Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Tajuk :

Intervensi kecelaruan personaliti dalam kalangan remaja.

Remaja
G. Stanley Hall (1904) Memberikan istilah ’storm and stress’ bagi menggambarkan
remaja sebagai zaman ribut dan tekanan dalam tempoh kehidupan manusia dengan
memiliki sifat tertentu, mengalami perubahan dan penuh dengan keganjilan’. Arnett
(2003) pula Melihat remaja sebagai tempoh melalui konflik dengan ibu bapa, perubahan
emosi yang cepat dan perilaku yang berisiko.
Menurut World Health organisation (WHO) remaja ialah masa peralihan dari masa
kanak-kanak ke masa dewasa.  Batasan usia remaja menurut WHO (badan PBB untuk
kesihatan dunia) adalah 12 hingga 24 tahun. Rogers( 1981) mentakrifkan adolescence
atau 'remaja' itu berasal daripada perkataan Latin iaitu "adolescere" yang bermaksud
"membesar" atau "membesar menjadi matang" menurut Kamus Dewan ( Edisi Tiga ) -
remaja merupakan mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin
dan sedang melalui proses inginkan 'cinta'.
Daripada definisi diatas dapatlah difahami bahawa remaja dari sudut kronologinya di
usia 12 hingga 13 tahun kepada awal 20an secara umumnya. Dari sudut sudut psikologi
pula individu berada pada keadaan ini sedang dalam mencari keselarasan baru untuk
menukar sifat dan kelakuan yang keanak-anakan kepada sifat dan kelakuan orang dewasa
dalam masyarakat. Dari sudut sosiologi pula zaman remaja ialah zaman peralihan
daripada anak-anak yang bergantung kepada orang lain menuju dewasa yang
berdikari .
Remaja akan mengalami beberapa perubahan fizikal, fisiologi dan psikologi berlaku
semasa baligh. Perubahan-perubahan ini membuka alam baru daripada alam kanak-kanak
kepada alam remaja. Baligh dikenali sebagai pertumbuhan fizikal dan fisiologi. Baligh
juga bererti perkembangan psikologi individu. Kanak-kanak lelaki akan bertukar menjadi
remaja dan kanak-kanak perempuan akan mempunyai sifat-sifat kewanitaan. Saiz badan,
kadar tinggi dan pertumbuhan badan berlaku dengan pantas. Perkembangan fizikal bagi
remaja lelaki perubahan yang akan berlaku ialah suara menjadi garau, misai dan janggut
mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi

1
yang ghairah sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula
membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh.
Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah dada (payudara)
mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, Punggung melebar
menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara akan
berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang. Perkembangan fizikal
pada zaman remaja, fizikal remaja mengalami perubahan yang ketara dan tiba-tiba. Sifat
seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan lemak badan, perkembangan otot, dan
kematangan organ seksual akan timbul dalam perubahan fizikal remaja. Terdapat juga
perubahan wujud bersama pada lelaki dan perempuan, iaitu saiz badan, peningkatan
kekuatan tenaga dan stamina

Perkembangan remaja
Secara purata anak-anak perempuan lebih pendek daripada lelaki semasa kanak-kanak.
Remaja perempuan mengalami pertumbuhan yang cepat, menjadi lebih tinggi dan lebih
berat d iantara usia 10 dan 12 tahun. Kebanyakan kanak-kanak perempuan bertambah
sekitar 5 cm setiap tahun. Pertumbuhan yang perlahan mengikutinya hingga seseorang
wanita mencapai ketinggian maksimum sekitar umur 16 atau 17 tahun. Namun ia
sebaliknya terjadi pada remaja lelaki. Pertumbuhan lelaki yang secara am ketinggalan 2
tahun dibandingkan dengan perempuan. Pertumbuhan lelaki mulai tumbuh pesat diantara
usia 10 dan 16 tahun, iaitu pertambahan sekitar 7cm hingga 12 cm setahun.
Perkembangan Remaja Pertengahan pula apabila remaja mula mencapai umur 14 atau 15
tahun, perubahan-perubahan fizikal menjadi semakin perlahan. Mereka bersedia
menerima perubahan fizikal mereka yang baru.
Perkembangan Remaja Akhir peringkat perkembangan remaja akhir adalah yang paling
panjang. Fasa ini bermula sekitar umur 17 tahun hingga 20 tahun. Perubahan fizikal pada
saat ini tetap terjadi, tetapi lambat. Remaja secara fizikal kelihatan sudah dewasa kecuali
mentalnya belum. Keadaan fizikal mereka sangat penting dan menentukan harga diri
mereka. Melalui huraian diatas dapatlah dirumuskan disini bahawa perempuan lebih
cepat mengalami zaman remaja berbanding lelaki. Ini juga menunjukkan bahawa remaja
perempuan lebih matang berbanding lelaki pada usia yang sama.

