Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENGENALAN

Budaya didefinisikan dalam pelbagai cara dan berbeza dari perspektif setiap manusia.
Budaya adalah sesuatu tingkah laku sosial di dalam diri masyarakat manusia. Terdapat 4
dimensi untuk menilai masyarakat silang budaya mengikut Greet Hofstede yang mana dapat
mempengaruhi masyarakat dan organisasi di tempat kerja. Di dalam tugasan ini, negara
Malaysia dan Russia dipilih bagi mengupas contoh praktikal yang berkaitan dengan dimensi
nilai budaya oleh Geert Hofstede.

Malaysia adalah sebuah negara raja perlembagaan persekutuan di Asia Tenggara.


Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang hanya dipisahkan oleh Laut China Selatan iaitu
Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (Sabah dan Sarawak) yang mana berkeluasan
kira-kira 329,847 kilometer persegi. Malaysia mempunyai tiga belas buah negeri dan tiga
wilayah persekutuan iaitu 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia
dandua negeri dansatu wilayah persekutuan di Borneo Malaysia. Kuala Lumpur merupakan
ibu negara Malaysia danjuga Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Lokasi
geografi Malaysia ialah terletak berdekatan dengan garisan khatulistiwa dan beriklim panas
dan lembab dan juga Malaysia mempunyai kepelbagaian flora dan fauna.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia mempunyai kepadatan penduduk


kira-kira seramai 32, 700, 000 orang yang mana merupakan negara ke-43 teramai penduduk
dan negara ke 66 terluas di dunia. Malaysia merupakan negara yang unik yang mana
mempunyai kepelbagaian etnik, kaum dan agama. Kaum yang menjadi majoriti di Malaysia
merupakan orang Melayu dan mencapai peratusan sehingga 61% manakala 9% merupakan
kaum bumiputera yang lain. Penduduk Malaysia yang berketurunan Cina di Malaysia
sebanyak 22% manakala 7% merupakan keturunan India. Setiap kaum mempunyai agama,
kepercayaan, adat resam dan kebudayaan yang tersendiri yang mana membezakan setiap satu
darinya dan juga keunikan mereka.

Malaysia merupakan negara terbanyak dan terbesar yang mana mempunyai pokok
kelapa sawit. Maka dengan itu, Malaysia merupakan negara yang mana ekonomi terbesar
adalah daripada pengeluaran dan penghasilan minyak kelapa sawit. Selain itu, penhasilan
getah juga merupakan hasil penyumbang ekonomi di Semenanjung Malaysia manakala Sabah
dan Sarawak kaya dengan sumber asli seperti kayu balak, petroleum dan juga gas asli.

Rusia merupakan sebuah negara yang terbesar di dunia yang mana meliputi Eropah
Timur dan Asia Utara. Negara tersebut merupakan negara terbesar di dunia yang mempunyai
keluasan merentasi lebih daripada satu perlapan Kawasan tanah yag didiami di Bumi yang
mana menjangkaui sebelas zon masa dan bersempadan dengan 16 negara berdaulat. Rusia
mencatat rekod kepadatan penduduk yang paling ramai di Eropah da n menduduki tangga
kesembilan penduduk paling ramai di dunia. Di Rusia, bandar terbesar dan merupakan ibu
negara Rusia ialah Moscow manakala Kawasan utama yang lain islah Saint Petersburg,
Kazan dan Yekaterinburg.

Jumlah keluasan negara Rusia adalah kira-kira 17,075, 200 kilometer persegi
(6,592,800 bt2). Lokasi geografi Rusia adalah terletak di antara latitude 41 o dan 82oN dan
logitud 19o E dan 169o W. Wilayah Rusia luasnya sekitar dari Laut Baltik di barat ke Lauta
Pasifik di Timur, dan juga dari Lautan Artik di utara ke Laut Hitam dan Caucasus di Selatan.
Pada tahun 2020, anggaran kepadatan penduduk di Rusia adalah sebanyak 146,748,590 orang
(kepadatan 8.4/km2). Rekod bancian pada tahun 2010, Kumpulan etnik di Rusia ialah 80.9%
merupakan Rusia, 3.9% merupakan Tatar, 1.4% merupakan Ukraine, 1.1% Bashkir, 1.0%
Chuvash, 1.0% Chechen dan 10.7% merupakan etnik lain-lain yang mana menjadikan etnik
Rusia merupakan etnik majoriti terbesar di Rusia. Menurut banciantersebut,84.93% daripada
populasi Rusia adalah merupakan kumpulan etnik Eropah (Slavic, Germanic, Finnic,Greek
dan lain-lain).

