Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS


BPMN 1013 PENGANTAR PENGURUSAN

SEMESTER 3

PUSAT
KAMPUS UUM (MELAKA)

TUGASAN KUMPULAN
TENAGA NASIONAL BERHAD
PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA

DISEDIAKAN UNTUK
CIK RADZIATUL SHIMA MOHD SHAH

DISEDIAKAN OLEH
NORSHAZEREEN BINTI MOHAMAD 273877
NUR AMIERA BINTI BORHAN 269211
DAVINA A/P PANDRARENGAM 269006
NUR AFIQAH BINTI FATIMMY AFFENDY 269208

TARIKH HANTAR
17 OKTOBER 2020
PENGENALAN
Tenaga Nasional Berhad adalah sebuah syarikat yang tersenarai dalam rangking
terbesar di Malaysia kerana merangkumi jumlah bursa saham bernilai 60 bilion. Selain itu
tenaga nasional berhad mempunyai lebih 14 cawangan setiap negeri dan lebih 500 stokis di
seluruh Malaysia. Tenaga nasional berhad adalah syarikat yang mempunyi tenaga pekerja
yang terbesar kerana meliputi dalam dan luar negara di seluruh asia tengara.oleh kerana
berpusat di Malaysia TNB mudah mendapat bahan mentah untuk produk yang dihasil dan
dikeluarkan seperti arang batu, gas petroleum, dan ampangan hidro.
Dua individu yang bertanggungjawab dalam membina generator elektrik adalah Loke
Yew dan Thamboosamy Pillai untuk kegunaan lombong milik mereka pada 1894.
Mereka juga merupakan individu yang menggunakan pam elektrik untuk industri
perlombongan di Malaya (Malaysia) ketika itu dan ia menjadi peristiwa penting dalam
sejarah penggunaan elektrik. Pada tahun sama, sebuah syarikat persendirian telah
membekalkan elektrik kepada pekan Rawang dan setahun kemudian, stesen kereta api
pertama di Kuala Lumpur menerima bekalan elektrik buat pertama kali.
Pada 1900, Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sempan, Raub di bina oleh Syarikat
Lombong Emas Raub Australia menjadi titik tolak kepada stesen janakuasa di negara ini.
Dari situlah, wujud Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan syarikat utiliti elektrik
terbesar di Malaysia dengan aset melebihi RM69.8 bilion. Ia dibina oleh Raub Australian
Gold Mining Co. Ltd. Pulau Pinang mendapat bekalan elektrik yang pertama apabila stesen
janaelektrik Sungai Pinang mula beroperasi pada 14 julai 1904 seramai 15 pengguna dan 41
lampu jalan menerima bekalan elektrik pada ketika itu. Pulau Pinang mendapat bekalan
elktrik dari stesen janaelektrik prai yang dibina oleh Majlis perbandaran Pulau Pinang yang
memasang kabel dasar laut untuk menyambung keseluruhan tanah besar dan dengan itu
keseluruhan Pulau Pinang mendapat bekalan eletrik buat pertama kalinya pada tahun 1926.
Pada tahun 1905, stesen keretapi Kuala Lumpur telah diterangi dengan lampu
elektrik yang pertama di Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama Stesen Janaelektrik Hidro
Ulu Gombak, kira-kira 20 kilometer dari Kuala Lumpur telah dilancarkan dan dengan itu
Kuala Lumpur buat pertama kalinya mendapat bekalan elektrik awam. Dalam tahun 1926
juga Perak River Hydro Elektrik Power Company Ltd. (PERHEP) ditubuhkan bagi
menampung keperluan tenaga elektrik di Lembah Kinta.Pada tahun 1927, MR. W. J.
Wiliams sebagai pengarah yang pertama telah menubuhkan Jabatan Elektrik Negeri-Negeri
Bersekutu. Pada tahun ini juga stesen janakuasa Bngsar di Kuala Lumpur telah dibuka
dengan menggunakan sumber arang batu. Pada Disember 1941, tentera jepun telah
mendarat di tanah melayu oleh yang demikian jabatan itu telah ditutup pada tahun 1942.
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Jabatan Bekalan Elektrik telah ditubuhkan di bawah Akta Bekalan Elektrik (Akta 447)
pada 1 September 1990, sebagai sebuah badan kawalselia industri bekalan elektrik apabila
Lembaga Letrik Negara (LLN) diswastakan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Jabatan ini juga mengambil alih fungsi dan tugas Jabatan Jemaah Pemeriksa Elektrik yang
sebelum ini bertanggungjawab ke atas keselamatan elektrik di negara ini. Jabatan Bekalan
Elektrik ditubuhkan dengan jumlah perjawatan sebanyak 151.
Pada bulan April 1993 satu Jabatan Bekalan Gas telah ditubuhkan untuk
mengawalselia industri pengagihan gas di Semenanjung Malaysia. Ketua Pengarah Bekalan
Elektrik telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Bekalan Gas. Akta Bekalan Gas 1993 telah
diwartakan pada 4 Februari 1993.
Walau bagaimanapun portfolio Kawalselia dan Keselamatan Gas ini adalah di bawah
bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Jabatan tersebut setelah diletakan di bawah
pentadbiran Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Elektrik telah dikenali sebagai Bahagian
Kawalselia dan Keselamatan Gas bagi tujuan memudahkan pentadbiran dalaman. Ini
bermakna dua jabatan yang berlainan portfolio telah diketuai oleh seorang Ketua Pengarah ,
begitu juga aspek pentadbiran di mana Bahagian Pentadbiran yang ada menyelia dua
jabatan yang berbeza bersumberkan jumlah kakitangan yang sedia ada. Bahagian
Kawalselia dan Keselamatan Gas mempunyai jumlah perjawatan sebanyak 8 orang.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di
Malaysia dengan aset bernilai RM60 bilion dan memberi khidmat kepada lebih enam
juta  pelanggan di seluruh Semenanjung dan Sabah. Aktiviti teras TNB ialah penjanaan,
penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik. Hari ini, TNB adalah merupakan syarikat
utama dalam penjanaan tenaga elektrik dan merupakan satu bahagian penting dalam
rangkaian kepelbagaian aktiviti perniagaan Kumpulan TNB mempunyai keupayaan
penjanaan terbesar iaitu 10,854.5MW. Kini, TNB mempunyai sistem pembekalan elektrik
yang lengkap, termasuk Grid Nasional, Pusat Perkhidmatan Pelanggan, Pusat
Pengurusan Panggilan dan pejabat-pejabat pentadbiran di seluruh Semenanjung
Malaysia dan Sabah.  TNB, melalui subsidiari-subsidiarinya juga turut terlibat di dalam
pembuatan alatubah, perkakasuis bervoltan tinggi dan kabel; menyediakan perkhidmatan
perundingan profesional, senibina, perkhidmatan-perkhidmatan dan kerja-kerja kejuruteraan
awam dan elektrik, perkhidmatan-perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan dan
bahanapi, menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan hartanah dan
perkhidmatan pengurusan projek. TNB turut menawarkan pendidikan tinggi melalui
universitinya – Universiti Tenaga Nasional.
OBJEKTIF, VISI DAN MISI SYARIKAT
I. OBJEKTIF SYARIKAT
Sebagai sebuah badan kawalselia yang dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia
industri bekalan elektrik termasuk aspek – aspek keselamatan maka objektif penubuhan
jabatan bekalan elektrik adalah seperti :-
 Untuk mengawalselia industri bekalan elektrik dan perkhidmatan elektrik melalui
pemegang - pemegang lesen dengan mengadakan terma dan syarat.
 Untuk memelihara kepentingan pengguna - pengguna elektrik dengan menentukan
kecukupan dan keberterusan bekalan elektrik kualiti perkhidmatan dan hargayang
munasabah.
 Untuk memastikan tenaga elektrik yang mencukupi untuk pembangunan ekonomi
negara.
 Untuk menentukan keselamatan pada semua peringkat pembekalan dan
penggunaan bekalan elektrik
 Mempertingkatkan industri bekalan elektrik daripada aspek pembangunanekonomi
dan mengekalkan kualiti hidup.
 Meminimakan kesan negatif akibat daripada penjanaan pembekalan dan
penggunaan elektrik terhadap alam sekitar.
 Mempertingkatkan penggunaan tenaga elektrik yang cekap dan mengelakkan
pembaziran serta penggunaan elektrik yang tidak produktif

