Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN
Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan.
Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik
bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum matematik sekolah
menengah, iaitu memperkasakan kebolehan pelajar menggunakan teknologi yang
bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah
serta meneroka ilmu matematik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Berteraskan kepada kurikulum sekolah menengah yang disemak semula, juga


mementingkan kebolehan para pelajar menggunakan teknologi dengan cara yang berkesan
dalam pembelajaran. Ini jelas menunjukkan dalam era perkembangan teknologi ini,
penggunaan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian pembelajaran
interaktif dan dinamik, merupakan elemen yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia bertujuan untuk mempersiap dan memperkasakan pelajar dalam
menghadapi cabaran di masa hadapan. Selaras dengan kandungan dan harapan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, iaitu memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh
dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang bertujuan melahirkan masyarakat yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri dan seterusnya memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2000).

Terdapat beberapa strategi pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk
mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya
menggunakan paparan multimedia, internet dan perisian interaktif yang kaya dengan
teknologi terkini. Untuk memastikan teknologi digunakan di dalam kelas, maka guru perlu
mempunyai persepsi dan kesediaan terhadap teknologi yang digunakan. Ini kerana
persepsi guru terhadap teknologi maklumat memainkan peranan yang penting sebagai
faktor yang menentukan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik (Yushau, 2006).

1
2.0 TAKRIF TMK DALAM PENDIDIKAN
Perubahan era globalisasi menerusi ledakan maklumat dan kemajuan teknologi
multimedia telah menukar wajah dunia pendidikan daripada ‘sage on stage’ (pendita atas
pentas) kepada ‘guide by the side’ (pembimbing di sisi). Pencetusan era globalisasi ini juga
telah menghasilkan satu pencetus idea baru bagi reformasi pendidikan dengan
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication
Technology (ICT) sebagai medium terkini dalam sistem pendidikan di negara kita (Nor
Azan. 2000). Berita Harian, Kuala Lipis, 28 Mei 2005 - Kementerian Pelajaran Malaysia
akan menggariskan lima perkara tambahan di dalam cadangan tokoh pendidikan, Tan Sri
Murad Mohd. Nor agar pendidikan negara dirombak dalam usaha memperkasakan sekolah
kebangsaan menjelang tahun 2020. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
berkata, kementerian bersedia menilai cadangan Murad di samping mengemukakan syor
tambahan iaitu memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di semua
sekolah termasuk sekolah luar bandar. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
berkata, Kementerian Pelajaran Malaysia membestarikan sekolah menerusi lima kriteria,
iaitu Komputer dalam Pendidikan (KDP), Projek Rintis Sekolah Bestasi, School-Net,
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan TV
Pendidikan.

Moursund (1980) menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran berbantukan


komputer merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada
pelajar-pelajar, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk
membantu mereka tentang bahan yang telah dipelajari. Secara umumnya PBK ialah
penggunaan komputer dengan satu program yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan
guru untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu interaksi yang
aktif antara pelajar dengan komputer (Rao et al. 1991). Pelaksanaan pengajaran
berbantukan komputer diinstitusi pendidikan sentiasa dikaitkan dengan dua isu utama iaitu
pertama, adakah guru akan menggunakan sepenuhnya sistem berkenaan dan keduanya
adakah pelajar akan memperoleh faedah darinya. Kemunculan Pengajaran Berbantukan
Komputer Multimedia (MCAI) dalam arena pendidikan kini merupakan jawapan kepada
persoalan di atas. MCAI memudahkan guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

2
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam
perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada
keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini
digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks,
grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan
memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah,
guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat
menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan
gemari. Di samping itu, teknologi maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan
interaktiviti. Berikut merupakan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer.

Menurut Yusuf (1998), penubuhan Unit Teknologi Komputer oleh Kementerian


pelajaran Malaysia hanya khusus untuk membina perisian PPBK bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Bagi mata pelajaran lain belum
lagi dilaksanakan hingga kini. Mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan dan
diterapkan secara berperingkat di sekolah menengah harian bermula pada tahun 2002.
Pembangunan perisian bagi mata pelajaran pendidikan vokasional amat sesuai
dibangunkan untuk membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam
tajuk hamparan. Perisian ini menjadi satu alternatif kepada guru bagi mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, TMK dalam pendidikan dalam konteks Malaysia pada hari ini
adalah suatu perubahan yang dilakukan untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Ini juga adalah suatu usaha untuk
memastikan pencapaian akademik dan kemahiran pelajar dapat ditingkatkan ke tahap yang
lebih baik.

