Country CPI Score 2019 Rank

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Kedudukan Negara Malaysia Daripada 180 Buah Negara

CPI
Country score Rank
2019
Denmark 87 1
\New Zealand 87 1
Finland 86 3
Singapore 85 4
Sweden 85 4
Switzerland 85 4
Norway 84 7
Netherlands 82 8
Germany 80 9
Luxembourg 80 9
Iceland 78 11
Australia 77 12
Austria 77 12
Canada 77 12
United Kingdom 77 12
Hong Kong 76 16
Belgium 75 17
Estonia 74 18
Ireland 74 18
Japan 73 20
United Arab Emirates 71 21
Uruguay 71 21
France 69 23
United States of America 69 23
Bhutan 68 25
Chile 67 26
Seychelles 66 27
Taiwan 65 28
Bahamas 64 29
Barbados 62 30
Portugal 62 30
Qatar 62 30
Spain 62 30
Botswana 61 34
Brunei Darussalam 60 35
Israel 60 35
Lithuania 60 35
Slovenia 60 35
Korea, South 59 39
Saint Vincent and the
Grenadines 59 39
Cabo Verde 58 41
Cyprus 58 41
Poland 58 41
Costa Rica 56 44
Czech Republic 56 44
Georgia 56 44
Latvia 56 44
Dominica 55 48
Saint Lucia 55 48
Malta 54 50
Grenada 53 51
Italy 53 51
Malaysia 53 51
Rwanda 53 51
Saudi Arabia 53 51
Mauritius 52 56
Namibia 52 56
Oman 52 56
Slovakia 50 59
Cuba 48 60
Greece 48 60
Jordan 48 60
Croatia 47 63
Sao Tome and Principe 46 64
Vanuatu 46 64
Argentina 45 66
Belarus 45 66
Montenegro 45 66
Senegal 45 66
Hungary 44 70
Romania 44 70
South Africa 44 70
Suriname 44 70
Bulgaria 43 74
Jamaica 43 74
Tunisia 43 74
Armenia 42 77
Bahrain 42 77
Solomon Islands 42 77
Benin 41 80
China 41 80
Ghana 41 80
India 41 80
Morocco 41 80
Burkina Faso 40 85
Guyana 40 85
Indonesia 40 85
Kuwait 40 85
Lesotho 40 85
Trinidad and Tobago 40 85
Serbia 39 91
Turkey 39 91
Ecuador 38 93
Sri Lanka 38 93
Timor-Leste 38 93
Colombia 37 96
Ethiopia 37 96
Gambia 37 96
Tanzania 37 96
Vietnam 37 96
Bosnia and Herzegovina 36 101
Kosovo 36 101
Panama 36 101
Peru 36 101
Thailand 36 101
Albania 35 106
Algeria 35 106
Brazil 35 106
Cote d'Ivoire 35 106
Egypt 35 106
North Macedonia 35 106
Mongolia 35 106
El Salvador 34 113
Kazakhstan 34 113
Nepal 34 113
Philippines 34 113
Eswatini 34 113
Zambia 34 113
Sierra Leone 33 119
Moldova 32 120
Niger 32 120
Pakistan 32 120
Bolivia 31 123
Gabon 31 123
Malawi 31 123
Azerbaijan 30 126
Djibouti 30 126
Kyrgyzstan 30 126
Ukraine 30 126
Guinea 29 130
Laos 29 130
Maldives 29 130
Mali 29 130
Mexico 29 130
Myanmar 29 130
Togo 29 130
Dominican Republic 28 137
Kenya 28 137
Lebanon 28 137
Liberia 28 137
Mauritania 28 137
Papua New Guinea 28 137
Paraguay 28 137
Russia 28 137
Uganda 28 137
Angola 26 146
Bangladesh 26 146
Guatemala 26 146
Honduras 26 146
Iran 26 146
Mozambique 26 146
Nigeria 26 146
Cameroon 25 153
Central African Republic 25 153
Comoros 25 153
Tajikistan 25 153
Uzbekistan 25 153
Madagascar 24 158
Zimbabwe 24 158
Eritrea 23 160
Nicaragua 22 161
Cambodia 20 162
Chad 20 162
Iraq 20 162
Burundi 19 165
Congo 19 165
Turkmenistan 19 165
Democratic Republic of the
Congo 18 168
Guinea Bissau 18 168
Haiti 18 168
Libya 18 168
Korea, North 17 172
Afghanistan 16 173
Equatorial Guinea 16 173
Sudan 16 173
Venezuela 16 173
Yemen 15 177
Syria 13 178
South Sudan 12 179
Somalia 9 180
Perbandingan kedudukan negara-negara yang memiliki tahap kedudukan yang setara dengan
Malaysia

