Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Kerangka undang-undang

▪ Undang-undang syarikat di Malaysia ditadbir oleh Akta Syarikat 20161 (selepas


ini dirujuk sebagai Akta Syarikat sahaja). Akta ini menggantikan secara total Akta
Syarikat 19652.

▪ Akta Syarikat 2016 diwartakan pada 15 September 2016 dan mula dikuatkuasakan
pada 31 Januari 2017. Ia mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pentadbiran
dan pembubaran syarikat serta perkara-perkara yang berkaitan.

▪ Di samping itu, Peraturan-Peraturan Syarikat 20173 turut dikuatkuasakan dan


SSM juga telah mengeluarkan Arahan Amalan4 (contohnya Arahan Amalan
1/2017) dan Garis Panduan5 (contohnya Garis Panduan Mengenai Nama
Syarikat dan Garis Panduan Mengenai Syarikat Berhad Menurut Jaminan)
sebagai penjelasan tambahan mengenai perundangan syarikat.

▪ Selain daripada itu, statut lain yang turut dirujuk dalam konteks undang-undang
syarikat ialah Akta Skim Kepentingan 20166, Peraturan-Peraturan Skim
Kepentingan 20177, Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 20018, Akta
Suruhanjaya Sekuriti 19939 dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan
200710.

▪ Bagi syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, syarikat ini turut tertakluk kepada
Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia.

Takrif syarikat

▪ Menurut seksyen 2 Akta Syarikat, “syarikat” ertinya suatu syarikat yang


diperbadankan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang
bertulis terdahulu yang bersamaan.

▪ Ertinya, sesuatu syarikat itu hanya tertubuh apabila ia diperbadan dan didaftarkan
menurut prosedur yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 2016.

1 Akta 777
2 Akta 125
3 Suatu peraturan yang dibuat oleh Menteri berdasarkan kuasa yang diberikan oleh seksyen 613 Akta Syarikat 2016.
4 Suatu arahan amalan yang dibuat oleh SSM berdasarkan kuasa yang diberikan oleh seksyen 20C Akta Suruhanjaya Syarikat
Malaysia 2001 dan seksyen 610 Akta Syarikat 2016.
5 Suatu garis panduan yang dibuat oleh SSM berdasarkan kuasa yang diberikan oleh seksyen 20C Akta Suruhanjaya Syarikat
Malaysia 2001.
6 Akta 778 - suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pentadbiran dan pembubaran skim yang berhubung
dengan kepentingan dan perkara yang berkaitan.
7 Suatu peraturan yang dibuat oleh Menteri berdasarkan kuasa yang diberikan oleh seksyen 90 Akta Skim Kepentingan 2016.
8 Akta 614 - suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menyediakan fungsi
dan kuasanya serta segala hal yang berkait dengannya.
9 Akta 498 - suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, menyediakan fungsi
dan kuasanya serta segala hal yang berkait dengannya.
10 Akta 671 - suatu Akta yang menggabungkan Akta Perindustrian Sekuriti 1983, Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 dan
Bahagian IV Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 yang berkait dengan aktiviti penjanaan dana dalam pasaran modal dan hal-hal
yang berhubung dengannya.
Jenis-jenis syarikat

▪ Syarikat boleh dikategorikan kepada beberapa jenis mengikut sifat dan tanggungan
ahli-ahlinya. Berdasarkan seksyen 10(1) Akta Syarikat, sesuatu syarikat boleh
diperbadankan sebagai –

(a) suatu syarikat berhad menurut syer;


(b) suatu syarikat berhad menurut jaminan; atau
(c) suatu syarikat tidak berhad.

▪ Selain daripada itu, berdasarkan seksyen 11 Akta Syarikat, syarikat juga boleh
wujud dalam bentuk syarikat persendirian atau syarikat awam.

