Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT)

SOALAN

Daripada 13,184 GSTT yang diumumkan oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia pada 3 Mac 2011,
sehingga kini berapa ramaikah yang telah dilantik semula?

JAWAPAN

Sehingga 26 Julai 2011 seramai 6,280 orang GSTT telah dilantik semula untuk berkhidmat di pelbagai
negeri. Jumlah ini adalah termasuk 2,153 orang yang melapor diri selepas surat arahan pelantikan
semula dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1 Julai 2011 kepada Bahagian berkaitan
di bawah KPM dan semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri.

SOALAN

Berapakah bilangan GSTT yang tidak layak mengikut latihan perguruan dan adakah mereka akan
dipertimbangkan mengikuti latihan perguruan.?

JAWAPAN

Seramai 4433 GSTT daripada 13184 adalah tidak layak ditawarkan latihan perguruan kerana tidak
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Walaubagaimanapun , kedudukan mereka akan ditentukan
kelak selepas disahkan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan. Jumlah ini adalah termasuk
seramai 968 orang yang telah dilantik semula tetapi belum dapat dipastikan pematuhan ke atas syarat
untuk mengikuti latihan perguruan.

 
SOALAN

Apakah syarat-syarat yang ditetapkan bagi perlantikan tersebut?

 JAWAPAN

Syarat untuk lantikan semula ialah berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan
berkhidmat tidak kurang daripada dua tahun iaitu pada tahun 2010 dan sebelumnya.

SOALAN

Bagaimana dengan penempatan mereka yang dilantik semula?

 
JAWAPAN

Penempatan tidak terhad kepada lokasi atau sekolah asal, juga tidak tertakluk kepada opsyen asal.
Keutamaan ialah untuk menyokong pelaksanaan dasar khususnya dasar baru Kementerian seperti
MBMMBI, Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR dan Penilaian Berasaskan Sekolah PBS. Keutamaan
juga diberi untuk penempatan di sekolah yang mempunyai aktiviti kurikulum dan Kokurilum yang
banyak.

SOALAN

Tidakkah pelantikan semula GSTT ini meningkatkan lagi jumlah guru yang memang sedia besar?

JAWAPAN

Perlantikan semula tidak menjejaskan norma yang ditetapkan kerana pelaksanaan norma perjawatan
yang baru belum dilaksanakan di semua sekolah. Berasaskan norma semasa, jumlah guru tetap akan
lebih daripada anggota perkhidmatan yang lain.

 
PERBEZAAN PELANTIKAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) TAHUN 2011

       

BIL PERKARA CONTRACT OF SERVICE CONTRACT FOR SERVICE

       

1. Tujuan Lantikan Mengisi kekosongan jawatan Menampung keperluan


sehingga sekolah menerima pelantikan semula GSTT di
belakan guru tetap/terlatih bawah program one-off
berikutan pengumuman YAB
Menteri Pelajaran berhubung
pelantikan semula GSTT yang
telah ditamatkan
perkhidmatan pada tahun
2010.

       

2. Taraf Jawatan Bukan lantikan tetap/kakitangan Bukan lantikan


kerajaan tetap/kakitangan kerajaan.

       

3. Tempoh Perkhidmatan Sebulan ke sebulan sehingga 31 Dilantik tanpa mengisi


Disember tahun berkenaan atau jawatan mulai Julai 2011
ditamatkan perkhidmatan kerana hingga 31 Disember 2011.
pengisian guru tetap/terlatih

       

4. Emolumen Bayaran elaun berdasarkan Surat Bayaran Perkhidmatan


Pekeliling Perkhidmatan berdasarkan gred jawatan
Kementerian pelajaran Malaysia
Gred 41-RM2331.00
Bilangan 1 Tahun 2007
Gred 29-RM1610.00

Gred 17-RM1200.00

SISTEM PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (SPA) KPM


 
1.    Apakah Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA)?
 
JAWAPAN
 
SPPA merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk tujuan
kawalan dan pemantauan aset bagi semua kementerian dan jabatan di Malaysia. Terdapat
tiga (3) modul utama dalam SPPA seperti berikut:
 
a. Proses menjaga, mengawal, mengendali dan
menyenggara harta berbentuk fizikal yang
mempunyai nilai dan diperolehi sama ada untuk
digunakan terus atau bagi masa akan datang dalam
pengeluaran barangan siap atau perkhidmatan
mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun
2007 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

 
b. SPS adalah satu sistem pengurusan stor secara
bersepadu di mana ia menggabungkan elemen
pengurusan stor yang mengikut Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 Tatacara
Pengurusan Stor.

c. Helpdesk membolehkan pengguna membuat aduan


melalui sistem. Fungsi utama sistem ini adalah
menerima aduan mengikut klasifikasi yang telah
ditetapkan, mengurus dan memantau aduan yang
diterima dengan lebih kemas dan teratur.
 
2.    Siapakah yang boleh menggunakan aplikasi ini?
 
JAWAPAN
 
Terdapat beberapa peringkat pengguna yang dikategorikan seperti berikut:
 
a.    Pengguna biasa – pengguna biasa boleh menggunakan aplikasi ini tanpa perlu login ID
Pengguna dan kata laluan bagi Modul Permohonan Pinjaman Peralatan dan Aduan
Kehilangan.
 
b.    Pasukan Petugas SPA Bahagian/ Jabatan – pengguna yang diberikan ID Pengguna dan
kata laluan untuk mengakses SPA bagi mendaftar aset alih dan mengemaskini maklumat
dalam SPA
 
c.    Penyelaras SPA KPM – Pentadbir (Administrator) yang bertanggunjawab memantau
pelaksanaan sistem dan juga bagi menjaga keselamatan sistem ini, samada dari segi 
merekod, mengemaskini  ‘editing’, penyimpanan dan penghapusan maklumat. Selain
itu, Pentadbir juga boleh mengakses Modul Laporan Eksekutif.