II. VISI SYARIKAT


 Menjadi jabatan Berprestij Berteraskan Kecemerlangan Perniagaan Dan
Perkhidmatan Dan menjadi Antara Pelopor Kepada Syarikat Berprestij Tinggi Di
Malaysia Dan Dunia.

III. MISI SYARIKAT


 Kami beriltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam produk dan perkhidmatan.
PRODUK & SERVIS SYARIKAT
Bentuk perniagaan yang dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad adalah Jenis
syarikat berhad. Selain itu TNB mempunyai saham yang tersenarai dalam bursa saham
kuala Lumpur bernilai 60 bilion.  TNB juga mempunyi aset yang bernilai lebih 50 bilion dalam
pegangan dan merupakan syarikat yang tebanyak pegangan saham dan asset bagi dalam
Negara.TNB mempunyai pegangan bawah naungan ahli dan bekas kakitangan kerajaan
seperti Dato Jamaludin bin Dato Mohd Jarjis.

PRODUK SYARIKAT

 Penjanaan Elektrik
Penjanaan elektrik di Semenanjung Malaysia diusahakan oleh TNB dan Pengeluar
Penjana Bebas (IPP). Bahagian Penjanaan bertanggungjawab ke atas
pembangunan aset penjanaan Syarikat, operasi dan penyenggaraan. Keupayaan
penjanaan kuasa TNB sebanyak 10,153.5MW menyumbang sebanyak 60 peratus
daripada jumlah kapasiti 16,987.5MW di Semenanjung Malaysia.
 Penyatuan Bisnes Penjanaan
Bahagian Penjanaan juga bertanggungjawab ke atas semua aktiviti bisnes
penjanaan. Operasi loji termal dan hidro yang dahulunya dikendalikan oleh TNB
Generation Sdn Bhd dan TNB Hidro Sdn Bhd, telah diambil alih semula oleh TNB
melalui Bahagian Penjanaan. Begitu juga dengan pembangunan aset penjanaan
baru, sebelum ini dikendalikan oleh TNB Engineers Sdn Bhd, kini berada di bawah
tanggungjawab Bahagian Penjanaan. Bagaimanapun, pembangunan, operasi dan
pemilikan Stesen Janakuasa Arang Batu Manjung akan terus berada di bawah TNB
Janamanjung Sdn Bhd (TNBJ) yang bertindak sebagai IPP. Pada masa ini TNBJ
adalah merupakan subsidiari milik penuh TNB. Bahagian Penjanaan juga
bertanggungjawab ke atas IPP yang beroperasi di Pakistan iaitu TNB Liberty Power
Limited.
 Penyusunan Semula Bahagian Penjanaan
Struktur Bahagian Penjanaan telah dikemaskinikan untuk memberi lebih tumpuan
kepada aktiviti teras penjanaan kuasa dengan penyatuan seluruh bisnes penjanaan
di bawah Bahagian Penjanaan. Semua aktiviti penjanaan yang berkaitan
pembangunan, operasi, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan akan melapor
kepada Naib Presiden (Penjanaan). Ini termasuklah subsidiari yang terlibat di dalam
bisnes penjanaan kuasa bahan api seperti TNBJ dan TNB Liberty Power Limited.
 Transformasi Bahagian Penjanaan
Satu siri inisiatif strategik telah dikenal pasti untuk memperlihatkan perubahan bagi
mencapai matlamat di dalam organisasi. Inisiatif ini akan memberi tumpuan kepada
elemen-elemen utama di dalam bisnes seperti hentitugas tidak berjadual, kelewatan
projek dan pembangunan kecekapan. Bagi melengkapkan proses transformasi,
pengukuran peningkatan telah dibuat di dalam bidang kewangan, kepuasan
pelanggan, proses dalaman dan pembangunan warga kerja. Pada tahun-tahun yang
lepas, peningkatan memberangsangkan di dalam kesediaan dan daya harap stesen
janakuasa arang batu telah dicapai. Stesen Janakuasa Manjung telah berjaya
memula tugas pada jangka masa yang telah ditetapkan hasil dari kemajuan dalam
penyerahan projek. Kejayaan-kejayaan lain termasuk penggunaan alat gantian
alternatif yang lebih murah dan mempercepatkan perlaksanaan proses perolehan
untuk membolehkan penghantaran alat ganti pada masa yang diperlukan.
 Operasi Stesen Janakuasa
Sejak 50 tahun yang lalu, Bahagian Penjanaan telah melahirkan ramai tenaga mahir
untuk mengendali, menyelenggara dan mengurus loji janakuasa pelbagai jenis dan
campuran bahanapi. Di Semenanjung Malaysia, Jabatan Operasi Termal Bahagian
Penjanaan mengendalikan tujuh loji janakuasa termal dengan keupayaan terpasang
sebanyak 6,863MW. TNB Janamanjung mengendalikan stesen Janakuasa arang
batu
2100MW yang terdiri daripada 3 X 700MW. Selain itu, Jabatan Hidro mengendalikan
janakuasa elektrik hidro melalui tiga skim utama dengan jumlah keupayaan
terpasang
sebanyak 1,910.5MW. Loji janakuasa termal TNB menghasilkan kuasa
menggunakan
penjana turbin stim konvensional yang menggunakan bahanapi terutamanya arang
batu,minyak atau gas asli (loji kuasa stim), penjana turbin gas kitaran terbuka (turbin
gas kitaran terbuka) berkuasa gas dan diesel, atau penjana turbin kitaran padu (loji
kitaran padu) berkuasa gas atau diesel. Stesen janakuasa hidro terdiri daripada
kedua-dua stesen aliran sungai “run-of-the-river” dan takungan kolam. Di samping
menghasilkan kuasa daripada penjanaannya sendiri serta pembeliankuasa dari IPP,
TNB juga membeli sejumlah kecil elektrik daripada Lembaga Penjanaan Elektrik
Thailand (EGAT) dan Singapore Power (SP) bagi memenuhi permintaan semasa
beban puncak. Kesemua stesen janakuasa termal dan hidro dalam Bahagian
Penjanaan telah memperolehi akreditasi ISO 9000. Stesen Janakuasa Hidro Sultan
Mahmud Kenyir dan Chenderoh serta kesemua stesen janakuasa termal telah
mendapat akreditasi ISO 1400.
PESAING PESAING UTAMA SYARIKAT TNB
TNB dikatakan sebuah syarikat yang memonopoli industri elektrik kerana memiliki
modal yang besar dan kemungkinan ianya sukar untuk syarikat kecil bertanding dengan
syarikat gergasi tersebut.Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan kekal dominan dalam sektor
tenaga negara sebagai pengendali sistem grid dan pengedaran tenaga, meskipun
pelaksanaan dasar Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 (2019-2025) bakal
memecah monopolinya dalam pembekalan bahan api, penjanaan tenaga dan peruncitan
tenaga.
MESI 2.0 adalah inisiatif 10 tahun Kerajaan Pusat membawa pembaharuan secara
berperingkat kepada sektor tenaga Semenanjung, termasuk membuka penyertaan peserta
baharu dalam pemerolehan bahan api; pengenalan pasaran elektrik borong, perkhidmatan
runcit dan dagangan tenaga hijau, supaya lebih berdaya saing.
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar sudah mengadakan rundingan
dengan TNB berhubung pembukaan monopoli itu dan gergasi tenaga negara itu mengetahui
peluang yang boleh diteroka menerusi MESI 2.0. TNB akan terus menjadi pesaing utama
industri khususnya dalam elektrifikasi, meneroka tenaga boleh diperbaharui (RE), mengkaji
potensi cabang perniagaan baharu, termasuk dalam ekosistem kereta elektrik (EV) serta
memanfaatkan infrastruktur gentian optik mereka untuk peluang bersama syarikat
telekomunikasi.
Banyak peluang pada (TNB) pada masa depan lebih-lebih lagi gelombang
elektrifikasi dijangka menyediakan banyak peluang kepada TNB, pekerja mereka dan
peserta industri lain. TNB adalah perintis tenaga di negara ini, TNB menguasai pasaran dan
memiliki pengalaman yang lama dalam industry tenaga di negara ini, Dan ia bukanlah
mudah untuk bersaing dengan TNB dan tidak semudah yang disangkakan.
Ketika ini, TNB yang memiliki kira-kira 35,000 pekerja menguasai keseluruhan
rantaian pembekalan tenaga negara daripada pemerolehan bahan api arang batu,
penjanaan tenaga, pengendali sistem grid Transmisi dan Pengedaran, serta bahagian
peruncitan pelanggan. Berdasarkan struktur tarif semasa, bahagian grid menyumbang 11.2
sen bagi setiap kilowatt jam (kWj) atau bersamaan 29 peratus berbanding keseluruhan tarif
purata 39.5 sen/kWj.
ISU – ISU UTAMA TERKINI MENGENAI TNB
1. Pelarasan bil eletkrik tinggi semasa PKP, ketika negara dilanda wabak Covid
19.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna agar tidak bimbang sebaik
menerima bil sebenar mereka berikutan penyambungan semula pembacaan meter yang