▪ Sesuatu syarikat tidak berhad boleh bertukar kepada syarikat berhad menurut
prosedur yang ditetapkan oleh seksyen 40 Akta Syarikat. Begitu juga, sesuatu
syarikat awam yang mempunyai modal syer boleh bertukar kepada syarikat
persendirian berdasarkan prosedur di bawah seksyen 41 Akta Syarikat.

Syarikat berhad menurut syer

▪ Sesuatu syarikat adalah berhad menurut syer jika liabiliti anggotanya terhad
kepada amaun, jika ada, tidak berbayar atas syer yang dipegang oleh anggota itu.11

▪ Syarikat berhad menurut syer hendaklah sama ada suatu syarikat persendirian atau
syarikat awam.12

CONTOH

Ah Seng Budin Chandran

- Beli syer bernilai - Beli syer bernilai - Beli syer bernilai


RM30,000 RM50,000 RM15,000
- Sudah bayar - Sudah bayar - Sudah bayar penuh
RM20,000 RM30,000 - Tiada baki belum
- Baki belum bayar - Baki belum bayar bayar
ialah RM10,000 ialah RM20,000

Nota:

➢ Apabila berlaku penggulungan, likuidator/penyelesai hanya boleh tuntut


RM10,000 daripada Ah Seng dan RM20,000 daripada Budin.

➢ Likuidator tidak boleh menuntut apa-apa amaun lagi daripada Chandran.

11 Seksyen 10(2) Akta Syarikat


12 Seksyen 11(1) Akta Syarikat
Syarikat berhad menurut jaminan

▪ Sesuatu syarikat adalah berhad menurut jaminan jika liabiliti anggotanya terhad
kepada apa apa amaun yang diaku janji oleh anggotanya untuk menyumbang
sekiranya syarikat itu digulungkan.13

CONTOH

Klausa dalam Perlembagaan syarikat boleh memperuntukkan bahawa “Tiap-tiap


anggota syarikat pada masa dia menjadi anggota bersetuju memberi sumbangan
kepada syarikat ini untuk membayar hutang-hutang dan tanggungan-tanggungan
apabila ia digulungkan dengan syarat bahawa sumbangan anggota itu tidak
melebihi RM ....................”

▪ Ia tidak boleh dibentuk dengan modal syer.14 Syarikat ini memperoleh modal
daripada sumbangan orang ramai yang tidak mengharapkan sebarang pulangan
daripada sumbangan tersebut.

▪ Syarikat berhad menurut jaminan hendaklah merupakan suatu syarikat awam.15

▪ Menurut seksyen 45 Akta Syarikat, syarikat berhad menurut jaminan boleh


dibentuk dengan tujuan untuk menyediakan rekreasi atau hiburan, menggalakkan
perdagangan dan industri, menggalakkan seni, menggalakkan sains, menggalakkan
agama, menggalakkan kebajikan, menggalakkan skim pencen atau persaraan atau
menggalakkan apa-apa tujuan lain yang bermanfaat kepada masyarakat atau
negara.

Syarikat tidak berhad

▪ Sesuatu syarikat ialah syarikat tidak berhad jika tiada had ke atas liabiliti
anggotanya.16

▪ Ia masih menjadi suatu perbadanan yang wujud secara berasingan dengan anggota-
anggotanya. Hutangnya masih hutangnya sendiri, begitu juga dengan hartanya.
Walau bagaimanapun, jika ia tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk
membayar hutang-hutangnya, maka anggota-anggotanya adalah bertanggungan
tanpa had.

▪ Suatu syarikat tidak berhad hendaklah sama ada suatu syarikat persendirian atau
syarikat awam.17

13 Seksyen 10(3) Akta Syarikat


14 Seksyen 12 Akta Syarikat
15 Seksyen 11(2) Akta Syarikat
16 Seksyen 10(4) Akta Syarikat
17 Seksyen 11(3) Akta Syarikat
Syarikat persendirian atau syarikat awam

▪ Berdasarkan seksyen 2 Akta Syarikat, “syarikat persendirian” ertinya –

(a) mana-mana syarikat yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini
merupakan suatu syarikat persendirian di bawah mana-mana undang-undang
bertulis terdahulu yang bersamaan;
(b) mana-mana syarikat yang diperbadankan sebagai suatu syarikat persendirian
di bawah Akta ini; atau
(c) mana-mana syarikat yang bertukar menjadi suatu syarikat persendirian di
bawah seksyen 41,

iaitu suatu syarikat yang tidak terhenti menjadi suatu syarikat persendirian di
bawah seksyen 42.

