Modul II Elektrik UST 3122

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 38

Modul 2 :

Elektrik 1

KOLEJ VOKASIONAL BETONG


95700 BETONG
SARAWAK

KERTAS

KOD DAN NAMA TENAGA DAN KUASA


PROGRAM

SEMESTER 3 DIPLOMA Semester 3 2019

STANDARD
KANDUNGAN MODUL 2 : ELEKTRIK

2.1 Kekonduksian Elektrik


2.2 Hukum Ohm Dan Kerintangan
STANDARD 2.3 Daya Gerak Elektrik, є, Rintangan Dalam, r
PEMBELAJARAN dan Beza Keupayaan, V
2.4 Rintangan Dalam Litar Sesiri Dan Litar Selari
2.5 Kerja, Tenaga Dan Kuasa Dalam Sistem Elektrik

Mengaplikasikan kemahiran fizik dalam aktiviti seharian merupakan


satu keperluan dalam kehidupan. Menguasai kemahiran asas fizik
memberikan peluang yang luas kepada pelajar sama ada dalam
TUJUAN bidang pekerjaan mahupun keusahawanan. Pelajar dapat
menggunakan kemahiran saintifik serta nilai murni yang beretika
dalam membuat keputusan serta penyelesaian masalah dalam
kehidupan.

NO KOD UST 3122 Muka: 1 Drp: 38


Modul 2 :
Elektrik 2

2.1.1 Memahami Medan Elektrik Dan Pengaliran Cas

Medan Elektrik Dan Pengaliran Cas

Cas Elektrik
1. Jirim terdiri daripada zarah halus yang dikenali sebagai atom. Rajah 1.1 menunjukkan
model struktur atom.

Semester 3 2019

Rajah 1.1

2. Di Pusat atom terletak Nukleus yang mempunyai subatom yang dinamakan proton
dan neutron. Proton bercas positif (+) manakala neutron pula tidak bercas (neutral).
3. Nukleus atom dikelilingi Elektron-elektron yang bercas negatif (-).
4. Cas elektrik diwakili oleh simbol Q. Unit SI bagi cas elektrik ialah coulomb yang diwakili
oleh simbol C.
Cas satu elektron = -1.60 x 10-19 C *
Cas satu proton = +1.60 x 10-19 C
* ( dalam pengiraan, tidak perlu tanda - )
5. Terdapat dua jenis cas elektrik :
(a) Cas positif (+)
(b) Cas negatif (-)
6. Suatu objek bersifat :
(a) positif apabila bilangan cas positif melebihi bilangan cas negatif.
(b) negatif apabila bilangan cas negatif melebihi bilangan cas positif.
(c) neutral apabila bilangan cas positif sama dengan bilangan cas negatif.
7. Rajah 1.2 menunjukkan bahawa cas yang sama menolak dan cas yang berlainan
menarik.

Rajah 1.2
2.1.2 Menerangkan Arus Elektrik Sebagai Kadar Pengaliran Cas, I = Q/t
Modul 2 :
Elektrik 3
Arus Elektrik
1. Rajah 1.3 menunjukkan suatu penjana Van de Graaff yang disambungkan kepada
mikroammeter yang sensitif.

Rajah 1.3 Penjana Van de Graaff dan mikroammeter.


Semester 3 2019

2. Apabila penjana Van de Graaff dihidupkan, cas pada kubahnya akan disalurkan ke bumi
melalui mikroammeter, menyebabkan penunjuk mikroammeter terpesong.
Ini menunjukkan pengaliran cas menghasilkan arus elektrik.
3. Arus elektrik, I ditakrifkan sebagai kadar pengaliran cas elektrik.
4. Apabila cas Q mengalir dalam satu konduktor selama masa t, arus, I yang mengalir
diberi oleh rumus berikut :

Arus = kadar pengaliran cas


= Kuantiti cas yang mengalir
Masa yang diambil

Q
I= t

5. Unit SI arus elektrik ialah coulomb per saat (Cs-1) atau lebih dikenali sebagai ampere, A.
6. Arus elektrik yang mengalir melalui litar elektrik ialah 1 ampere jika jumlah cas yang
mengalir melalui sebarang titik dalam suatu litar dalam 1 saat adalah 1 coulomb iaitu
1 Ampere = 1 Coulomb per saat
1 A = 1 Cs-1
Q
7. Daripada rumus I ¿ , maka
t

Q = It
8. Oleh itu, 1 coulomb Cas boleh ditakrifkan sebagai kuantiti cas yang mengalir melalui
sebarang satu titik dalam litar apabila arus tetap 1 ampere mengalir dalam 1 saat.
1 coulomb =   1 ampere saat
1 C = 1 As
Contoh 1
Modul 2 :
Elektrik 4

Rajah 1.5

Mentol P dinyalakan selama 7 minit dengan menggunakan sebuah sel kering seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.5. Andaikan bahawa sel kering memberikan arus tetap sepanjang
tempoh itu.
Semester 3 2019
Berapakah kuantiti cas yang mengalir melalui mentol itu jika ammeter menunjukkan bacaan
0.2 A ?

Jawapan :
Katakan cas Q = cas yang dipindahkan melalui mentol.
I = 0.2 A
t = 7 minit = 7 x 60 s = 420 s

Q = It
Q = 0.2 x 420
Q = 84 C

Contoh 2
Jika satu cas sebanyak 300 C mengalir melalui mentol selama 2 minit. Berapakah arus yang
mengalir melalui mentol itu ?