 
3.    Siapakan yang diberikan akaun SPA?
 
JAWAPAN
 
SPA adalah dikhususkan kepada pegawai yang terlibat dalam pengurusan aset di Bahagian/
Jabatan. Pegawai-pegawai ini dilantik menganggotai Pasukan Petugas SPA Bahagian/
Jabatan.
 
4.    Bagaimana cara untuk mengakses sistem ini?
 
JAWAPAN
 
Sistem ini boleh diakses di atas talian melalui alamat berikut:
http://10.22.70.74/portalspa
 
5.    Apakah Modul yang terdapat dalam SPA?
 
JAWAPAN
 
Sistem yang dibangunkan berasaskan web ini mengandungi 12 modul bermula daripada
Modul Penerimaan sehingga Modul Meja-Bantuan. Modul-modul ini dibahagikan kepada
tiga (3) Fasa penggunaan seperti di Jadual 1. Latihan secara hands-on akan dilaksanakan
berdasarkan prestasi bagi setiap fasa pelaksanaan.
 
Fasa Penggunaan Modul SPA
Fasa I Penerimaan, Pendaftaran, Penempatan, Pengurusan Kod
Fasa II Pergerakan, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Laporan
Fasa III Agihan, Pelupusan, Hapuskira, Meja-Bantuan
Jadual 1
 
6.    Bagaimana untuk mengemukakan permohonan menggunakan SPA?
 
JAWAPAN
 
Agensi bawahan tidak perlu mengemukakan permohonan menggunakan SPA. Pelaksanaan
SPA adalah secara berperingkat bermula daripada peringkat Ibu Pejabat Kementerian
(Bahagian) diikuti peringkat negeri (Jabatan Pelajaran Negeri), peringkat daerah dan
sekolah.
 
7.    Apakah status pelaksanaan SPA di KPM?
 
JAWAPAN
 
SPA mula digunapakai di KPM mulai tahun 2009. Peluasan pelaksanaan SPA sehingga
Januari 2011 adalah seperti berikut:
 
Tahun Fasa Pelaksanaan Bahagian/ JPN
Jan 2009 Fasa I (Rintis) BPM, BKEW, BPPA, BPSH, BPSBP
BA, IAB, BT, JNJK, BPI, BP, BM, BSSK, BPTV,BPPK,
Jun 2009 Fasa II BHEK, BPPDP, BDHA, BAS, BPSM, BPsK, LPM, BPKhas,
BAD, BKP, BPS, BPK, BBT, BPG, BTP
JPNKEL, JPWPL, JPNPP, JPNPER, JPNSEL, JPNTER,
Jan 2010 Fasa III (a)
JPNKED
JPNPAH, JPWPP, JPNSAB, JPNJOH,  JPNMEL, JPNS,
Fasa III (b)
JPNSAR, JPWPKL
 
8.    Dimanakah saya boleh mencari maklumat mengenai kategori harta modal, inventori dan
stok bekalan pejabat?
 
JAWAPAN
 
Terdapat 16 kategori aset alih dan 18 kategori stok yang boleh diakses dari Portal MyAsset
Knowledgebase di alamat berikut:
http://spa.treasury.gov.my/knowledgebase
 
9.    Apakah perkakasan yang diperlukan bagi menggunakan SPA?
 
JAWAPAN
 
Perkakasan yang diperlukan adalah Pencetak Barkod dan Pengimbas Barkod.
 
10. Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan
berhubung SPA KPM?

 
JAWAPAN
 
Pengguna boleh menghubungi Penyelaras SPA KPM di talian 03-88846834/ 6924 atau emel
spa@moe.gov.my untuk bantuan.

PERAKAUNAN (BERKOMPUTER)SoalanAdakah PTJ boleh mengetahui baki kemaskini Vot di dalam Sistem
BAS pada sesuatu masa ?JawapanPTJ boleh mengetahui baki kemaskini Vot di dalam Sistem BAS pada
sesuatu masa. PTJ perlu menyatakan kod PTJ, Kod Aktiviti dan Kod Objek Am untuk semakan di dalam
Sistem BAS

PERAKAUNAN (BERKOMPUTER)SoalanBagaimanakah hendak mendapatkan status baucar bayaran


Manual @ eSPKB ?JawapanUntuk mendapatkan status baucar, waran atau sebainya setiap pemohon
hendaklah mengemukakan nombor baucer @ kelompok diikuti dengan nombor PTJ

PERAKAUNAN (BERKOMPUTER)SoalanBilakah laporan-laporan bulanan (flimsi) diedarkan kepada PTJ ?


JawapanLaporan bulanan (flimsi) akan diedarkan kepada PTJ pada 5 hb bulan beerikutnya. PTJ boleh
mengambil Laporan Bulanan masing-masing dari Unit Komputer yang diletakkan di 'pigeon hole' di
dalam Bilik Flimsi

PERAKAUNAN (BERKOMPUTER)SoalanBagaimanakah cara mewujud, meminda dan membatal butir-butir


pusat pembayar di dalam Sistem Gaji Berkomputer ?JawapanUntuk mewujud, meminda dan membatal
butir-butir pusat pembayar di dalam Sistem Gaji Berkomputer, pemohon perlu melengkapkan borang
SG10. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Unit Gaji, Bahagian Kewangan untuk semakan
sebelum diserahkan kepada Unit Komputer

PERAKAUNAN (BERKOMPUTER)SoalanBagaimanakah cara untuk mewujudkan dan meminda kod aktiviti


dalam Akaun Pukal ?Jawapan    Pemohon perlu melengkapkan borang Kew 310 sebanyak 3 salinan yang
dialamatkan kepada agensi berkenaan melalui Bahagian Kewangan. Borang tersebut hendaklah
diserahkan kepada Unit Komputer, Bahagian Kewangan untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

