-jalan pagi-pagi buta ni, tuan? Esok tak boleh? Tuan tak mahu
balik tidur? Tuan tinggal di hotel mana?

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway, Mahizan Husain.

6. Jelaskan satu latar tempat dan satu latar masa yang terdapat dalam drama di atas.
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
[4 markah]

2
7. Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Mahizan Husain :
a. Huraikan dua perwatakan MatPiah [4 markah]
b. Jelaskan dua unsur sejarah yang terdapat dalam petikan drama di bawah. [8 markah]
c. Berdasarkan keseluruhan drama, huraikan dua teknik plot berserta contoh. [8 markah]

BLACKWAY : Awak cuma penarik beca. Siapa peduli? Tapi, saya orang besar. Saya
James Rolland Blackway. Saya pegawai kanan Francis Light! Saya kawan baik
Francis Light dan Stamford Raffles! Awak kenal Francis Light? (Berkata dengan
bangga)
MAT PIAH : Tuan kawan baik Francis Light? Saya kawan baik Prince Charles! (MAT PIAH
tergelak)
BLACKWAY : Jangan main-main sama saya punya kawan. Dia yang buka ini Puloo
Pinang. (MAT PIAH ketawa terbahak-bahak lagi)
MAT PIAH : Puloo Pinang? Tuan, walaupun saya pernah masuk hospital gila tapi saya tak
cukup gila nak percaya cakap tuan ni. Puloo Pinang? Lucu sangat! (MAT PIAH
ketawa lagi)

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway, Mahizan Husain.

8. Berdasarkan drama ANNA karya Kemala :

a. Huraikan satu latar tempat dan satu latar masa yang terdapat dalam drama. [4 markah]
b. HUraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam drama. [8 markah]
c. Huraikan dua kritikan sosial yang terdapat dalam drama. [8 markah]

9. a. Nyatakan jenis drama berdasarkan ciri yang diberikan. [ 2 markah ]

CIRI JENIS DRAMA

Drama yang tidak mempunyai skrip bertulis . Dialog secara spontan

.

b. Berikan ciri drama realisme. [ 2 markah ]

CIRI JENIS DRAMA

Drama realisme

MAT PIAH: Pergi menggeruh di Padang Kota lagi bagus. (Bercakap sendiri).

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway, Mahizan Husain

10. a. Nyatakan satu teknik plot yang bersesuaian berdasarkan petikan di atas..
......................................................................................................................................................
[2 markah]

3
MAT PIAH: Bunyi meriam? Sultan Abdullah? Tuan merapu apa ni? Yang tu bunyi motor
mat rempit, tuan oi! Mat rempit! Tahu?
BLACKWAY: Mat rempit? Mat rempit bala tentera mana? Burma? Bugis?
MAT PIAH: Bala tentera Burma, Bugis?Apa maksud, tuan? Mereka tub ala masyarakat.
Bala!Bala! Bala! Tuan tahu bala?

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway, Mahizan Husain

b. Nyatakan satu teknik plot yang bersesuaian berdasarkan petikan di atas.

................................................................................................................................................
[2 markah]

11. Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Kemala :
a. Jelaskan pemikiran drama. [4 markah]
b. Jelaskan perbandingan watak Mat Piah dan Mr. Blackway [8 markah]
c. Huraikan dua kritikan sosial yang terdapat dalam drama. [8 markah]

12. Berdasarkan Teks Kubentang Sehelai Peta nyatakan:

a. Dua judul drama realisme yang terdapat dalam teks Kesusasteraan Melayu Moden.
[4 markah]
b. Dua ciri drama bangsawan dan ciri drama realisme. [8 markah]
c. Pada pandangan anda, apakah yang wajar dilakukan oleh Zaki untuk menyelamatkan
rumahtangganya. [8 markah]

You might also like