Sejarah Kemerdekaan Malaysia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Source : http://web.fsksm.utm.my/~smkpsi/sejarah.

html
Date Taken : 28-10-2007
Time : 19:09
Reference: : 0001

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu
yang pertama melaungkan Merdeka!! di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul
9.30 pagi, 1 September 1957 dengan disaksikan oleh beribu-ribu warganegara, Raja-
raja Melayu, Duke of Gloucester (mewakili Ratu Elizabeth) serta wakil-wakil kerajaan
British. Detik yang amat bermakna....

Selepas Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya di bumi Tanah


Melayu, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu. Penjajahan Inggeris tidak
diterima oleh rakyat kerana mereka dihantui oleh corak pemerintahan Jepun yang
zalim dan kejam.

Kemudian, Inggeris mengatur rancangan untuk menubuhkan Malayan Union di


Tanah Melayu. Sir Edward Gent telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang
pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur.
Malayan Union bukan sahaja ditentang oleh rakyat Tanah Melayu malah Raja-raja
Melayu turut menentang. Mereka memulakan penentangan ini dengan berkabung
selama seminggu.
Pada 1946, Dato' Onn Jaafar telah menubuhkan 1 kongres bagi semua kumpulan
dalam pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di
Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah
dicapai bagi membentuk parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
atau United Malays National Organisation (UMNO) telah ditubuhkan dan dipimpin
oleh Dato' Onn Jaafar. UMNO bertujuan untuk menentang rancangan Malayan Union
yang direncanakan oleh Inggeris. Pelaksanaan Malayan Union akan menghapuskan
segala tradisi (sistem politik, pentadbiran dan adat resam) serta sistem kerajaan
semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menggantikan tampuk pimpinan UMNO
pada 1951. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengetuai
1 rombongan yang mengandungi 4 orang wakil dari Parti Perikatan dan 4 orang lagi
wakil dari Majlis Raja-Raja ke London untuk membincangkan tentang kemerdekaan
Tanah Melayu.

Dengan segera, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan rombongannya


menyampaikan berita gembira mengenai kemerdekaan kepada orang ramai dalam 1
perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka (bandar yang telah
menyaksikan banyak penjajah datang dan pergi) sekembalinya mereka dari London.
Berita ini telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh semua penduduk Tanah
Melayu.

Pada detik 12 tengah malam 31 Ogos 1957, perjuangan menuntut kemerdekaan


akhirnya membuahkan hasil dan impian yang akhirnya menjadi kenyataan. Di
Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka), bendera Union Jack diturunkan buat kali
terakhir di bumi Tanah Melayu dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh
rasa syukur dan bangga.

Keesokkannya, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan


rasminya oleh Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama iaitu Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan disaksikan beribu-
ribu warganegara, Raja-raja Melayu, Duke of Gloucester (mewakili Ratu Elizabeth)
serta wakil-wakil kerajaan British. Ini adalah satu detik yang sangat penting dalam
sejarah tanahair. Akhirnya penjajahan yang telah bertapak sejak tahun 1511 telah
dapat dihapuskan.

You might also like