Selepas tahun 1991 iaitu selepas pembubaran Kesatuan Soviet,ekonomi negara Rusia
menjadi semakin maju berbanding dengan 14 negara-negara kecil di dalam Kesatuan Soviet.
Hasil pendapatan ekonomi di Rusia diperoleh daripada penghasilan, pengeluaran dan
pengeksplotasian sumber-sumber asli. Negara Rusia meningkatkan ekonomi mereka dengan
segala bentuk perniagaan berasaskan minyak, gas semula jadi, elektrik dan lain-lain.
Disebabkan penguasaan utama ini, kerajaan Rusia dilaporkan mempunyai lebih banyak pusat
pengekstrakan daripada Gazprom (“How Russia Makes Its Money,” n.d.)
ANALISIS NILAI BUDAYA BERDASARKAN EMPAT DIMENSI UNTUK KEDUA-
DUA NEGARA BERSERTA CONTOH PRAKTIKAL

Model Hofstede mrupakan model yang diperkenalkan oleh ahli psikologi Dutch isitu
Geert Hofstede.Kajian Hofstede mengetengahkan empat dasar dimensi bagi budaya nasional
iaitu Jarak Kuasa (Power Distance), Pengelakan Ketidakpastian (Uncertainty Avoidance).
Individualisme Lawan Kolektivisme (Individualism Versus Collectivism), Dan Kelakian
Lawan Kewanitaan (Masculinity Versus Femininity). Analisis ini akan mengulas nilai budaya
berdasarkan empat dimensi untu negara Malaysia dan Rusia.

1. Dimensi Nilai Budaya Hofstede di Malaysia

Malaysia
120
100
100

80

60 50
40 36
26
20

0
Jarak Kuasa Pengelakan Individualisme Kelakian lawan
Ketidakpastian lawan Kolektivisme kewanitaan

Malaysia

Carta 1: Dimensi Nilai Budaya Hofstede di Malaysia (Sumber: https://www.hofstede-


insights.com/country-comparison/malaysia/)

i. Jarak Kuasa (Power Distance)


Kuasa Jarak didefinisikan sebagai sejauh mana anggota didalam sesebuah
institusi dan organisasi yang kurang berkuasa di dalam sebuah negara mengharapkan
dan menerima bahawa kuasa dibahagikan secara tidak sama. Demikian itu, dimensi
ini menyatakan bahawa semua individu dalam masyarakat tidak sama yang mana ia
menyatakan sikap budaya terhadap ketidaksamaan ini di kalangan masyarakat dalam
sesebuah organisasi.
Menurut Hofstede, jarak kuasa menunjukkan bahawa semakin jauh jarak
kausa dia antara masyarakat, semakin tinggi darjah ketaatan masyarakat kepada ketua
ataupun orang atasan yang mempunyai status di dalam masyarakat. Menurut kajian
melalui model Hofstede, Malaysia mendapat skor sangat tinggi pada dimensi ini iaitu
pada skor 100 yang bermaksud masyarakat Malaysia menerima susunan hierarki di
mana setiap orang mempunyai tempat dan tidak memerlukan penerangan yang lebih
mendalam untuk sesuatu status itu. Sesebuah organisasi mempunyai hierarki yang
dapat dilihat bahawasanya wujudnya ketidaksamaan golongan bawahan dan atasan.
Golongan bawahan dalam organisasi berharap untuk diberitahu tentang pekerjaan
yang harus dilakukan danbos yang baik hati adalah bos yang ideal. Seperti yang kita
dapat lihat, setiaporganisasi di Malaysia mempunyai hierarki dikalangan staff yang
mana semuapekerja bawahanperlulah mematuhi arahan daripada orang atasan atau
ketua mereka.

ii. Pengelakan Ketidakpastian (Uncertainty Avoidance)


Dimensi Pengelakan ketidakpastian merujuk kepada setakat mana
ketidakpastian dan kesamaran boleh diterima didalam kalangan masyarakat. Dimensi
pengelakan ketidakpastian ada hubungannya dengan cara masyarakat menangani
hakikat bahawa masa depan tidak pernah dapat diketahui dan ianya menunjukkan
kerisauan dan kekeliruan masyarakat. Kekaburan ini membawa kegelisahan dan
budaya yang berbeza untuk menangani kegelisahan ini dengan cara yang berbeza.
Sejauh mana masyarakat merasa terancam oleh situasi samar-samar atau tidak
diketahui dan telah mewujudkan kepercayaan dan institusi yang cuba menghindarinya
terlihat dalam skor pada pengelakan ketidakpastian.

Menurut kajian model Hofstede, Malaysia mendapat skor 36 pada dimensi ini
dan dengan itu mempunyai pilihan yang rendah untuk mengelakkan ketidakpastian.
Masyarakat yang mempunyai pengelakan ketidakpastian yang rendah mengekalkan
sikap yang lebih santai di mana amalan lebih penting daripada prinsip dan
penyimpangan dari norma lebih mudah ditoleransi. Dalam masyarakat yang
menunjukkan pengelakan ketidakpastian rendah, maysrakat lebih cenderung untuk
tidak boleh ada peraturan yang lebih dari yang diperlukan dan jika mereka samar-
samar atau tidak berfungsi, ianya perlu diubah. Jadual yang lebih fleksibel ataupun
kerja keras dilakukan apabila perlu tetapi bukan untuk kepentingannya sendiri. Seperti
contoh, apabila sesuatu undang-undang ingin dibangunkan, ianya perlulah
mempunyai alas an yang kukuh dan tidak samar-samar atau mendatangkan kekeliruan
terhadap masyarakat. Jika ianya Nampak tidak patut atau mendatangkan konflik maka
undang-undang tersebut perlulah dilupuskan.