2
Walaupun banyak remaja mempunyai sikap positif dengan patutnya terhadap kadar
kematangan mereka sendiri, kematangan awal dan lewat mendatangkan masalah,
terutamanya bagi lelaki kematangan lewat. Lantaran daripada perempuan matang, dengan
puratanya, 2 tahun lebih awal daripada lelaki, jadi lelaki kematangan lewat adalah orang
yang paling lewat mencapai akil baligh dan paling lewat untuk mengalami pertumbuhan
secara pecut. Oleh itu, dia adalah paling kecil dan kurang otot berbanding dengan rakan
sama umur dia, dia mengalami kelemahan dalam sukan. Kanak-kanak dan dewasa
berkecenderungan menganggap kanak yang lebih kecil sebagai kanak yang lebih muda,
jadi, orang yang mengalami kematangan lewat mempunyai status sosial yang lebih
rendah di kalangan rakan dia dan dipandang sebagai kurang kecekapan oleh dewasa
Pertumbuhan dan perkembangan remaja merupakan tempoh yang harus diberi
perhatian dalam di dalam kehidupan manusia. Ianya penting kerana dalam tempoh ini
bakal menyaksikan kecenderungan individu untuk membuat pilihan berdasarkan kepada
apa yang difikirkan betul oleh akal fikirannya, tanpa terlalu menitikberatkan nilai-nilai
dan norma-norma yang menjadi amalan di persekitaran, malah kadang-kadang ia dilihat
terlalu janggal buat dirinya. Dengan kata lain mereka ini mula membentuk personaliti diri
mereka sendiri. Keghairahan untuk keluar dari alam kanak-kanak menuju kedewasaan,
menjadikan remaja sering hilang arah tuju dan acap kali terjebak dengan tingkah laku
songsang di dalam masyarakatnya. Maka inilah yang dikatakan kecelaruan personaliti
dalam diri mereka. Jadi adalah menjadi peranan kaunselor untuk membantu golongan ini
untuk keluar dari kecelaruan personaliti yang sedang mereka alami.

3
Personaliti
Pelbagai perspektif mempersoalkan bagaimana personaliti terbentuk. Perubahan
personaliti itu berlaku daripada sekecil-kecilnya sehingga ke peringkat yang lebih besar.
Kajian emperikal mendapati perubahan personaliti ini berlaku secara konsisten sepanjang
kehidupan seseorang itu (Schultz, 2009). Melalui kajian ini dinyatakan bahawa
perubahan personaliti itu dilihat kepada tiga faktor berikut iaitu perubahan mengikut
peringkat-peringkat, perubahan secara purata dan perubahan secara individu. Perubahan
ini bermula dari usia kanak-kanak dan hingga dewasa.
Antara isu yang mendapat perhatian ahli psikologi ialah bagaimana personaliti
seseorang itu terbina. Adakah ianya merupakan satu proses yang akan berakhir diawal
kehidupan, iaitu seperti orang-orang dewasa yang tidak dapat untuk mengubah
personaliti-personaliti mereka, tanpa menghiraukan pengalaman yang sedia ada atau
bolehkah personaliti itu terus berubah apabila mencapai kedewasaan. Jika perubahan
dilakukan, sejauhmana ia dapat berubah. Adakah manusia berubah sepenuhnya, atau
adakah perubahan itu satu proses yang berlaku berperingkat-peringkat.
Freud(1923) menyatakan bahwa pembentukan personaliti bermula ketika umur 5
tahun iaitu di tahap terakhir Oedipus. Manakala Erikson(1950) menyatakan bahawa
proses pembinaan personaliti berterusan sepanjang kehidupan seseorang dimana masa
yang paling mencabar iaitu pada waktu dewasa. James mengandaikan pula, bahawa
personaliti terbentuk sehingga pada tahap ianya betul-betul kental pada umur 30. Teori-
teori ini telah mempengaruhi bagaimana melihat perkembangan personaliti itu. Melalui
perspektif Freud, Erikson dan James menggambarkan tentang keseluruhan spektrum
mempengaruhi perubahan personaliti seseorang.
Salah satu daripada komponen utama pembentukan personaliti adalah pemikiran,
perasaan dan perlakuan. ’Big Five’(John & Srivastava,1999) menyatakan kebanyakan
sifat personaliti boleh dilihat melalui lima dimensi ini, iaitu:
- Extraversion - peramah, dominan,
- Agreeableness - mesra, penyayang dan pengasih
- Conscientiousness - rajin,teratur,dedikasi,tanggung-jawab,cermat
dan mempunyai sifat kesedaran
- Neuroticism - resah, bimbang