dihentikan sementara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu.
Pihak TNB sedia maklum mengenai aduan netizen mengenai bil tinggi yang diterima
menerusi pembacaan bil fizikal yang disambung semula sejak 15 Mei lalu. TNB juga
sentiasa berlaku adil dan sensitif dengan kegelisahan segelintir pengguna yang menerima
bil sebegini.
Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian TNB CareLine 1300 88 5454 dan di
Kedai Tenaga sentiasa bersedia untuk membantu menjelaskan mengenai perkiraan dan
bagaimana pelarasan bil dibuat, TNB sebelum ini memaklumkan bahawa sebaik pembacaan
bil disambung semula, bil pelanggannya akan diselaraskan.
Semasa operasi pembacaan meter dihentikan sementara, TNB mengeluarkan bil
anggaran berdasarkan bil bulan sebelum PKP berkuatkuasa. Pelanggan TNB juga boleh
mendapatkan makluman mengenai perkiraan bil semasa PKP dengan melayari
https://www.tnb.com.my/prihatin.
Sebagai syarikat yang prihatin mengenai impak wabak Covid-19 kepada rakyat
Malaysia pada tahun 2020 ini, TNB mengumumkan mengenai pakej pasca PKP
merangkumi Pelan Bayaran Mudah (PBM), penangguhan surcaj lewat bayar (sehingga 30
September 2020) dan lanjutan penangguhan pemotongan bekalan (sehingga 31 Julai 2020)
pada 14 Mei 2020. Kesemua ini ditawarkan secara automatik kepada 7.5 juta pelanggan
kediaman TNB.
Sementara itu, dalam usaha mengurangkan impak pandemik Covid-19 kepada
rakyat, TNB memperkenalkan pakej bantuan merangkumi Pelan Bayaran Mudah (PBM)
sehingga Disember, penangguhan surcaj lewat bayar sehingga September dan lanjutan
penangguhan pemotongan bekalan sehingga 31 Julai ini kepada 7.66 juta pelanggan
kediaman.
Menariknya, PBM dilaksanakan secara automatik bagi semua pelanggan kediaman
bermula daripada bil bulanan sebenar pertama diterima selepas TNB menyambung semula
operasi pembacaan meter pada 15 Mei lalu. Selain pembayaran bil elektrik, pelanggan juga
boleh melakukan pelbagai transaksi di Kedai Tenaga termasuk pertanyaan bil, pembayaran
bil utiliti lain, permohonan bekalan elektrik, penukaran penyewa dan penutupan akaun.
Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak mengenakan caj berlebihan kepada pengguna
bagi pengiraan bil anggaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan
pemberhentian semua aktiviti bacaan meter mulai 20 Mac hingga 14 Mei. Mekanisme
pengebilan itu juga telah disemak dan dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)
TNB memaklumkan sekiranya terdapat lebihan bayaran, ia akan dikredit atau
dipulangkan kepada pengguna.
Bagi meringankan beban kewangan pelanggan yang terkesan berikutan penularan
wabak COVID-19, pihak TNB telah bersetuju untuk Perkenalkan Pelan Bayaran Mudah Bil
Elektrik dari tarikh penerimaan bil sebenar sehingga Disember 2020. Melalui pelan ini,
pengguna-pengguna elektrik boleh membuat bayaran bil elektrik bagi penggunaan elektrik
sepanjang tempoh PKP secara ansuran sehingga Disember 2020.
TNB, turut memaklumkan bahawa tiada sebarang aktiviti pemotongan bekalan
elektrik akan dilakukan sehingga 31 Julai 2020 sekiranya pengguna elektrik lewat membayar
bil elektrik mereka.
Sehingga 28 Mei, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM200 juta di bawah
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk memberi diskaun kepada
pengguna elektrik di Semenanjung. Daripada jumlah tersebut, RM149 juta telah
dibelanjakan bagi pemberian diskaun kepada 7.6 juta pengguna rumah kediaman manakala
bakinya kepada pengguna-pengguna komersial dan industri
Pengguna TNB boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai mekanisme
pengebilan sepanjang tempoh PKP di Kedai Tenaga di seluruh negara atau menghubungi
talian TNB Careline 1-300-88-5454 yang beroperasi setiap hari (8 pagi hingga 5 petang) dan
saluran digital Facebook TNB Careline.
Bagi pengguna masih tidak berpuas hati, mereka boleh membuat aduan secara terus
kepada Suruhanjaya Tenaga melalui Sistem eAduan (https://bit.ly/eaduanST), talian telefon
03-8870 8800 atau e-mel eaduan@st.gov.my. Waktu operasi Kedai Tenaga adalah jam 9
pagi sehingga 4 petang manakala kios pembayaran layan diri pula beroperasi dari jam 8
pagi hingga 8 malam.
2. Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)
BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia
bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan
elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga
300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP. Di samping itu, bagi
pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan akan
menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun
sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga Disember 2020.
Diskaun Prihatin diberikan kepada para pelanggan bermula April 2020 sehingga
Disember 2020, manakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali
gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga
Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan.
Semua pelanggan domestik TNB akan menerima BPE yang jumlahnya akan
dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020. Pelanggan tidak perlu
membuat semakan kelayakan kerana BPE akan diberikan secara automatik kepada
semua pelanggan domestik. Semua pelanggan domestik akan menerima BPE ini,
termasuklah pelanggan smart meter. BPE ini hanya diberikan kepada pelanggan
domestik TNB yang terkesan akibat bil elektrik yg lebih tinggi daripada kebiasaan pada
bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020.
Walau bagaimanapun, pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian masih
menikmati diskaun Prihatin dari April 2020 sehingga September 2020 yang telah
diumumkan oleh kerajaan sebelum ini. Pelanggan tidak perlu membuat sebarang
permohonan untuk menikmati manfaat bantuan tambahan ini yang akan diberikan
secara automatik.
TNB sedar bahawa sepanjang pelaksanaan PKP, berkemungkinan penggunaan
elektrik adalah lebih tinggi daripada kebiasaan. Oleh itu, BPE diberikan secara sekali
gus kepada semua pelanggan bagi membantu mengurangkan bebanan bil yang lebih
tinggi. Pada awal permulaan PKP, diskaun PRIHATIN telah diberikan bermula April 2020
sehingga September 2020.
Atas dasar keprihatinan Kerajaan Malaysia, BPE diberikan kepada para pelanggan
yang terbeban dengan jumlah bil yang lebih tinggi dengan harapan dapat mengurangkan
beban kewangan para pelanggan. BPE merupakan bantuan tambahan oleh kerajaan
Malaysia dengan kerjasama TNB yang bertujuan untuk meringankan beban para
pelanggan yang terkesan akibat kenaikan bil elektrik yang lebih tinggi. Pelanggan TNB
akan menikmati bantuan tambahan BPE ini yang akan dimasukkan ke dalam bil bulan
Julai 2020 secara sekali gus.
Kaedah pengiraan bil yang dibuat oleh TNB telah disemak serta diluluskan oleh
Suruhanjaya Tenaga. Kaedah ini juga merupakan kaedah lazim yang turut digunapakai
oleh syarikat-syarikat utiliti elektrik terkemuka di seluruh dunia.
BPE ini juga turut akan diberikan kepada semua pelanggan domestik termasuk
pelanggan yang telah dikenakan cas minima sebanyak RM3. Semua pelanggan
domestik akan menikmati bantuan tambahan BPE. Di bawah Bantuan Prihatin Elektrik,
kesemua 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia yang mempunyai
akaun dengan TNB akan menerima manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga
RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama.
Bantuan ini diberikan untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP iaitu bulan April 2020,
Mei 2020 dan Jun 2020 yang membolehkan pengguna menerima manfaat sehingga
RM231 bagi tempoh 3 bulan tersebut.

