Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

0 Tajuk Inovasi : Tee and Ball Roller

2.0 Objektif inovasi

2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dari segi batting dalam sukan sofbol, besbol dan
kriket.
2.2 Memudahkan pelajar serta para jurulatih untuk memperoleh semula bola yang telah
dipukul.
2.3 Menjadi antara alat bantu mengajar yang mampu diperoleh dengan harga yang lebih
murah.

3.0 Kedudukan sebelum inovasi

3.1 Tee yang terhad untuk digunakan


Tee yang terdapat dipasaran adalah mahal dan sukar untuk diperoleh. Ini
memberikan impak kepada sekolah yang tidak mempunyai fasiliti yang mencukupi
serta memberikan beban kepada mereka yang berada di luar bandar. Para pelajar
terpaksa menunggu giliran yang lama untuk menggunakan Tee yang terhad
bilangannya. Dalam pada itu, bilangan bola yang terhad menyukarkan pelajar untuk
berkongsi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Bola yang mahal
menyebabkan hal ini terus berlaku.

3.2 Guru menggunakan kaedah pembelajaran konservatif


P&P dilaksanakan dengan penggunaan buku teks sahaja kerana kurangnya alat
bantu mengajar dalam kelas. P&P yang seharusnya dilaksanakan di luar kelas
terpaksa dijalankan dalam bilik darjah sahaja. Sebilangan guru juga bertindak untuk
mencari inisiatif lain bagi menggantikan Tee. Pengunaan Kon dijalankan disekolah
untuk dijadikan Tee. Namun begitu, faktor keselamatan pelajar harus diambil kira.
Sekiranya Kon yang dipukul pecah, ianya akan mendatangkan bahaya kepada
pelajar akibat daripada muncung yang tajam. Ini sekaligus merugikan sekolah
kerana harus membeli Kon berulang kali bagi menggantikan Kon yang rosak.
3.3 Masa P&P lebih banyak digunakan untuk mengambil bola yang dipukul
Dalam sesi P&P, bola yang dipukul berpotensi untuk terbang dalam jarak yang jauh.
Ini menyukarkan guru untuk meneruskan sesi P&P kerana pelajar akan mengambil
masa yang agak lama untuk mengambil bola kembali. Keadaan ini akan
menyebabkan aktiviti yang dijalankan dalam sesi P&P adalah terhad.

4.0 Masalah yang dihadapi

4.1 Harga Tee dipasaran yang tinggi


Mengikut survey harga bagi satu Tee yang terdapat dipasaran adalah berharga tidak
kurang daripada Dua Ratus Ringgit Malaysia. Sekiranya sebuah sekolah
memerlukan sebanyak 10 Tee, maka sebanyak Seribu Ringgit Malaysia harus
dibelanjakan untuk membeli Tee tersebut. Ini adalah beban kepada pihak sekolah
khususnya kepada sekolah yang berada di luar bandar. Bantuan daripada kerajaan
sedikit sebanyak membantu. Namun begitu, hanya segelintir sekolah yang akan
diberikan bantuan tersebut.

4.2 Bilangan Tee yang terhad


Akibat daripada kekurangan sumber kewangan untuk membeli Tee, pihak sekolah
terpaksa bertindak untuk menyediakan Tee dalam jumlah yang kecil. Misalnya, pihak
sekolah hanya membeli Tee sebanyak 5 Tee sahaja, dengan purata pelajar dalam 1
kelas adalah 40 orang pelajar, ini akan menghasilkan nisbah pengunaan Tee dalam
kelas sebanyak 1 Tee: 8 Pelajar. Ini adalah perkara yang merunsingkan kerana
berlakunya kebarangkalian pelajar tidak akan dapat mendalami sesi P&P yang
dijalankan akan meningkat.