Jawapan :
Diberi Q = 300 C
t = 2 minit = 2 x 60 s = 120 s

Q
I=
t
300
I¿ 120

I = 2.5 A
Modul 2 :
Elektrik 5
Uji diri 1
1. Bateri sebuah kereta boleh membekalkan arus sebanyak 10 A dalam masa 5 saat. Berapakah
jumlah cas yang tersimpan dalam bateri tersebut? (Diberi Q = It)

pe
ny
ele
sai
an
2. Apabila kilat menyambar di antara dua awan bercas, 400 A arus elektrik mengalir dalam
Semester 3 2019
masa 0.05 s. Berapakah kuantiti cas yang dipindahkan ?

Pe
ny
ele
sai
an

3. Berapakah kuantiti cas (dalam coulomb) yang melalui suatu titik dalam satu konduktor pada
setiap saat jika arus 10 mA mengalir melalui konduktor itu? (Diberi Q = It)

pe
ny
ele
sai
an

4. Cas sebanyak 6 C mengalir melalui seutas dawai selama 1.2 s. Berapakah arus elektrik yang
melalui dawai tersebut ?

pe
ny
ele
sai
an
Modul 2 :
Elektrik 6
5. Suatu cas 20 coulomb mengalir melalui mentol dalam masa 1 minit. Berapakah arus yang
mengalir melalui mentol tersebut?

pe
ny
ele
sai
an

6. Apabila satu litar sekeping papan litar iklan elektronik dihidupkan, arus yang mengalir
dalam litar ialah 4.25 A. Hitungkan masa yang diambil untuk membawa cas sebanyak
Semester 3 2019
7500 C ?

pe
ny
ele
sai
an

7. Suatu konduktor yang membawa cas elektrik 1 x 10-9 C disambung kepada sebuah
galvanometer peka, arus yang dikesan olehnya ialah 1 mikroampere.
Berapakah masa yang ambil oleh kuantiti cas itu untuk mengalir melalui galvanometer itu?

Pe
ny
ele
sai
an
Modul 2 :
Elektrik 7
Medan elektrik
1. Medan elektrik ialah satu kawasan di mana suatu jasad bercas akan mengalami daya
elektrik.
2. Medan elektrik diwakili oleh satu siri garis beranak panah yang disebut garis - garis
medan elektrik.
3. Arah medan elektrik pada sebarang titik dianggap sebagai arah daya pada cas positif di
titik tersebut.
4. Medan elektrik adalah berjejarian luaran dari cas positif seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.6 (a) dan berjejarian dalaman ke arah cas negatif seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.6 (b)
Semester 3 2019

Rajah 1.6

5. Rajah 1.7 menunjukkan garisan – garisan medan elektrik antara suatu cas positif dan
suatu cas negatif.

Rajah 1.7
Modul 2 :
Elektrik 8
Aktiviti : Lakarkan garis medan elektrik untuk menunjukkan arah medan.
a) dua elektrod poin

b) dua elektrod poin

Semester 3 2019
c) dua elektrod poin

d) satu elektrod poin dan satu elektrod satah

e) dua elektrod satah

Peringatan!!!
Semasa melukis garis medan elektrik antara dua jasad bercas, pastikan bahawa
1. Arah dan bentuk garis medan elektrik dilukis dengan betul,
2. Tiada garis medan elektrik yang bersilang di antara satu sama lain.

Kesan Medan Elektrik


Modul 2 :
Elektrik 9
I. Bola bercas dalam suatu medan elektrik

Rajah 1.8

1. Plat logam P dalam Rajah 1.8 disambungkan ke terminal positif bekalan kuasa voltan
lampau tinggi (VLT). Plat logam Q disambungkan ke terminal negatif VLT.
Semester 3 2019
2. Sebiji bola pingpong yangbersalut bahan konduktor digantung pada ruang di antara
kedua – dua plat logam itu.
3. Bola itu tidak akan bergerak apabila suis VLT dihidupkan jika ia diletakkan di tengah –
tengah plat P dan Q. Ini adalah kerana daya tarikan yang dikenakan ke atas bola oleh
plat P adalah sama dengan daya tarikan yang dikenakan ke atasnya oleh plat Q.

Rajah 1.9
4. Jika bola pingpong disesarkan untuk menyentuh salah satu plat itu, ia akan berayun
berulang alik di antara kedua – dua plat itu.
5. Bola itu akan bercas positif jika ia menyentuh plat positif P. Oleh kerana cas yang sama
menolak, bola itu akan ditolak ke arah plat Q seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.9
(a).
6. Bola itu akan bercas negatif apabila menyentuh plat negatif Q. Oleh kerana cas yang
sama menolak, bola itu akan ditolak kea rah plat P seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.9 (b). Ini menyebabkan bola itu terus berayun tanpa berhenti antara dua plat
itu.
II. Nyalaan lilin dalam suatu medan elektrik
Modul 2 :
Elektrik 10

Rajah 1.10 Bekalan VLT dimatikan


1. Sebatang lilin yang bernyala diletakan di tengah – tengah plat logam P dan Q seperti
dalam Rajah 1.10.
2. Tenaga haba dalam nyalaan lilin menyingkirkan elektron dari molekul – molekul
udara di sekitarnya. Sesetengah elektron itu bersatu dengan molekul lain.
Semester 3 2019
3. Hasil daripada itu, nyalaan tersebut dikelilingi oleh sejumlah besar molekul yang
mungkin kehilangan atau memperolehi elektron. Apabila ini berlaku, udara
dikatakan diionkan dan molekul yang dicaskan dipanggil ion.

plat logam P plat logam Q

Rajah 1.11 Bekalan VLT dihidupkan


4. Apabila VLT dihidupkan, ion negatif ditarik ke plat positif P. Pada masa yang sama, ion
positif ditarik ke plat negatif Q.
5. Pergerakan ion – ion ke arah plat P dan Q menyebabkan nyalaan lilin tersebut
menyebar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.11.
6. Sebahagian besar nyalaan lilin tersebar ke plat negatif kerana ion – ion positif yang
tersebar kepadanya mempunyai jisim yang lebih besar daripada ion – ion negatif.