4
- Openness to experience - terbuka terhadap pengalaman hidup

Teori Freud, Erikson dan James menyatakan bahawa perkembangan personaliti


itu adalah berterusan dan mengkonsepsikan sifat personaliti itu sebagai perkara yang
boleh diubah dalam pelbagai keadaan. Ada sesetengah pihak pula tidak bersetuju dengan
pandangan James yang menyatakan bahawa sifat personaliti adalah kekal apabila
menjangkau umur 30 tahun. Perspektif terhadap perkembangan personaliti dan maklumat
yang menyokong atau menyangkal perspektif ini adalah penting dalam pelbagai alasan.
Sebagai contoh perspektif Freud dan teori analisis jiwa yang dikemukakannya adalah
tepat, masyarakat kurang bersetuju untuk menyokong inisiatif yang dibuktikannya dalam
mengubah atau memulihkan manusia dalam apa jua keadaan. Baltes,(1997) menyatakan
personaliti berubah melalui kitaran hidup kerana masyarakat akan lebih optimistik dalam
mencuba untuk memulihkan atau mengubah manusia menjadi yang lebih baik.
Adalah perlu melihat pandangan teori yang terdahulu bagi menggambarkan sifat
perkembangan sesuatu personaliti itu, Ini adalah perlu untuk menilai huraian berdasarkan
pemerhatian yang menimbulkan persoalan bagaimana, bila atau sama ada terdapat cara
untuk menggambarkan dan mengukur kadar perkembangan personaliti. Kita berharap
agar menerusi berbagai kajian yang di jalankan, membolehkan kita membuat satu
rumusan bagaimana suatu sifat personaliti itu terbina.

Konsep Utama
Sama ada sifat personaliti itu berubah adalah suatu persoalan yang selalu ditimbulkan.
Namun perawakan seseorang tidak boleh dijadikan ukuran. Kita boleh
mempertimbangkan tiga jenis perubahan personaliti yang utama dalam artikel ini iaitu
taraf perubahan secara berperingkat, perubahan secara purata dan perubahan secara
individu.
Perubahan jenis taraf berperingkat ini, merujuk sama ada sesetengah individu
cenderung untuk mengekalkan kedudukan yang sama di dalam sesebuah kumpulan dalam
keadaan tertentu. Ini menggambarkan bahawa personaliti berubah dari satu masa ke suatu
masa.

5
Jenis yang kedua ialah, perubahan personaliti secara purata berlaku secara sama
tara, ianya merujuk kepada perkembangan personaliti itu berlaku secara am samada
meningkat atau menurun sesuatu populasi itu. Manakala perubahan dari segi individu
pula adalah berbeza antara satu sama lain. Perbezaan individu ini berkembang mengikut
kedudukan individu tersebut.

Perubahan Personaliti Secara Berperingkat.