4.3 Masa P&P tidak dapat dimanfaatkan dengan baik


Bilangan Tee yang terhad menyebabkan masa yang lama diambil untuk semua
pelajar dalam mengambil bahagian dalam menggunakan Tee. Sekiranya aktiviti
Pukulan Asas dijalankan dalam P&P, semua pelajar haruslah melakukan amali yang
sepatutnya. Demonstrasi yang diberikan oleh guru sahaja adalah tidak mencukupi
untuk memberikan pemahaman kepada pelajar. Akibat daripada bilangan Tee yang
terhad, lebih banyak masa akan digunakan untuk menjalankan 1 aktiviti sahaja.
Peralihan daripada satu aktiviti kepada yang seterusnya akan mengambil masa yang
lama.

4.4 Tee sukar dibawa


Tee yang berada dipasaran bersaiz besar dan berat. Ianya agak sukar untuk dibawa.
Keadaan ini akan membebankan pelajar untuk membawa Tee kemana sahaja.
Beban sebanyak 4KG harus dibawa oleh pelajar untuk menggerakkan Tee.

4.5 Masa yang lama diambil untuk mendapatkan bola


Bola yang dipukul oleh pelajar terbang dalam jarak yang jauh akan menyebabkan
pelajar harus bergerak dalam jarak yang jauh untuk mengambil bola kembali. Ekoran
daripada jarak yang jauh, ini sekaligus akan menyebabkan masa yang lebih lama
akan diambil untuk memperoleh bola kembali.

5.0 Inovasi yang dijalankan

5.1 Peralatan yang sesuai

1. Paip PVC ½” – Paip PVC digunakan sebagai stand kerana mudah didapati
berbanding paip besi yang lebih berat dan mahal. Pada masa yang sama, paip
PVC tahan lebih lama kerana tidak akan berkarat walaupun terkena lembapan
ataupun air kerana aktiviti yang dilakukan adalah dipadang.

2. Blower – Blower yang dipilih diperbuat daripada getah. Blower berfungsi sebagai
tapak untuk menampung bola. Bahan getah dipilih tidak akan merosakkan bat
sekiranya pelajar terpukul pada blower.

3. Pita paip – Pita paip digunakan sebagai alatan untuk mencengkam paip pada
hos, dan hos pada blower.

4. Adjuster – Sebagai pelaras ketinggian tee kerana ketinggian pelajar adalah


berbeza.
5. Kotak plastik – Kotak plastik digunakan sebagai tapak kepada tee. Kotak plastik
ini dipilih kerana mempunyai penutup dan boleh di isi air sebagai pemberat.
Anggaran isipadu air yang boleh memenuhi kotak plastic ini ialah 5 kilogram.
Apabila selesai menggunakan tee, air boleh dibuang dan memudahkan tee untuk
diangkat dan disimpan semula oleh pelajar atau guru.

6. Paip getah – Digunakan sebagai penyambung antara paip PVC dan blower.

Deskripsi Ball Roller


1. Tali tangsi – Digunakan sebagai pengikat antara bola dan ball roller. Tangsi
digunakan kerana cirinya yang halus. Ini tidak akan menjejaskan berat bola
sekiranya pelajar memukul bola tersebut.

2. Roller – Tali tangsi disambungkan pada roller berfungsi sebagai penarik bola
apabila bola yang dipukul terbang jauh. Idea roller adalah untuk memudahkan
guru dan pelajar agar tidak perlu berjalan untuk mengambil boal yang jauh
justeru masa P&P dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti seterusnya.

3. Cangkuk – Digunakan sebagai penyambung tali tangsi dan bola. Cangkuk akan
dibenamkan pada bola manakala tali tangsi akan diikat pada cangkuk tersebut.

4. Loceng – Berperanan sebagai penanda. Digunakan sebagai alternatif apabila


tali tangsi putus, pelajar dan guru dapat mengetahui lokasi bola tersebut.