Konsep Sains
Kadar ayunan bola pingpong di antara dua plat logam meningkat jika:
a) voltan bekalan VLT ditinggikan
b) Jarak pemisahan antara dua plat dikurangkan.

Uji diri 2
Modul 2 :
Elektrik 11
1.

Rajah di atas menunjukkan medan elektrik cas-cas titik.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan medan elektrik ?


____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
Semester 3 2019
____________________________________________________________________________________________________

(b) Nyatakan cas pada :


Titik A : _____________________
Titik B : _____________________

(c) Lakarkan medan elektrik pada plat yang diberi di bawah :


(i)

(ii)
Modul 2 :
Elektrik 12

2.2.1 Menunjukkan Hukum Ohm, V = IR

Hukum Ohm, V = IR

1. Hukum Ohm menyatakan bahawa beza keupayaan (V) merentasi dua hujung suatu
konduktor logam adalah berkadar terus dengan arus elektrik (I) yang melalui konduktor
itu, asalkan suhu dan keadaan fizikal lain adalah tetap.
2. Daripada Hukum Ohm,
V
V α I atau I = pemalar
3. Oleh kerana beza keupayaan (V) merentasi dua hujung suatu konduktor logam adalah
berkadar terus dengan arus elektrik (I), maka graf V lawan I adalah suatu garis lurus
melalui asalan seperti Rajah 1.13 Semester 3 2019

Rajah 1.13 Beza Keupayaan Berkadar Terus dengan Arus

4. Konduktor yang mematuhi hukum Ohm dikenali sebagai konduktor ohm. Contoh
konduktor ohm ialah konduktor logam pada suhu malar dan larutan kuprum sulfat dengan
elektrod kuprum.
5. Konduktor yang tidak mematuhi hukum Ohm dikenali sebagai konduktor bukan ohm.
Rajah 1.14 menunjukkan graf V lawan I bagi beberapa konduktor bukan ohm.

Rajah 1.14 Graf V lawan I untuk beberapa konduktor bukan ohm


Modul 2 :
Elektrik 13
Rintangan

1. Rintangan ialah satu ukuran untuk menentukan keupayaan sesuatu konduktor


menghalang aliran elektrik. Konduktor yang baik mempunyai rintangan yang rendah,
manakala konduktor yang lemah mempunyai rintangan yang tinggi.
2. Rintangan (R) sesuatu konduktor ditakrifkan sebagai nisbah beza keupayaan (V) kepada
arus (I) yang mengalir melalui konduktor itu.

beza keupayaan
Rintangan = arus melalui konduktor

V
R= I
Semester 3 2019

3. Unit ukuran rintangan adalah ohm (Ω)


4. Suatu konduktor mempunyai rintangan 1 Ω jika arus yang melaluinya ialah 1 A apabila
beza keupayaan 1 V dikenakan merentasi hujung konduktor itu.

5. Dari graf V melawan I (Rajah 1.15), didapati bahawa nisbah V : I adalah tetap.
Oleh itu untuk menentukan Rintangan suatu konduktor adalah dengan mengira
Kecerunan graf V- I.

Rajah 1.15

6. Peralatan yang dibina khas untuk memberikan rintangan kepada aliran elektrik dipanggil
perintang. Perintang diperbuat sama ada daripada dawai aloi khas atau karbon.
Modul 2 :
Elektrik 14
Contoh 1

Apabila suatu beza keupayaan 9 V dikenakan merentasi suatu konduktor, didapati bahawa arus
yang mengalir melalui konduktor ialah 0.5 A. berapakah rintangan konduktor itu?
V
(Diberi R = )
I

Jawapan :
V
R =I
9V
= 0.5 A
= 18 Ω
Semester 3 2019
Contoh 2

Berapakah beza keupayaan merentasi sebuah mentol yang mempunyai rintangan 10 Ω apabila
arus yang mengalir melaluinya ialah 0.2 A? (Diberi V = IR)

Jawapan :

Contoh 3

Berapakah arus yang mengalir melalui satu pemanas rendam berintangan 8  apabila ia
disambungkan kepada bekalan 240 V ?

Jawapan :
2.2.2 Menghuraikan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Rintangan Elektrik

Faktor yang Mempengaruhi Rintangan


Faktor Kesan Graf
Panjang, l Bagi konduktor logam dengan
bahan dan luas keratan rentas
yang sama, rintangan, R, adalah
berkadar terus dengan
panjang, l, iaitu R α l

Luas keratan rentas, A Bagi konduktor logam dengan


bahan dan panjang yang sama,
rintangan, R, adalah berkadar
songsang dengan luas keratan
1
rentas, A iaitu R α
A
Ini bermaksud bahawa
menggandakan luas keratan
rentas akan mengurangkan
rintangan secara separuh.
Suhu, θ Bagi konduktor logam dengan
bahan, panjang dan luas
keratan rentas yang sama,
rintangan, R, secara umumnya
meningkat dengan suhu, θ
Aloi seperti konstantan dan
manganin menunjukkan
perubahan rintangan yang kecil
dengan suhu.
Rintangan karbon dan
semikonduktor seperti silikon
dan germanium akan
berkurang dengan suhu.
Jenis bahan Rintangan dawai bergantung
pada jenis bahan yang
menghasilkannya. Bagi
konduktor logam dengan
dimensi yang sama, perak
mempunyai rintangan yang
paling rendah, diikuti oleh
kuprum dan aluminium.