Perubahan secara berperingkat ini membawa maksud perubahan personaliti
berlaku secara berperingkat seperti melalui teori-teori yang dikemukakan ini. Perubahan
ini lazim dirujuk sebagai perubahan normal terhadap manusia yang berubah dalam
kedudukan tertentu. Sebagai contoh, apabila mencapai tahap kematangan, tahap
ketinggian akan meningkat. Kanak-kanak adalah lebih rendah daripada remaja
sehinggalah umur mereka meningkat sehingga mencapai tahap kematangan. Ini
menunjukkan terdapat korelasi yang kuat antara umur dan ketinggian. Kita mungkin tidak
menduga terdapat korelasi yang kuat antara umur dan personaliti dan mungkin kita
tertanya-tanya jika terdapat perubahan normal yang nyata wujud dalam kehidupan.
Terdapat dua kajian yang digunakan untuk menilai perubahan berperingkat ini
iaitu dengan mengukur perbezaan manusia dan umur dalam masa atau waktu yang sama.
Maka diperolehi perbezaan perubahan perkembangan personaliti antara orang tua berbeza
berbanding dengan orang muda.

Perubahan Personaliti Secara Purata


Kajian ini memberi gambaran bahawa perubahan personaliti secara purata ini
meruapakan satu proses normal. Kita dapat membuat jangkaan bahawa terdapat
hubungkait antara umur dan personaliti. Sekiranya umur meningkat maka dalam masa
yang sama membawa perubahan kepada ketinggian dari sudut fizikal. Satu kajian
dijalankan melalui kajian Cross-sectional dan Longitudinal menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan antara perubahan orang yang berumur adalah berbeza dengan orang
yang lebih muda. Kita dapati orang yang telah berumur mempunyai keinginan atau
dorongan yang menurun jika dibandingkan dengan mereka yang lebih muda. Perubahan

6
personaliti secara purata ini tetap berlaku, walaupun ianya berbeza umur, berlainan
jantina, geografi.

Perbezaan individu dalam sifat-sifat personaliti


Terdapat beberapa kajian yang mengkaji perubahan individu semasa berlakunya
perubahan sifat-sifat personaliti. Ini adalah sebahagian daripada maklumbalas terhadap
kesusahan dalam menentukan sama ada perbezaan individu dalam perkembangan sifat-
sifat personaliti adalah wujud. Ujian personaliti tidak memberi ukuran yang lengkap
terhadap personaliti, markah yang rawak juga dijangkakan walaupun tidak memberi
perubahan terhadap sifat-sifat personaliti. Disebabkan oleh itu, perubahan dalam
perbezaaan individu menggambarkan keadaan yang berubah-ubah atau perubahan
sebenar dalam sifat-sifat individu.
Para pengkaji telah menghasilkan beberapa teknik-teknik terbaru untuk menguji
sama ada perubahan yang ditemui dalam sifat-sifat personaliti dari semasa ke semasa
dapat dipercayai. Sejak beberapa dekad yang lalu, penggunaan teknik tersebut dilaporkan
mendapati bahawa personaliti berlaku perubahan mengikut individu tersebut. Perbezaan
individu wujud disebabkan oleh keadaan manusia yang berhadapan dengan alam
sekeliling yang berbeza dengan diri mereka (Roberts,1997). Oleh itu, jika gaya
keibubapaan mempengaruhi perkembangan individu, seseorang yang mempunyai ibu
bapa yang tegas mungkin berubah berbeza dengan seseorang yang mempunyai ibu bapa
yang bersikap sambil lewa. Perbezaan dalam pengalaman hidup akan menghasilkan
perubahan tentang sifat-sifat personaliti dalam diri setiap individu dan ianya akan
berbeza.
Perhubungan romantik juga mewujudkan satu lagi persekitaran yang berkait
dengan perbezaan personaliti pada individu. Pasangan dewasa yang masih muda yang
mempunyai perhubungan yang tidak memuaskan akan cenderung untuk berlaku
kecelaruan emosi dan sukar bekerjasama. Wanita yang berkahwin yang mengalami
masalah rumahtangga dan ketidakpuasan dalam perhubungan juga tidak dapat bertindak
secara waras dan tidak mempunyai gerak hati yang betul. Ditambah pula dengan
perceraian pada umur yang muda akan mengakibatkan pasangan begini tidak mampu