iii. Individualisme Lawan Kolektivisme (Indicidualism Versus Collectivism)


Individulisme atau kolektivisme menerangkan sejauh mana orang berfungsi
terutamanya sebagai individual atau di dalam kumpulan. Isu yang ditangani oleh
dimensi ini adalah tahap saling bergantung yang dikekalkan oleh masyarakat. Ini juga
menunjukkan citra diri seseorang sama ada mendefinisikan diri menggunakan istilah
”Saya” atau “Kami. Dalam masyarakat Individualisme, individu tersebuthanya
menjaga diri dan keluarga mereka sahaja. Dalam masyarakat kolektivisme, individu
tergolong dalam 'kumpulan' yang menjaganya sebagai ganti kesetiaan.

Menurut kajian model Hofstede, Malaysia mendapat skor 26 untuk nilai


budaya individualisme lawan kolektivisme. Kesetiaan dalam budaya kolektivisme
sangat utama dan mengatasi kebanyakan peraturan dan undang-undang masyarakat
yang lain. Masyarakat seperti ini menjalin hubungan yang kuat, di mana setiap orang
bertanggungjawab terhadap sesama ahli kumpulan mereka. Di dalam masyarakat
dalam kelompok kolektivisme, kesalahan yang dilakukan menyebabkan timbulnya
rasa malu dalam diri mereka. Hubungan di antara majikan dan juga pekerja adalah
seperti ikatan kekeluargaan dan juga pengambilan dan kenaikan pangkat akan diambil
kira pekerja di dalam kumpulan atau organisasi tersebut. Pengurusan yang diambil
kira adalah pengurusan secara dalam kumpulan. Sebagai contoh masyarakat Malaysia
lebih cenderung kepada berorientasikan kumpulan yang mana kita dapat lihat
masyarakat Malaysia dalam sesebuah kekeluargaan bersama-sama menjaga antara
satu sama lain dan lebih sikap bergotong-royong. Hal ini dapat kita melalui banyak
dan pelbagai program gotong-royong yang dianjurkan mendapat sambutan yang
dahsyat oleh masyarakat Malaysia. ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia lebih
cenderung kepada berorientasikan kumpulan.

iv. Kelakian Lawan Kewanitaan (Masculinity Versus Femininity).


Dimensi kelakian lawan kewanitaan menerangkan kepentingan nilailelaki
seperti daya saing, ketegasan, status dan kejayaan. Skor tinggi (maskulin) pada
dimensi ini menunjukkan bahawa masyarakat akan didorong oleh persaingan,
pencapaian dan kejayaan, dengan kejayaan ditentukan oleh pemenang / terbaik di
lapangan - sistem nilai yang bermula di sekolah dan berterusan sepanjang kehidupan
organisasi.

Skor rendah (Feminin) pada dimensi bermaksud bahawa nilai-nilai dominan


dalam masyarakat menjaga orang lain dan kualiti hidup. Masyarakat feminin adalah
masyarakat di mana kualiti hidup adalah tanda kejayaan dan menonjol daripada orang
ramai tidak digemari. Isu asas di sini adalah apa yang memotivasi orang, ingin
menjadi yang terbaik (maskulin) atau menyukai apa yang anda lakukan (feminin).

Dengan skor pertengahan 50, ianya menunjukkan nilai yang sama untuk
kelakian atau kewanitaan. Di Malaysia mengutamakan ciri-ciri dimensi kelakian
dengan melihat pada bertepatan dengan agama majoriti di masyarakat Malaysia iaitu
agama Islam dan menunjukkan dimana pemimpin diangkat dari kalangan lelaki
disamping itu golongan wanita juga tidak diabaikan. Disamping itu seorang lelaki
yang dianggap sebagai ketua untuk pelbagaisudut sepertiketua
keluarga,ketuaagamadalain-lain. Selain itu juga,kita dapat lihat melalui Perdana
Menteri Malaysia. Ini kerana kesemua Perdana Menteri Malaysia diperintah oleh
kaum lelaki.

