Ggge3403 Fotografi - Biografi Tokoh Akademik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

GGGE3043 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

DR. HILWA ABDULLAH @ MOHD NOR

TUGASAN KUMPULAN:
KUMPULAN 7

Disediakan Oleh :
Tan Xin Yun (A168862)
Lim Stella (A175683)
Hui Shu Wei (A171878)
Tan Hsien Yee Tricia (A171960)
Yong Li Wen (A171894)

Pensyarah :
Encik Mohd Jasmy bin Abdul Rahman


PRAKATA

Selamat sejahtera kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam biografi tokoh akademik GGGE
3043 Kursus Fotografi. Kami, Tan Xin Yun, Lim Stella, Hui Shu Wei, Tan Hsien Yee Tricia dan
Yong Li Wen berasa amat syukur kerana diberi peluang berharga bagi menjalankan kajian tokoh
akademik ini di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kami adalah bersyukur kerana
pelbagai ilmu pengetahuan yang unik telah kami pelajari dalam tugasan ini.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak
membantukan kami, iaitu Encik Mohd Jasmy bin Abdul Rahman. Tidak akan kami lupakan
tunjuk ajar beliau sanggup berikan semasa kami menyiapkan tugasan ini. Bahawa teknik
fotografi dan teknik menyiapkan tugasan ini yang diberitahukan oleh beliau telah menjadi tunjuk
ajar yang memainkan peranan penting dalam persiapan kerja kursus ini.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada tokoh
akademik yang telah menerima temu bual kami, iaitu Dr Hilwa binti Abdullah @ Mohd Nor.
Kami adalah amat bersyukur atas kesanggupan beliau meluangkan masa dan juga memberikan
kerjasama untuk berkongsi pengalaman beliau kepada kami. Kami tidak akan mensia-siakan
peluang yang diberikan oleh beliau.

Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
sekalian yang banyak menolong untuk menyiapkan tugasan ini.

2
ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1. Prakata 2

2. Isi Kandungan 3

3. Pendahuluan 4

4. Latar Belakang Keluarga 7

5. Latar Belakang Pendidikan 9

6. Pembinaan Kerjaya 17

7. Kejayaan dan Sumbangan 22

8. Perancangan dan Harapan 28

9. Penutup 33

10. Rujukan 35

PENDAHULUAN

3
Dr Hilwa binti Abdullah @ Mohd Nor

Biografi ini adalah tentang seorang tokoh akademik dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
(FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau merupakan Dr Hilwa binti Abdullah @
Mohd Nor. Beliau merupakan seorang pensyarah di FSSK, UKM yang telah melahirkan beribu-
ribu anak murid. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pakar psikologi klinikal di Pusat
Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (Psitra). Bidang kepakaran yang beliau ceburi
adalah Psikologi Klinikal dan Kesihatan Mental. Bidang ini berfokus kepada penilaian klinikal,
diagnosis kecelaruan mental dan intervensi dengan menggunakan terapi tingkah laku kognitif
dalam merawat kemurungan, skizofrenia kecelaruan kebimbangan, kecelaruan obsesif
kompulsif, autisma, ADHD, masalah pembelajaran seperti disleksia dan lain-lain. Dalam biografi
ini mengandungi 5 bab utama yang menceritakan tentang perihal Dr Hilwa binti Abdullah @
Mohd Nor.

4
Tempat Dr.Hilwa mengajar

Bab yang pertama merupakan maklumat tentang latar belakang keluarga tokoh akademik
berkenaan. Melalui bab ini, kita dapat mengetahui tentang kehidupan dan pengalaman beliau
sejak masa kanak-kanak. Kita juga dapat mengetahui tentang maklumat beliau seperti negeri
asal, tempat tinggal sekarang, bilangan adik-beradik dan beberapa perkara peribadi beliau yang
tidak diketahui ramai termasuklah maklumat berkenaan ahli keluarga beliau juga boleh diperoleh
dalam bahagian ini.

Bab yang kedua adalah berkenaan tentang latar belakang pendidikan beliau bermula dari
peringkat rendah hingga ke peringkat tertinggi. Ibu bapa beliau banyak berjasa dalam memberi
bimbingan dan nasihat kepada beliau yang membuatkan beliau untuk berusaha gigih untuk maju
dan menduduki prestasi yang baik dalam pelajaran. Perjalanan pendidikan awal Dr.Hilwa
bermula dari Manchester, United Kingdom sebelum berpindah balik ke Malaysia. Setelah pulang
ke Malaysia, beliau telah belajar di beberapa sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan Convent
Seremban di Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya, Seremban,
Negeri Sembilan. Kemudian, beliau telah berhijrah ke Manchester, United Kingdom pada tahun
1994 disebabkan oleh pelanjutan pelajaran ayah beliau dan beliau meneruskan pendidikan di
sebuah sekolah di Manchester, iaitu Abraham Moss High School.