 Maklumat Bantuan Prihatin Elektrik

Nota:
 Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun elektrik di bawah Pakej
Ransangan Ekonomi (PRE) sedia ada dan akan dimasukkan secara sekaligus dalam
bil Julai 2020
 Sekiranya pengguna telah membuat bayaran pada bulan April, Mei dan Jun, lebihan
bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil Julai 2020
 Untuk penggunaan elektrik di antara 601 - 900 kWj sebulan, diskaun tambahan 8%
akan diberikan bermula April hingga Disember 2020

Pelanggan juga tidak perlu risau, sekiranya pelanggan tidak mendapat bacaan bil
sebenar, pelanggan boleh menghubungi TNB Careline untuk mengatur temu janji untuk
pembaca meter mengambil bacaan meter di premis pelanggan. Pelanggan juga boleh
mengambil bacaan meter sendiri dan memajukan gambar bacaan meter melalui emel TNB
Careline, tnbcareline@tnb.com.my. Bil sebenar akan dikeluarkan selepas itu.
Bantuan ini diberikan untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP iaitu bulan April 2020, Mei
2020 dan Jun 2020 yang membolehkan pengguna menerima manfaat sehingga RM231 bagi
tempoh 3 bulan tersebut. Jumlah sebenar BPE akan tertera di dalam bil Julai 2020. Jumlah
BPE diterima akan tertera di dalam bil bulan Julai 2020 nanti. Dan jumlah BPE akan
dimasukkan sekali gus di dalam bil sebenar pada bulan Julai 2020. Pelanggan kediaman
boleh mengetahui jumlah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan dengan merujuk
kepada penyata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dan bil Julai 2020 seperti contoh
berikut.
Untuk makluman tambahan pengguna TNB, Diskaun Rangsangan Ekonomi akan
dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Kadar diskaun yang dinikmati oleh pelanggan
kediaman (domestik) adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan seperti jadual
di bawah :-