2. Dimensi Nilai Budaya Hofstede di Russia

Russia
100 93 95
90
80
70
60
50
39 36
40
30
20
10
0
Jarak Kuasa Pengelakan Individualisme Lawan Kelakian Lawan
Ketidakpastian Kewanitaan

Carta 1: Dimensi Nilai Budaya Hofstede di Malaysia (Sumber: https://www.hofstede-


insights.com/country-comparison/russia/)
i. Jarak Kuasa (Power Distance)
Kajian model Hofstede menunjukkan bahawa Rusia mempunyai skor 93 dan
merupakan negara yang mempunyai Jarak Kuasa yang sangat jauh di dalam
masyarakatnya. Hal kita dapat kita lihat oleh fakta yang mana negara terbesar
merupakan negara yang sangat berpusat. Seperti contoh, 2/3 pelaburan asing yang
masuk ke Moscow dan 80% daripadanya merupakan dari semua potensi
kewangan. Simbol status dapat dilihat dengan adanya jurang besar perbezaan
diantara individu atau masyarakat yang kurang atau yang lebih kuat. Tingkah laku
harus menggambarkan dan mewakili peranan status dalam semua bidang interaksi
perniagaan: sama ada lawatan, perundingan atau kerjasama; pendekatan itu harus
dilakukan dari atas ke bawah dan memberikan mandat yang jelas untuk sebarang
tugas. Sebagai contoh, negara Russia merupakan diantara negara yang terbesar
dan mempunyai pelbagai jenis etnik, maka mereka juga mempunyai hierarki
dalam sesebuah organisasi. Mereka saling hormat menghormati dalam masa yang
sama mereka melakukan tugasan mereka. Setiap hierarki dalam organisasi
mempunyai tugasan yang tertentu malahan gaji yang mereka peroleh juga
setimpal dengan kerja yang mereka lakukan.

ii. Pengelakan Ketidakpastian (Uncertainty Avoidance)


Menurut kajian model Hofstede, skor 95 di Russia menggambarkan
masyarakat merasa sangat terancam oleh situasi yang samar-samar, dan mereka
juga telah membentuk salah satu birokrasi paling kompleks di dunia.
Pembentangan sama ada tidak disiapkan, salah komunikasi ketika rundingan
sedang dimulakan dan fokusnya adalah pada pembinaan hubungan, atau sangat
terperinci dan siap. Perancangan dan taklimat terperinci juga sangat biasa. Orang
Rusia lebih suka mempunyai maklumat konteks dan latar belakang. Selama orang
Rusia berinteraksi dengan individu yang dianggap sebagai orang asing, mereka
kelihatan sangat formal dan jauh. Pada masa yang sama formaliti digunakan
sebagai tanda hormat.

iii. Individualisme Lawan Kolektivisme (Individualism Versus Collectivism)


Menurut kajian model Hofstede, Russia mendapat skor 39. Nilai budaya ini
masih digunakan didalam kalangan masyarakat tapi rendah atau sedikit yang
menerapkannya. Seperti contoh yang mana mereka menerapkan sekiranya
seseorang merancang untuk keluar bersama rakan mereka, mereka secara
hakikinya akan menyatakan "Kami dengan rakan" dan bukanlah "Saya dan rakan
saya”. Keluarga, rakan dan kawasan kejiranan sangat penting untuk menghadapi
cabaran kehidupan seharian. Hubungan sangat penting dalam mendapatkan
maklumat, diperkenalkan atau rundingan yang berjaya. Mereka harus bersifat
peribadi, sahih dan amanah sebelum seseorang dapat memusatkan perhatian pada
tugas dan membangun dengan berhati-hati kepada penerima, gaya komunikasi
yang agak tersirat

iv. Kelakian Lawan Kewanitaan (Masculinity Versus Femininity).


Menurut kajian model Hofstede, Skor 36 yang agak rendah Russia mungkin
mengejutkan berkaitan dengan pilihannya untuk simbol status, tetapi ini di Rusia
yang berkaitan dengan Jarak Daya yang tinggi. Pada pandangan kedua orang
dapat melihat, bahawa orang Rusia di tempat kerja dan juga ketika bertemu orang
asing lebih suka merendahkan pencapaian, sumbangan atau kemampuan peribadi
mereka. Masyarakat Rusia juga tidak meninggi diri tentang diri mereka manakala
para-para saintis ataupun doktor dikhabarkan sering hidup dengan taraf yang
sederhana. Dominasi dalam tingkah laku kadangkala diterima di kalangan majikan
atau pihak atasan sahaja dan jika datangnya dari rakan sebaya ianya tidak akan
dihargai.

PERBANDINGAN NILAI BUDAYA BERDASARKAN EMPAT DIMENSI UNTUK


KEDUA-DUA NEGARA BESERTA DENGAN CONTOH PRAKTIKAL

Di dalam sesebuah masyarakat yang berlainan kaum, etnik, agama dan bangsa,
mereka mempunyai nilai budaya yang tersendiri mengikut pendekatan masing-masing.
Masyarakat yang berlainan status pula mempunyai dimensi yang berlainan terhadap sesuatu
konflik yang dihadapi. Keempat-empat dimensi Hofstede merupakan masalah utama yang
dihadapi oleh manusia yang mana kesemua dimensi ini digunakan oleh Hofstede untuk
membuat kajian tentang perbezaan budaya yang berpotensi untuk menimbulkan konflik.
Tugasan ini adalah untuk perbandingan nilai budaya berdasarkan empat dimensi bagi negara
Malaysia dan Russia.