Selepas itu, beliau telah pulang ke Malaysia untuk meneruskan pendidikan menengah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said atau boleh dikenali sebagai

5
SMKA SHAMS di Seremban, Negeri Sembilan. Selepas menamatkan sekolah menengah, beliau
telah menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi PTPL Shah Alam dalam aliran sains. Beliau
melanjutkan lagi pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang sains iaitu Bachelor of Science in
Science Nutrition di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran dalam Postgraduate Diploma in
Psychology dan diikuti oleh Master in Clinical Psychology. Kedua-dua peringkat ini juga
dilengkapkan di FSKB UKM. Beliau menyambung pelajaran PhD di University of New South
Wales dan pulang ke Malaysia untuk meneruskan pengajian PhD di Fakulti Sains Perubatan dan
Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah Department of Psychiatry.

Bab yang ketiga merupakan bahagian yang mengisahkan pembinaan kerjaya beliau yang
telah dicapai. Melalui bab ini, kita dapat mengetahui perjalanan-perjalanan beliau selama ini
untuk membina kerjayanya sehingga hari ini. Selain itu, bab ini juga akan memberi maklumat
tentang keahlian dan jawatan yang disandang oleh beliau dalam pelbagai badan profesional yang
melibatkan bidang kepakaran beliau. Bab ini juga menceritakan sebab beliau memilih untuk
menceburi dalam bidang psikologi klinikal dan apakah yang memberi inspirasi kepada beliau
untuk menjadi seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia serta cabaran yang beliau
hadapi sepanjang perjalanan kerjayanya.

Bab yang keempat merupakan bahagian yang berkaitan tentang kejayaan tokoh akademik
berkenaan yang telah dicapai. Bab ini akan menerangkan sumbangan-sumbangan dan pencapaian
Dr. Hilwa kepada universiti dan masyarakat. Beliau juga sering dijemput oleh organisasi media
tempatan untuk membincangkan isu dan memberikan kesedaran dalam kesihatan mental kepada
masyarakat. Selain itu, beliau juga terlibat dalam memberikan webinar dan menganjurkan
program berkaitan bidang pengajarannya dengan pelajar-pelajarnya.

Akhir sekali, bab yang terakhir ialah bab yang kelima menceritakan tentang perancangan
dan harapan tokoh akademik berkenaan. Bab ini akan menceritakan tentang perancangan Dr.
Hilwa pada masa akan datang dengan adanya keadaan penularan wabak Covid-19. Selain itu,
bab ini juga akan menceritakan harapan Dr. Hilwa pada masa hadapan dalam bidang kepakaran
beliau.

6
LATAR BELAKANG KELUARGA

Semasa temubual dengan Dr. Hilwa binti Abdullah @ Mohd Nor, beliau amat bebesar hati
berkongsi secara ringkas mengenai latar belakang beliau. Dr Hilwa binti Abdullah @ Mohd Nor
merupakan seorang pensyarah di FSSK, UKM dan juga merupakan seorang pakar psikologi
klinikal di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (Psitra). Beliau dilahirkan pada 29
Januari 1982.

Serba sedikit mengenai latar keluarga beliau ialah beliau adalah berasal daripada
Seremban dan kini menetap di Bangi, Selangor kerana beliau bekerja berhampiran. Beliau
mempunyai 7 orang adik-beradik di keluarganya dan beliau merupakan anak keempat. Pekerjaan
kedua-dua ibu bapa adalah sebagai cikgu sekolah dan pada masa kini, kedua-dua ibubapa beliau
telah pun berpencen. Walaupun beliau dilahirkan di Malaysia, tetapi beliau telah menerima
pendidikan awalnya iaitu tahap tadika di luar negara sebelum berpindah balik ke Malaysia.

Kini, beliau telah pun berkahwin dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Beliau
mempunyai 6 orang cahaya mata di mana 4 orang adalah anak lelaki dan 2 orang lagi adalah
anak perempuan. Anak sulung beliau kini berumur 13 tahun manakala anak bongsu beliau
berumur 3 tahun. Dr. Hilwa merupakan seorang ibu yang bertanggungjawab kerana beliau sangat
mementingkan keluarganya dan sanggup meluangkan lebih masa dalam menjaga anak-anak
beliau.

Gambar perkahwinan Dr. Hilwa dengan suaminya

7
Dr. Hilwa bersama dengan suaminya

Dr. Hilwa bersama dengan keluarganya

8
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Manchester, United Kingdom sebelum


berpindah balik ke Malaysia. Setelah pulang ke Malaysia, beliau belajar di Sekolah Kebangsaan
Convent Seremban di Seremban, Negeri Sembilan selama setahun dan meneruskan pendidikan di
Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan dari tahun 1990 hingga
tahun 1993. Pada tahun 1994, beliau berhijrah ke Manchester, United Kingdom disebabkan oleh
pelanjutan pelajaran ayah beliau dan mendapat pendidikan di Abraham Moss High School,
Manchester.