Uji diri 3

1. Berapakah beza keupayaan merentasi sebuah mentol yang mempunyai rintangan 20 Ω


apabila arus yang mengalir melaluinya ialah 0.2 A? (Diberi V = IR)

p
e
n
y
el
e
2. Dalam setiap litar berikut, kira kuantiti yang tidak diketahui. (Diberi V = IR)

Pen
yele
saia
n

3. Apabila suatu beza keupayaan 240 V dikenakan merentasi suatu konduktor, didapati
bahawa arus yang mengalir melalui konduktor ialah 0.5 A. Berapakah rintangan
konduktor itu? (Diberi V = IR)

pen
yele
saia
n

4. (a) Sebuah filemen menggunakan arus sebanyak 0.5 A apabila disambungkan kepada
punca 240 V. Berapakah rintangan lampu tersebut?
(b) Hitungkan beza keupayaan merentasi suatu perintang 20 Ω jika arus yang mengalir
melalui perintang itu adalah 0.4 A. (Diberi V = IR)
pe
ny
ele
sai
an

5. Rajah (a) dan Rajah (b) menunjukkan dua buah warung penjaja yang disinari oleh lampu
yang disambungkan dengan bateri melalui wayar penyambung yang berlainan
ketebalannya. Bateri dan panjang dawai penyambung adalah sama bagi kedua – dua
kedai.

a) Berikan maksud rintangan.


___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________

b) Berdasarkan Rajah (a) dan Rajah (b), bandingkan:


i) luas keratan rentas (ketebalan dawai)
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
ii) Kecerahan mentol
__________________________________________________________________________________________
iii) Rintangan
__________________________________________________________________________________________

c) Nyatakan hubungan antara rintangan dan ketebalan dawai.


___________________________________________________________________________________________________

d) Sekiranya, panjang dawai penyambung dari bateri ke warung ditambah,


i) apakah akan berlaku pada kecerahan lampu?
__________________________________________________________________________________________
ii) berikan sebab bagi jawapan anda di d) i).
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
2.3.1 Menerangkan Maksud Daya Gerak Elektrik Dalam Sel Kering

Daya Gerak Elektrik, є


1. Daya gerak elektrik, є bagi satu sumber elektrik adalah beza keupayaan merentasi sel
atau sumber elektrik apabila litar terbuka (tiada arus mengalir). Contohnya, bateri
kering yang berlabel 9 V bermaksud bahawa dge bateri itu adalah 9 V.
2. D.g.e boleh diukur dengan menggunakan sebuah voltmeter berintangan tinggi yang
Disambung secara terus kepada terminal-terminal sel atau bateri itu.
3. Unit SI bagi dge ialah volt (V) atau Joule per coloumb (J C-1).

2.3.2 Menerangkan Hubungan Antara Daya Gerak Elektrik Dengan Beza


Keupayaan merentasi Terminal Sel Kering

Hubungan antara daya Gerak Elektrik dengan Beza Keupayaan


Merentasi terminal sel kering

1. Daya Gerak Elektrik, dge ialah tenaga elektrik yang dibekalkan per coulomb cas yang
mengalir melalui sumber elektrik (spt sel kering, akumulator, dinamo basikal, sel solar
dan penjana elektrik.

Tenagaelektrik yang dibekalkan oleh sumber


Dge, є = Cas yang mengalir merentasi sumber

2. Beza Keupayaan antara dua titik, v ialah tenaga yang dibebaskan per coulomb cas
yang mengalir melalui dua titik itu.

Tenaga elektrik yang dibebaskan pada beban , E


Beza keupayaan, V = Cas yang mengalir merentasi beban ,Q

Rajah 1.12 1 volt = 1 joule per coulomb


3. Beza keupayaan merentasi dua titik dalam suatu litar boleh diukur dengan
menggunakan voltmeter. Voltmeter mesti sentiasa disambungkan secara selari antara
titik yang berkaitan. Untuk mengelakkan kerosakan, terminal positif (bertanda merah)
voltmeter mesti disambungkan ke terminal positif (+) bateri yang terdekat.

Contoh 1
Beza keupayaan merentasi lampu dalam Rajah ialah 1.3 V. Berapakah tenaga dalam joule
yang ditukarkan kepada cahaya dan haba apabila 20 C cas melalui lampu tersebut.

Jawapan:
Biar E = tenaga yang ditukarkan kepada haba dan cahaya
W E
Diberi V = =
Q Q
E = V x Q = 1.3 x 20 = 26 J

Contoh 2
Dalam satu litar elektrik, 3 coulomb cas elektrik mengalir melalui satu sel 1.5 V, Berapakah
tenaga elektrik yang dibekalkan kepada 3 coulomb cas tersebut ?
Jawapan:
W E
Diberi V = =
Q Q
E = V x Q = 1.5 x 3 = 4.5 J

Contoh 3
Jika 72 J kerja perlu dilakukan untuk membawa 6 C merentasi dua plat logam yang selari,
berapakah beza keupayaan merentasi plat – plat logam itu?