▪ Syarikat persendirian yang dihadkan oleh syer mempunyai ciri berikut:

(i) Pemegang syer tidak lebih daripada 50 orang;18


(ii) Menyekat pemindahan syernya;19
(iii) Tidak boleh menawarkan kepada orang awam apa-apa syer atau
debenturnya;20
(iv) Tidak boleh mengumpukkan atau bersetuju untuk mengumpukkan apa-
apa syer atau debenturnya dengan tujuan untuk menawarkan sekuriti
itu kepada orang awam;21
(v) Tidak boleh mempelawa orang awam mendeposit wang dengannya bagi
tempoh yang ditetapkan atau kena dibayar apabila dituntut, sama ada
mempunyai faedah atau tanpa faedah.22

▪ Ini bermakna, mana-mana syarikat yang tidak menepati ciri-ciri di atas adalah
syarikat awam.23

▪ Suatu syarikat awam berhad mestilah mempunyai perkataan “Berhad” atau “Bhd.”
pada penghujung namanya.24 Jika ia adalah syarikat persendirian, ia mestilah
mempunyai perkataan “Sendirian” atau “Sdn.” sebelum perkataan “Berhad” atau
“Bhd.” sebagai sebahagian daripada namanya.25

▪ Selain daripada itu, terdapat juga “syarikat persendirian terkecuali” yang


merupakan suatu syarikat persendirian yang dalam syernya tiada kepentingan
benefisial dipegang sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana
perbadanan. Ia mempunyai tidak lebih daripada dua puluh anggota yang
kesemuanya bukan suatu perbadanan.26

18 Seksyen 42(1)(a) Akta Syarikat


19 Seksyen 42(2) Akta Syarikat
20 Seksyen 43(1)(a) Akta Syarikat
21 Seksyen 43(1)(b) Akta Syarikat
22 Seksyen 43(1)(c) Akta Syarikat
23 Seksyen 2 Akta Syarikat
24 Seksyen 25(1)(a) Akta Syarikat
25 Seksyen 25(1)(b) Akta Syarikat
26 Seksyen 2 Akta Syarikat
Syarikat subsidiari dan syarikat pemegangan

Takrif syarikat subsidiari dan syarikat pemegangan

▪ Seksyen 4(1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa sesuatu perbadanan


hendaklah disifatkan sebagai suatu subsidiari perbadanan yang lain (syarikat
pemegangan), tetapi hanya jika –

(a) syarikat pemegangan itu –


(i) mengawal keanggotaan lembaga pengarah syarikat subsidiari;
(ii) mengawal lebih daripada setengah kuasa mengundi syarikat subsidiari;
atau
(iii) memegang lebih daripada setengah keseluruhan jumlah syer
dikeluarkan syarikat subsidiari, tidak termasuk mana-mana bahagian
modal syer yang terdiri daripada syer keutamaan; atau
(b) syarikat subsidiari itu ialah suatu subsidiari mana-mana perbadanan yang
menjadi subsidiari syarikat pemegangan itu.

▪ Bagi maksud subperenggan (1)(a)(i), keanggotaan sesuatu lembaga pengarah


syarikat subsidiari hendaklah disifatkan dikawal oleh suatu syarikat pemegangan
jika syarikat pemegangan itu boleh melantik atau memecat kesemua atau
majoriti pengarah dalam syarikat subsidiari itu.

