Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46/ 2019

SJKT LADANG BAHAU.

Tarikh : 20.03.2019

Hari : Rabu

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Dewan Sekolah

Kehadiran : 70 Orang

1.0 Ucapan Aluan


Setiausaha PIBG Cik.Sarenyah mengalu-alukan kehadiran para tetamu khas dan ibu bapa.

2.0 Ucapan Penasihat -Puan Guru Besar – PN.J.RKayathri Devi

2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berusaha
En.Prakash Rao Pegawai SISC+ (B.Inggeris) PPD Jempol , Yang Berusaha En.
Saravanan penolong Pengurus Ladang Bahau, Pengerusi PIBG En.Mohan, guru-guru
dan para ibu bapa kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG
kali ke -46.
2.2 Beliau juga mengucapkan syukur kerana PIBG yang telah memberikan sokongan dan
komitmen yang tinggi kepada sekolah dalam semua urusan sekolah.
2.3 Beliau menyatakan Target UPSR tahun ini adalah 100%. Dengan ini PIBG memberi
sokongan padu kepada pihak sekolah untuk mencapai target ini.
2.4 Beliau juga menyatakan Kelas tambahan UPSR akan dijalankan mengikut kumpulan.
Semua guru akan membantu guru matapelajaran tersebut dalam pdpc. Cuti sekolah
penggal pertama juga diadakan bengkel UPSR bagi murid tahun 6.
2.5 Beliau juga mengatakan jalan ke sekolah akan dibaiki tidak lama lagi dan jika memasuki
kawasan ladang perlu memakai topi keledar serta selepas jam 6 petang orang luar tidak
boleh memasuki kawasan ladang , arahan daripada pengurus ladang.
2.6 Ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka amalan baik sejak kecil lagi.
2.7 Beliau menyatakan sekolah Ladang bahau mempunyai guru-guru yang berkaliber kerana
dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
2.8 Sekolah juga memenangi beberapa piala dalam pertandingan sukan Antara Sekolah
Tamil, Pertandingan Badminton.
2.9 Beliau juga menyatakan Murid tahap 1 tiada peperiksaan tetap akan diadakan pentaksiran
kelas.
2.10 Jika para ibu bapa mempunyai masalah perlulah datang ke sekolah dan berbincang
dengan guru besar.

1
2.11 Pembangunan baharu sekolah diuruskan oleh LPS sekolah dengan lancar dan akan
mendapat berita baik tidak lama lagi.
2.12 Baru-baru ini murid menghadapi masalah pengakutan van sekolah iaitu pihak van
sekolah memuatkan murid dengan sesak. Hal ini akan berbincang dengan pengurus van
oleh guru besar.
2.13 Pihak sekolah tidak boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas pihak van malah ibu bapa
harus berbincang dengan pihak van untuk mengatasi masalah ini.
2.14 Guru besar juga menerima aduan bahawa pihak van sekolah tidak mempunyai permit dan
cukai jalan tetapi setelah disiasat mereka memiliki kedua-dua ini.
2.15 Guru besar juga menerima aduan tentang makanan di kantin dan beliau telah mengambil
tindakan yang seterusnya. Kantin sekolah akan dibaik pulih.
2.16 Murid yang bernama Tarvin telah mengalami kemalangan di mata. Murid tersebut
memerlukan pembedahan di mata. Oleh yang demikian, ibu bapa yang hadir boleh
menghulurkan sedikit bantuan untuk menanggung kos pembedahan murid tersebut.

3.0 Ucapan Pengerusi PIBG- EN.Mohan.


3.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua pihak yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG
kali ke – 46.
3.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG dan guru kerana telah
bersama –sama dengan beliau dalam melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang
dan menjayakan semua program sepanjang tahun 2018/2019 ini.
3.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa kerana
memberikan sokongan yang padu kepada PIBG sekolah ini.
3.4 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Saravanan selaku Pengerusi
LPS yang berusaha bertungkus lumus dalam pembangunan baharu sekolah ini.
3.5 PIBG juga sudi memberikan sokongan kepada LPS pada bila-bila masa.
3.6 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Kayathri Devi yang berjaya
melaksanakan segala tanggungjawab beliau dengan penuh dedikasi.
3.7 Beliau meminta para ibu bapa memberi sedikit sumbangan bagi murid yang bernama
Tharvin yang mengalami kecederaan di mata kanan.

4.0 Ucapan Perasmian En.Prakash Rao Pegawai SIC+ Bahasa Inggeris


4.1 Beliau mengucapkan syabas kepada sekolah-sekolah Tamil daerah Jempol ini kerana
mencatat tempat pertama dalam Peperiksaan UPSR. Tiada seorang calon pun yang
mendapat E dalam semua mata pelajaran.
4.2 Beliau juga mengucapkan syabas kepada SJK T Ladang Bahau kerana mendapat 100%
dalam dua subjek di UPSR.
4.3 Guru-guru sekolah ini mengajar dengan baik untuk anak murid sekolah ini telah
membuktikan melalui pencapaian UPSR tahun 2019.
4.4 Beliau mengatakan bahawa bukan sahaja murid mencapai dalam pendidikan malah
Kokurikulum dan disiplin juga sangat penting bagi melahirkan insan bestari pada masa
akan datang.