5. Bola – Bola tenis dipilih sebagai alternatif. Ini kerana harga bola tenis adalah
lebih murah berbanding bola sofbol dan mempunyai saiz yang hampir sama.
5.2 Kos Perbelanjaan

Tee

No. Alat Harga per unit Harga


(RM) (RM)
1. Paip PVC 2.50 x 2 5
2. Blower 5x1 5
3. Pita Paip 3x1 3
4. Adjuster 5x1 5
5. Kotak plastik 6x1 6
6. Paip getah 8x1 8
Jumlah 32

Ball Roller

No. Alat Harga per unit Harga


(RM) (RM)
1. Tali tangsi 5x1 5
2. Roller 3x1 3
3. Cangkuk 3x1 3
4. Lonceng 2x1 2
5. Bola 5x1 5
Jumlah 18

Jumlah keseluruhan:
Tee + Ball Roller= Jumlah Keseluruhan
RM 32 + RM 18= RM 50
5.3 Deskripsi Inovasi

Blower

Paip getah

Paip PVC Bola

Lonceng
Cangkuk
Adjuster

Tangsi

Roller

Kotak
Plastik
Tee

Merujuk kepada lakaran Tee, ia merupakan sebagaimana Tee yang lazimnya dijual di
pasaran. Signifikan pengunaan Paip PVC adalah kerana ianya lebih ringan berbanding
besi. Ini boleh memudahkan pengguna kerana ia tidak mendatangkan banyak beban
ketika ia dibawa ke tempat lain. Makanala penggunaan paip getah adalah disebabkan
terdapatnya kebarangkalian dimana pemukul berpotensi untuk memukul Paip PVC
sekiranya terus disambungkan kepada blower. Ciri Paip Getah yang boleh melentur dan
boleh kembali kepada bentuk asal merupakan ciri yang sesuai kerana ianya tahan lasak.
Seterusnya, blower pula juga diperbuat daripada getah. Apabila terkena impak daripada
bat, blower akan kembali kepada bentuk asal. Kotak plastic pula berfungsi sebagai
pemberat. Selepas diisi dengan air, ianya akan menjadi berat. Apabila menerima daya
daripada pukulan, Tee tidak akan jatuh kerana wujudnya pemberat pada Tee.

Ball Roller

Bagi Ball Roller, bola akan dipotong sedalam 0.5 cm untuk memberikan ruang bagi
tangsi untuk diselitkan ke dalam bola. Cangkuk akan ditanamkan pada bahagian bawah
bola dan lonceng akan diikat pada tangsi selepas cangkuk. Tali akan digulungkan pada
roller untuk memudahkan sesi menggulung.

5.4 Strategi Penggunaan

Cara penggunaan Tee:


- Kotak plastic akan diisikan dengan air untuk berfungsi sebagai pemberat.
- Ketinggian Tee akan dilaraskan menggunakan adjuster mengikut ketinggian
pelajar.
- Paip getah dan Paip PVC akan disambungkan secara manual.

Apabila Tee selesai dipasang, ianya boleh digunakan dengan cara seumpama
pemukul menerima bola daripada pembaling. Ini adalah untuk melatih pemukul untuk
lebih cekap dalam mencari sasaran. Melalui penggunaan Tee juga pelajar boleh
meningkatkan mutu koordinasi badan mereka.
Cara penggunaan Ball Roller:
- Bola akan diletakkan di atas blower.
- Cangkuk akan berada dalam keadaan menghadap ke bawah di dalam blower.

Apabila bola dipukul, bola berpotensi untuk mendarat jauh. Bola akan diambil
bermula dengan cara memusingkan roller. Pusingan kan dilakukan di atas roller dan
seterusnya akan melilit kembali tali tangsi yang telah longgar. Masa yang diambil
akan menjadi lebih singkat untuk mengambil bola dengan menggunakan roller.
Lonceng akan berbunyi ketika bergeseran dengan permukaan tidak rata. Melalui itu,
ianya lebih mudah untuk mengetahui kedudukan bola apabila tali digulung.