a) Jarak Kekuasaan (Power Distance)


Hasil daripada analisis model Hofstede bagi jarak kuasa antara negara
Malaysia dan Russia, Malaysia menunjukkan skor lebih tinggi berbanding Russia.
Walau bagaimanapun, skor Russia hanyalah rendah sedikit berbanding dengan
Malaysia. Maka dengan in ikita dapat lihat bahawa kedua-dua negara menunjukkan
semakin tinggi jarak kuasa, semakin tinggi darjah ketaatan masyarakat terhadap ketua
mereka. Contoh yang boleh diketengahkan untuk Malaysia ialah masyarakat Malaysia
diajar dari kecil untuk lebih menghormati lapisan maysrakat yang lebih muda tanpa
mengira kaum,etnik, agama mahupun bangsa.
Contoh yang dapat dilihat oleh masyarakat Russia adalah hierarki yang
ditunjukkan dalam sesebuah organisasi. Hierarki tersebut menunjukkan jarak
kekuasaan mereka tinggi. Mereka mempunyai bos atau ketua dalam sesebuah
organisasi dan juga orang bawahan yang mana orang bawahan perlulah mengikut
arahan ketua dalam melakukan tugasan mereka.

b) Pengelakan Ketidakpastian (Uncertainty Avoidance)


Hasil daripada analisis model Hofstede bagi dimensi pengelakan
ketidakpastian oleh Malaysia dan Russia menunjukkan Russia lebih tinggi berbanding
Malaysia. Negara Malaysia kurang cenderung kepada pengelakan ketidakpastian. Hal
ini kerana Malaysia kerap dalam mementingkan keselamatan dan cenderung
mengelakkan konflik. Malaysia berusaha menghadapi ketidakpastian tersebut dengan
meningkatkan keselamatan dan mengelakkan risiko semaksimum mungkin. Berbeza
dengan Amerika Syarikat yang menunjukkan emosi dan lebih bertoleransi dengan
perbezaan pendapat dan tingkahlaku kerana tidak merasa terancam dengan sesuatu
perubahan.

c) Individualisme Lawan Kolektivisme (Individualism Versus Collectivism)


Nilai budaya individualistik bermaksud menjaga kepentingan diri sendiri serta
lebih ingin mencapai matlamat sendiri daripada matlamat kumpulan. Manakala bagi
kumpulan pula, mereka akan hanya lebih mementingkan atau mengutamakan
matlamat kumpulan berbanding matlamat individu. Malaysia mendapat skor rendah
untuk kolektivisme dan jurang kuasa luas manakala Russia mendapat skor tinggi
untuk individualis dan jurang kuasa sempit. Tapi kedua-dua negara menunjukkan
mereka cenderung kepada kolektivisme. Masyarakat Malaysia adalah cenderung
berorientasikan kumpulan dan organisasi. Ini kerana kebanyakkan masyarakat di
Malaysia mampu memberikan komitmen yang tinggi dalam sesebuah organisasi
walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan lapisan masyarakat. Masyarakat
Malaysia mementingkan matlamat kebaikan dalam sesuatau institusi berbanding
dengan diri sendiri. Bagi Russia pula, pencapaian dan kebebasan individu adalah
sangat dihargai tetapi mereka masih menitikberatkan kolektivisme. Seperti contoh
merekalebih gemar untuk membahasa mereka dan rakan-rakan mereke sebagai “Kami
dan rakan” bukannya “Saya dan rakan saya”. Halini menunjukkan mereka juga
mempuyai nilai budaya kolektivisme.

d) Kelakian Lawan Kewanitaan (Masculinity Versus Femininity)


Hasil daripada analisis model Hofstede bagi dimensi kelakian lawan
kewanitaan oleh Malaysia dan Russia menunjukkan Malaysia lebih tinggi berbanding
Russia. Jelas di Malaysia mengutamakan ciri-ciri dimensi kelakian berbanding
dimensi kewanitaan. Sebagai contoh di Malaysia, seorang lelaki lebih diberi
kepercayaan untuk menjadi ketua tidak kira sebagai Perdana Menteri, ketua keluarga
mahupun ketua agama. Ini berlandaskan kepada ajaran agama Islam yang mana lelaki
menjadi ketua kepada wanita. Seorang isteri perlu menghormati dan mentaati perintah
suami dan juga seorang rakyat mentaati dan menghormati kepada pemimpinnya
(Lelaki). Manakala di Russia nilai maskulin dan feminine ini tidak ditekankan dan
menganggap semua mempunyai hak yang sama di dalam sesuatu pekerjaan.