PENILAIAN KEKUATAN, KELAMAHAN. PELUANG DAN ANCAMAN KEPADA


SYARIKAT TNB
 Kekuatan
Sebagai satu-satunya pembekal elektrik dan organisasi monopoli, kekuatan TNB
tidak dapat disangkal lagi di Malaysia dan sistem janakuasanya yang maju dalam peralatan,
stabil dan cekap. Faktor ini mempunyai kepentingan besar untuk menjadi pengeluar elektrik
terunggul di Malaysia, malah ia disokong oleh kerajaan dan polisi. Faktor lain yang
membantu kepimpinannya adalah portfolio perniagaan bersepadu TNB. Dari elektrik ke
sebahagian besar produk atau perkhidmatan tambahannya yang ditawarkan oleh TNB
seperti syarikat menyediakan perundingan teknologi pengeluaran, sokongan pembinaan
elektrik air, dan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan. Oleh itu, portfolio
perniagaan bersepadu membantu kekuatan TNB.
 Kelemahan
Kelemahan dalam sesuatu bisnes juga TNB tidak dapat dielakkan. Ini kerana,
pergantungan utamanya adalah semata-mata pada pasaran Malaysia dan pengembalian
ekuiti yang kecil kerana skala ekonomi dan ruang lingkup adalah antara kelemahan TNB.
Walaupun mempunyai portfolio yang kuat dan merupakan syarikat monopoli terbesar di
Malaysia, ia tidak aktif secara serantau dan sumber pendapatan utamanya berasal dari
Malaysia sahaja. Ini mempunyai kesan terhadap pengembalian ekuiti kerana jumlah terhad
dan ruang lingkup yang diliputi. Ia tidak memiliki kekuatan yang dimiliki di Malaysia sebagai
peneraju pasaran dan monopoli organisasi di bahagian lain di Asia Tenggara. Selain
daripada itu, TNB menghasilkan sejumlah besar pelepasan gas rumah hijau sebagai operasi
harian.
 Peluang
Peluang yang ada pada masa hadapan TNB adalah dengan perkembangan Kuasa
Tenaga diperbaharui yang dapat membantu tumbuhan biomas, dan projek hibrid solar.
Trend ini yang bergerak begitu pantas sehingga TNB harus bertindak sekarang untuk
merebut peluang masa depan dan menjauhkan diri dari bahan bakar fosil. TNB juga
memerlukan usaha berkala dalam meningkatkan kecekapan loji dengan memanfaatkan
teknologi maju, selain penubuhan unit tenaga nuklear untuk keperluan tenaga masa depan
atau inisiatif rendah karbon sangat disokong oleh kerajaan yang merancang untuk
mengurangkan pelepasan co2.
 Ancaman
Menggesa kerajaan supaya menghentikan pembelian tenaga yang dikeluarkan oleh
penjana tenaga bebas (ipp) kerana ia telah mengurangkan sumber Tenaga Nasional Berhad
(TNB) dan membebankan kepada pengguna. Pengguna percaya TNB mempunyai
pengalaman berdekad dalam pengeluaran tenaga tidak seperti IPP yang tidak mempunyai
pengalaman apabila mereka memasuki industri ini, mempunyai kemampuan untuk
mengeluarkan tenaga dengan lebih cekap pada kos yang lebih rendah. Tambahan pula,
keuntungan yang diperolehi oleh TNB yang merupakan syarikat kawalan kerajaan, akan
memberikan manfaat kepada orang ramai dan negara daripada syarikat swasta.
Memperolehi tenaga merupakan hak asasi manusia yang asas dan keselamatan negara dan
oleh sebab itu pengeluaran dan bekalannya tidak seharusnya dibiarkan di dalam tangan
syarikat swasta yang hanya mengejar keuntungan.