2
4.5 PPD sanggup membantu sekolah-sekolah tamil jika memerlukan sebarang bantuan dari
segi kewangan dan pendidikan.
4.6 Beliau menyarankan jika murid mengalami masalah ibu bapa harus berjumpa dengan guru
walaupun di sekolah menengah.Ibu bapa harus mengawasi tindak-tanduk murid dari masa
ke masa. Ibu bapa juga harus bersama anak mereka sekurang-kurangnya empat jam sehari.
4.7 Beliau meminta supaya pihak PIBG teruskan usaha dan memberi sokongan kepada pihak
sekolah pada masa yang akan datang.
4.8 Beliau mengucapkan tahniah agar mencapai target UPSR tahun 2019 iaitu 100% dalam
semua mata pelajaran.
4.9 Beliau mengucapkan tahniah kepada murid cemerlang UPSR tahun 2018 dan
menyampaikan cenderahati kepada mereka.
4.10 Beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 46 dan berharap sekolah akan
teruskan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan akademik .

5.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG Kali ke 46 oleh Cik. Sarenyah- Setiausaha
Dicadang Oleh: En.Saravanan
DiSokong Oleh: En.Nantha Kumar

5.1 Pembentangan laporan Aktiviti PIBG sesi 2018/2019 oleh Cik. Sarenyah- Setiausaha

Dicadang Oleh: Pn. Sarala Devi


DiSokong Oleh: Pn.Sarojini

5.2 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG sesi 20187/2019 oleh Pn. Logawathi – Bendahari

Dicadang Oleh: Pn.Eswary


DiSokong Oleh: Pn.Parameswari

6.0 Derma PIBG Tahunan


6.1 Semua telah bersetuju bahawa derma PIBG bagi satu keluargan akan dikutip sejumlah RM 50
bagi tahun 2019
Dicadang Oleh: En. Logeswaran
DiSokong Oleh: Pn.Sunthari

7.0 Perbincangan usul PIBG


7.1 Memberikan peluang kepada semua murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan.
7.2 Pihak sekolah harus memastikan kawasan sekolah selamat bagi semua murid.
7.3 Memastikan murid tidak berkumpul di tapak perhimpunan dengan lama.
7.4 Pihak sekolah harus memastikan mutu makanan yang dijual di kantin sekolah.
7.5 Diminta menjalankan kelas tambahan bagi murid UPSR.
7.6 Pencapaian murid dalam peperiksaan amat memuaskan.
7.7 Tapak perhimpunan disimen agar murid-murid dapat duduk di atasnya. Juga dibina benteng
agar tidak dimasuki air hujan semasa murid berada di tapak perhimpunan.
7.8 Pihak sekolah, PIBG dan LPS perlulah menangani masalah tambang bas yang telah
meningkat kerana ini ramai ibu bapa menukar anak mereka ke sekolah lain.
7.9 Diminta agar murid-murid menyiapkan kerja kumpulan di sekolah juga.

3
7.10 Oleh sebab tiada peperiksaan bagi murid tahap 1 pihak sekolah memberitahu cara
pentaksiran akan dijalankan bagi mereka.

8.0 AJK PIBG sesi 2019/2010- Kekal semula

YDP : EN. Mohan

NAIB Ydp : En.Vijaya Kumar

Setiausaha : Cik.Sarenyah

Naib S/U : Cik.Kalainanthinee

Bendahari : Pn.Logawathi

AJK 1.En.MuthuRaman

2. En. Gunalan

3.En.Murugan

4.Pn.Mageswari

5.Pn.Vallianmah

6.Pn.Kavitha

7.Pn.Gayathri Vijay

AJK Guru 1. Pn.Saradha

2. Pn.Thilakawathi

3. Pn.Kalai Chelvi

4. En.Ramu

5. Pn.Uma Devi

6. Pn.Rajeshwari

7.Pn.Umaiya Ambal

Juru audit : .En.Logeswaran

Juru audit Guru: En.Suman Raj

4
9.0 Hal-Hal Lain
9.1 En.Natha Kumar meminta agar menyediakan minit mesyuarat dan penyata dalam dwi bahasa
supaya dapat menyenangkan para hadirin.

10.0 Ucapan Penangguhan


10.1 Pengerusi berharap jalinan baik antara pihak PIBG dan guru akan terus terjalin dan
meminta semua pihak supaya memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan
program- program yang bakal dijalankan nanti.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

………………………. ………………………….
(Pn.M.Uma Devi) (En.Mohan)
Pencatat Minit YDP PIBG SJKT LADANG BAHAU

5
6

You might also like