Ciri-ciri masalah etika di negara terebut dan bandingkan dengan situasi di malaysia

Menurut skor cpi Malaysia berada ditangga 51 daripada 180 buah negara bagi kedudukan didalam
carta indeks rasuah antarabangsa. Berkongsi di tempat yang sama bagi kedudukan di dalam indeks
rasuah adalah negara grenada, Italy, Rwanda dan Saudi Arabia. Kesamaan ciri-ciri negara-negara
tersebut dengan Malaysia adalah berpunca dari sikap pihak berkuasanya yang tidak melakasanakan
undang-undang dengan efektif ataupun tidak serius dalam menangani permasalahan tersebut.
Contoh isu-isu permasalahan yang berlaku dinegara yang berada dikedudukan yang sama adalah
seperti berikut :-

Grenada

Grenada merupakan ahli dalam Konvensyen Antara negara-negara Amerika yang menentang
Rasuah. Pada tahun 2013, Parlimen negara tersebut telah meluluskan Integrity in Public Life Act
(Akta No.24 tahun 2013), rang undang-undang antikorupsi pertama di negara ini. Ia menghendaki
semua penjawat awam melaporkan pendapatan dan aset mereka kepada Suruhanjaya Integriti yang
bebas untuk melakukan semakan secara menyeluruh.

Namun begitu, Perjuangan menentang masalah pengubahan wang haram yang berkaitan dengan
narkotik atau dadah terhalang oleh pemberhentian penyiasatan oleh pihak berkuasa terhadap
pelaku yang disyaki; kerjasama yang tidak mencukupi antara agensi penguatkuasaan undang-
undang; kurangnya pengawasan yang sewajarnya oleh institusi kewangan; latihan penguatkuasaan
undang-undang dan institusi kewangan yang tidak mencukupi; dan kegagalan hakim dan hakim
untuk memahami undang-undang secara umum dan / atau undang-undang atau peraturan sejauh
mana kemampuan untuk menuntut atau menjatuhkan hukuman.

Italy

Italy merupakan salah satu negara eropah dimana mempunyai sejarah kemajuan tamadun iaitu
Rom, selaku ibu negara Itali, merupakan pusat politik tamadun Barat selama berabad-abad lamanya
sebagai ibu kota Empayar Rom. Bukan setakat itu sahaja walaupun di era moden ini Itali masih lagi
mengekalkan prestasinya dengan menjadi sebuah negara republik demokrasi yang menduduki
tangga ke-23 negara termaju di dunia dan juga tangga ke-10 Indeks Kualiti Hidup. Itali menikmati
taraf hidup yang amat memuaskan serta KDNK per kapita yang tinggi.