Jawapan:
Biar V = beza keupayaan merentasi plat logam
W 72
Diberi V = = = 12 V
Q 6

Perbandingan Antara Daya Gerak Elektrik Dan Beza Keupayaan


Daya Gerak Elektrik Beza Keupayaan, V
Tenaga yang dibekalkan oleh sumber bagi Tenaga elektrik yang dipindahkan kepada
mengerakkan satu unit cas dalam satu beban bagi mengerakkan satu unit cas
litar lengkap dalam satu litar lengkap
Sumber seperti bateri dan sel kering Digunakan oleh komponen elektrik seperti
mentol dan perintang
E = I (R + r) V = IRT
(R + r) = jumlah rintangan luar dan dalam RT = jumlah rintangan luar
Unit : Volt Unit : Volt

Rintangan Dalam, r
1. Rintangan dalam ,r dalam sebuah sel kering ialah rintangan yang disebabkan oleh
tindak balas kimia yang berlaku dalam sel kering.
3. Rintangan dalam adalah rintangan yang disebabkan elektrolit atau elektrod dalam sel
atau punca elektrik.
4. Rintangan dalam akan menyebabkan :
(a) kehilangan tenaga (haba) dalam sel.
(b) beza keupayaan merentasi terminal sel adalah kurang berbanding daya gerak elektrik.

5. Rajah 7 (a) menunjukkan satu litar elektrik dengan satu voltmeter diletakkan merentasi
terminal satu sel. Apabila suis S terbuka, tiada arus akan mengalir dalam litar tersebut.
Nilai beza keupayaan yang dicatatkan oleh voltmeter adalah 3.0 V, iaitu dge bagi sel
tersebut.
6. Jika suis S ditutup seperti Rajah 7 (b) arus akan mengalir melalui litar dan bacaan
voltmeter menjadi 2.8 V, iaitu 0.2 V kurang daripada nilai dge yang sepatutnya.
7. Kehilangan 0.2 V ini adalah disebabkan oleh rintangan dalam sel yang ditanda dengan
huruf r seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7 (b).

Rajah 7

 Rumus yang mengaitkan hubungan antara dge, є, beza keupayaan, V dan rintangan
dalam, r
Є = V + Ir
Є = I (R + r)
V = Є - Ir
Dimana,
Є = daya gerak elektrik bateri/sel kering (unit : V)
V = beza keupayaan (Unit : V)
I = arus elektrik (Unit : A)
r = rintangan dalam (Unit : Ohm/)
R = rintangan di litar (Unit : Ohm/)
 Graf V melawan I mengaitkan daya gerak elektrik dan rintangan dalam
 Daya gerak elektrik diwakili oleh pintasan pada paksi-V.
 Nilai rintangan dalam, r = - (Kecerunan graf)

2.3.3 Menentukan Rintangan Dalam Bagi Sel Kering Dan daya Gerak elektrik
(d. g. e) daripada graf V melawan I

Contoh 4
Rajah menunjukkan graf beza keupayaan, V merentasi terminal satu bateri melawan arus,
I, yang mengalir melalui bateri tersebut.
V (V)

0 I (A)
4
Daripada graf, carikan nilai
(a) Daya gerak elektrik bateri
(b) Rintangan dalam bateri

Penyelesaian :

(a) Dge = pintasan-y graf


=5V
(b) Rintangan dalam, r = - (kecerunan graf)
= - (5 – 1)
(0 – 4)
= - (-1)
=1

2.3.4 Menyelesaikan masalah melibatkan beza keupayaan terminal, V = Є - Ir


Contoh 5

Apabila suis S dimatikan, bacaan voltmeter adalah 1.5 V. Apabila suis S dihidupkan bacaan
voltmeter dan ammeter adalah 1.3 V dan 0.2 A masing-masing.
Tentukan :
(a) Daya gerak elektrik sel
(b) rintangan dalam sel itu.

Penyelesaian :
(a) Dge adalah beza keupayaan merentasi sel apabila litar terbuka (tiada arus mengalir)
E = 1.5 V

(b) Rintangan dalam, r


V = Є - Ir atau
Є = V + Ir
1.5 = 1.3 + 0.2 r
r = 1.5 - 1.3 = 1 
0.2

Contoh 6
Satu akumulator membekalkan arus 4 A apabila disambung ke satu perintang 2 .
Akumulator yang sama membekalkan arus 3 A apabila perintang 3 A . Kirakan rintangan
dalam sel dan d.g.e nya.

Penyelesaian :

Daripada rumus, Є = I (R+ r)


Є = 0.5 (2 + r)……………………(1)
Є = 0.4 (4 + r)……………………(2)
Maka, 0.5 (2 + r) = 0.4 (4 + r)
1 + 0.5r = 1.6 + 0.4r
0.1r = 0.6
r = 0.6 = 6 
0.1
Gantikan r = 6  dalam persamaan (1) :
Є = 0.5 (2 + r)
= 0.5 (2 + 6)
=4V
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 23
Uji diri 4

1. Rajah menunjukkan graf beza keupayaan, V merentasi terminal satu bateri melawan
arus, I, yang mengalir melalui bateri tersebut.
V (V)

10

0 I (A)

Modul 3 : Tenaga Elektrik


5
Daripada graf, carikan nilai
(a) Daya gerak elektrik bateri
(b) Rintangan dalam bateri

Penyelesaian :
(a) Dge =
= __________
(b) Rintangan dalam, r = - (kecerunan graf)

2. Satu sel dengan dge 2 V dan rintangan dalam 1  disambung dengan perintang 4 . Apakah
bacaan voltmeter apabila disambung dengan perintang 4 .

Penyelesaian :
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 24
3.