HALATUJU MASA DEPAN SYARIKAT TNB.
TNB telah bersedia untuk masa depan yang akan datang, terutamanya dengan
hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan sektor bekalan elektrik. Ia kini menyediakan asas
untuk peraturan baharu di bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) dalam
Tempoh Pengawalseliaan Ketiga kerajaan dari 2021 hingga 2023. Dengan menyediakan
lebih awal, TNB juga beralih menjadi antara rangkaian tenaga paling boleh dipercayai di
rantau ini dan piawaiannya setanding dengan banyak negara maju yang lain.
Seperti contohnya, Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem (SAIDI) naik
kepada 48.22 minit setiap pelanggan setahun pada 2018 daripada 50.24 minit pada 2017
manakala kehilangan tenaga bagi setiap pelanggan pada 0.35 minit di bawah paras dua
minit sejak 10 tahun lepas. Sementara itu, Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie, yang
menyelaras pembangunan TNB selaku menteri bertanggungjawab bagi sektor tenaga dan
kerja raya pada akhir 1970-an hingga 2004 berkata TNB telah menjangka pembaharuan itu
seawal 2016 dan pelan strategik di bawah Reimagining TNB itu memaparkan aspek
kesiapsiagaan. "Asas-asas kukuh yang telah diletakkan pada hari ini telah mengubah
proses dan struktur dalaman kita untuk menjadikan TNB lebih maju dari segi teknikal dan
pengoptimuman kos berbanding sebelum ini,” katanya. Menurut Moggie, TNB juga sentiasa
bersedia dan menyesuaikan diri dengan perubahan seperti yang pernah dilalui sebelum ini
termasuk pada 1990-an yang menyaksikan kehadiran Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).
Beliau yang menerajui TNB sejak 2004 berkata, sebahagian besar jurutera yang
bersaing dalam IPP itu pernah bertugas di TNB yang memaparkan peranan penting syarikat
gergasi itu dari segi menawarkan modal insan bernilai terhadap sektor kejuruteraan negara
yang berkembang pesat. Dari segi sejarah dan tradisi, Tenaga Nasional Bhd (TNB) amat
dekat di hati kebanyakan rakyat Malaysia kerana bagi tempoh hampir 70 tahun
‘menyalurkan tenaga kepada negara’, sekali gus mewarnai dan mempengaruhi kehidupan
mereka. TNB telah membantu menerangi rumah dan tempat kerja, menyalurkan tenaga
kepada kilang dan industri, memacu kemajuan dan menawarkan pelbagai peluang dan
mengagihkan kekayaan
Pendek kata, bagi tempoh selama hampir tujuh dekad, TNB telah
memperkasakan rakyat dan mentransformasi negara. Walaupun mungkin ramai yang
mengambil mudah akan peranan TNB, ia telah menjalankan tugasnya kepada negara
dengan penuh dedikasi di samping berkongsi sebahagian kejayaan dan keuntungan
dijananya dengan rakyat menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat dan
dividen.
TNB telah memberi kembali kepada negara menerusi sokongan dan sumbangan
besarnya kepada masyarakat, antara lain, pelaburan dalam pendidikan seperti penyediaan
biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar.
Beberapa tahun lalu telah menyaksikan perbadanan utiliti negara ini melakukan
penambahbaikan untuk kekal dalam trajektori pertumbuhan dalam perniagaan kawal selia
penyaluran dan pengagihan bekalan elektrik, yang telah menyumbang kepada aliran
pendapatan stabil di bawah Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR). Untuk jangka panjang,
TNB tidak akan bergantung sepenuhnya pada perniagaan kawal selianya untuk survival
tetapi perlu mencari sumber baharu bagi pertumbuhan, baik dari segi produk mahupun
pasaran.
Penganalisis daripada beberapa firma penyelidikan mengekalkan prospek positif
bagi TNB disebalik langkahnya beralih kepada bidang perniagaan baharu. “Menerusi
perniagaan bukan kawal selia kami, kami akan terus menerokai bidang baharu untuk
mendapatkan nilai lebih baik, yang akan dapat menampung syarikat untuk tahun-tahun akan
datang,” kata presiden/ketua pegawai eksekutif TNB kepada pemegang sahamnya dalam
satu daripada laporan tahunan syarikat itu sebelum ini.
Di dalam negara, TNB kini beroperasi dalam persekitaran lebih mencabar, di tengah-
tengah pertumbuhan jualan elektrik yang sederhana, berikutan penggunaan elektrik negara,
yang sebelum ini sebanyak 1.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), telah
semakin menyusut sejak Malaysia secara beransur-ansur beralih keluar daripada negara
perindustrian sepenuhnya.
Di bawah IBR, program kerajaan untuk melakukan pembaharuan dan
meliberalisasikan industri tenaga, pulangan ke atas dua perniagaan teras TNB iaitu
pengagihan dan penyaluran elektrik telah dikawal selia dan skalanya terus menyusut. TNB
dibenarkan menjana 7.3 peratus pendapatan daripada asetnya yang dikawal selia dari 2018
hingga 2020, susut daripada 7.5 peratus dibenarkan bagi tempoh 2015-2017. Untuk rekod,
pelaksanaan IBR telah diamalkan di peringkat global untuk memberi insentif kepada syarikat
utiliti kuasa bagi meningkatkan kecekapan mereka, mewujudkan kestabilan dalam industri
bekalan elektrik, meningkatkan ketelusan dan menawarkan tarif pada harga kompetitif.
Di sebalik pulangan lebih rendah yang dibenarkan daripada asetnya dan berpotensi
mengalami pertumbuhan jualan lebih perlahan, TNB kekal komited dalam “menyalurkan
tenaga kepada negara” dengan memperuntukkan RM18.8 bilion untuk perbelanjaan modal
bagi grid penyaluran dan pengagihannya untuk 2018 hingga 2020 berbanding RM15.08
bilion bagi 2015 hingga 2017.