    Untuk meminda Akaun Pukal, pemohon perlu melengkapkan borang kew 311 sebanyak 3 salinan yang
dialamatkan kepada Agensi berkenaan melalui Bahagian Kewangan. Borang tersebut hendaklah
diserahkan kepada Unit Komputer, Bahagian Kewangan untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

PERAKAUNAN (BERKOMPUTER)SoalanBagaimanakah cara untuk mewujudkan dan meminda kod aktiviti


dalam Akaun Pukal ?Jawapan    Pemohon perlu melengkapkan borang Kew 310 sebanyak 3 salinan yang
dialamatkan kepada agensi berkenaan melalui Bahagian Kewangan. Borang tersebut hendaklah
diserahkan kepada Unit Komputer, Bahagian Kewangan untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

    Untuk meminda Akaun Pukal, pemohon perlu melengkapkan borang kew 311 sebanyak 3 salinan yang
dialamatkan kepada Agensi berkenaan melalui Bahagian Kewangan. Borang tersebut hendaklah
diserahkan kepada Unit Komputer, Bahagian Kewangan untuk semakan dan tindakan selanjutnya.
NAZIRAN & AUDIT TUNAISoalanApakah yang dimaksudkan dengan Akaun Tunai Bulanan ?
JawapanTerdiri daripada :

    i)       Buku Tunai Cerakinan                               Kew 248
    ii)      Borang Hasil Dikawal                                 Kew 68
    iii)     Kira-kira diserah untuk diaudit                    Kew 253
    iv)     Resit                                                        Kew 38
    v)      Penyata Pemungut    

NAZIRAN & AUDIT TUNAISoalanBilakah tarikh akhir penghantaran Akauan Tunai Bulanan perlu dilakukan
?JawapanTarikh akhir penghantaran adalah pada setiap 10hb setiap bulan dan perlu menunjukkan surat
tunjuk sebab jika berlaku kelewatan

NAZIRAN & AUDIT TUNAISoalanDi manakah Akaun Tunai Bulanan perlu dihantar ?JawapanBagi PTJ di
bawah KPM, Akaun Tunai Bulanan perlu dikemukakan ke Unit Audit Tunai & Naziran, Bahagian
Kewangan. Manakala bagi PTJ di bawah KPT, Akaun Tunai Bulanan perlu dikemukakan ke Jabatan
Akauntan Negeri

BAJET / PERUNTUKANSoalanDokumen yang diperlukan bagi tuntutan bayaran program tajaan?


JawapanDokumen-dokumen yang diperlukan ialah surat daripada JPN, Invois, DKKP 3a dan DKKP 3b.

BAJET / PERUNTUKANSoalanBilakah waran pertama diagihkan?JawapanWaran pertama akan diagihkan


pada Bulan Januari manakala waran bagi pelepasan baki akan diagihkan berdasarkan prestasi
perbelanjaan sesuatu aktiviti.

BAJET / PERUNTUKANSoalanBagaimanakah cara untuk membuat agihan di antara sesuatu kod Objek
Sebagai dengan kod objek Sebagai yang lain di bawah kod aktiviti yang sama ?JawapanAgihan boleh
dilakukan dengan mengisi borang (BK/AS.02) dan kemukakan satu salinan ke Bawangan Bajet, Bahagian
Kewangan. Agihan ini terhad bagi sesuatu Objek Sebagai di bawah aktiviti yang sama sahaja. Jabatan /
Bahagian akan mengemaskini Buku Vot dengan segera dan pengemaskinian FISU akan dibuat di
Cawangan Bajet, Bahagian Kewangan.

BAJET / PERUNTUKANSoalanBoleh seseorang itu mendapatkan peruntukan tambahan untuk ke luar


negara?JawapanPeruntukan tambahan untuk ke luar negara boleh diperolehi berdasarkan kepentingan
perjalanan. Permohonan boleh dikemukakan kepada Cawangan Bajet, Bahagian Kewangan bagi
mendapatkan kelulusan Ketua Setiausaha.

BAJET / PERUNTUKANSoalanBagaimanakah cara untuk memohon peruntukan bagi pegawai yang telah
meninggal dunia?JawapanWaris yang terlibat perlu mengemukakan nama dan butiran yang lengkap
kepada Jabatan / Bahagian si mati bekerja dan Jabatan / Bahagian akan dikemukakan permohonan
kepada Bahagian Kewangan.
BAJET / PERUNTUKANSoalanBolehkan pindah peruntukan DSA diberi kepada one-off (LN) kerana
peruntukan luar negara tidak mencukupi?JawapanTidak boleh. Ianya mesti menggunakan duit
peruntukan one-off (LN).

BAJET / PERUNTUKANSoalanSiapakah yang meluluskan pembelian sesuatu harta modal?JawapanKetua


Setiausaha yang meluluskan pembelian sesuatu harta modal.

BAJET / PERUNTUKANSoalanProsedur yang perlu dilakukan semasa memohon pindah peruntukan?


JawapanJabatan / Bahagian perlu menghantar permohonan bersama-sama dengan borang Kew.105D
beserta justifikasi yang lengkap ke Cawangan Bajet, Bahagian Kewangan.

NAZIRAN & AUDIT TUNAISoalanApakah yang perlu dilakukan jika kad pintar telah di 'block' ?
JawapanPemegang kad perlu datangsendiri ke unit Naziran untuk 'unblock' kad pintar

NAZIRAN & AUDIT TUNAISoalanSiapakah yang boleh membatalkan baucar bayaran ?JawapanHanya
pegawai perakuan II sahaja yang boleh membatalkan baucar bayaran

(KEHILANGAN) PPSMISoalanKriteria-kriteria untuk menentukan bahawa wujudnya kecuaian?