Dalam rajah apabila suis S dimatikan, bacaan Voltmeter ialah 1.5 V. Apabila suis S dihidupkan
bacaan voltmeter ialah 1.35 V dan bacaan ammeter ialah 0.3 A. Tentukan
(a) daya gerak elektrik sel
(b) rintangan dalam sel

Modul 3 : Tenaga Elektrik


(c) Nilai perintang R

Penyelesaian
(a) Dge adalah beza keupayaan merentasi sel apabila litar terbuka.
E = ________

(b) Rintangan dalam, r

(c) Nilai perintang R

4. Suatu sel kering membekalkan arus 0.5 A apabila disambung kepada perintang 2 . Sel yang sama
membekalkan arus 0.4 A apabila disambung kepada perintang 4 . Tentukan rintangan dalam dan dge
sel kering tersebut.
Penyelesaian :
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 25

2.4.1 Menentukan Rintangan Berkesan Dalam Litar Sesiri


2.4.2 Menentukan Rintangan Berkesan Dalam Litar Selari

Rintangan Berkesan dalam Litar Sesiri dan Litar Selari

1. Dalam litar sesiri, arus mempunyai satu laluan sahaja. Nilai arus, I yang mengalir melalui
setiap komponen dalam litar ini adalah sama.

Modul 3 : Tenaga Elektrik


I = I1 = I2 = I3
2. Beza keupayaan yang merentasi setiap perintang bergantung kepada rintangan perintang
tersebut. Jumlah beza keupayaan, V, merentasi perintang – perintang adalah sama dengan
hasil tambah beza keupayaan merentasi setiap perintang.

V = V1 + V 2 + V 3

3. Ketiga - tiga perintang R1 , R2, dan R3 dalam Rajah 1.17 disambung secara sesiri.

Rajah 1.17

4. Rintangan berkesan, RT bagi perintang dalam susunan sesiri ialah :

RT = R 1 + R 2 + R 3

Jadi, rintangan berkesan untuk dua atau lebih perintang yang disambungkan secara sesiri
adalah sama dengan hasil tambah rintangan setiap perintang.

Contoh 1:

Hitung rintangan berkesan bagi perintang yang disambungkan secara sesiri dalam rajah berikut.

Jawapan:

R = R1 + R2 + R3
= 20 + 10 + 5
= 35 
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 26
Litar selari

I1 I2

V R1 R2
I

Modul 3 : Tenaga Elektrik


1. Dalam litar selari, dua atau lebih perintang disambung merentasi sumber beza keupayaan
yang sama, maka beza keupayaan, V merentasi setiap perintang adalah sama.

V = V 1 = V 2 = V3
2. Arus yang merentasi setiap perintang bergantung kepada rintangan perintang tersebut.
Arus , I yang mengalir dari sumber beza keupayaan adalah sama dengan jumlah arus yang
mengalir menerusi setiap perintang.
I = I1 + I2 + I3
3. Ketiga - tiga perintang R1 , R2, dan R3 dalam Rajah 1.18 disambung secara selari.

Rajah 1.18
4. Rintangan berkesan, RT bagi perintang dalam susunan selari ialah :

1=1 + 1 +1
RT R1 R2 R3

Contoh 2:
Hitung rintangan berkesan bagi perintang yang disambungkan secara selari dalam rajah :

Jawapan:
Katakan R = rintangan berkesan perintang 4 Ω dan 8 Ω
1 1 1
RT
= +
R1 R2
1 1 3
=
+ =
4 8 8
8
RT= Ω @ 2.67 Ω
3
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 27
Uji diri 3

1. Kenal pasti sama ada litar berikut adalah litar sesiri atau litar selari. Kemudian, lukiskan rajah
litar dalam jadual berikut.

Rajah Rajah litar


a)

Modul 3 : Tenaga Elektrik


b)

c)

d)

2. Bagi susunan perintang-perintang berikut, tentukan rintangan berkesan di antara titik X


dan Y.
Jawapan:
(a) 2 5 10 

X Y
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 28
(b)
X 2 5
Jawapan:

3
Y 10

Jawapan :
(c) 5
X Y

Modul 3 : Tenaga Elektrik


20 

(d)
Jawapan :
2

X 5 Y

10 

2.4.3 Menentukan Rintangan Berkesan Dalam Litar Bersepadu

Penyelesaian masalah melibatkan arus, beza keupayaan dan rintangan


bagi litar sesiri, selari dan litar gabungan.

Contoh 3:
Hitungkan rintangan berkesan bagi perintang yang ditunjukkan dalam rajah berikut.

Jawapan:
Katakan R3 = rintangan berkesan perintang 6 Ω dan 12 Ω
1 1 1
= +
R3 R1 R2
1 1 1
= + =
6 12 4
R3 = 4 Ω
Katakan RT = rintangan berkesan bagi ketiga – tiga perintang
R4 = 8 Ω
RT = R3 + R4
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 29
Contoh 4:

Suatu perintang 8 Ω dan suatu perintang 12 Ω disambung secara sesiri dengan bateri 12 V
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah. Apakah beza keupayaan merentasi
a) perintang 8 Ω

Modul 3 : Tenaga Elektrik


b) perintang 10 Ω
V
(Diberi R= )
I

Jawapan:
Katakan RT = rintangan berkesan untuk perintang 8 Ω dan 12 Ω
RT = R1 + R2
= (8 + 12) Ω
= 20 Ω
Katakan I = arus yang mengalir melalui setiap perintang
V
R = , V = IR
I
12 = I (20)
I = 0.6 A

a) Katakan V1 = beza keupayaan merentasi perintang 8 Ω


V1 = IR1
= 0.6 A x 8 Ω
= 4.8 V

b) Katakan V2 = beza keupayaan merentasi perintang 12 Ω


V2 = IR2
= 0.6 A x 12 Ω
= 7.2 V
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 30

Uji diri 5

1. Hitungkan rintangan berkesan bagi rangkaian perintang – perintang berikut.

a) b)

Jawapan: Jawapan:

Modul 3 : Tenaga Elektrik

2. Tiga perintang R1 = 1Ω ,R2 = 3Ω dan R3 = 6Ω disambungkan secara sesiri kepada suatu bateri
20 V seperti dalam Rajah dibawah. Hitungkan
a) jumlah rintangan dalam litar
b) arus, I
c) beza keupayaan merentasi setiap perintang, V1,V2 dan V3
(Diberi, V = IR)