▪ Syarikat pemegangan itu hendaklah disifatkan mempunyai kuasa untuk


membuat pelantikan sedemikian jika –

(a) seseorang tidak boleh dilantik sebagai pengarah tanpa kelulusan oleh
syarikat pemegangan itu; atau
(b) pelantikan seseorang sebagai pengarah adalah berikutan daripada
kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai dalam syarikat
pemegangan itu. 27

▪ Ringkasnya, sesuatu syarikat itu merupakan syarikat subsidiari jika –

(i) Keanggotaan lembaga pengarahnya dikuasai syarikat lain (sek.


4(1)(a)(i))
(ii) Lebih separuh kuasa mengundinya dikuasai syarikat lain (sek.
4(1)(a)(ii))
(iii) Lebih separuh daripada keseluruhan jumlah syer yang dikeluarkannya
(tidak termasuk syer keutamaan) dipegang oleh syarikat lain (sek.
4(1)(a)(iii))
(iv) Ia merupakan subsidiari kepada syarikat subsidiari kepada syarikat
lain (sek. 4(1)(b))

27 Seksyen 4(2) Akta Syarikat


RAJAH 1

HMO Bhd

55% (jumlah syer)


kawal BOD

ABC Sdn Bhd GHI Sdn Bhd

53% (kuasa mengundi)

DEF Bhd

Nota:

➢ HMO Bhd ialah syarikat pemegangan kepada ABC Sdn Bhd kerana menguasai
keanggotaan lembaga pengarah. Maka, ABC Sdn Bhd merupakan syarikat subsidiari
kepada HMO Bhd. (sek. 4(1)(a)(i))

➢ ABC Sdn Bhd ialah syarikat pemegangan kepada DEF Bhd kerana mengawal lebih
separuh kuasa mengundi dalam DEF Bhd. Justeru, DEF Bhd merupakan syarikat
subsidiari kepada ABC Sdn Bhd. (sek. 4(1)(a)(ii))

➢ HMO Bhd juga merupakan syarikat pemegangan kepada GHI Sdn Bhd kerana
memegang lebih separuh daripada keseluruhan jumlah syer yang dikeluarkan
(tidak termasuk syer keutamaan) oleh GHI Sdn Bhd. (sek. 4(1)(a)(iii))

➢ HMO Bhd turut merupakan syarikat pemegangan kepada DEF Bhd; dan DEF Bhd
ialah syarikat subsidiari kepada HMO Bhd. Ini kerana DEF Bhd ialah syarikat
subsidiari kepada ABC Sdn Bhd yang merupakan syarikat subsidiari kepada HMO
Bhd. (sek. 4(1)(b))

Takrif syarikat pemegangan muktamad

▪ Berdasarkan seksyen 5 Akta Syarikat, sesuatu perbadanan itu hendaklah


disifatkan sebagai syarikat pemegangan utama perbadanan yang lain jika –

(a) perbadanan yang lain itu ialah suatu subsidiari perbadanan itu; dan
(b) perbadanan itu sendiri bukan suatu subsidiari bagi mana-mana
perbadanan.

Nota:

Dalam RAJAH 1 di atas, HMO Bhd ialah syarikat pemegangan muktamad kerana
ia mempunyai syarikat subsidiari (sek 5(a)) dan ia sendiri bukan subsidiari
kepada mana-mana perbadanan (sek 5(b)).
Takrif subsidiari milik penuh

▪ Seksyen 6 Akta Syarikat menjelaskan bahawa sesuatu perbadanan ialah


suatu “subsidiari milik penuh” perbadanan yang lain jika perbadanan itu tidak
mempunyai anggota kecuali –

(a) perbadanan yang lain itu atau penamanya; atau


(b) subsidiari milik penuh perbadanan yang lain itu atau penamanya.