NILAI BUDAYA MELALUI EMPAT DIMENSI OLEH GREET HOFSTEDE


TERHADAP CARA KERJA RUSIA DAN MALAYSIA
Sebagaimana yang diketahui, budaya membawa maksud satu cara hidup yang
berkembang atau dimiliki bersama oleh sekelompok manusia atau yang diwarisi dari generasi
ke generasi. Budaya sememangnya terbentuk melalui pelbagai unsur yang mana boleh
termasuk adat, agama, politik, pakaian dan lain-lain lagi. Budaya kadangkala dijadikan
sebagai salah satu jati diri dalam kalangan masyarakat sehinggakan budaya menjadi tunjang
ketamadunan serta kecermelangan masyarakat tersebut. Budaya juga menjadi antara elemen
terpenting dalam membentuk keperibadian malah kadang kala dengan budaya sesuatu
masyarakat akan dipandang tinggi, disanjungi dan dikatakan unik kerana kelainan yang
dipaparkan melalui budaya. Sekiranya dilihat kepada Hofstede, beliau telah melihat budaya
sebagai satu hal yang memprogramkan minda manusia yang mana kebudayaan atau budaya
ini mempunyai empat ciri umum yang perlu diketahui termasuklah budaya merupakan hal
yang dipelajari, tidak ketara, saling berkaitan dan boleh dikongsi (Malaysia, 2019).

Keadaan budaya yang dimiliki oleh sekelompok manusia ini juga sememangnya ada
membawa serba sedikit pengaruh dalam kehidupan manusia tidak kira kehidupan seharian
mahupun kehidupan dalam zaman pekerjaan. Dengan adanya kepelbagaian budaya, maka
wujudlah juga kepelbagaian corak pemerintahan atau interaksi serta perbuatan dalam
organisasi yang mana hal ini serba sebanyak memberi pengaruh dalam meneraju kejayaan
sesebuah organisasi. Dengan melihat kewibawaan yang dibawa oleh pengaruh budaya dalam
organisasi, sebuah penelitian telah dibuat oleh Hofstede yang mana penelitian ini
memfokuskan kepada elemen-elemen yang mempengaruhi perilaku atau situasi dalam
sesebuah organisasi mahupun institusi. Melalui penganalisa ini maka Hofstede sendiri telah
mengeluarkan beberapa dimensi yang sangat membantu dalam mendefinisikan nilai budaya
yang juga membawa pengaruh terhadap keadaan dan nilai sesebuah organisasi serta
pekerjaan.

Dalam penelitian terhadap dimensi budaya yang diketengahkan oleh Hofstede, empat dimensi
yang telah dititikberatkan merangkumi Pengelakan Ketidakpastian (UA), Kelelakian atau
Kewanitaan (M/F), Individualisme atau Kolektivisme (I/C) dan Jarak Kekuasaan (PD).

1. Pengelakan Ketidakpastian (UA) – Dalam suasana pekerjaan di Rusia, pengaruh


dimensi ini terhadap budaya kerja yang dipamerkan adalah sangat tinggi. Organisasi
dengan budaya dimensi ini yang tinggi akan mudah berasa terancam dan akan
berusaha dengan sedaya upaya untuk mewujudkan suasana pekerjaan yang teliti,
berperancangan dan dipenuhi dengan etika kerja serta peraturan yang mampu
menjamin kewibawaan pekerjaan yang akan dilaksanakan. Dalam budaya kerja di
Rusia sendiri dapat dilihat dimensi ini bahkan dipraktikkan dalam penetapan temu
janji bersama rakan kongsi atau sesame syarikat. Setiap syarikat tidak akan
mengambil risiko ketidakpastian atau kebarangkalian janji temu menjadi samara atau
tidak menentu dengan cara menetapkan terlebih awal info berkaitan janji temu yang
akan dilaksanakan. Janji temu juga akan terus diingatkan serta didapatkan maklum
balas atau maklumat lanjut bagi memastikan segala urusan dapat diselesaika
sebagaimana yang dirancangkan. Contoh lain juga dapat dilihat apabila Rusia sangat
menekankan elemen dalam membuat keputusan yang mana Rusia sangat menekankan
kaedah bermesyuarat yang formal bagi membincangkan segala isu atau perkara yang
berkaitan.
Berbeza dengan Malaysia, kadar pengelakan ketidakpastian di Malaysia
adalah pada tahap yang rendah yang mana kebanyakkan syarikat dan budaya kerja di
Malaysia adalah sangat bergantungan dengan keadaan kepercayaan terhadap sesuatu
perkara. Melalui kepercayaan ini telah mewujudkan keyakinan oleh individu
mahupun organisasi untuk menyangkal segala bentuk ketidakpastian yang boleh
meruntuhkan kepercayaan terhadap sesuatu elemen. Keadaan ini sememangnya
amatlah baik namun kadang kala boleh mewujudkan hal buruk lain untuk berlaku
termasuklah pecah amanah dan sebagainya. Dengan keadaan sebegini telah
mewujudkan satu budaya kerja suka berlengah atau konsep endah tidak endah
terhadap sebarang bentuk kerja yang diberikan. Namun begitu, keadaan pengelakan
kepastian yang rendah ini jualah yang banyak membantu dalam mewujudkan budaya
kerja saling mempercayai antara satu sama lain selain mampu membina ikatan
silaturrahim yang lebih baik dalam organisasi.