Jawapana)    Kewajaran & keperluan menggunakan peralatan (ada dokumen sokongan).
b)    Kebenaran menyimpan atau membawa pulang peralatan PPSMI (ada surat kebenaran)
c)    Kemunasabahan tempat menyimpan peralatan tersebut.
d)    Telah membuat Laporan Polis oleh Ketua Jabatan.
e)    Berdasarkan Laporan Polis, adakah kehilangan akibat malang.

AKAUN KEMENTERIAN/ AKAUN AMANAHSoalanBagaimanakah cara untuk mendapat balik lebihan


potongan ?JawapanLebihan potongan boleh didapati semula dengan cara menghantar surat beserta slip
gaji yang menunjukkan lebihan potongan serta slip gaji yang telah diberhentikan potongan sama ada
melalui pos atau datang sendiri ke kaunter Cawangan Akaun, Bahagian Kewangan

(KEHILANGAN) PPSMISoalanTindakan yang perlu diambil oleh Pengurus Sekolah sekiranya berlaku
kehilangan Peralatan PPSMI?Jawapana)   Membuat laporan polis.
b)   Menyediakan Lampiran J.
c)   Kemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah/Pejabat Pelajaran Gabungan, Lampiran J, Laporan Polis,
gambar bukti kejadian           serta dokumen sokongan seperti berikut:-

       i).    SAP (Sijil Akuan Penerimaan)

       ii).   SPP (Sijil Pemasangan dan Pengujian)

       iii).  Borang Aku Janji Penerimaan dan Penggunaan.

       iv). Salinan Kad Daftar Kew 312 dan Kew 315.

       v). Surat Kebenaran Bawa Keluar oleh Ketua Jabatan.


       vi).  Laporan Jaga/Pengawal Keselamatan.

       vii). Nama Syarikat kawalan keselamatan.     

(KEHILANGAN) PPSMISoalanSiapakah yang diberikan kuasa meluluskan pernohonan perlatan PPSMI?


Jawapana)    Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.

       Nilai perolehan asal kurang daripada RM50,000.00 seunit atau RM500,000.00 secara aggregat
(kecuali akibat daripada                kecuaian atau penyelewengan).

b)   Perbendaharaan

       Nilai perolehan asal lebih daripada RM50,000.00 seunit atau RM500,000.00 secara aggregat.
(melalui Bahagian Kewangan)

AKAUN KEMENTERIAN/ AKAUN AMANAHSoalanBagaimanakah cara untuk memohon surat 'Pembatalan


Hak Milik Dituntut Oleh Kerajaan ?JawapanKemukakan surat permohonan beserta dengan salinan Sijil
Pendaftaran Kenderaan ke Bahagian Kewangan 

AKAUN KEMENTERIAN/ AKAUN AMANAHSoalanKepada siapakah permohonan kelulusan AP58 (a) perlu
dikemukakan ?JawapanPTJ di bawah pejabat pembayar Bahagian Kewangan perlu dikemukakan kepada
Bahagian Kewangan (Cawangan Akaun).

Manakala lain-lain PTJ bergantung kepada kedudukan kes :

    i)   Jika peruntukan tahun perbelanjaan dibuat masih mencukupi, kemukakan kepada JAN berkaitan

    ii)   Jika peruntukan tahun perbelanjaan dibuat sudah habis, kemukakan kepada Cawangan Akaun,
Bahagian Kewangan

    iii)   Jika perbelanjaan melebihi 1 tahun, permohonan dikemukakan kepada Cawangan Akaun,
Bahagian Kewangan

(KEHILANGAN) PPSMISoalanDokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk kehilangan peralatan


PPSMI?Jawapana)    Gambar tempat kejadian (kesan umpilan, pecah dan lain-lain)

b)   Laporan Jabag/Pengawal Keselamatan.

c)   Laporan Akhir Siasatan Polis.

d)   Surat Kebenaran Bawa Balik Peralatan.


e)   Kad Daftar Harta Modal Kew. 312 dan Kew 315.

f)   SAP

g)   SPP

h)   Surat Penerimaan dan Penggunaan.

(KEHILANGAN) PPSMISoalanTugas dan tanggungjawab Lembaga Penyiasat?Jawapan-    Memeriksa


sendiri tempat kejadian.

-   Memeriksa rekod.

-   Mengenalpasti perlanggaran peraturan kewangan.

-   Meninjau dan mengenalpasti kelemahan dan kekurangan.

-   Melengkapkan Lampiran K sebagai Laporan Akhir (AP 317(a)) dengan mengisi semua butiran,
termasuk ulasan dan syor
    yang sewajarnya seperti surcaj atau tatatertib.

-   Mengemukakan Lampiran K (Laporan Akhir) ke Bahagian Kewangan dalam tempoh 4 bulan tarikh
laporan awal dikemukakan.

AKAUN KEMENTERIAN/ AKAUN AMANAHSoalanBagaimanakah menyediakan Penyata Penyesuaian ?


Jawapani)      Dapatkan Laporan Flimsi Vot / Hasil / Amanah
ii)     Membuat semakan dan perbandingan
iii)    Memperturunkan butiran yang tidak dapat disesuaikan

Sekiranya penyesuaian tidak dapat diselesaikan, PTJ boleh hadir sendiri dengan membawa semua
dokumen yang berkaitan

AKAUN KEMENTERIAN/ AKAUN AMANAHSoalanDokumen sokongan bagi memohon kelulusan di bawah


AP 58(a) ?Jawapan1.    Bayaran Emolumen (termasuk elaun-elaun)
          -   Borang AP58 (a)
          -   Penyata perkiraan gaji
          -   Kew. 8 yang berkaitan
          -   Pengesahan elaun belum bayar oleh pejabat lama

2.   Bayaran Elaun Lebih Masa (14000)


          -   Borang AP58 (a)
          -   Penyata perkiraan tuntutan
          -   Surat arahan menjalankan kerja lebih masa
3.   Bayaran Balik (Termasuk Bayaran Balik Rawatan ) & Bonus (15000)
          -   Borang AP58 (a)
          -   Penyata perkiraan bonus
          -   Pengesahan bonus belum bayar
          -   Dokumen berkaitan
          -   Surat kelulusan jabatan berkaitan

4.   Tuntutan Perjalanan / Pindah


          -   Borang AP58 (a)
          -   Borang tuntutan
          -   Surat arahan pertukaran

5.   Bil-bil syarikat


          -   Borang AP58 (a)
          -   Bil / Invois
          -   Pesanan tempatan

(KEHILANGAN) PPSMISoalanLembaga Penyiasat?JawapanSetiap Lembaga Penyiasat hendaklah


dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang Pegawai Kumpulan A dan B di Pejabat Pelajaran Daerah /
Pejabat Pelajaran Gabungan dan di Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Labuan.

