Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Soalan 1

Diskriminasi meliputi tingkah laku yang bertujuan untuk menafikan kumpulan etnik tertentu daripada

mendapat akses yang sama rata terhadap faedah atau kekayaan negara. Justeru, diskriminasi adalah lebih

daripada sekadar mempunyai tanggapan negatif terhadap kumpulan etnik lain. Ia adalah tindakan atau amalan

yang selalunya dilakukan oleh kelompok majoriti atau dominan, ataupun wakil mereka, yang mempunyai

impak negatif terhadap kumpulan bawahan atau kelompok minoriti.

Walaupun prejudis dan diskriminasi saling berkait, ia adalah fenomena yang perlu ditangani secara

berasingan. Sikap prejudis selalunya membawa kepada tindakan diskriminasi tetapi ramai pengkaji berpendapat

bahawa kedua-duanya tidak semestinya berlaku seiring. Apapun, diskriminasi, sepertimana prejudis,

diaplikasikan terhadap seseorang atas dasar ikatan mereka dengan sesebuah kumpulan etnik tertentu dan bukan

sifat peribadinya. Justeru, diskriminasi adalah keadaan di mana individu dinafikan peluang atau faedah negara

bukan kerana kapasiti atau tingkah laku mereka tetapi disebabkan keahliannya dalam sesebuah kumpulan etnik.

Tindakan diskriminasi berlaku dalam pelbagai bentuk dan tahap. Penggunaan label yang bersifat

menghina terhadap sesebuah kumpulan etnik tertentu adalah suatu bentuk diskriminasi yang paling rendah.

Walaupun begitu, label yang menghina ini berupaya meningkatkan lagi amalan stereotaip dan membawa kesan

psikologikal terhadap mangsa. Bentuk diskriminasi yang lebih serius dan mampu membawa kesan jangka

panjang terhadap golongan minoriti atau bawahan ialah penafian terhadap pelbagai peluang hidup seperti

pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan, keadilan dan penyertaan politik. Golongan yang didiskriminasi

bukan sahaja tidak dapat menikmati kualiti hidup seperti mana kumpulan etnik yang lain, malah jurang antara

kumpulan yang dominan dan minoriti sudah pasti akan bertambah besar. Ini mengukuhkan lagi stratifikasi

sosial dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.

Bentuk diskriminasi yang paling serius ialah tindakan agresif atau fizikal terhadap golongan minoriti atau

bawahan. Tindakan ini merangkumi keganasan yang bersifat terpencil hinggalah kepada keganasan terancang

yang bertujuan menghapuskan mereka secara mutlak. Pada kurun ke-19 dan 20, pelbagai keganasan etnik

berlaku di merata pelusuk dunia yang seringkali membabitkan kelompok minoriti seperti penyembelihan lebih

sejuta etnik Armenia oleh etnik Turki, pembunuhan secara sistematik enam juta orang Yahudi oleh tentera
Nazi, pembunuhan hampir 200,000 orang Bosnia oleh etnik Serbia dan penghapusan beribu orang etnik

Rohingya oleh etnik Rakhine.

Alternatif kepada Teori Park ialah Teori Hubungan Etnik yang diajukan Milton M. Gordon. Ahli

sosiologi Amerika ini menjelaskan bahawa proses asimilasi adalah berdasarkan tujuh tahap yang berbeza.

Gordon menyatakan bahawa masyarakat tidak semestinya melalui setiap satu tahap ini, sebaliknya ia mungkin

berhenti di satu tahap dan kekal stabil di tahap tersebut. Tujuh tahap tersebut ialah asimilasi budaya, asimilasi

struktur, asimilasi perkahwinan, asimilasi identiti, asimilasi sikap, asimilasi tingkah laku dan asimilasi sivik.