Walaupun begitu, isu rasuah melibatkan pihak berkuasa menjadikan negara ini menduduki tempat
ke 51 daripada 180 buah negara dalam indeks persepsi rasuah. Contoh kes yang berlaku salah guna
kuasa oleh Menteri kes Silvio Berlusconi, jutawan, mogul media, dan perdana menteri Itali selama
tiga periode (1994-5, 2001–6, dan 2008–11), namun sering dituduh melakukan rasuah. Syarikatnya
dituduh melakukan jenayah seperti rasuah dan pemalsuan invoice, serta Berlusconi sendiri telah
banyak dikhabarkan mempunyai hubungan dengan Mafia. Pada tahun 2011, pihak berkuasa Negara
A.S. menyatakan bahawa Berlusconi juga terlibat dalam "eksploitasi seksual komersial kanak-kanak
Maghribi." Beliau Disabitkan dengan penipuan cukai pada tahun 2012, lalu beliau dikeluarkan dari
Senat Itali setelah Mahkamah Agung mengesahkan keputusan itu pada tahun berikutnya, akan tetapi
beliau tidak dipenjarakan. Pada bulan Jun 2013 dia didapati bersalah kerana melacur gadis remaja
untuk seks, dan menyalahgunakan kuasa politiknya, akan tetapi tuduhan itu dibatalkan pada tahun
2014.
Rwanda

Rwanda adalah sebuah negara yang terpencil dan tertutup di Great Rift Valley di mana wilayah Great
Great Lakes Afrika dan Afrika Timur bersatu. Salah satu negara terkecil di daratan Afrika, ibu kotanya
adalah Kigali. Terletak beberapa darjah di selatan Khatulistiwa, Rwanda bersempadan dengan
Uganda, Tanzania, Burundi, dan Republik Demokratik Kongo. Tempat ini sangat tinggi,
memberikannya "tanah seribu bukit", dengan geografinya didominasi oleh gunung di barat dan
savana di sebelah timur, dengan banyak tasik di seluruh negeri.

Laporan Ombudsman 2004 menunjukkan bahawa sekitar 35% kes rasuah dan pelanggaran berkaitan
melibatkan pemimpin daerah dan pembantunya, dengan amalan seperti penggelapan dana awam,
pengeluaran bank yang tidak dibenarkan, penjualan atau pemindahan sumber asli daerah,
pemalsuan dan pengurusan sumber semula jadi yang teruk. Kira-kira 30 peratus kes dituntut
diperingkat daerah. Laporan menunjukkan bahawa kebanyakan kes rasuah pada tahap itu berkaitan
dengan isu tanah. Pada tahun sebelumnya, aduan yang berkaitan dengan masalah tanah (688 kes)
adalah kedudukan kedua daripada aduan pentadbiran (714 kes). Kejadian rasuah juga telah
direkodkan dalam pasukan polis. Sumber dari Polis Nasional mendedahkan bahawa sekurang-
kurangnya 139 pegawai polis telah dipecat kerana rasuah pada tahun 2004. Hampir 80 pegawai polis
telah dipecat dan lebih dari 100 pegawai polis dipecat pada tahun 2005, termasuk komandan kanan.

Saudi Arabia

Arab Saudi merupakan negara terbesar di Semenanjung Arab. Ia bersempadan dengan Jordan pada
barat laut, Iraq pada utara dan timur laut, Kuwait, Qatar, Bahrain, dan Amiriah Arab Bersatu pada
timur, Oman pada tenggara, dan Yaman pada selatan. Teluk Parsi terletak ke timur laut dan Laut
Merah ke barat. Ia mempunyai anggaran populasi sebanyak 27.6 juta orang, dan mempunyai
keluasan kira-kira 2,150,000 km persegi (830,000 batu persegi). Arab Saudi merupakan pengeksport
petroleum dan mempunyai sumber petroleum terbesar dunia yang mejanakan ekonomi Arab Saudi.

Namun begitu, isu yang mempengaruhi kedudukan CPI negara ini ialah rasuah berlaku secara
berleluasa di Arab Saudi, ia paling banyak berlaku dalam bentuk nepotisme, penggunaan orang
tengah, ‘wasta’, untuk menjalankan perniagaan dan juga sistem perlindungannya. Kerajaan Saudi
dan keluarga kerajaan sering, dan selama bertahun-tahun, dituduh melakukan rasuah. Di sebuah
negara yang dikatakan "milik" keluarga diraja dan dinamakan sempena itu, garis antara aset negara
dan kekayaan peribadi para pangeran menjadi kabur dimana asetnya tidak diketahui. Rasuah telah
digambarkan sebagai sistemik dan endemik, dan keberadaannya diakui dan dibela oleh Putera
Bandar bin Sultan (anggota tua yang berketurunan raja) dalam temu bual di 2001.
Kritikan terhadap Indeks Persepsi Rasuah CPI