Pengerusi hendaklah terdiri daripada Pegawai Kumpulan A di Pejabat Pelajaran Daerah / Pejabat
Pelajaran Gabungan dan di Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Labuan.

Ahli Lembaga Penyiasat hendaklah terdiri daripada pegawai yang tidak terlibat secara langsung atau
tidak langsung dengan kehilangan/kecuaian/kecurian peralatan PPSMI tersebut. Bagi Jabatan Pelajaran
Negeri Perlis, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, Lembaga Penyiasat tidak boleh terdiri
daripada pegawai-pegawai yang menguruskan bekalan peralatan PPSMI.

(KEHILANGAN) PPSMISoalanSiapakah yang melantik Pegawai Penyiasat bagi kes kehilangan peralatan
PPSMI?JawapanPerlantikan Pegawai Penyiasat ini telah dipersetujui oleh Ketua Setiausaha Kementerian
Pendidikan Malaysia. Perlantikan ini adalah selaras dengan Arahan Perbendaharaan 321, Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 03/990 dan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 04/2003.

AKAUN KEMENTERIAN/ AKAUN AMANAHSoalanDokumen sokongan bagi bayaran balik hasil ?


Jawapana)    Tuntutan sewa rumah kerajaan terlebih potong

        -Salinan sijil akaun keluar kuarters


        -Surat penjelasan dan sokongan dari sekolah dan jabatan
        -Penyata perkiraan tuntutan
        -Salinan penyata gaji dan Laporan R2 sepanjang tempoh tuntutan

b)   Tuntutan pemulangan balik gaji terlebih bayar

       -Surat penjelasan terperinci dari sekolah dan surat sokongan dari jabatan
       -Salinan surat kelulusan atau salinan kew. 8
       -Penyata perkiraan tuntutan
       -Salinan penyata gaji dan Laporan R2 sepanjang tempoh tuntutan

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanBagaimanakah cara untuk melupuskan rekod-rekod Kewangan ?


JawapanLengkapkan Jadual Tempoh Simpanan Untuk Dokumen Kewangan yang menyenaraikan
dokumen Kewangan yang hendak dilupuskan.

Menyedia dan mengemukakan Jadual Tempoh Simpanan Untuk Dokumen untuk mendapatkan
pengesahan dan perakuan daripada Ketua Audit Negara, Ketua Pengarah Arkib Negara dan Ibu Pejabat
Badan Pencegah Rasuah bahawa dokumen Kewangan tersebut hendaklah disalinkan kepada Ketua PTJ.

Pihak Sekolah / Jabatan / Bahagian perlu mendapatkan pengesahan dan perakuan daripada Ketua Audit
Negara, Ketua Pengarah Arkib Negara dan Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah. Surat pengesahan dan
perakuan berserta dengan Jadual Tempoh Simpanan Untuk Dokumen hendaklah dikemukakan kepada
Ketua untuk dipanjangkan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi mendapatkan kelulusan.

HAPUSKIRA WANG TUNAISoalanJenis-jenis Akaun Belum Terima yang boleh dihapuskira ?Jawapana)   
Tunggakan Hasil (Sewa / Yuran / Lebihan Bayaran Gaji)

b)   Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman (Kenderaan / Komputer / Pelajaran)

c)   Pelbagai (Pendahuluan diri/ Tuntutan & denda / Surcaj )

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanBagaimanakah hendak melupuskan bahan-bahan kimia?


JawapanHendaklah merujuk kepada dan mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Kimia untuk syor
pelupusan.

HAPUSKIRA WANG TUNAISoalanBerapakah amaun yang diluluskan oleh Perbendaharaan dan Pegawai
Pengawal ?JawapanAmaun yang diluluskan oleh Perbendaharaan adalah nilai yang melebihi RM5,000.00
bagi satu akaun. Manakala, Pegawai Pengawal pula meluluskan amaun yang bernilai yang tidak melebihi
RM5,000.00 bagi satu akaun.

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanTindakan yang perlu dilakukan oleh Pengurus Sekolah
selepas kelulusan diperolehi?JawapanPengurus hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen
beriktu ke Bahagian Kewangan sebanyak satu salinan :
 Borang Kew 300-V yang telah diluluskan;
 Sijil saksi Pelupusan;
 Sijil Pelupusan Barang-barang (Kew 300-x);
 Resit jualan (jika berkenaan).

HAPUSKIRA WANG TUNAISoalanBerapakah tempoh masa yang diperlukan untuk tindakan hapuskira
akaun belum terima ?JawapanTindakan hapuskira bagi akaun belum terima hanya boleh dilakukan
selepas 6 tahun berlakunya kes tersebut

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanAkaun mana yang hendak dimasukkan hasil daripada pelupusan
tersebut?JawapanHasil daripada pelupusan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun hasil
kerajaan.  Kodnya ialah 73301.