P
e
n
y
el
e
s
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 31
3. Tiga perintang R1 = 1Ω, R2 = 3Ω dan R3 = 6Ω disambungkan secara selari kepada suatu bateri
20 V seperti dalam Rajah di bawah.
a) beza keupayaan merentasi setiap perintang
b) jumlah rintangan litar itu,
c) arus, I dalam litar itu,
d) arus yang mengalir melalui setiap perintang I1, I2 dan I3

Modul 3 : Tenaga Elektrik


P
e
n
y
el
e
s

Perbezaan antara litar sesiri dan litar selari


Litar sesiri Litar selari
1. Hanya mempunyai satu laluan untuk arus 1. Mempunyai lebih daripada satu laluan
mengalir. untuk arus mengalir.
2. Arus yang melalui litar adalah sama. 2. Arus yang melalui titik yang berbeza
adalah berbeza.
3. Komponen dengan rintangan terbesar 3. Beza keupayaan merentasi semua
mempunyai beza keupayaan yang paling komponen adalah sama.
tinggi merentasinya.
4. Tidak ada arus yang mengalir apabila suis 4. Arus berhenti hanya dalam cabang yang
dibuka. dibuka. Arus terus mengalir dalam
cabang yang lain.
5. Jika satu mentol rosak, mentol-mentol lain 5. Jika satu mentol rosak, mentol-mentol lain
dalam litar sesiri tidak akan bernyala dalam litar selari akan terus bernyala
6. Kecerahan semua mentol dalam litar 6. Kecerahan semua mentol dalam litar
sesiri adalah sama tetapi lebih malap selari adalah sama tetapi lebih cerah
berbanding litar selari. berbanding litar sesiri.
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 32

Latihan Pengukuhan
1. Berapakah nilai arus elektrik yang mengalir melalui suatu lampu jika cas sebanyak 240 C
mengalir melalui lampu itu selama 2 minit? (Diberi Q = It)
A. 0.5 A C. 3.0 A
B. 2.0 A D. 4.0 A

2. Apabila suatu beza keupayaan 9 V dikenakan merentasi suatu konduktor, didapati bahawa
arus yang mengalir melalui konduktor ialah 0.5 A. Berapakah rintangan konduktor tersebut?
(Diberi V = IR)
A. 4.5 Ω C. 45 Ω

Modul 3 : Tenaga Elektrik


B. 18 Ω D. 180 Ω

3. Graf manakah yang menunjukkan hubungan yang betul antara rintangan, R dan luas keratan
rentas, A bagi konduktor?

4. Rajah 2 menunjukkan satu litar elektrik.

Berapakah arus elektrik yang mengalir apabila suis dihidupkan?


A. 0.375 A C. 0.75 A
B. 1.5 A D. 4.8 A

5. Rajah 3 menunjukkan suatu rangkaian perintang yang disambungkan kepada bateri 3V.
Berapakah rintangan berkesan dalam litar tersebut?

A. 0.5 Ω C. 1.5 Ω
B. 0.67 Ω D. 2.0 Ω
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 33
6. Suatu bateri 12 V disambung secara sesiri dengan suatu mentol M dan suatu perintang 4 Ω
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.

Jika bacaan ammeter ialah 0.5 A, hitung


a) Rintangan mentol M,
b) Beza keupayaan merentasi mentol.

Modul 3 : Tenaga Elektrik

7. Beza keupayaan 3 V diaplikasikan dalam rangkaian perintang – perintang seperti yang


ditunjukkan dalam Rajah 6.

a) Berapakah bacaan ammeter?


b) Berapakah beza keupayaan merentasi rangkaian selari?
c) Berapakah arus yang mengalir melalui perintang 6 Ω?
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 34
8. (a) Berikan maksud kepada
(i) Arus elektrik
____________________________________________________________________________________________

9. Seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara beza keupayaan,
V dengan arus, l pada suatu dawai konstantan. Keputusan eksperimen ditunjukkan oleh graf
V
melawan l pada Rajah 8.

Modul 3 : Tenaga Elektrik

(a) Berikan maksud beza keupayaan.


_________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________ [1 m]

(b) Berdasarkan graf, nyatakan hubungan antara V dengan I.


___________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________ [1 m]

(c) Berapakah nilai beza keupayaan apabila I = 0.52 A? Tunjukkan pada graf bagaimana
anda memperoleh jawapan anda.
_______________________________________________________________________________________ [1 m]

(d) Tentukan rintangan dawai konstantan pada arus 0.8 A.

[3m]

(e) Berikan dua pemboleh ubah yang perlu dimalarkan sepanjang eksperimen ini
dijalankan.
________________________________________________________________________________________ [2m]

(f) Nyatakan satu langkah berjaga – jaga yang perlu diambil semasa eksperimen ini
dijalankan.
_____________________________________________________________________________________________
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 35
______________________________________________________________________________________ [1 m]
10. Rajah 9 (a) dan 9 (b) di bawah menunjukkan dua litar yang mengandungi sel kering dan dua
perintang yang sama.

Modul 3 : Tenaga Elektrik


(a) Namakan jenis litar pada Rajah (a) dan Rajah (b).
Rajah (a) : ________________________
Rajah (b) : ________________________ [2m]

(b) Berdasarkan Rajah (a) dan Rajah (b) , bandingkan:


(i) Jumlah rintangan pada kedua – dua litar.
________________________________________________________________________________ [1 m]
(ii) Magnitud arus merentasi kedua – dua litar.
________________________________________________________________________________ [1 m]

(c) Hubungkaitkan magnitud arus dengan rintangan.