Adalah tidak munasabah untuk mengukur rasuah dengan tepat tetapi ada data anggarannya yang
boleh didapati dan Transparency International (TI) secara berkala menerbitkan beberapa taksiran,
kaji selidik dan indeks yang mengukur rasuah. Memandangkan rasuah berlaku secara haram, kita
hanya boleh dapat anggarannya sahaja. Persepsi analisis negara, ahli perniagaan atau orang awam
adalah asas kepada indeks rasuah, Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index atau CPI)
dan Global Corruption Barometer. CPI oleh TI adalah alat yang paling banyak digunakan. Ia telah
banyak mendapat pengiktirafan kerana meletakkan isu rasuah dalam agenda dasar antarabangsa
sejak diperkenalkan pada tahun 1995. CPI mengukur persepsi tahap rasuah sektor awam dalam
negara dan juga wilayah seluruh dunia. Global Corruption Barometer juga adalah satu tinjauan
pendapat umum seluruh dunia mengenai rasuah. The Bribe Payers Index (BPI) menyenaraikan
kebarangkalian syarikat dari ekonomi utama memenangi perniagaan di luar negara dengan cara
membayar rasuah.

CPI berpengaruh dalam menentukan kedudukan negara berhubung rasuah menerusi paparan media
di seluruh dunia hingga mencetuskan perbalahan dan kebimbangan orang ramai. Pada masa sama, ia
turut meningkatkan usaha memerangi rasuah di seluruh dunia. Untuk itu, ia memang penting,
terutama menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat, agensi dan kerajaan. Namun, CPI bukan
cara terbaik mengukur perubahan kerana ia mempunyai terlalu banyak perbezaan dan tidak tepat,
selain tidak menunjukkan jenis rasuah yang berlaku. Contohnya, China mempunyai markah sama
dengan Republik Serena, sebuah negara di Amerika Selatan dan Bolivia yang mempunyai tahap
kemiskinan tertinggi di dunia. Bagaimanapun, ini bukan bermakna ketiga-tiga negara mempunyai
bilangan kes rasuah yang sama kerana wujud perbezaan dari segi saiz, pendapatan dan demografi.
Oleh sebab itu, CPI tidak berupya untuk mengukur perubahan pada sesebuah negara walau apa pun
inisiatif inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan setempat atau agensi berkaitan. Ini kelemahan CPI
yang hanya memberi gambaran kasar mengenai kadar rasuah di sesebuah negara.

Jika terus menggunakan CPI sebagai penanda aras, ia akan menggugat kepercayaan pelabur dan
aktiviti perdagangan serantau. Hal ini juga akan memberi kesan dalam politik sesebuah negara
kerana ia menggambarkan bahawa setiap ahli politik mengamalkan rasuah. Penilaian pelabur
terhadap negara yang tinggi dari segi pengambilan rasuah akan membuatkan mereka beralih kepada
pasaran yang lebih dinamik. Walaupun kerajaan dan pelbagai agensi giat melaksanakan inisiatif
memerangi rasuah, CPI gagal memberi gambaran jelas terhadap perkara itu, sekali gus menjejaskan
rentak pembangunan negara. Antara contohnya ialah Tanzania apabila Perdana Menterinya, Jakaya
Kikwete, bertungkus-lumus membanteras rasuah menerusi pelbagai tindakan drastik tetapi ia tidak
menunjukkan perubahan ketara dalam CPI kerana sekadar menjadi pengukur kasar.
Pelan Integriti Nasional

Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh
kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti
di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting
dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat
dicapai dengan baik serta beretika.

Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha
membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang
dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan
besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua
sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan
sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta disiplin dan budaya
masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program.Skop dan konsep yang dibawa oleh
PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen
masyarakat untuk membudayakan integriti.

Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu
untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti
yang luhur.