2. Kelelakian atau Kewanitaan (M/F) – Dimensi bagi kelelakian dan kewanitaan ini
menerangkan tentang kepentingan serta peranan jantina dalam mewujudkan suatu
budaya kerja di sesebuah kawasan atau negara. Sesetengah kerja menekankan
pengambilan jantina lelaki sebagai yang utama kerana sifat atau nilai yang wujud
dalam diri lelaki seperti berdaya saing, ketegasan dan lain-lain lagi manakala terdapat
pekerjaan pula yang menjadikan jantina wanita sebagai yang utama kerana sifat dan
keperibadian yang ada pada wanita tersebut. Dalam suasa pekerjaan di Rusia, status
bagi kelelakian dan kewanitaan memainkan peranan penting serta menjadi
penyumbang terhadap kebudayaan yang wujud dalam organisasi dan tempat kerja. Di
Rusia, peraturan mahupun undang-undang yang melimitasikan penglibatan
perempuan atau wanita dalam beberapa bidang pekerjaan telah dikuatkuasakan
dengan tujuan untuk memberi peluang kepada lelaki selain melindungi kepentingan
serta hak wanita terutamanya bagi pekerjaan yang berbahaya. Budaya pekerjaan di
Rusia juga kadangkala memberi keutamaan kepada lelaki dan menitikberatkan jantina
dalam pelaksaan sesebuah pekerjaan.
Hal ini sangat berlainan dengan keadaan budaya kerja di Malaysia yang mana
kelainan jantina seperti lelaki dan perempuan bukanlah menjadi suatu hal yang perlu
dilimitasikan. Kesemua pekerjaan di Malaysia memberikan tawaran pekerjaan yang
adil dan saksama meskipun terdapat kelainan jantina. Dengan terjadinya hal seperti
ini, maka kesemua masyarakat boleh bekerjasama dan bersatu dalam sesebuah
organisasi tanpa memandang kepada sifat kelebihan serta kekurangan jantina itu
sendiri. Pada hakikatnya, peluang yang wujud di Malaysia ini membolehkan setiap
individu berusaha keras dalam pelbagai bidang pekerjaan bagi menyara kehidupan
serta mendapatkan sumber ekonomi yang lebih baik.

3. Individualisme dan Kolektivisme – Dimensi ini telah diterangkan sebagai sejauh


mana seseorang mampu berfungsi dalam organisasi sama ada sebagai satu individua
tau satu kumpulan. Dalam kelompok masyarakat yang individualism, mereka akan
mementingkan pencapaian individu manakala masyarakat yang kolektivisme akan
lebih mementingkan pencapaian pada peringkat kumpulan. Di Malaysia dan Rusia,
dimensi ini telah memberikan pengaruh terhadap kebudayaan tempat kerja negara-
negara ini yang mana dimensi ini wujud dengan lebih jelas mengikut jenis pekerjaan
yang dilaksanakan. Dalam pekerjaan yang berbentuk pertahanan negara, sudah
semestinya kolektivisme menjadi hal yang dititikberatkan yang mana setiap individu
akan bekerja bersama sekumpulan dalam memastikan matlamat dalam
mempertahankan negara mampu dicapai. Sekiranya dalam pekerjaan dibahagian
pertahanan mempunyai sifat individualisme, sudah semestinya benteng pertahanan
sesebuah negara akan mudah sekali untuk dirobohkan dan musuh akan mudah untuk
menyerang balas terutamanya negara Rusia yang mana pertahanan menjadi
keutamaan memandangkan Rusia antara negara terkuat di seantero dunia.
Individualisme akan lebih kerap dilihat pada pekerjaan yang membolehkan seseorang
dianugerahkan dengan gelaran pekerja terbaik selain ingin mempertahankan posisi
jawatan yang dipegang. Individualisme membolehkan seseorang menjadi individu
baik di tempat kerja atau sebaliknya. Individualisme mampu mewujudkan persaingan
yang sihat malah mewujudkan suasana kerja yang efektif dan berkesan melalui
cetusan idea pelbagai individu yang cuba untuk memberikan yang terbaik.