3
3.0 APLIKASI TMK DALAM PENDIDIKAN
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan.
Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga
membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika
digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar
terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di
samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia
mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan
pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan
teknik pengajaran. Aplikasi TMK dalam pendidikan ini boleh dilihat dalam beberapa
aspek seperti mana yang dijelaskan di bawah:-

Komunikasi
Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan
dengan meluas. Selain itu, listservs, Newsgroups dan Chat juga merupakan
perkhidmatan internet yang membolehkan kita berkomunikasi. Sesiapa sahaja
boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer yang
dihubungkan dengan internet. Melalui kajian Hampton (2000) terhadap 40,456
responden di Amerika Syarikat. Melalui penggunaan e-mel juga, guru dengan
pelajar boleh menyertai kumpulan perbincangan untuk bersoaljawab, bincang
soalan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan.

Perolehan Maklumat
Terdapat banyak maklumat yang menarik dan pelbagai untuk guru dan pelajar
dalam internet. Maklumat tersebut tersedia dalam Web dalam bentuk pangkalan
data, dokumen, maklumat kerajaan, bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian
komputer. Kebanyakannya adalah maklumat terkini, tersedia dengan percuma dan
dapat dicapai dengan cepat. World Wide Web, juga digelar Web atau WWW
adalah aplikasi internet yang berfungsi dengan menggabungkan teks dan grafik
dalam satu dokumen atau antaramuka pengguna yang sama (Ahmad Zaharim,

4
2000). Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam internet meliputi pelbagai
kategori dari seluruh dunia. Maklumat-maklumat ini sentiasa dikemaskini supaya
maklumat yang dipaparkan sentiasa terkini dan tepat. Maklumat ini berbeza dengan
meklumat dari buku yang jarang dikemaskini. Maklumat-maklumat yang boleh
diakses ini memudahkan guru dan pelajar mencari maklumat untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Malah guru yang kreatif boleh membina laman web
sendiri bagi memudahkan pelajar mengaksesnya bagi tujuan pembelajaran subjek
yang diajar.

Pembelajaran Interaktif Dalam Talian


Internet telah membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui
talian dan diakses secara jarak jauh. E- Learning atau pembelajaran melalui online
adalah pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti
telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Menurut Lowe (2000)
staf akademik dan pelajar mendapati pembelajaran secara talian merupakan satu
kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran ini
membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh
pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih
efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara
efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar
meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar
berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti
melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan
dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk
menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat banyak bentuk aplikasi
TMK dalam bidang pendidikan di Malaysia pada hari ini seperti mana yang telah
dijelaskan di atas.

5
4.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA SYNCHRONOUS LEARNING
DENGAN ASYNCHRONOUS LEARNING
Pembelajaran Synchronous (PS) dan Pembelajaran Asynchronous (PA) adalah dua
konsep pembelajaran yang berbeza. PS adalah pembelajaran semasa yang mana
menggunakan kemudahan dan peralatan berasaskan TMK sebagai medium pembelajaran.
Sebaliknya, PA pula adalah konsep pembalajaran yang tidak menggunakan kemudahan
dan peralatan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Sebaliknya, lebih cenderung menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk
maujud seperti buku teks dan buku latihan. Oleh itu, salah satu perbezaan antara PS dan
PA adalah dari aspek medium pembelajaran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Menerusi PS, murid pada hari ini tidak hanya menggunakan buku teks
semata-mata dalam proses pembelajarna mereka. Sebaliknya, turut menggunakan pelbagai
kemudahan TMK yang tersedia seperti pembelajaran interak dalam talian atau lebih
dikenali sebagai e-Pembelajaran. Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah
seperti yang berikut:-
Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.
Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti
dan masa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-
lebih lagi dengan adanya 3G.
Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh
universiti, kolej, dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan
berkualiti tanpa berpindah lokasi.
Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk
menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman
pita video dan lain-lain.
Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi
panduan pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya,
menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpul
maklumat dan membangunkan kemahirannya.

6
Dalam pada itu, PS juga memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk
melaksanakan aktiviti pembalajaran dalam pelbagai bentuk dan kaedah. Ianya berbeza
dengan PA yang mana proses pembelajaran pelajar hanya terdapat kepada aktiviti
perbincangan di dalam kelas dan aktiviti pembelajaran bersendirian di rumah. Penggunaan
e-learning memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi
penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaran seumur
hidup. Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi penggunaan e-learning tidak
dibatasi oleh empat dinding kelas semata-mata; malah penggunaannya mampu menambah
nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai. Nilai-
nilai tersebut sebagaimana diberikan oleh (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) iaitu
Exploration, Experience Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease
of Use.