Objektif khusus PIN adalah seperti berikut :

 Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama
dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti,
bermoral dan beretika;
 Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha
peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam
semua bidang;
 Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta
mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak
cergas menegakkan integriti;
 Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan
peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
 Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad
ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan
Setelah mencapai tahun 2020 permasalahan rasuah ini masih berlarutan oleh itu Malaysia
memerlukan kepada kerangka nasional Malaysia melangkah kehadapan. Tidak dinafikan, Malaysia
perlu menangani gejala rasuah dengan segera dan mewujudkan sistem Kerajaan yang berintegriti
tinggi demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat. Hal ini juga diperakui bahawa rasuah telah
membawa banyak kepincangan. Amalan rasuah perlu dihapuskan sepenuhnya daripada sistem
pentadbiran bagi mengembalikan kestabilan dan kepercayaan terhadap Kerajaan. Ke arah itu,
Kerajaan telah menetapkan matlamat yang jelas untuk mencapai visi nasional iaitu ke arah negara
yang bebas rasuah selaras dengan aspirasi negara untuk dikenali kerana integriti dan bukannya
rasuah. Bagi mencapai matlamat ini, Kerajaan akan mewujudkan dan menzahirkan usaha
pencegahan rasuah yang lestari di negara ini untuk tempoh lima tahun akan datang.

NACP

Kerajaan akan menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan NKRA – “Membanteras Rasuah”,
dengan NACP yang lebih menyeluruh dan berupaya memberi impak positif yang berkekalan. NACP
diperkenalkan setelah mengambil kira pandangan pelbagai lapisan masyarakat berhubung isu
kebebasan, hak, kesejahteraan dan ketidakstabilan ekonomi negara. NACP akan memacu ke arah
peningkatan ketelusan, dengan menerapkan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban dalam
semua sistem dan prosedur di kedua-dua sektor awam dan swasta di negara ini. Pelan ini juga
bertujuan menghapuskan penyalahgunaan kuasa, mengekang campur tangan politik, menghentikan
kronisme dan nepotisme serta menghapuskan penyelewengan dan kelemahan tadbir urus.
Pelaksanaan dan penguatkuasaan inisiatif ini diyakini mampu meningkatkan tahap ketelusan dan
integriti Kerajaan sekaligus meningkatkan persepsi antarabangsa terhadap Malaysia. Beberapa
bidang berisiko yang terdedah kepada perlakuan rasuah telah dikenalpasti melalui kajian dan analisis
terperinci terhadap data dan dapatan kajian daripada pelbagai sumber serta sesi Perancangan
Senario (Scenario Planning). Hasilnya, NACP menggariskan sebuah kerangka yang memayungi
strategi yang menyeluruh dalam memerangi rasuah. Antara inisiatif yang dirangka termasuklah
memastikan setiap pemegang taruh menangani permasalahan rasuah di organisasi masing-masing
melalui pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) adalah merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat
organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan
antirasuah dalam organisasi. Selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di bawah
inisiatif 2.1.5, yang mewajibkan sektor awam dan inisiatif 6.2.1 yang mewajibkan Badan Berkanun,
Syarikat Milik Kerajaan, Syarikat Terhad Dengan Jaminan dan sektor swasta yang dikawal selia oleh
badan kawal selia untuk membangunkan OACP.Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) di
bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merangka modul bagi membantu
organisasi membangunkan OACP di setiap agensi dan jabatan masing-masing. Bengkel
Pembangunan OACP diadakan bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman kepada peserta
tentang keperluan menyedia, membangun dan melaksanakan OACP.
Rujukan

https://www.u4.no/publications/overview-of-corruption-in-rwanda

https://www.globalsecurity.org/military/world/caribbean/gj-corruption.htm

https://en.wikipedia.org/wiki/Corruption_in_Italy#:~:text=In%20Transparency%20International's
%20annual,%2C%20Saudi%20Arabia%2C%20and%20Grenada.

https://en.wikipedia.org/wiki/Politics_of_Saudi_Arabia#Corruption

You might also like