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanAset / barang yang memerlukan Sijil TEB apabila hendak
dilupuskan? Jawapan

 Loji
 Kenderaan Bermotor
 Jentera
 Mesin / Peralatan Mekanikal

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanSiapakah yang boleh mengeluarkan Sijil Tidak Ekonomik Dibaiki
(TEB)JawapanPegawai yang berkelayakan dalam bidang-bidang tertentu. (Jurutera Jentera, Jurutera
Mekanikal, Jurutera Elektrik);

Pembekal atau ejen pembekal;

Syarikat yang menyelenggara set;

Rekod penyelenggaraan di Kew 312 (jika ada masalah memperolehi sijil TEB);

Pegawai yang mengeluarkan Sijil TEB hendaklah tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan /
pengendalian aset;

Laporan pemeriksaan firma juga boleh diterima dalam keadaan tertentu.

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanProsedur bagi pelupusan secara hadiah?JawapanPelupusan secara


hadiah boleh dilaksanakan di antara Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan mana-mana organisasi,
agensi, pertubuhan sukarela atau badan-badan lain yang dianjurkan dan diiktiraf oleh kerajaan.

Semua pelupusan secara hadiah hendaklah dirujuk untuk kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Cadangan pelupusan secara hadiah hendaklah disokong dengan surat permohonan daripada Jabatan,
organisasi, agensi, pertubuhan sukarela dan badan-badan yang berkenaan.

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanProsedur pelupusan secara pindah?Jawapan    Pelupusan secara


pindah hanya boleh dilaksanakan di antara Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan tanpa dikenakan apa-
apa bayaran. Pindahan antara Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan hendaklah dimaklumkan kepada
Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

    Pindahan daripada Jabatan Persekutuan kepada Jabatan-jabatan Negeri tidak boleh dilaksanakan
tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

    Sebarang pindahan hendaklah berasaskan permohonan bertulis daripada Jabatan yang memerlukan
aset & barang yang berkenaan. Semasa melaksanakan pindahan segala rekod aset & barang hendaklah
diserahkan kepada Jabatan penerima.

    Jabatan yang menerima aset & barang secara pindahan hendaklah meneruskan penyenggaraan daftar
harta modal atau inventori atau daftar stok bekalan pejabat.

    Aset & barang yang diterima secara pindahan hendaklah dilupuskan apabila perlu mengikut tatacara
pelupusan yang sedia ada.

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanKaedah pelupusan?Jawapani)    Secara jualan

                      a.   Tender


                      b.   Sebut hargalelong
                      c.   Tukar beli (trade in)
                      d.   Kontrak pusat

ii)   Pindahan

iii)   Hadiah

iv)   Tanam / Bakar / Buang / Tenggelam / Lebur

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanTugas-tugas Lembaga Pemeriksa?JawapanMemeriksa aset dan barang


yang hendak dilupuskan;

Menyediakan Laporan Lembaga Pemeriksa dengan menggunakan Borang Kew-300 V;


Mengesyorkan cara-cara pelupusan yang sesuai.

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanSiapakah yang boleh melantik Ahli Lembaga Pemeriksa?
JawapanKetua PTJ hendaklah melantik Ahli Lembaga Pemeriksa yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya 2 orang iaitu seorang pengerusi daripada Kumpulan A dan ahlinya terdiri daripada Kumpulan
A atau B. Ahli Lembaga Pemeriksa ini hendaklah tidak mempunyai kaitan dengan pengurusan barang-
barang yang hendak dilupuskan bagi membuat pemeriksaan ke atas barang-barang tersebut.

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanBerapakah nilai barang yang diperlukan untuk pelupusan melalui
Lembaga Pemeriksa?JawapanNilai perolehan asal melebihi RM20,000 seunit atau melebihi RM300,000
secara aggregat iaitu dengan menggunakan borang Laporan Lembaga Pemeriksa (Kew300-V).

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanBagaimanakah hendak melupuskan barang-barang yang bernilai lebih
daripada RM 50,000?JawapanPermohonan bagi barang yang melebihi RM50,000 seunit atau RM500,000
secara aggregat hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan untuk dipanjangkan kepada
Perbendaharaan.

PENGURUSAN STOR & ASETSoalanSiapakah yang diberi kuasa meluluskan permohonan pelupusan?
Jawapana)    Permohonan pelupusan bagi nilai perolehan asal tidak melebihi RM 50,000 seunit atau RM
500,000 secara aggregat                     diluluskan oleh Ketua Jabatan / Bahagian serta Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri.

b)   Permohonan pelupusan bagi nilai perolehan asal yang melebihi RM 50,000 seunit atau RM 500,000
secara aggregat         
      diluluskan oleh Perbendaharaan.

HASIL & KAWALANSoalanBagaimanakah proses permohonan pembayaran di bawah Pendahuluan Diri


AP59?JawapanSekiranya pembayaran di bawah Pendahuluan Diri AP59 telah diputuskan oleh
Perbendaharaan Malaysia, Jabatan yang terlibat perlulah mengisi Borang Pendahuluan Diri (Kew.106)
atas nama pegawai yang bertanggungjawab dan sertakan dokuman-dokumen berkaitan dan
dikemukakan ke Bahagian Kewangan untuk mendapatkan kelulusan Perbendaharaan.

HASIL & KAWALANSoalanBagaimanakah cara untuk membayar balik tunggakan Lebihan Bayaran Gaji
dan Elaun?JawapanTerdapat 4 cara iaitu :-

          1.   Bayaran sekaligus jumlah lebihan dalam satu terimaan.


          2.   Bayaran secara ansuran yang tidak melebihi enam (6) bulan.
          3.   Bayaran melalui potongan gaji yang tidak melebihi enam (6) bulan.
          4.   Bayaran melalui Pendahuluan Diri bagi tempoh tidak melebihi 18 bulan.

HASIL & KAWALANSoalanSelain daripada pembayaran secara tunai bagi Hasil Persekutuan, apakah
bentuk-bentuk pembayaran yang lain?JawapanPembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan
kiriman wang, wang pos, cek dan bankdraft atas nama 'Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran
Malaysia'.

