Sewa Mattress SMKJKT

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SK TUNKU MAHMOOD 2

SEKOLAH KECEMERLANGAN KEBANGSAAN FASA 9


JKR 906, Jalan Sekolah
86000 KLUANG
Tel : 07-7711640
Faks : 07-7722373
E-mel : sktm2@ymail.com
_____________________________________________________________________________________________________
Rujukan Kami : JBB2050/700-5/5/001(01/2019)
Tarikh : Mac 2019

Kepada:

Pengetua SMK Jalan Kota Tinggi


KM 7, Jalan Kota Tinggi,
86000, Kluang,
Johor.

Melalui:

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLUANG


Pejabat Pendidikan Daerah Kluang,
86000 Kluang, Johor.

Tuan,
Menyewa Peralatan Untuk Menjayakan Kejohanan Taekwondo (WTF) Koryo Sekolah
Rendah Negeri Johor Kali ke-6 Tahun 2019

Perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, SK Tunku Mahmood 2 adalah Sekolah Kluster Kecemerlangan


(SKK) Kebitaraan Taekwondo.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan melaksanakan Program Kebitaraan


Taekwondo (Niche Area) murid-murid sekolah rendah peringkat negeri Johor pada 27 April
2019 (Sabtu).

4. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kami amat berharap pihak tuan dapat memberi
kebenaran menggunakan mattress sebanyak 1 set mattress untuk gelanggang (6x6) setiap
satu bagi menjayakan program tersebut. Pihak sekolah yakin dengan adanya bantuan
daripada pihak tuan, program tersebut akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

5. Untuk makluman tuan, pertandingan ini akan diadakan di Dewan Sekolah SM Sains
Sembrong,, Kluang. Jika mendapat kebenaran dan persetujuan, pihak kami akan mengambil
peralatan tersebut lebih awal kerana pemasangan akan dibuat pada 26 April 2019 (Jumaat).

6. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Cikgu Siti Aminah binti Ramlan (Guru
Penolong Kanan Kokurikulum SK Tunku Mahmood 2) di talian 013 - 7770210 atau Guru
Penyelaras, Cikgu Noor Syuhadah binti Mohd Salehhudin di talian 017 - 6505170.
7. Segala bantuan yang dihulurkan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

You might also like