____________________________________________________________________________________ [1 m]

(d) Namakan hukum yang menghubungkaitkan rintangan, arus dan beza keupayaan.
____________________________________________________________ [1 m]

(e) Diberi rintangan bagi perintang R1 ialah 3 Ω dan R2 ialah 6 Ω. Kirakan rintangan
berkesan bagi Rajah (a) dan Rajah (b).

[4 m]
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 36

2.5.1 Menerangkan Tenaga Dalam Sistem Elektrik


2.5.2 Menerangkan Kuasa Elektrik Sebagai Kadar Pemindahan
Tenaga Elektrik, P = E/t
2.5.3 Menyelesaikan Masalah yang Melibatkan Tenaga dan Kuasa Elektrik
Menggunakan Rumus, E = VQ dan P = IV

TENAGA DALAM SISTEM ELEKTRIK

1. Apabila arus mengalir dalam satu litar elektrik lengkap, perubahan tenaga akan berlaku.

Modul 3 : Tenaga Elektrik


2. Rajah menunjukkan satu litar elektrik dengan bateri disambungkan kepada satu mentol.

Bateri (tenaga kimia)

Arus, I
(tenaga A
elektrik)

Mentol menyala
(tenaga cahaya dan haba)
3. Tenaga kimia dalam bateri bertukar kepada tenaga elektrik. Sekiranya dinamo digunakan,
tenaga kinetik bertukar kepada tenaga elektrik.
4. Dalam mentol, tenaga elektrik akan bertukar kepada tenaga cahaya dan tenaga haba.
5. Sumber elektrik seperti bateri dan dinamo akan membekalkan tenaga elektrik semasa arus
mengalir dalam litar.
6. Komponen lain dalam litar seperti perintang, mentol dan motor akan memindahkan tenaga
elektrik kepada bentuk tenaga yang lain.
7. Rumus tenaga elektrik, E
Daripada takrif beza keupayaan :

Tenaga elektrik yang dibebaskan pada beban , E


Beza keupayaan, V =
Cas yang mengalir merentasi beban ,Q

Maka, tenaga elektrik, E=VQ

Unit SI bagi tenaga elektrik adalah Joule (J)

CONTOH SOALAN :

1. Kira jumlah tenaga elektrik yang dipindahkan apabila beza keupayaan merentasi mentol ialah 3 V
dengan cas 120 C ?
Penyelesaian :

E = VQ
= 3 x 120
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 37
= 360 J

KUASA ELEKTRIK

1. Kuasa elektrik ialah Kadar pemindahan tenaga elektrik.


Tenagaelektrik yang dipinda h kan E
Kuasa elektrik = P=
Masa yang diambil t

2. Kuasa elektrik diukur dalam unit joule per saat atau watt, W
3. Kuasa elektrik juga boleh dikira menggunakan rumus,

Modul 3 : Tenaga Elektrik


P=VI Dimana,
P = Kuasa, Unit : Watt (W)
V = Beza keupayaan, unit : volt (V)
I = Arus, unit : ampere (A)

CONTOH SOALAN 1 :

Power window bagi kereta menggunakan arus sebanyak 1 A beroperasi pada voltan 12 V.
Berapakah kuasanya ?
Penyelesaian:
Kuasa, P = Voltan x Arus
= 12 x 1
= 12 W
SOALAN 1 :

Beza keupayaan merentasi sebuah mentol ialah 6 V, dengan cas 100 C, Hitungkan jumlah tenaga
yang dipindahkan ?
Penyelesaian :
E = VQ
= 6 x 100
= 600 J

SOALAN 2 :

Satu mentol disambungkan merentasi satu bateri 12 V dengan arus 2 A. Hitungkan kuasanya ?
Penyelesaian:
Kuasa, P = Voltan x Arus
= 12 x 2
= 24 W
SOALAN 3 :

Satu motor elektrik mempunyai arus 4 A dengan voltan 12 V. Hitungkan kuasanya ?

Penyelesaian:
Kuasa, P = Voltan x Arus
= 12 x 4
Modul 3 : Tenaga
Elektrik 38
= 48 W

2.5.4 Menyatakan Contoh Situasi Tempat Kerja yang Melibatkan Tenaga dan
Kuasa Dalam Sistem Elektrik.

Pengukuran dan Kawalan Kuasa dalam Sistem Elektrik

 Juruteknik bekerja dengan sejumlah besar sistem elektrik iaitu peralatan elektrik
dengan pelbagai kadar kuasa.
 Kadar kuasa memberitahu tentang kuasa maksimum bahagian dalam peralatan yang

Modul 3 : Tenaga Elektrik


boleh digunakan.
 Jika juruteknik tidak berhati-hati, mereka akan melakukan kesilapan yang besar dengan
membiarkaperalatan bekerja lebih daripada kadar kuasa.
 Ini akan menyebabkan pembakaran dan haba berlebihan.

CONTOH ALAT &

KADAR KUASA

SENARAI RUJUKAN :

1. Poh Liong Hong & Lee BengHin. (2016). Physics For Matriculation Semester 1.
Selangor : Oxford Fajar
2. Poh Liong Hong (2016). Physics For Matriculation Semester 2. Selangor : Oxford Fajar
3. Poh Liong Yong ( 2015). Pre-U STPM Text PHYSICS Term 1. Selangor: Pelangi
4. Poh Liong Hong (2015) .Pre-U STPM TEXT Physics 2st Term. Selangor: Pelangi
5. Robert G Brown (2013). Introductory Physics I . Duke university Physics Department, Durham

You might also like