Abraham Moss High School, Manchester, UK

Seterusnya, beliau pulang ke Malaysia untuk meneruskan pendidikan menengah di


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said atau boleh dikenali sebagai

9
SMKA SHAMS di Seremban, Negeri Sembilan dari tahun 1995 hingga tahun 1999. SMKA
SHAMS merupakan salah satu sekolah kluster di Malaysia yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa. Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi PTPL Shah Alam
dalam aliran sains selama setahun.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said, Seremban, Negeri


Sembilan

Kolej Matrikulasi PTPL Shah Alam, Selangor

10
Dari tahun 2001 hingga tahun 2004, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang sains
iaitu Bachelor of Science in Science Nutrition di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran dalam
Postgraduate Diploma in Psychology dari tahun 2004 hingga tahun 2005 diikuti oleh Master in
Clinical Psychology dari tahun 2005 hingga tahun 2007. Kedua-dua peringkat ini juga
dilengkapkan di FSKB UKM.

Fak
ulti Sains Kesihatan Bersekutu di Kampus UKM Kuala Lumpur

Pada tahun 2010, beliau menyambung pelajaran PhD di University of New South Wales
dan pulang ke Malaysia untuk meneruskan pengajian PhD di Fakulti Sains Perubatan dan Sains
Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah Department of Psychiatry dari tahun 2011
hingga tahun 2018.

11
Fakulti Sains Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Serdang, Selangor

Un
iversity of New South Wales, Sydney, Australia

Sepanjang pengalaman beliau sebagai pensyarah, beliau bukan sahaja menyampaikan


kuliah kepada pelajar secara kreatif tetapi juga menjalankan pengajian bagi meningkatkan
reputasi dan kedudukan universiti berdasarkan Key Performance Indicators (KPI). Selain itu,
beliau juga selalu melibatkan diri dalam networking, coming out with proposal, community work
dan bengkel.

12
Selain daripada pensyarah UKM, beliau pernah memegang jawatan sebagai pegawai
tadbir diplomatik di Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah bahagian biasiswa. Pada bulan
Ogos tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Felo Akademik di Kolej Universiti Islam Melaka
diikuti oleh Ahli Lembaga Pelawat Hospital Psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM) oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dr.Adham Baba selama empat tahun yang
berkuatkuasa dari tahun 2020 hingga tahun 2023. Di samping itu, beliau juga dilantik sebagai
Penasihat kepada Yayasan Maghfirah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Tambahan pula,
beliau turut terlibat sebagai ahli pembentukan dalam penulisan Clinical Practice Guideline in
Management of Schizophrenia in Adults edisi kedua di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dr. Hilwa berada di kampus UKM KL

13
Dr. Hilwa dalam Majlis Konvokesyen UKM

14
Dr. Hilwa dalam Majlis Konvokesyen UPM Ke-42

15
Dr. Hilwa bersama anak dalam Majlis Konvokesyen UPM

16
PEMBINAAN KERJAYA

Beliau merupakan seorang yang bersemangat tinggi dalam melakukan sesuatu perkara demi
mencapai sasaran beliau. Sikapnya yang suka mencuba juga mendorong beliau mencabar diri
sendiri untuk belajar ilmu pengetahuan yang baharu. Oleh itu, beliau berjaya menemui pekerjaan
yang beliau berminat serta membantu beliau dalam menjaga kualiti kekeluargaannya.

Dr Hilwa dan Pelajar di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia

Sebaik sahaja beliau tamat pelajarannya dalam bidang sains iaitu Bachelor of Science in
Science Nutrition dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau bermula bekerja sebagai
health and beauty advisor di bawah Watson’s Personal Care Stores Sdn Bhd. Selepas bekerja
selama beberapa bulan, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya dalam
Master in Clinical Psychology di UKM dari tahun 2005 hingga tahun 2007.

17
Perkongsian Jemputan dari Berita Al-Hijrah

Pada tahun 2007, beliau menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di
bawah Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia selama empat bulan. Pada masa
yang sama, beliau juga menyertai karvinal pengambilan tenaga kerja berpusat yang diadakan di
Kuala Lumpur Convention Centre. Menurut Dr Hilwa, salah satu pendorong yang menjadikan
beliau ingin menjadi seorang ahli akademik adalah galakan pensyarahnya pada zaman
pembelajaran.

18
Dr Hilwa sebagai pensyarah UKM sepanjang 12 tahun

Pada tahun 2008, Dr Hilwa ditawarkan pekerjaan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) sebagai pensyarah kanan dan pakar psikologi klinikal di bawah Pusat Kajian Psikologi
dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Penawaran ini
menyebabkan beliau menamatkan pekerjaannya sebagai PTD. Beliau berpendapat bahawa
bekerja sebagai seorang pensyarah amat bersesuaian dengan keadaan keluarganya kerana beliau
telah melahirkan anak sulungnya pada masa itu. Tempoh masa pekerjaan yang fleksibel dan
tempat kerja yang ditetapkan membolehkan beliau meluangkan lebih masa dalam menjaga anak-
anak beliau.