PAKEJ DAN PENDAHULUAN DIRISoalanAdakah Jabatan atau Bahagian boleh melantik menggunakan
khidmat penceramah atau perunding?JawapanSekiranya Jabatan atau Bahagian ingin mendapatkan
penceramah atau perunding hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Bahagian
Kewangan.

PAKEJ DAN PENDAHULUAN DIRISoalanBolehkah pakej dilaksanakan di luar daripada zon?


JawapanBahagian Kewangan boleh mempertimbangkan permohonan mengadakan pakej di luar zon
sekiranya majority peserta-peserta berada di zon berkenaan atau pengangkutan darat disediakan oleh
pihak penganjur.

PAKEJ DAN PENDAHULUAN DIRISoalanBerapakah jumlah peserta yang boleh diadakan sesuatu pakej?
JawapanPakej boleh diadakan sekurang-kurangnya mempunyai 15 orang peserta.

PAKEJ DAN PENDAHULUAN DIRISoalanBilakah permohonan pakej perlu dikemukakan di Bahagian


Kewangan?JawapanDua minggu sebelum tarikh program tersebut dijalankan.

PEMBIAYAAN KOMPUTER, ELAUN & KELULUSAN KHASSoalanBagaimanakah cara mendapatkan bayaran


balik terlebih bayar?JawapanPeminjam hendaklah memaklumkan kepada Bahagian Kewangan secara
rasmi dengan menyatakan tarikh yang sepatutnya ditamatkan dan sertakan salinan slip gaji yang
berkaitan. Bahagian Kewangan akan membuat penyelarasan.

PEMBIAYAAN KOMPUTER, ELAUN & KELULUSAN KHASSoalanBerapa lamakah proses permohonan


komputer dapat diluluskan?JawapanPermohonan dapat diluluskan dalam tempoh 10 bekerja.

PEMBIAYAAN KOMPUTER, ELAUN & KELULUSAN KHASSoalanAdakah pinjaman komputer memerlukan


penjamin?JawapanPeminjam yang belum disahkan dalam jawatan memerlukan seorang penjamin di
kalangan pegawai yang telah disahkan jawatan.

PEMBIAYAAN KOMPUTER, ELAUN & KELULUSAN KHASSoalanBolehkah dibuat pertukaran model


komputer setelah pinjaman diluluskan?JawapanSekiranya ingin dibuat pertukaran model komputer,
peminjam hendaklah mengemukakan surat alasan dan sertakan satu sebutharga yang baru melalui
Ketua Jabatan ke Bahagian Kewangan.

PEMBIAYAAN KOMPUTER, ELAUN & KELULUSAN KHASSoalanBerapakah kadar pendahuluan diri


perjalanan bagi pegawai yang bertugas dalam atau luar negeri?JawapanKadar bagi pendahuluan diri
perjalanan boleh dipertimbangkan ialah 100% bagi luar negeri dan 90% di dalam negeri. PEMBIAYAAN
KOMPUTER, ELAUN & KELULUSAN KHASSoalanBerapakah kadar pendahuluan diri perjalanan bagi
pegawai yang bertugas dalam atau luar negeri?JawapanKadar bagi pendahuluan diri perjalanan boleh
dipertimbangkan ialah 100% bagi luar negeri dan 90% di dalam negeri.

INVENTORI, BEKALAN PEJABAT & HARTA MODALSoalanBarang-barang yang dikategorikan sebagai stok
bekalan pejabat ?JawapanHarta modal ialah barang-barang tak luak yang bernilai RM500.00 atau lebih
setiap satu pada masa perolehan dan memerlukan penyelenggaraan. Barang ini tak termasuk perabot,
permaidani, langsir dan seumpamanya yang diperolehi tanpa kira kos

PEMBIAYAAN KOMPUTER, ELAUN & KELULUSAN KHASSoalanSekiranya seseorang pegawai belum


menyelesaikan pendahuluan diri perjalanan, adakah layak untuk membuat permohonan baru?
JawapanPegawai berkaitan perlu menyelesaikan pendahuluan diri perjalanan yang terdahulu sebelum
membuat permohonan baru.

PEMBIAYAAN KOMPUTER, ELAUN & KELULUSAN KHASSoalanBilakah permohonan pendahuluan diri


perjalanan perlu dikemukakan ke Bahagian Kewangan?JawapanPermohonan pendahuluan diri
perjalanan perlu dikemukakan ke Bahagian Kewangan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum pegawai
tersebut bertolak.

INVENTORI, BEKALAN PEJABAT & HARTA MODALSoalanBarang-barang yang dikategorikan sebagai stok
bekalan pejabat ? (Kew 314) (PP Bil. 2 Tahun 1991)JawapanStok bekalan pejabat ialah sema barang tak
luak dan termasuk alat tulis serta kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomik
dikesan penempatannya secara satu persatu

PINJAMAN / PEMBIAYAAN KENDERAANSoalanAdakah seseorang pegawai kerajaan yang tidak


mempunyai lesen memandu layak memohon pinjaman kenderaan?JawapanPegawai yang tidak
mempunyai lesen memandu tidak layak untuk memohon pinjaman kenderaan.

INVENTORI, BEKALAN PEJABAT & HARTA MODALSoalanBarang-barang yang dikategorikan sebagai


inventori ? (Kew 313) (PP Bil. 2 Tahun 1991)JawapanInventori adalah barang-barang tak luak yang
bernilai kurang dari RM 500.00 setiap satu pada masa perolehan. Walaubagai manapun, barang-barang
seperti perabot, permaidani dan langsir serta pinggan mangkuk adalah termasuk dalam kategori
inventori tanpa kos.