E-Library
Merupakan perpustakaan online yang berisikan 800 juta maklumat ilmu
pengetahuan yang sangat berguna khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kewujudan perpustakaan secara maya ini boleh diakses seluruh dunia. Ia
membolehkan para guru dan pelajar untuk mendapatkan bahan dan maklumat
untuk projek atau penyelidikan bagi meningkatkan inovasi dan kreativiti guru dan
pelajar dalam sesuatu bidang yang diceburi. Jurnal-jurnal dan teks-teks elektronik
banyak membantu pembelajaran ke arah meneroka maklumat mengikut kehendak
individu secara interaktif.

EdukasiNet
Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek.
Kumpulan berita dan secara perbincangan secara asasnya adalah aplikasi dan
lanjutan kepada penggunaan e-mel secara berkesan. Pelajar dan pengajar boleh
berkongsi sebarang maklumat tanpa batasan dalam bidang-bidang khusus mereka.
Terdapat beribu-ribu kumpulan perbincangan yang boleh disertai oleh pendidik
bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan. Aplikasi IRC ini

7
juga membolehkan komunikasi dua hala dilakukan antara dua atau lebih orang
pengguna.

Oleh itu, proses pembelajaran semasa menggunakan medium pembelajaran yang


pelbagai dan menarik. Perkara ini tidak terdapat dalam konsep pembelajaran masa lalu
atau PA yang mana medium pembelajaran hanya terhad kepada buku teks dan beberapa
bahan sokongan lain.

Namun begitu, persamaan yang wujud antara kedua-dua PA dan PS adalah dari
aspek tujuan pembelajaran yang mana ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam kalangan pelajar. Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di mana tujuan
pembelajaran dilakukan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bahasa
pelajar. Dalam konteks pembelajarna matematik pula, tujuan aktiviti pembelajaran
dilakukan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam
menyelesaikan pelbagai soalan matematik. Begitu juga dengan aktiviti pembelajaran sains
yang dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid terhadap pelbagai
konsep sains. Ini bermakna bahawa matlamat yang ingin dicapai dalam proses PS dan PA
adalah sama iaitu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan murid.

Daripada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa terdapat


beberapa perbezaan dan persamaan yang wujud antara PS dan PA seperti mana yang telah
dihuraikan di atas.

5.0 PERANAN TMK


Penggunaan perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
sebenarnya telah diaplikasikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan perisian ini masih kurang diaplikasikan oleh
kebanyakan guru khususnya dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi semakin menarik dan seronok. Pelaksanaan PPBK dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ini sebenarnya mampu memberikan banyak manfaat kepada guru dan juga

8
pelajar yang didasarkan kepada beberapa bahan dan artikal yang menggunakan PPBK
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-

Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar/Belajar


Penggunaan pelbagai elemen PPBK akan membantu guru mempelbagaikan bahan
bantu mengajar mereka. Menurut heinich (2000), penggunaan bahan bantu mengajar
sebenarnya adalah suatu yang sangat penting dalam menarik perhatian dan minat
pelajar untuk menjalani sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian
Ashfahani (2001) mendapati bahawa prestasi mata pelajaran fizik pelajar
berkebolehan rendah adalah lebih tinggi berbanding prestasi pelajar berkebolehan
tinggi dalam penggunaan komputer. Dapatan kajian yang sama juga diperolehi oleh
Mustapa dan Naufal (2005) terhadap pelajar berkebolehan rendah dalam mata
pelajaran bahasa Inggeris. Kajian mereka menunjukkan kumpulan tahap kebolehan
rendah berjaya mencapai keputusan yang lebih baik secara signifikan berbanding
pencapaian kumpulan tahap kebolehan tinggi (t = -5.7, p = 0.00). Ini bermakna
bahawa penggunaan TMK dalam pendidikan pada masa kini membolehkan guru
mempelbagaikan bahan pengajaran mereka yang seterusnya akan dapat
meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran Guru


Menerusi penggunaan PPBK dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru tidak
hanya menggunakan kaedah syarhan dan eksposisi dalam menjalankan sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, guru boleh mempelbagaikan
kaedah pengajaran mereka seperti soal jawab, perbincangan, dan sebagainya dengan
menggunakan komputer dan pelbagai kemudahan ICT yang berkaitan untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin menarik. Kaedah
pengajaran guru berasaskan pendekatan tradisional dilihat semakin kurang sesuai
dengan keperluan murid-murid sekarang. Pedagogi tradisional lebih menumpukan
pengajaran dan pembelajaran kepada guru berbanding teknologi multimedia yang
merupakan bahan bantu mengajar bersifat dua hala. Untuk merangsang minda murid
terhadap P&P, guru perlulah menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan

9
multimedia. Guru Bahasa Melayu perlu menggunakan kaedah terkini seperti
penggunaan multimedia interaktif untuk mewujudkan suasana pengajaran yang
menarik. Melalui pendekatan ini, murid akan dapat belajar dalam suasana yang
menghiburkan dan suasana tersebut dapat merangsang minda mereka.

