Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Jumaat, 10 April 2020

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR
LAPORAN SURVEI PENGGUNAAN DAN CAPAIAN ICT OLEH INDIVIDU DAN ISI
RUMAH 2019
CAPAIAN ICT OLEH ISI RUMAH, MALAYSIA

Peratusan capaian isi rumah terhadap Internet, siaran TV berbayar dan radio masing-masing menunjukkan peningkatan kepada
90.1 peratus (3.1 mata peratus), 75.8 peratus (2.7 mata peratus) dan 97.2 peratus (1.5 mata peratus). Sebaliknya, peratusan capaian
telefon talian tetap, televisyen dan komputer masing-masing menurun 23.5 peratus (-3.0 mata peratus), 97.6 peratus (-1.0 mata
peratus) dan 71.3 peratus (-0.4 mata peratus). Manakala capaian isi rumah terhadap telefon bimbit kekal 98.2 peratus pada 2019.

Paparan 1: Capaian ICT oleh isi rumah, Malaysia, 2019 dan 2018

PENGGUNAAN ICT OLEH INDIVIDU, MALAYSIA

Peratusan penggunaan Internet oleh individu meningkat 3.0 mata peratus dari 81.2 peratus pada 2018 kepada 84.2 peratus pada
2019. Peratusan individu yang menggunkana komputer meningkat sebanyak 1.6 mata peratus 70.5 peratus pada 2018 kepada 72.1
peratus pada 2019. Manakala peratusan individu yang menggunkan telefon bimbit kekal 97.9 pada 2019.

Paparan 2: Penggunaan ICT oleh individu, Malaysia, 2019 dan 2018


AKTIVITI INTERNET OLEH INDIVIDU, MALAYSIA

Aktiviti utama internet oleh individu adalah menyertai rangkaian sosial (97.1%) terus menjadi aktiviti paling popular dalam
kalangan pengguna Internet. Ini diikuti oleh aktiviti memuat turun gambar, filem, video atau muzik; bermain atau memuat turun
permainan (84.7%), mendapatkan maklumat tentang barangan atau perkhidmatan (83.5%), membuat panggilan telefon melalui
Internet/VoIP (77.4%) dan memuat turun perisian atau aplikasi (77.1%).

Paparan 3: Aktiviti Internet oleh individu, Malaysia, 2019 dan 2018

Dikeluarkan Oleh:

DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN


KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
DrUzir_Mahidin Dr_Uzir

10 April 2020

Pegawai dihubungi:

Mohd Yusrizal Ab Razak


Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : yusrizal.razak[at]dosm.gov.my

You might also like