Dua tempoh masa ditetapkan bagi pelaksanaan IBR itu juga akan membolehkan
TNB untuk mendepani dengan jayanya pelbagai cabaran dalam industri itu. Berdasarkan
pada perubahan landskap tenaga dan trend pelanggan baharu, TNB melaksanakan pelan
strategik 10 tahun pada 2016 dikenali sebagai "Reimagining TNB" dalam usaha
mentransformasinya menjadi satu daripada sepuluh utiliti terbaik dunia menjelang 2025.
Pelan TNB itu menggariskan untuk melaksanakan tranformasi kumpulan secara
meluas bagi mengekalkan peranan TNB sebagai peneraju dalam pasaran rumah serta
memperluas kehadirannya di peringkat global. Bagi menjayakan itu, TNB telah memperoleh
pegangan ekuiti dalam entiti berkaitan kuasa di India, Turki dan United Kingdom,
menjalankan perniagaan yang akan meletakkan kedudukannya sebagai peneraju tenaga
diperbaharui di ASEAN menerusi penawaran pelbagai produk dan perkhidmatan yang
mampu memenuhi kehendak pelanggan dari segi penjanaan tenaga bersih, teknologi rumah
pintar dan keefisienan tenaga.
Boleh dirumuskan bahawa dengan pelan strategik berfikiran jauh, keupayaan untuk
mendepani permintaan sukar dalam regim IBR dan bayaran dividen tinggi, membuktikan
kewibawaan dan kebolehan TNB sebagai utiliti kuasa yang dinamik
STRATEGI – STRATEGI TERBAIK TNB PADA MASA AKAN DATANG.
Pencapaian Malaysia naik sembilan anak tangga dan berada di tempat ke-15
berbanding ke-24 sebelum ini daripada 190 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan
2019 Bank Dunia minggu lalu, suatu yang membanggakan bagi pembaharuan berterusan di
negara ini. Dalam bidang mendapatkan bekalan elektrik, laporan itu menyatakan Malaysia
kini disenaraikan di tempat keempat di peringkat global, dengan kos bagi perniagaan untuk
mendapatkan sambungan elektrik di negara ini hanya 26 peratus daripada pendapatan per
kapita berbanding purata sebanyak 625 peratus di Asia Timur dan Pasifik.
Pencapaian itu melambangkan pelbagai usaha transformasi Tenaga Nasional Bhd
(TNB) yang berterusan apabila ia sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatannya
kepada pelanggan dan negara, seperti yang terkandung dalam slogannya, “Lebih Baik.
Lebih Cerah”. Slogan itu, sejajar dengan moto iaitu “pelanggan sentiasa diutamakan”,
menyaksikan TNB mengambil langkah evolusi dengan menggunakan pendekatan yang
berteraskan nilai untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang untuk seiring dengan
perubahan inovatif yang pesat dalam industri tenaga.
Di bawah pelan strategik yang sedang dijalankan hingga 2025 bertujuan memastikan
pelanggan berpuas hati, dan TNB akan terus melakukan inovasi dan memanfaatkan
teknologi untuk membentuk masa depannya. Pelan strategik itu bertujuan untuk
meningkatkan strategi dan amalan perniagaan TNB ke arah pembangunan mampan dalam
rantaian nilai - daripada penjanaan kepada penghantaran dan pengedaran (grid) serta
perkhidmatan pelanggan. “Dengan landskap industri yang berubah, kita perlu menggunakan
pendekatan berteraskan nilai untuk memenuhi keperluan pelanggan kita, termasuk selain
penggunaan elektrik seperti penyelesaian penjimatan tenaga,” kata Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd dalam kenyataan kepada pemegang
saham untuk laporan tahunan bersepadunya berakhir 31 Disember 2017.
Syarikat utiliti tenaga nasional itu telah menggunakan teknologi dalam pelbagai
bentuk untuk memberikan penjagaan yang luar biasa kepada pelanggan dan memastikan
mereka mendapat perkhidmatan yang terbaik dan paling mudah. Misalnya, dari segi saluran
pembayaran, TNB telah memperluaskan perkhidmatannya selain di kaunter (di rangkaian
Kedai Tenaga, Pos Malaysia dan kedai serbaneka seperti 7-Eleven) dengan mempunyai
kemudahan seperti e-pay, debit langsung, perbankan Internet, kiosk pembayaran dan
JomPAY.
Selain itu, TNB kini mempunyai portal dikenali sebagai myTNB self-service portal
dan myTNB app untuk memberikan ketelusan dan akses yang lebih baik. Portal dan aplikasi
telefon pintar itu membolehkan 8.8 juta pelanggan TNB di Semenanjung Malaysia
menyemak atau membayar bil bulanan, memohon bekalan elektrik atau menutup akaun -
semua di hujung jari mereka. Pada dasarnya, semua perkhidmatan yang biasa dilakukan
oleh pelanggan di Kedai Tenaga boleh dilakukan melalui portal dan aplikasi itu.
Bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatannya yang cemerlang, TNB turut menaik
taraf rangkaian gridnya, yang kini meliputi kira-kira 22,000 km di Semenanjung. TNB akan
memulakan projek "grid masa depan" iaitu rangkaian gridnya bakal menjadi antara grid
paling pintar, paling automasi dan dijana secara digital di dunia. Menaik taraf Grid Nasional
termasuk “super-highway” baharu akan membantu TNB memenuhi keperluan elektrik
semasa dan masa depan, terutama di kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang
tinggi seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Projek itu akan membolehkan TNB
memanfaatkan tenaga daripada loji tenaga akan datang di Pantai Barat Semenanjung
Malaysia ke Grid Nasional.
Pada masa sama, TNB memasang meter pintar sebagai sebahagian daripada
strategi keseluruhannya untuk membina infrastruktur meter yang maju meliputi 340,000
pelanggan kediaman di Melaka, dengan pelan untuk tambahan 1.2 juta pelanggan di
Lembah Klang sebelum memperluaskannya ke seluruh Semenanjung.
KESIMPULAN