5.5 Keadaan selepas inovasi

5.5.1 Tee yang digunakan cukup untuk semua pelajar


Penghasilan inovasi Tee & Ball Roller dengan harga mampu milik
membuatkan sekolah-sekolah mampu memiliki Tee serta Ball Roller yang
mencukupi untuk para pelajar. Pembahagian kumpulan dalam sesi P&P juga
akan menjadi lebih kecil. Pelajar hanya perlu menunggu dalam masa yang
singkat sahaja untuk bergilir menggunakan peralatan.

5.5.2 Guru akan menggunakan kaedah pembelajaran kontemporari.


Setelah guru demonstrasi cara memukul bola, pelajar dapat belajar secara
hands-on dan bekerja dalam kumpulan sesama murid. Ini dapat melatoh
murid untuk untuk menguasai kemahiran dengan lebih cepat.
Keselamatan murid dapat dijamin kerana bola yang dipukul kekal statik
diatas tee.
5.5.3 Masa P&P dapat dimanfaatkan untuk aktiviti yang pelbagai
Guru tidak akan membuang masa untuk memberikan penerangan yang
panjang lebar kerana pelajar akan diberikan peluang untuk melakukan aktiviti
secara praktikal dan lebih cepat untuk menguasai pergerakan asas yang
diajar.
5.6 FAEDAH INOVASI

5.6.1 Bahan yang digunakan untuk membina peralatan murah dan mudah untuk didapati.
Bahan yang tekah dipilih untuk menghasilkan inovasi mudah diperolehi daripada kedai
barangan peralatan.

5.6.2 Alat inovasi dapat dihasilkan dengan kuanititi yang banyak kerana harganya yang
berpatutan. Murid dan guru mendapat faedah kerana sesi P&P dapat dijalankan tanpa
kekangan.

5.6.3 Tee yang telah diinovasikan mudah untuk dipasang dan dibuka dapat membolehkan
murid untuk menyusun atur alat tersebut dengan sendiri. Apabila air dalam kotak plastik
dibuang, alatan ni boleh disimpan secara berasingan dan menjimatkan ruang.

5.6.4 Memberikan peluang kepada murid untuk berlatih dengan lebih kerap kerana alat yang
ada adalah mencukupi.

5.6.5 Tee inovasi dapat digunakan untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, tee dapat digunakan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, aktiviti permainan kecil, dan juga latihan permainan
padang.

5.6.6 Keselamatan murid adalah terjamin. Ini kerana inovasi yang dicipta mengambil kira ciri-ciri
keselamatan sebagai contoh apabila murid terpukul pada bahagian tapak penyimpanan bola,
bat tidak akan bengkok kerana bahan yang digunakan adalah getah.
OBJEKTIF INOVASI YANG BERSESUAIAN DENGAN STANDARD PEMBELAJARAN

TAHUN 2

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


Berkebolehan melakukan kemahiran 1.4.8 Memukul bola yang diletakkan di atas
manipulasi alatan dengan lakuan yang betul. tee dengan menggunakanpemukul
berbentuk silinder seperti bat sofbol.

2.3.3 Mengenal pasti titik kontak pada objek


yang dipukul atau di tedang.

5.2.2 Menerima cabaran dan seronok


semasa melakukan aktiviti.

5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan

TAHUN 3

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


Melakukan pukulan bola yang pegun 1.8.2 Memukul bola yang pegun
dengan lakuan yang betul. menggunakan alatan pemukul
2.8.2 Mengenal pasti titik kontak pada bola
dan alat pemukul semasa memukul bola.

TAHUN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


2.6 Berkebolehan mengaplikasi konsep  2.8.2 Mengenal pasti titik kontak pada bola
pergerakan dan prinsip mekanik dalam dan alat pemukul semasa memukul dan
kemahiran asas permainan kategori menahan bola.
memadang.
RANCANGAN

PENGAJARAN

HARIAN

You might also like