4. Jarak Kekuasaan (PD) – Jarak kekuasaan adalah satu tahap yang mana masyarakat
berhadapan dengan perbezaan kuasa yang wujud diantara manusia. Dimensi ini tidak
dapat dicanggah lagi yang mana ianya amat memberi pengaruh dalam suasana kerja
bagi kedua-dua buah negara seperti Malaysia dan Rusia. Di Rusia, sistem hierarki
telah diguna pakai dalam sesebuah organisasi yang mana penentuan seseorang ketua
atau yang berjawatan tinggi itu ditentukan melalui umur, pengalaman dan jawatan
yang disandang. Pada dasarnya, perbezaan kekuasaan ini adalah untuk mewujudkan
pemimpin selain yang dipimpin lebih mudah untuk dikendalikan. Hierarki dalam
organisasi akan memudahkan serta melancarkan perjalanan organisasi. Apabila wujud
hierarki, maka sudah semestinya status, pendapatan serta gaya hidup akan menjadi
lain diantara tiap satunya.
Di Malaysia, sistem perbezaan kekuasaan ini menjadi satu perkara biasa dalam
budaya kerja dan sangat diamalkan dalam organisasi. Melalui perbezaan kuasa ini
akan wujud rasa hormat diantara pekerja dan majikan selain tanggungjawab serta
bidang tugas akan menjadi berbeza. Sebagai seorang ketua, menjadi tanggungjawab
mereka untuk membimbing dan memantau segala perlakuan pekerjaan yang berlaku
dalam organisasi. Sesungguhnya, semakin tinggi jawatan yang dimiliki maka akan
menjadi semakin besarlah tanggungjawab serta amanah yang akan dipikul bagi
memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Di Malaysia dan Rusia, perbezaan
kekuasaan bukanlah menjadi satu sebab berlakunya penindasan dalam pekerjaan
tetapi menjadi satu kemudahan bagi organisasi dalam membahagikan tugas serta
memantau kelancaran kerja dalam sesebuah organisasi.

Kesimpulan

Sepertimana yang diketahui, Rusia dan Malaysia merupakan dua jenis benua yang
berbeza dan dipisahkan dengan keadaan geografi yang berbeza, justeru sudah semestinya
nilai budaya yang diterapkan juga akan menjadi berbeza. Perbezaan-perbezaan ini telah
menjadikan dua negara mempunyai cara atau gaya pengamalan kebudayaan yang tersendiri
meskipun cuba untuk dihubungkaitkan dengan penelitian dimensi budaya yang telah
diketengahkan oleh Hofstede. Dimensi yang telah diketengahkan ini sudah semestinya
berpunca daripada penganalisian terhadap perbezaan budaya yang wujud dalam kalangan
masyarakat di seluruh dunia. Dimensi-dimensi ini telah membuktikan bagaimana nilai
budaya dapat dicipta malahan bagaimana ianya mampu membawa kepada kesan terhadap
kehidupan manusia.

Jika mampu dilihat secara umumnya, dimensi mampu untuk dibuktikan melalui
pengamalan budaya itu sendiri seperti dimensi kelelakian dan kewanitaan yang mana budaya
bagi kaum lelaki justeru berbeza dengan budaya yang diamalkan oleh kaum wanita. Terdapat
sesetengah budaya yang diamalkan adalah bertepatan dengan sifat atau ciri yang wujud dalam
diri wanita selain terdapat juga budaya yang lebih berkepentingan bagi kaum lelaki.
Perjarakan kekuasaan juga telah melahirkan satu bentuk kebudayaan yang berbeza dan ini
jelas dilihat melalui budaya golongan kebanyakkan serta budaya golongan biasa. Selain
memberi impak kepada kehidupan, dimensi yang telah dipaparkan sangat boleh digunapakai
untuk menilai atau melihat bagaimana ianya mampu membawa pengaruh dalam kehidupan
alam pekerjaan masyarakat di Rusia dan Malaysia. Kesemua dimensi ini wujud dalam
pengaruh pekerjaan yang mana telah menjadikan pekerjaan yang dilaksanakan mempunyai
nilai atau peraturan yang tersendiri berdasarkan pengaruh budaya yang dipraktikkan.

Sesungguhnya, dimensi budaya ini bukanlah satu perkara yang perlu diambil kira
acuh tidak acuh tetapi ianya jelas telah menggambarkan situasi sebenar kebudayaan yang
telah diamalkan sebagai salah satu norma kehidupan masyarakat. Kebudayaan menjadi
sebahagian elemen utama dalam kehidupan manusia sekaligus membantu dalam mewujudkan
keperibadian, etika dan ketamadunan dalam hidup manusia. Dimensi yang telah dibincangkan
dalam tugasan ini jelas telah menunjukkan bahawa nilai budaya yang wujud adalah sangat
mempengaruhi dan boleh dihubungkait dengan dimensi sepertimana yang dihuraikan oleh
Hofstede.

Rujukan

Country Comparison - Hofstede Insights. (n.d.-a). Retrieved October 1, 2020, from


https://www.hofstede-insights.com/country-comparison/malaysia/

Country Comparison - Hofstede Insights. (n.d.-b). Retrieved October 1, 2020, from


https://www.hofstede-insights.com/country-comparison/russia/
How Russia Makes Its Money. (n.d.). Retrieved October 1, 2020, from
https://www.investopedia.com/articles/investing/040414/how-russia-makes-its-money-
and-why-it-doesnt-make-more.asp

Malaysia, O. U. (2019). Topik 3: Persekitaran Budaya. 1–24.


https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

Mustaffa, J. (2007). Aspek Keselamatan Awam Dalam Pembentukan Bandar Selamat Di


Malaysia: Kajian Kes Alor Star, Kedah.

You might also like