19
Pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Psikiatri, PPUM

Sepanjang masa beliau bekerja sebagai pensyarah kanan dan pakar psikologi klinikal di
bawah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra), Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, UKM, beliau menikmati setiap kali apabila beliau menampak perkembangan
positif klien yang dirawat kerana ia membawa kepada penambahbaikan keadaan kehidupan atau
kekeluargaan klien. Beliau menikmati mengguna ilmu kepakaran yang dilatih dalam membantu
seseorang dalam menangani isu-isu kehidupan, kekeluargaan dan sebagainya. Setelah beliau
menyumbangkan ilmu pengetahuannya kepada masyarakat, beliau bukan sahaja menjadi
Member of Malaysian Society of Clinical Psychology (MSCP) CP1-0204 tetapi juga merupakan
Perunding Psikologi Klinikal, PsiTra Klinik Psikologi dan Kaunseling (PKPK), Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga dilantik oleh Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Ahli Lembaga
Pelawat Hospital Psikiatri pada November 2020. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Felo
Akademik, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada Ogos 2020.

20
Pelantikan sebagai ahli Malaysian Society of Clinical Psychology (MSCP)

Pusat Pengurusan Akademik, Universiti Malaysia Kebangsaan


KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

21
Selama beberapa tahun yang telah beliau menceburi dalam bidang kesihatan mental, Dr Hilwa
telah banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat. Beliau telah banyak menyertai dalam
penggambaran televisyen contohnya Astro, Tv Al-Hijrah dan juga dalam BERNAMA RADIO
untuk memberikan kesedaran dalam kesihatan mental kepada masyarakat. Beliau telah banyak
memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang isu yang kita harus menitikberatkan tetapi
selalu diabaikan oleh masyarakat contohnya dalam kemurungan selepas bersalin dan juga
kemurungan dalam masyarakat.

Temu bual dengan TV Al-Hijrah tentang Body Shaming

Pemberita akan menghubungi Dr Hilwa untuk bertanya tentang komen beliau ataupun
beliau akan menghadiri dalam studio untuk penggambaran televisyen apabila negara kita
mempunyai beberapa isu yang harus dititikberatkan oleh masyarakat. Contohnya, isu yang
tergempar di negara kita tentang pembuangan bayi. Kelakuan ini akan memberikan kesan kepada
ibu bukan sahaja dalam kesihatan tetapi juga dalam psikologi. Beliau akan memberikan komen
tentang isu tersebut untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

22
Live On Air dengan BERNAMA RADIO tentang Tahap Kesihatan Mental semasa pelaksanaan
PKP Covid-19

Menurut beliau, orang ramai tidak memahami tentang penyakit mental ataupun kesihatan
mental kerana pengetahuan tentang kesihatan mental belum betul-betul dikuasai oleh
masyarakat. Penyakit mental selalunya disalahfahami oleh orang ramai dan mereka akan
menganggap jika seseorang menghadapi masalah kesihatan mental adalah merupakan sesuatu
yang amat memalukan. Ini akan menyebabkan pesakit akan lewat untuk mendapatkan rawatan
dan kemungkinan besar akan membawa risiko seperti bunuh diri. Oleh itu, peranan beliau adalah
untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat supaya dapat mengelakkan peristiwa tradegi
sebegini berlaku lagi.

Dr Hilwa juga mengatakan penggambaran untuk televisyen merupakan salah satu cabaran
bagi beliau. Ini disebabkan penggambaran untuk televisyen perlu juga belajar banyak ilmu dan

23
juga kemahiran. Di samping itu, beliau juga mengatakan pada mula-mulanya beliau berasa
sangat gementar kerana ini adalah berbeza dengan mengajar dalam kuliah. Beliau perlu
memastikan perkataan beliau adalah tiada kesalahan kerana ini akan ditayang dalam televisyen
dan diketahui oleh orang ramai.

Hari Kesihatan Mental Sedunia, 10 Oktober 2019 bertemakan “Suicide Prevention”


Selangorfm100.9

Menurut Dr Hilwa, beliau jarang memberitahukan kepada kawan-kawan beliau apabila


beliau akan menyertai penggambaran untuk televisyen sebab beliau berasa tidak pasti adakah
pengetahuan yang telah disampaikan adalah jelas atau tidak. Tetapi apabila kawan-kawan beliau
ataupun pesakit beliau melihat beliau muncul dalam televisyen, mereka akan menghantar
whatsapp dan juga print screen kepada beliau. Mereka akan memberitahukan beliau bahawa

24
beliau telah menyampaikan mesej dengan jelas. Benda-benda ini akan membuat beliau berasa
puas hati dan gembira.