7
mendominasi kehidupan sosial mereka. Berbanding dengan pasangan yang individu yang
mempunyai perhubungan yang lebih memuaskan mempunyai emosi yang lebih stabil.
Penemuan ini memperihal tentang pengalaman hidup yang mungkin menerangkan
tentang perubahan personaliti bagi setiap individu. Pengaruh sosial ini juga berperanan
sebagai salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada perbezaan individu dalam
perkembangan personaliti mereka.

Intervensi kecelaruan personaliti

Peranan Ibu Bapa dalam Pembentukan Personaliti

Lelaki atau bapa harus terlibat secara langsung dalam aktiviti memelihara dan

membesarkan anak kerana bapa memberi impak yang positif dalam perkembangan anak-

anak. Apabila kedua-dua ibu bapa berkongsi tanggungjawab, hubungan perkahwinan

akan menjadi bertambah baik dan harmoni, kesejahteraan individu bergelar isteri

meningkat dan anak-anak mendapat faedah kerana kebajikan mereka terpelihara hasil

dari kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak telah dipertingkat. Dengan pertambahan

bilangan wanita berkahwin yang bekerja, permintaan keatas suami untuk

bertanggungjawab keatas kerja-kerja di rumah dan memelihara anak semakin meningkat.

Kesan positif dapat diperhatikan dikalangan bapa-bapa yang berpendidikan yang pernah

dipelihara oleh bapa mereka melakukan kerja-kerja di rumah dan memelihara anak-anak

mereka yang lazimnya dilakukan oleh ibu; kesannya mereka memainkan peranan

melakukan kerja-kerja di rumah dan memelihara anak-anak mereka.

Menurut Thorne (1987) personaliti bukan sahaja mempengaruhi cara seseorang

itu bertindak, tetapi ia juga mempengaruhi orang lain namun aspek ini masih tidak diberi

8
perhatian oleh penyelidik. Personaliti anak remaja didapati mempengaruhi penilaian

mereka terhadap persekitaran keluarga di mana Milikan,Wamboldt et al. (2002)

mendapati remaja yang tinggi neurotik memberi persepsi negatif terhadap keluarga

mereka. Kracke (2002) pula mendapati personaliti remaja juga mempengaruhi

penerokaan kerjaya di mana kajiannya mendapati karakteristik individu yang aktif berkait

dengan penerokaan kerjaya yang lebih giat.

Peranan Rakan Sebaya

Dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam

kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling

diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan

berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah

menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain.

Dalam menangani masalah remaja memerlukan kebijaksanaan dan rasional

seseorang. Instituisi keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Bermula daripada institusi keluarga, segala masalah sosial dalam masyarakat dapat

dibendung. Selain daripada itu masalah sosial juga dapat dibendung melalui kasih sayang

yang disertai dengan unsur-unsur lain yang membantu. Sememangnya terbukti hanya

ibubapa sahajalah sebagai individu yang paling hampir dapat menangani masalah anak-

anak mereka. Selain daripada itu, rakan sebaya turut sama memberikan pendidikan tidak

formal kepada remaja. Kebiasannya remaja akan mengikuti apa yang dibuat oleh rakan

mereka. Tingkah laku yang dipelajari daripada rakan-rakan sebaya samada berunsur

9
positif atau negatif secara tidak langsung boleh menyebabkan remaja cenderung kepada

sikap tersebut.

Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran keluarga

memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai

dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran

keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial

setiap ahli di dalamnya.

Oleh itu, usaha ke arah pemantapan institusi kekeluargaan dipercayai merupakan

salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah di kalangan remaja masa kini.

Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian besarnya bertitik tolak

dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana kepincangan yang wujud dari institusi

keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja tersebut. Kajian-

kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya adalah

berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah (Dishion et al., 1991; Rutter, 1985;

Vuchinich, 1992)

Ilmu sebagai komponen utama dalam pendidikan mempunyai proses-proses

tertentu. Di antara kegiatan yang terpenting ialah proses belajar dan mengajar. Kedua-dua

kegiatan tersebut adalah melibatkan pelajar atau pelajar yang berperanan untuk menuntut

ilmu di satu pihak manakala guru pula berfungsi sebagai pembimbing dan pemberi ilmu

pengetahuan di pihak yang lain. Ajaran agama sebagai panduan hidup seluruh umat

10
manusia telah dilengkapi dengan panduan-panduan yang sempurna untuk umatnya

mengharungi hidup bukan sahaja untuk kebahagiaan hidup di dunia tetapi juga untuk

kebahagiaan di akhirat. Kebahagiaan di dunia meliputi hubungan manusia sesama

manusia dan alam sementara kebahagiaan di akhirat pula adalah merangkumi hubungan

manusia dengan tuhan.

Peranan masyarakat.

Masyarakat perlu tunjukkan kasih sayang pada golongan remaja. Inisiatif yang telah

dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Terengganu yang telah menganjurkan program khas

iaitu “ Program Pembangunan Personaliti Pelajar” bagi menangani kes peningkatan

bilangan pelajar yang menghadapi krisis personaliti dan identiti. Program yang telah

dijalankan ini telah dilengkapi dengan pengisian keagamaan, insaniah, rohani, jasmani

dan intelektual bertujuan untuk membimbing pelajar terutamanya pelajar lelaki supaya

tidak terus hanyut dalam kecelaruan personaliti.

Mayarakat memang memainkan peranan yang besar dalam hal ini. Persepsi masyarakat

haruslah diubah terhadap golongan yang mengalami krisis personaliti ini kecelaruan

personaliti ini adalah datang pada diri individu itu sendiri maka kesedaran itu perlu

datang dari individu itu sendiri apabila individu itu mengenal pasti masalah yang

dihadapinya ia akan mendapat pertolongan yang sewajarnya. . 

11
Kesimpulan

Kecelaruan personaliti remaja haruslah dibantu dan mengharapkan ianyadiberi

perhatian oleh ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya dan masyarakat dalam membentuk

personaliti remaja yang baik pada masa akan datang. Saranan dan kajian ini hasil

daripada pemerhatian, penelitian dan pembacaan penyelidik berdasarkan sumber-sumber

yang diperakui. Diharapkan remaja yang mengalami kecelaruan personaliti ini terus

dibantu agardapat menghasilkan individu remaja yang berkualiti dan sempurna dari

pelbagai aspek yang boleh memberi kebanggaan kepada agama, negara dan bangsa.

12
Bibliografi

Beck, A.B., & Steer,B.A. (1993). Beck Depression Inventory. New York: The
Psychological Corporation

DSM IV dalam Jurnal Psikologi Perkhidmatan Awam Malaysia. Jun 2006


Bilangan 1.

Erickson, M. T. (1992). Behavior disorders of children and adolescents:


Assesement, etiology and intervention. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall
Inc.

Rohany Nasir, Fatimah Omar, 2006). Kesejahteraan Manusia Perspektif


Psikologi. Universiti Kebangsaan malaysia. Bangi.

See Ching Mey dan Lee Siew Siew, ( 2005 ), Jurnal Kemurungan di Kalangan
Pelajar satu Kajian, Kes. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 113–129,
Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Azizi Hj. Yahaya ( Prof. Madya Dr.). Pembentukan personaliti remaja. Latihan Ilmiah,
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Johor.
http://eprints.utm.my/6034/1/aziziyah_personaliti.pdf

Badrulzaman Bin Baharom. (2006). Persekitaran Keluarga Dan Kesannya Terhadap


Tingkah laku Devian Remaja Di Daerah Pontian, Johor. Tesis, Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/5994/1/tesis.pdf

“Blog Psikologi Perkembangan Remaja”.


http://fathyas.blogspot.com/2008/03/perkembangan-psikologi-remaja.html

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BersamaSelebriti__Jangansisihremajakecela
ruanidentiti_/Article 2011/04/10

13

You might also like