Di seluruh dunia, Industri Perbekalan Elektrik terus menghadapi cabaran hebat untuk
menyediakan bekalan elektrik yang berdaya harap dan selamat. Sebagai buktinya, kejadian-
kejadian terbaru gangguan bekalan elektrik telah melumpuhkan New York, Ottawa, London,
Sweden, Denmark dan Itali. Situasi yang lemah dalam rangkaian grid kuasa Amerika
Syarikat boleh dijadikan sebagai satu kejutan yang diperlukan untuk menarik perhatian
kepada kerosakan-kerosakan kritikal, menyorot kelemahan yang terdapat dalam sistem
perbekalan tenaga yang lanjut usianya. Masalah utama adalah dalam sistem penghantaran
yang sangat perlu diperbaiki dan keadaan gabungan yang kelam kabut pasaran yang
dikawalselia dan pasaran bebas.
Meskipun penjanaan telah mencatat pertumbuhan sebanyak 30 peratus, talian
penghantaran masih di tahap lama. Pengukuhan dan peningkatan sistem penghantaran
menjadi semakin penting, dalam keadaan di mana adanya tekanan tambahan daripada
pasaran bebas ke atas rangkaian penghantaran dan pencawang-pencawang.
Malah, krisis tenaga di California pada tahun 2001 telah memberi iktibar kepada
penggubal-penggubal dasar di seluruh dunia akan bahayanya membatalkan
pengawalseliaan dalam sektor tenaga. Ia merupakan keadaan pasaran yang mempunyai
banyak kelemahan dalam mana California dan negara-negara lain di dunia sedang giat
berusaha mencari jalan penyelesaian kepada implikasinya. Malaysia dan TNB khususnya,
menyedari risiko dan ketidakpastian mengenai pembatalan pengawalseliaan tersebut.
Dengan TNB yang kekal kedudukannya sebagai sebuah badan utitili yang
bersepadu, Syarikat kini yakin mempunyai masa hadapan yang positif. Harapan TNB
kepada para pelanggan supaya menggunakan teknologi dan sistem yang terbaik, yang akan
menjaga kepentingan mereka dan juga demi menjamin kemakmuran negara, ekonomi dan
sosial Malaysia secara berterusan
Rujukan

Amin, C. W., & Aziz, M. A. (2019, September 17). Retrieved from BH Online:
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/09/607808/tnb-kekal-dominan-
dalam-industri-tenaga-negara

Asri, S. (2020, June 30). Retrieved from MyMetro:


https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/594931/selesai-masalah-anda

BH Online. (2018, November 9). Retrieved from BH Online:


bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/11/496165/pelanggan-sentiasa-jadi-
keutamaan-tnb

Hamzah, A. (2019, January 24). Retrieved from BH Online:


https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/01/523741/tnb-beri-pulangan-
besar-kepada-rakyat

Tenaga Nasional Berhad. (2020, October 18). Retrieved from Tenaga Nasional Berhad:
www.tnb.com.my

Zainury, M. A. (2020, October 18). Retrieved from Sinar Harian:


https://www.sinarharian.com.my/article/84666/BERITA/Nasional/Bil-tinggi-TNB-jamin-
berlaku-adil-dalam-isu-pelarasan-bil

You might also like