Penggambaran untuk Berita TV tentang Animal cruelty, animal abuse & antisocial behavior

Beliau juga mengatakan untuk menyampaikan ilmu dalam bahasa yang boleh difahami
oleh masyarakat bukan sesuatu yang senang. Beliau tidak boleh berkongsikan ilmu pengetahuan
seperti dalam kuliah sebab beliau perlulah menggunakan perkataan ataupun cara penerangan
yang berbeza untuk membolehkan ilmu yang disampaikan akan difahami oleh masyarakat. Oleh
itu, apabila terdapat orang yang memahami dan dapat setuju dengan ilmu yang telah dikongsikan
oleh beliau, perkara-perkara tersebut akan membuat beliau berasa puas hati dan ini akan
membuat beliau berasa ingin menyumbangkan lagi pengetahuan beliau untuk memberikan
kesedaran supaya masyarakat di Malaysia boleh lebih memahami tentang kesihatan mental.

25
Penggambaran melalui Skype untuk TV Pertiwi tentang Mental Health & Women untuk
Rancangan Dunia Wanita

Selain daripada memberikan komen dalam televisyen dan juga dalam radio, Dr Hilwa
juga sentiasa menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan bersama dengan pelajar-pelajar
beliau untuk masyarakat. Dalam program tersebut, mereka akan berkongsikan pengetahuan
dalam kesihatan mental kepada masyarakat dan juga akan melatihkan kemahiran yang berkaitan
tentang kesihatan mental. Apabila program tersebut berakhir, masyarakat akan mendapat
manfaat daripada kemahiran dan juga pengetahuan yang telah diberikan oleh mereka.

26
Mental Health Awareness Day 2019 in conjunction with Malaysian Psychology Student
Assembly Conference (MAPSA 2019)

27
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Masalah psikologi merupakan salah satu topik yang paling popular dalam beberapa tahun
kebelakangan ini. Semakin banyak orang mula memperhatikan emosi dan perasaan mereka, dan
berharap dapat memperbaiki kehidupan dan hubungan emosi mereka melalui rawatan psikologi.
Maka, kemunculan ahli klinikal psikologi telah membantu mereka menyelesaikan masalah ini
dan juga menyelamatkan mereka daripada keadaan yang amat susah ini. Sebagai seorang
pensyarah dan juga ahli klinikal psikologi yang berpengalaman, iaitu telah berkecimpung dalam
bidang psikologi jangka masa yang panjang, Dr Hilwa merupakan pakar yang amat hebat
dikenali dalam bidang ini.

Penularan COVID-19 berulang dan berlarutan bukan sahaja berisiko mencetuskan krisis
kesihatan fizikal, ia juga mencetuskan kesihatan mental penduduk secara seluruh dunia. Proses
kuarantin yang dijalankan sepanjang masa dan tekanan ekonomi yang berterusan disebabkan
oleh COVID-19 telah mewujudkan kesan psikologi negatif terhadap penduduk negara kita.
Sebagai contohnya, gejala kegelisahan, kebimbangan, stress, kesedihan dan kemurungan telah
membabitkan sejumlah besar populasi penduduk negara kita. Namun, Dr Hilwa masih berusaha
dalam lingkungan sukar ini dan sentiasa bersedia di barisan hadapan bagi menghulurkan bantuan
secepat mungkin.

Rancangan live talk TV yang disertai oleh Dr Hilwa semasa PKP

28
Dalam kalangan yang susah ini, perancangan bantuan Dr Hilwa pada tahun ini masih
dijalankan. Bagi menyelesaikan masalah kesihatan mental dan psiko-sosial semasa kalangan
COVID-19 dan PKP, Dr Hilwa diundang dalam berbagai rancangan live talk TV seperti RTM,
Astro, NTV7, Al-Hijrah, berkongsi dan memberi kesedaran mengenai kemurungan selepas
bersalin, disleksia, kemurungan, dan kesan ketagihan sosial media. Di samping itu, Dr Hilwa
juga bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Unit Pakar
Kesejahteraan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah
menyediakan Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psiko-Sosial secara talian.
Perkhidamatan tersebut bukan sahaja ditawarkan kepada kepada semua warga UKM termasuk
pelajar, ia juga ditawarkan kepada masyarakat luar yang memerlukan perkhidmatan sokongan
kesihatan mental dan psiko-sosial.

Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psiko-Sosial yang ditawarkan oleh Unit Pakar
Kesejahteraan Psikologi & Kaunseling (PKPK), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM

Bukan itu sahaja, Dr Hilwa juga berusaha keras untuk mengajar semasa pelaksanaan
perintah pentadbiran. Dr Hilwa merupakan seorang pensyarah yang amat tanggungjawab dan

29
beliau sentiasa dikagumi oleh pelajar-pelajar, beliau tidak pernah menunda kelas ataupun
membatalkan kelasnya dalam jangka masa ini tanpa alasan. Namun berasa tidak selesa semasa
ajar, beliau masih berkeras untuk menyelesaikan kelasnya seperti yang dijadualkan.
Kesungguhan beliau semasa pelaksanaan perintah pentadbiran telah menyentuhkan murid-
muridnya dan menjadikan mereka berusaha dengan teladannya. Selanjutnya, Dr Hilwa juga
bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjalankan tugasnya secara atas
talian semasa pelaksanaan perintah pentadbiran ini.