PINJAMAN / PEMBIAYAAN KENDERAANSoalanBagaimanakah cara untuk mendapatkan Surat Pelepasan


Hakmilik Kerajaan setelah selesai pembayaran pinjaman? Jawapani)    Peminjam dikehendaki
mengemukakan surat permohonan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut :-

   
          a.   Satu salinan Surat Pelepasan Ikata Peminjam daripada BSN / BCB.
          b.   Satu salinan Kad Pendaftaran Kenderanaan yang diakaui sah.
          c.   Alamat JPJ yang mendaftarkan kenderaan berkenaan.

ii)   Bahagian Kewangan akan mengeluarkan Surat Pelepasan Hakmilik Dituntut Oleh Kerajaan atas nama
Pengarah JPJ yang           berkaitan dan disalinkan kepada Ketua Jabatan Peminjam bagi pemberhentian
potongan kenderaan.

PINJAMAN / PEMBIAYAAN KENDERAANSoalanBagaimanakah cara untuk menyelesaikan lebih awal


pinjaman kenderaan?Jawapani)    Untuk menyelesaikan lebih awal pinjaman kenderaan, peminjam
hendaklah mengemukakan permohonan ke Bahagian             Kewangan dengan memberi maklumat
seperti berikut :-

          a.   Nama Penuh Peminjam


          b.   Kad Pengenalan Baru
          c.   No. Telefon dan No. Faks Pejabat / Sekolah

ii)   Peminjam dikehendaki membuat pembayaran baki pinjaman di mana-mana cawangan BSN / BCB
setelah mendapat jumlah       baki pinjaman di bank-bank berkenaan

Isu -IsuSoalanPerlukah seseorang pegawai memohon dikecualikan menduduki PTK sekiranya


telah lulus PTK?Jawapan
Tidak perlu kerana pegawai yang telah lulus PTK (melepasi tahap k 
ecekapan) boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun
menduduki PTK bukanlah sesuatu yang diwajibkan dan pegawai berhak
membuat pilihan sendiri. PTK masih diperlukan sekiranya pegawai berhasrat
untuk mendapat anjakan gaji.

Isu -IsuSoalanBolehkah seseorang pegawai tidak menduduki PTK?JawapanKerajaan menggalakkan


seseorang pegawai untuk menduduki PTK bagi
tujuan mendorong usaha menerapkan pembelajaran berterusan dan
membudayakan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.

Walau bagaimanapun, seseorang pegawai yang memilih untuk tidak


menduduki PTK tidak berpeluang mendapat Anjakan Gaji dan juga tidak
memenuhi salah satu syarat untuk dipertimbangkan dalam urusan
kenaikan pangkat tetapi masih menikmati Pergerakan Gaji Biasa tertakluk
kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang memuaskan.

Isu -IsuSoalanAdakah PTK menjejaskan peluang kenaikan pangkat?Jawapan


Kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah tertakluk kepada beberapa
faktor seperti merit, kekosongan jawatan, bebas daripada tindakan
tatatertib dan lain-lain. PTK hanya salah satu daripada syarat kenaikan
pangkat.

Isu -IsuSoalanApakah implikasinya jika seseorang pegawai tidak melepasi tahap kecekapan pada aras
kecemerlangan yang ditetapkan? JawapanPegawai berkenaan tetap menikmati Pergerakan Gaji Biasa,
tertakluk
kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang memuaskan. Pegawai
berkenaan masih diberi peluang untuk menduduki semula sebahagian
atau keseluruhan PTK mengikut mana yang berkenaan.

Perlaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)SoalanAdakah benar PTK lebih menguntungkan


pegawai yang melakukan kerja- kerja penyelidikan, latihan, peperiksaan dan kursus berbanding
dengan pegawai yang membuat kerja rencam? Jawapan
Persoalan sama ada PTK menguntungkan seseorang pegawai dalam
bidang tertentu tidak berbangkit. Setiap pegawai dinilai mengikut
kompetensi umum dan kompetensi khusus berdasarkan keperluan di gred
jawatan dan perkhidmatan masing-masing.

SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama)SoalanSoalan 2: Bagaimanakah Cara Untuk Memohon


Memasuki SMKA?Jawapan1. Ambil borang Permohonan Masuk Ke SMKA daripada Jabatan Pendidikan
Negeri

2. Isikan butiran yang diperlukan dengan lengkap, termasuk pengesahan oleh Guru Besar

3. Hantar borang ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya SEMINGGU selepas keputusan    


peperiksaan diumumkan.

4. Sertakan dokumen- dokumen berikut :


    i. Slip keputusan UPSR/PMR/SPM
    ii. Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan
    iii.Surat Tamat Sekolah Rendah
    iv.Sijil- sijil ( jika ada )

Ujian pra atau ujian kelayakan akan dijalankan di sesetengah negeri.


Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran daripada SMKA yang menawarkan. Pemohon yang
gagal tidak akan dimaklumkan. Bukti penghantaran tidak diterima sebagai bukti penerimaan borang.

SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama)SoalanSoalan 1 : Apakah Syarat Kemasukan ke SMKA?


JawapanBagi memasuki SMKA, calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minima berikut :

Tingkatan Satu
1. Sekurang-kurangnya 2A 3B dalam Peperiksaan UPSR
2. Boleh membaca Al- Quran
3. Boleh menulis jawi
4. Lulus ujian PAFA ( UPSR )
5. Berumur 13 tahun ke bawah

Tingkatan Empat
1. Lulus Sijil PMR
2. Sekurang- kurangnya memperolehi :
3. B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
4. C dalam lain-lain matapelajaran
5. Lulus ujian PAFA ( PMR )
6. Berumur 16 tahun atau kurang

Tingkatan Enam Rendah


1. Lulus SPM
2. Kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu
3. Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi ATAU Lulus Bahasa Arab     Tinggi
4. Lulus matapelajaran Pengajian Quran Sunnah dan Syariah     Islamiah
5. Memiliki agregat 16 atau kurang daripada TIGA matapelajaran
6. Berumur antara 17 dan 20 tahun

You might also like