Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ASSIGNMENT COVER SHEET

Personal Details:

Name: Mariatul Khiftiah Binti Ashaari

Class Code: SMSSD1

ID Number: BIDL17047989

Course Details:

Course Name: Asas Pembudayaan Keusahawanan (Foundation of Entrepreneurship)

Course Code: MPU32092

Lecturer's Name: Dr. Mohd Adzim Khalili Bin Rohin

Assignment Details: Individual Assignment 1 / Group Assignment 2 / Group Assignment 3

Due Date: 9 November 2017

Date Submitted: 9 November 2017

PLEASE NOTE

All assignments are the responsibility of the student.


Ensure you keep a copy of your assignment before submitting.

DECLARATION:

I declare that, to the best of my knowledge and belief, this assignment is my own work, all sources have been
properly acknowledged, and the assignment contains no plagiarism. This assignment or any part thereof has not
previously been submitted for assessment at this or any other University.

Signatures:

Date: 9 November 2017

1
Bidang perniagaan adalah bidang yang sangat mencabar dan melibatkan aktiviti-
aktiviti penggemblengan sumber pengeluaran, pengurusan organisasi dan pengambilan
risiko. Bagi memastikan usahawan untuk dapat bertahan dalam perniagaan dan
mengamalkan sifat-sifat usahawan yang perlu ada dalam diri setiap usahawan
antaranya ialah rangkaian, berwawasan, proaktif, budaya terbuka berorientasikan hasil
dan beberapa ciri yang lain. Ciri-ciri adalah penting dan patut diamalkan supaya
seseorang usahawan mampu memenuhi keperluan masyarakat pada masa kini.
Usahawan adalah individu yang memainkan peranan yang penting dalam meneroka
peluang-peluang perniagaan demi meningkatkatkan ekonomi negara. Para usahawan
perlulah bekerja keras untuk menjamin perniagaan yang berjaya pada masa hadapan.
Salah seorang usahawan yang berjaya adalah Datuk Jimmy Choo yang terkenal dengan
kasut dan beg tangan buatan tangan yang mahal.

Nama sebenar Datuk Jimmy Choo ialah Jimmy Choo Yeang Keat. Beliau
dilahirkan pada 15 November 1961 di Pulau Pinang. Beliau dilahirkan dalam keluarga
yang kecil di mana ayahnya merupakan pengusaha dalam perniagaan membuat kasut.
Jadi, tidak perlu dipersoalkan lagi dari mana Dato Jimmy Choo mendapat pendidikan
dan pendedahan awal mengenai ilmu reka cipta kasut. Beliau bersekolah di Sekolah
Rendah Shih Chung dan telah menamatkan pelajaran pada tahun enam. Dato Jimmy
Choo sering membantu ayahnya dalam mengendalikan perusahaan membuat kasut.
Beliau berjaya menghasilkan kasut pertama pada usia beliau 11 tahun. Setelah
menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah, beliau melanjutkan pelajarannya di
London dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen. Disebabkan oleh sikap
tanggungjawabnya, Datuk Jimmy Choo telah melakukan kerja separuh masa sebagai
tukang cuci di sebuah restoran di London dan bekerja di kilang bagi menampung
pelajarannya di sana.

Jimmy Choo terkenal kerana kasut serta beg tangan buatan tangan yang mahal.
Antarapelanggan-pelanggannya ialah pelakon terkenal seperti Natalia Imbruglia, Katie
Holmes serta Puteri Diana dari Wales. Tamara Mellon menjadi rakan kongsi dengan
Jimmy Choo untuk memulakan sebuah syarikat pengeluaran kasut yang berpusat di
Itali untuk mengeluarkan kasut dalam kuantiti yang besar.

Kedai Kasut pertama Jimmy Choo dibuka pada tahun 1986 di Hackney, North
London dengan menyewa sebuah bangunan hospital lama. Menurut Jimmy empat tahun
pertama itu sangat sukar. Selama 4 tahun Datuk Jimmy Choo mengharungi keadaan

2
yang mengecewakan dimana jualan kasutnya tidak memberangsangkan. Ini juga telah
menjadi cabaran kepada beliau. Hal ini kerana menjual kasut di London sangat susah
kerana ia adalah sebuah tempat yang sangat popular dan beliau bukanlah orang yang
terkenal. Setelah bertungkus lumus, akhirnya rekaan beliau mendapat liputan di Majalah
Vogue iaitu sebuah majalah fesyen yang terkenal di UK (UsahawanWibawa, 2013).
Melalui majalah tersebut, nama beliau mula dikenali oleh orang ramai namun begitu
beliau tetap kecewa kerana jualan kasutnya tetap merosot.

Tapi selepas Vogue terjumpa dan berkenan rekaannya,beliau mendapat 8


halaman review.Diana, Princess of Welsh, adalah penggemar Choo shoes. Diana
mahukan kasut terbaik dari Jimmy Choo, dan beliau terus dikenali selepas itu. Pada
tahun 1996, beliau turut menubuhkan Jimmy Choo Ltd dengan British aksesoris editor
Vogue Tamara Mellon.Pada bulan April 2001, Choo menjual 50 peratus saham di
syarikat sebesar £ 100 juta (RM579 juta). Sejak saat itu dia menumpukan pada Jimmy
Choo Couture eksklusif line dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.Jimmy
Choo London, juga dikenali sebagai Jimmy Choo Ready-to-Wear, atau sekadar, Jimmy
Choo, berada di bawah pengawasan badan Tamara Mellon.Ready-to-Weartelah
diperluas untuk merangkumi aksesoris seperti beg tangan.

Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan
beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya
menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak
cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat
yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah
langkah permulaan kepada kejayaan.

Secara kesimpulannya, Kegagalan bagi seseorang usahawan ketika memulakan


sesuatu langkah yang baru adalah perkara biasa bagi mereka kerana kegagalan yang
dihadapi bukanlah kegagalan untuk selama-lamanya tetapi sebaliknya ia merupakan
satu kegagalan yang membawa mereka ke arah yang lebih baik dan lebih berjaya
berbanding orang lain. Usahawan-usahawan ini bukan sahaja mengusahakan sesuatu
untuk memperoleh keuntungan bagi diri mereka semata-mata, tetapi mereka juga telah
memberi sumbangan yang besar kepada negara dalam menjana ekonomi dan
mengukuhkan industri negara ini.

You might also like