Keadaan Dr Hilwa bekerja di rumah

30
Keadaan semasa Dr Hilwa menjalankan "Online Class"

Keadaan Dr Hilwa bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum pelaksanaan


pemerintah pentadbiran

31
Walaupun tahun ini merupakan tahun yang agak sukar, Dr Hilwa masih tetap mencapai
rancangan yang telah dirancangkan. Bagi tahun depan yang akan datang, Dr Hilwa berjadual
untuk meneruskan penulisan penyelidikan akademik, penerbitan jurnal dan juga penulisan buku
baharu. Selanjutnya, Dr Hilwa berdoa supaya dapat mengadakan lebih banyak seminar yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan klinikal psikologi sama ada atas talian ataupun luar talian.
Namun masih terdapat banyak perkara yang tidak diketahui yang membingunkan tahun depan,
Dr Hilwa yakin percaya bahawa beliau akan mengatasikan rintangan ini dan mencapai prestasi
yang lebih cemerlang. Cabaran-cabaran ini bukanlah halangan yang akan menghalangkan Dr
Hilwa menuju ke jalan kejayaannya.

Buku pertama yang disuntingkan oleh Dr Hilwa

32
Selain itu, sebagai seorang senior ahli klinikal psikologi, Dr Hilwa adalah amat berharap
anak-anak muda menceburikan diri dalam bidang ini supaya dapat melahirkan lebih ramai pakar
di negara kita. Peningkatan bilangan ahli klinikal psikologi dalam bidang ini adalah sangat
penting kerana pesakit semakin bertambah hari demi hari dan penyakit psikologi adalah amat
serius di negara kita. Justifikasinya, dengan adanya penambahan tenaga kerja dalam bidang ini
dapat menawarkan rawatan yang berguna kepada pesakit dengan lebih cepat dan efisien serta
mengurangkan lagi kadar kematian yang diwujudkan oleh penyakit ini.

Di samping itu, Dr Hilwa berharapan besar terhadap ahli-ahli pelatih serta doktor muda di
negara kita agar tidak memilih kerjaya ini sebagai salah satu arah mengejar kemasyhuran serta
kekayaan. Beliau mengingatikan mereka supaya tidak anggap pekerjaan ini akan memberikan
pendapatan yang lumayan dan juga kemasyhuran yang tinggi. Bukan itu sahaja, beliau berharap
agar mereka berpegang teguh kepada etika sebagai seorang ahli profesional yang
bertanggungjawab dan sentiasa melayankan pesakit secara sama rata.

Gambar yang diambilkan oleh Dr Hilwa dengan doktor muda FSSK


Seterusnya, Dr Hilwa berharap pihak berkaitan seperti pihak kerajaan dan pihak
kebajikan perhatikan masalah ini bersama-sama. Beliau berharap agar pihak berkaitan dapat
menjaga kebajikan penduduk terutamanya pesakit yang berpendapatan rendah dengan
memperbanyakkan lagi kemudahan asas yang memudahkan mereka. Akhir sekali, beliau juga

33
berharap agar pihak berkaitan dapat membantu mempopularkan pengetahuan yang relevan
dengan penyakit psikologi dengan menggunakan akaun sosial media pihak berkaitan serta turut
mempromosikan perkhidmatan kaunseling atas talian yang sedia ada. Hal ini kerana sosial media
adalah kaedah terpantas dan paling berkesan untuk menyebarkan maklumat dalam masyarakat
kini.

PENUTUP

34
Kesimpulannya, Dr. Hilwa binti Abdullah @ Mohd. Nor. boleh diringkaskan sebagai
seorang yang amat berdedikasi bukan sahaja dari pekerjaan beliau sebagai pensyarah tetapi juga
sikap serta semangat beliau yang selalu menyumbang masa dan tenaga untuk membantu orang
yang memerlukan dalam kehidupan beliau. Keghairahan beliau dalam pengajaran telah
mendorong beliau menjadi seorang pensyarah psikologi klinikal yang penyayang serta pendengar
yang sabar. Selain daripada menyampaikan pengajaran dengan kegembiraan, beliau sebagai
pensyarah psikologi juga sering mengambil berat hal ehwal pelajar dan membimbing mereka
yang bermasalah dari aspek mental.