RAJAH 2

OPQ Bhd

100% (keanggotaan)
100% (keanggotaan)

LMN Bhd

RST Bhd

Nota:

LMN Bhd merupakan subsidiari milik penuh syarikat OPQ Bhd jika semua
anggota LMN Bhd merupakan:

(i) OPQ Bhd;


(ii) Penama OPQ Bhd;
(iii) Subsidiari milik penuh OPQ Bhd yang lain (katakan RST Bhd), yang mana
keanggotaan RST Bhd terdiri daripada OPQ Bhd atau penamanya;
(iv) Penama RST.

Perkaitan antara perbadanan

▪ Menurut seksyen 7 Akta Syarikat, sesuatu perbadanan disifatkan sebagai


berkaitan antara satu sama lain jika –

(a) perbadanan itu ialah syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain;
(b) perbadanan itu ialah subsidiari suatu perbadanan yang lain; atau
(c) perbadanan itu ialah subsidiari syarikat pemegangan suatu perbadanan
yang lain.
RAJAH 3

AAA Sdn Bhd

52% 100%

BBB Sdn Bhd CCC Sdn Bhd

100%

DDD Bhd
100% 48% BOD

EEE Bhd FFF Sdn Bhd GGG Sdn Bhd

80% 100%

HHH Bhd JJJ Bhd

Nota:

1) Syarikat subsidiari kepada AAA Sdn Bhd ialah:

a. BBB Sdn Bhd


b. DDD Sdn Bhd
c. CCC Sdn Bhd
d. EEE Bhd
e. GGG Sdn Bhd
f. JJJ Bhd

2) Syarikat subsidiari milik penuh AAA Sdn Bhd ialah:

a. CCC Sdn Bhd


b. EEE Bhd

3) Syarikat pemegangan muktamad bagi JJJ Bhd ialah AAA Sdn Bhd.

4) Syarikat pemegangan muktamad bagi HHH Bhd ialah FFF Sdn Bhd.

5) Syarikat yang mempunyai perkaitan dengan BBB Sdn Bhd ialah:

a. Syarikat pemegangan BBB Sdn Bhd ialah AAA Sdn Bhd

b. Syarikat subsidiari BBB Sdn Bhd ialah DDD Bhd


c. Syarikat subsidiari kepada syarikat pemegangan BBB Sdn Bhd (iaitu
subsidiari kepada AAA Sdn Bhd) ialah:

i. CCC Sdn Bhd


ii. EEE Bhd
iii. GGG Sdn Bhd
iv. JJJ Bhd

Syarikat asing

▪ Berdasarkan seksyen 2 Akta Syarikat, “syarikat asing” ertinya –

(a) suatu syarikat, perbadanan, pertubuhan, persatuan atau badan lain


yang diperbadankan di luar Malaysia; atau
(b) suatu pertubuhan, persatuan atau badan lain yang tidak diperbadankan
yang di bawah undang-undang tempat asalnya boleh membawa guaman
atau dibawa guaman terhadapnya, atau memegang harta atas nama
setiausaha atau pegawai lain badan atau persatuan itu yang dilantik
dengan sewajarnya bagi maksud itu dan yang tidak mempunyai ibu
pejabat atau tempat utama perniagaannya di Malaysia.

▪ Ini bermakna, syarikat asing tidak perlu diperbadankan di Malaysia menurut


prosedur Akta Syarikat. Namun begitu, syarikat asing tidak boleh
menjalankan perniagaan di Malaysia melainkan jika syarikat asing itu
didaftarkan sebagai syarikat asing di bawah Akta Syarikat.28

▪ “Menjalankan perniagaan” termasuklah mengadakan atau menggunakan


pejabat pemindahan syer atau pendaftaran syer atau mentadbir, mengurus atau
selainnya berurus niaga dengan harta yang terletak di Malaysia sebagai seorang
ejen, wakil diri di sisi undang-undang, atau pemegang amanah, sama ada oleh
pekhidmat atau ejen atau selainnya. 29

© HAK CIPTA TERPELIHARA


HARLINA MOHAMED ON
2020

28 Seksyen 561(1) Akta Syarikat


29 Seksyen 561(3) Akta Syarikat

You might also like