Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGENALAN

Negeri Perak merupakan negeri yang keempat terbesar di Malaysia pada hari ini selepas

negeri Pahang, Sabah dan Sarawak. Negeri Perak terletak di dalam semenanjung Malaysia. Luas

negeri Perak adalah kira-kira 7,980 batu persegi2 . Panjangnya pula ialah dari utara ke selatan

ialah 155.5 batu dan kelebaran dari timur ke barat ialah kira-kira 96 batu. Selain itu juga,

disebelah utara Perak ianya bersempadan dengan Kedah, Seberang Perai dan Thailand manakala

di sebelah timur pula bersempadan dengan negeri Kelantan. Di sebelah selatan pula negeri Perak

bersempadan dengan negeri Selangor dimana sungai Bernam menjadi sempadannya sehingga

kini, manakala di sebelah barat pula ialah laut selat melaka1.

Dasar penjajahan barat atau ‘kolonialisme’ keatas negeri-negeri di tanah melayu,

termasuk negeri Perak telah berlaku pada abad ke 19. Menurut kamus dwibahasa,’kolonialisme’

bermaksud penjajahan. Secara amnya, ‘kolonialisme’ atau ‘kolonial’ dapat difahami mempunyai

sinonim dengan penindasan, penghinaan, serta ekploitasi orang-orang pribumi2. Pada abad ke-19,

setelah termeterainya Perjanjian Pangkor 1874, ianya telah menjadi titik tolak kepada campur

tangan dan penguasaan British3 secara rasmi di tanah melayu terutamanya di negeri Perak.

Campur tangan secara rasmi membenarkan British untuk mengawal politik, ekonomi dan sosial

di negeri Perak. Contohnya, dari segi ekonomi di negeri Perak semasa pemerintahan kolonial

British berlakunya perkembangan pelabuhan tidak kira pelabuhan besar atau kecil di negeri

Perak.

Pelabuhan merupakan tempat yang terdiri daripada daratan dan perairan di sekitarnya.

Pelabuhan berfungsi sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan dan sebagai
1
A.Halim Nasir, Sejarah Perak : Siri Pertama, (Kuala Lumpur: Jabatan Muzium, 1977), 3
2
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, Kolonialisme Di Malaysia Dan Negara-Negara Lain,(Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.,1990)13
3
Jamilah Mohamad dan Mariney Mohd Yusoff, Pulau Pangkor: Antara Pembangunan Dan Kelestarian , (Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,2017), 11.
tempat untuk kapal-kapal dagang berlabuh, menurunkan barang, menurunkan penumpang dan

mengambil penumpang serta untuk memunggah hasil dagangan. Ia turut mempunyai ciri-ciri

keselamatan dan kemudahan untuk memudahkan urusan keluar masuk kapal dari serata tempat4.

Menurut Triatmodjo (1992) pelabuhan merupakan satu kawasan perairan yang terlindung dari

gelombang dan digunakan sebagai tempat kapal-kapal berlabuh. Dijadikan tempat menurunkan

penumpang, barangan atau binatang, juga untuk membaiki dan mengisi bahan bakar serta tempat

untuk menyimpan barang dalam tempoh masa tertentu sebelum diagihkan kepada tempat lain5.

Negeri Perak pada zaman pemerintahan kolonial British, merupakan sebuah negeri yang

sedang pesat menjalankan kegiatan ekonomi seperti bijih timah, tebu, getah dan banyak lagi hasil

lain yang mana memerlukan tempat yang luas dan kenderaan yang besar untuk mengangkut hasil

tersebut samada dalam dan luar negeri. Tuntasnya, pelabuhan adalah salah satu tempat yang

utama dalam kegiatan ekonomi di negeri Perak pada waktu tersebut. Oleh itu, akan dijelaskan

lagi mengenai perkembangan dan sumbangan pelabuhan di negeri Perak pada zaman kolonial

British.

4
M.Heatubun, Bab ii Tinjauan Pustaka, 2013, 8, http://e-journal.uajy.ac.id/3880/1/0TS12403.pdf, diakses pada 23
Mac 2019.
5
Ibid,8,

You might also like