Sementelahan itu, beliau juga boleh digelarkan sebagai philanthrophist. Hal ini
disebabkan oleh kesudian beliau yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk melibatkan diri
dalam berbagai-bagai ceramah dan kempen yang banyak menyumbang kepada ahli masyarakat.
Sebagaimana yang kita tahu, kematian yang disebabkan oleh kemelut mental ahli masyarakat
khasnya generasi muda yang masih naif seperti darah setampuk pinang kering berlaku sehingga
menimbulkan perhatian orang ramai. Terdapat juga sesetengah rakyat yang membunuh diri
disebabkan oleh krisis kewangan akibat kehilangan pekerjaan semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (MCO). Pada masa yang kritikal ini, beliau tidak pernah berputus asa tetapi berusaha
untuk menyertai banyak program bagi meningkatkan kesedaran orang awam dari segi psikologi.
Dalam konteks ini, sikap positif dan komitmen beliau dalam menolong orang yang memerlukan
turut amat dikagumi.

Selepas menemubual beliau, terdapat banyak inspirasi yang telah diperoleh. Selaku
individu yang berjaya, kita sewajarnya mengenang jasa orang lain dan sentiasa mengembalikan
sumbangan kepada masyarakat. Kita juga perlu meneladani semangat optimis dan sikap bertekad
beliau dalam mengharungi segala kekangan dalam kehidupan agar semua matlamat dapat
dicapai. Konklusinya, Dr. Hilwa binti Abdullah @ Mohd. Nor. merupakan seorang yang
berkomitmen tinggi serta seorang yang penyumbang dan sangat dibanggakan masyarakat.

Kami bersyukur atas segala nikmat-Nya yang akhirnya menjayakan penghasilan laporan
ini. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr. Hilwa binti Abdullah @ Mohd.
Nor. atas kesudian beliau untuk mengorbankan masa untuk berkongsi sedikit mengenai dirinya

35
dan pengalaman serta nasihat yang amat bermanfaat. Pendek kata, Kerjasama dan usaha daripada
setiap ahli kumpulan ini telah menyukseskan penghasilan laporan ini dengan lancar.

36
RUJUKAN

Adetoun Olubanke & Isaac Taiwo. 2016. Depression and suicidal ideation among college
students with and without learning disabilities in Nigeria. The European Journal of Social
and Behavioural Sciences, 17: 2301-2218)

Ali Ramenzankhani, et.al. 2013. Perceived social support, depression, and perceived stress
university students. Journal of Paramedical Sciences (JPS), 4 (4): 2008-4978.

Amal K Suleiman, Nur Farhan Izzaty Ismadi, Fahad Riaz Choudhry, Khadeeja Munawar,
Muhammed Abdul Hameed. 2017. Determinant factors of depression: a survey among
university students. Malaysian Journal of Public Health Medicine, 17 (3). 97-103.

Bayram, N., & Bilgel, N. (2008). The prevalence and socio-demographic correlations of
depression, anxiety and stress among a group of university students. Social Psychiatry and
Psychiatric Epidemiology, 43(8), 667–672.

Diana Johan, Hilwa Abdullah @ Mohd.Nor (2019). Roles of Parent’s Attribution Style and
Parent-Child Relationship in Increasing Self Esteem of Children with Dyslexia. International
Journal of Education, 4(32), 328-337.

Harvey, P.D., Keefe, R.S.E. (2001). Studies of cognitive change with treatment in
schizophrenia. Am. J. Psychiatry, 158, 176 – 184.

Heinrichs, R.W., Zakzanis, K.K. (1998). Neurocognitive deficit in schizophrenia: a


quantitative review of the evidence. Neuropsychology, 12(3), 426 – 445.

Hilwa Abdullah @ Mohd.Nor, Khuldiah Iman Mohd. Ghazali. (2020). Tahap Kebimbangan
Dan Cinta Berahi Yang Mendorong Ke Arah Ketagihan Seksual Di Kalangan Mahasiswa
Lelaki Di Lembah Klang, Malaysia. - Simposium Dan Bengkel Antarabangsa Pertama
Seksualiti Dan Budi Bahasa. 1-15.

Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, & Nor Asyirah Binti Hamidi. (2019). Sokongan Sosial Dan
Penghargaan Kendiri Sebagai Petunjuk Kemurungan Dalam Kalangan Mahasiswa Insitusi
Pengajian Tinggi (IPT): Social Support and Self-Esteem: Determinants of Depression among

37
Higher Education Institution Students. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS),
6(2), 58-70.

Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Nur Farah Jasmeen Mohd Bashir, Daniella Maryam
Mohamed Mokhtar. (2020). Relation between Smartphone Addiction, Sleep Quality and
Psychological Health among adolescents in Malaysia. International Journal of Psychosocial
Rehabilitation, Volume 24 - Issue 4.ISSN:1475-7192.

Hobart, M.P., Goldberg, R., Bartko, J.J., Gold, J.M. (1999). Repeatable battery for the
assessment of neuropsychological status as a screening test in schizophrenia: II.
Convergent/discriminant validity and diagnostic group comparison. Am. J. Psychiatry,
156(12), 1951 – 1957.

Folkman, S., & Maskowitz, J. T. (2004). Coping: pitfalls and promise. Annual Review of
Psychology, 55, 745-774.

Freund, P. E. S., & McGuire, M. B. (1991). Health, illness and the social body: a critical
sociology. New Jersey, Prentice Hall.