Meningkatkan Minat dan Kecenderungan Belajar Pelajar


Penggunaan PPBK dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebenarnya
berpotensi meningkatkan minat dan kecenderungan pelajar untuk mengetahui sesuatu
topik pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah disebabkan oleh fungsi komputer
yang tidak hanya terhad kepada satu fungsi sahaja. Ledakan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) adalah seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pada
masa kini. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran akan menjadi lebih menarik,
bermakna dan produktif dengan penggabungjalinan penggunaan multimedia.
Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), multimedia mampu menyampaikan
sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Pelaksanaannya terhadap
murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca atau menulis akan
memberi impak yang lebih positif. Hal ini demikian kerana bahan teknologi
maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks
yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan
maklumat bahasa. Sehubungan itu, murid-murid yang menggunakan multimedia
interaktif sebagai medium menguasai kemahiran membaca lebih fleksibel dan lebih
bebas untuk mencari ilmu pengetahuan. Manakala menurut Doyle (2007), komputer
membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi penggunaan
teknik yang sistematik dan berpusatkan murid.

Memperbaiki Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Penggunaan PPBK dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan
meningkatkan persepsi guru terhadap sesuatu kualiti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Peningkatan mutu pendidikan adalah perkara yang penting dan
mampu mencorak masa depan yang cerah. Sebaliknya, kemerosotan mutu

10
pendidikan akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap pembangunan sesebuah
negara. Transformasi pendidikan telah dipalu oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia
dalam usaha memastikan pendidikan negara kita sentiasa relevan dan diterima di
peringkat antarabangsa. Pelaksanaan perubahan perlu dilakukan dengan segera sama
ada dalam pengurusan, pengajaran mahu juga pembelajaran. Justeru, guru
mempunyai peranan yang amat berat dalam usaha mempertingkat pencapaian murid-
murid di dalam bilik darjah. Ini dapat diterjemahkan melalui perubahan yang
berpaksikan kepada penerimaan murid khususnya dalam pendekatan, kaedah dan
teknik yang digunakan dalam pengajaran.

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang
berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap
pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium
dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan
grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati
di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini sejajar dengan peribahasa Cina
yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan saya ingat, dan
apabila saya lakukan saya akan faham” (Hizamnuddin Awang 1997 dalam Fazilah
1998). Kefahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang
amat diperlukan oleh pelajar untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.

6.0 PENUTUP
Penggunaan teknologi banyak memberi manfaat yang positif dalam pelbagai
bidang. Mengintegrasikan penggunaan teknologi yang bersesuaian dengan berkesan di
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan hasil yang mengagumkan kepada
pelajar. Ini termasuklah meningkatkan pencapaian pelajar dalam keputusan ujian,
meningkatkan sikap, minat, dan semangat pelajar di dalam kelas. Guru sekolah perlu
memahami cabaran yang mungkin dihadapi yang membolehkan teknologi diintegrasi
secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Guru harus bersedia

11
untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian teknologi ini
termasuklah dari segi masa, latihan guru, sumber dan juga sokongan. Guru juga harus
menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan
internet di mana alat teknologi ini berbeza daripada alat pengajaran yang lama dan
mengubah kaedah mengajar. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran guru dalam
menggunakan bahan pengajaran berasaskan teknologi perlu ditingkatkan. Ini adalah untuk
memastikan agar guru dapat mempelbagaikan bahan pembelajaran mereka dan seterusnya
dapat meningkatkan mina murid untuk menguasai suatu mata pelajaran.

JUMLAH PERKATAAN : 2,947 PATAH

12
RUJUKAN
A. Aziz Deraman dan Rohani Zainal Abidin, (2003). Kumpulan Kertas Kerja: Globalisasi dan
Peradaban di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Hamdan Said, (2000). Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidik di Malaysia, Jurnal
Pendidikan Universiti Malaysia, Jilid 6, hal. 35-46

Ismail Zain, (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran, Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Kementerian pendidikan Malaysia (1997). The Malaysian Smart School. An MSC Flagship
Appication. A Conceptual Blueprint, Kuala Lumpur

Moeng, B. (2004). IBM tackles Learning in the Workplace. IBM Management Development
Solutions, Nov 8, 2004

Perkins, D, (1992). Smart School: Better Thinking and Learning For Every Child, New York:
The Free Press

Rosenberg, M. (2001). e-Learning: Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age.
New York: McGraw-Hill, p28

Rossett, A. & Sheldon, K. (2001). Beyond The Podium: Delivering Training and Performance
to a Digital World. San Francisco: Jossey-Bass/Pfeiffer, p274

The Delphi Group (2000). Need to Know: Integrating e-Learning with High Velocity Value
Chains. 12/14/2000

13

You might also like