Hamama, R., Ronen, T., & Feigin, R. (2000). Self-control, anxiety and loneliness in
siblings of children with cancer. Social Work in Health Care, 31(1), 63-83.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2008). Laporan Tahunan


Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kuala Lumpur.

Kerr, S. M., & Smith, L. N. (2001). Stroke: an explanation of the experience of informal
caregiving. Clinical Rehabilitation, 15, 428-436.

Lazarus, R. S., & Folkman, S. (1984). Stress, Appraisal and Coping. New York: Springer.

Lee Enn Hooi, Mohammad Rahim Kamaluddin, Norruzeyati Che Mohd Nasir, Hilwa
Abdullah Mohd Nor, Noremy Md Akhir. (2019). Exploring the psychometric properties of
Mandarin-translated Zuckerman Kuhlman personality questionnaires among chinese high
school students in Malaysia. International Journal of Recent Technology and Engineering
8(2 Special Issue 10), 790-794.

38
Lee Jing Giong, Hilwa Abdullah. (2018). Penghargaan Kendiri, Strategi Kognitif Regulasi
Emosi dan Kemurungan dalam kalangan Lelaki Dewasa. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3),1-9

Lowit, A., & Teijlingen, E. R. (2005). Avoidance as a strategy of (not) coping: qualitative
interviews with carers of huntington's disease patients. BMC Family Practice, 6(38), 1-9.

Malaysia Psychiatric Association. (2006). Depression. https://www.psychiatry-


malaysia.org/article.php?aid=56. [23 September 2017].

Manna, G., Falgares, G., Ingoglia, S., Como, M. R., & De Santis, S. (2016). The relationship
between self-esteem, depression and anxiety: Comparing vulnerability and scar model
in the Italian context. Mediterranean Journal of Clinical Psychology, 4(3).

Mukhtar, F., & Oei, T. P. (2011a). A review on the prevalence of depression in Malaysia.
Current Psychiatry Reviews, 7(3), 234-238.

N.B.A. Kadir, S.M. Hoesni, H.M. Nor, N. Tambi, S.M. Zakaria & M.H.A. Mutalib (2018).
The Correlates of Conflict and Behavioural Difficulties on the Negative Affect in At-Risk
Youth in Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia, 32(1).

Nor Asyirah Hamidi, Hilwa Abdullah @ Mohd Nor (2019). Sokongan Sosial Dan
Penghargaan Kendiri Sebagai Petunjuk Kemurungan Dalam Kalangan Mahasiswa Insitusi
Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Sultan Alaudddin Sulaiman Shah, 6(2).

Nor Ba’yah Abdul Kadir, Asmawati Desa, Salleh Amat, Nur Saadah Muhamad Aun,
Norhayati Ibrahim Hilwa Abdullah @Mohd.Nor (2017). Investigating Neighbourhood Assets
And Best Friend Attachment Within A Context Of Emotions Among Youth In A
Disadvantaged Community In Kuala Lumpur, Jurnal Psikologi Malaysia 31 (1) (2017) : 47 -
56 ISSN-2289-8174

Nor Ba‘yah Abdul Kadir, Nur Saadah Mohamad Aun, Norhayati Ibrahim, Hilwa
Abdullah@Mohd.Nor & Diana Johan. (2018). Laporan Eksekutif Kajian Pembangunan Dan
Kesahan Alat Ujian Laporan Kendiri Bagi Mengukur Kesukaran Emosi Dan Tingkah Laku
Dalam Kalangan Remaja.

39
Nor Ba’yah Abdul Kadir, Suzana Mohd. Hoesni, Siti Marziah Zakaria, Hilwa
Abdullah,Noordeyana Tambi, Mimi Hanida Abdul Mutalib. (2018). The Correlates Of
Conflict And Behavioural Difficulties On The Negative Affect In At-Risk Youth In
Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia.

Ricard S. Keefe, Hilwa Abdullah, Z.J. Osman, M. Najib M. Alwi, Shamsul A Shah, Normala
Ibrahim, A. Baharuddin, Nik Ruzyanei N Jaafar, Salmiah M Said, Hejar A Rahman, Raidah
Bahari, Firdaus Mokhtar. (2013). Reliability and Validity of the Malay Version of the Brief
Assessment of Cognition in Schizophrenia (BACS): Preliminary Results. The European
Journal of Social & Behavioral Sciences, 5(2), 921-927.

Roseliza Murni Binti Ab Rahman, Puan Hilwa Abdullah, Mohd Nor, Noor Amalina Binti
Mohamad Amran. (2014). Bantuan Dan Persediaan Bencana: Penilaian Atribut Resilien Bagi
Mempromosikan Kesihatan Mental Dalam Kalangan Remaja Dan Dewasa Mangsa Banjir di
Kelantan. Laporan Akhir Persidangan Kajian Bencana Banjir 2014. 282.

40

You might also like