Menurut Gordon, asimilasi budaya tidak semestinya membawa kepada asimilasi struktur. Beliau berpendapat

bahawa kumpulan etnik minoriti boleh berubah dan menjadi seolah-olah seperti kumpulan majoriti atau

dominan tetapi segregasi struktur masih tetap kekal. Walau bagaimanapun, apabila sesebuah masyarakat beralih

ke asimilasi struktur, ia boleh membawa kepada berlakunya asimilasi ketiga hingga ketujuh. Dengan kata lain,

asimilasi ketiga hingga ketujuh adalah sub-kategori kepada asimilasi struktur. Apabila interaksi antara

kumpulan pelbagai etnik meningkat pada tahap primer (hubungan tidak formal dan bersifat emosional seperti di

peringkat kelab, keluarga dan kawan-kawan), ia boleh membawa kepada perkahwinan campuran yang akhirnya

boleh membawa kepada keruntuhan identiti etnik, hilangnya prejudis dan diskriminasi dan akhirnya bersetuju

dengan kumpulan dominan terhadap isu-isu utama seperti nilai dan kuasa (Marger, 2011: 117).

Jadual Tahap asimilasi Gordon Sumber: Marger (2011: 117)


Gagasan 1Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang

kaum dengan berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Dalam erti kata lain, 1Malaysia digagaskan sebagai formula pelengkap dasar-dasar kerajaan yang lebih awal

demi membantu mencapai Wawasan 2020 jika diterapkan dalam sanubari rakyat Malaysia dan diamalkan oleh

setiap lapisan masyarakat (Hazman Hassan, 2012).

Usaha melahirkan satu generasi rakyat 1Malaysia bukanlah merupakan satu proses asimilasi yang

mampu melenyapkan identiti kaum atau etnik dan digantikan dengan satu identiti nasional seperti diamalkan di

negar-negara lain. Sebaliknya, Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati malah memelihara identiti

dan keunikan kaum dan etnik masing-masing selaras dengan kerangka persetujuan-persetujuan yang telah

tercapai dalam kontrak sosial oleh pelopor-pelopor kemerdekaan dan kemudiannya menyerlah dalam

Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Gagasan 1 Malaysia memajukan konsep bahawa keunikan dan kelainan yang wujud dikalangan

rakyat Malaysia sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana keunikan

itu membantu dalam usaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara kepada tahap yang lebih tinggi.

Namun, perlu dijelaskan bahawa Gagasan 1 Malaysia dimajukan bersandarkan Perlembagaan Persekutuan dan

Rukun Negara. Ini bermakna dasar-dasar kerajaan dan program-program pembangunan yang disediakan bagi

kaum bumiputra dan bukan bumiputra akan terus disediakan berdasarkan peruntukan-peruntukan yang sedia

ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua kaum dan etnik akan mendapat pembelaan dan bantuan selaras

dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang digubal berteraskan semangat tolak

ansur antara kaum .


Soalan 2

Sejak merdeka, hubungan etnik di Malaysia memperlihatkan pola turun naik tetapi amnya masyarakat

pelbagai etnik hidup dalam keadaan aman dan harmoni (Shamsul, 2012: 4). Pada era awal kemasukan

masyarakat luar ke negeri-negeri Melayu, proses asimilasi telah berlaku antara kumpulan ini dan masyarakat

tempatan. Perkahwinan campur adalah proses asimilasi yang penting di mana ia menyebabkan sempadan etnik

dan budaya kumpulan yang berhijrah semakin menghakis sehingga mereka dampak seperti etnik Melayu pada

waktu itu.

Peringkat migrasi yang kedua berlaku antara kurun awal selepas Masihi hingga kurun ke-16. Pada

tempoh waktu tersebut, beberapa peristiwa penting berlaku di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo yang

mendorong kemasukan masyarakat luar. Antaranya ialah perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu-Hindu,

kedatangan Islam ke Nusantara, jalinan hubungan antara kerajaan-kerajaan awal Tanah Melayu dan Borneo

dengan kuasakuasa Eropah (Portugis dan Belanda) dan China. Masyarakat yang berhijrah ke negeri-negeri

Melayu pada waktu itu ialah Melayu Sumatera terutama yang berketurunan Minangkabau. Pada waktu yang

sama, sejumlah kecil orang India dan Cina berhijrah ke Melaka sehingga membawa kepada perkahwinan

campur dalam kalangan masyarakat tempatan. Hasil daripada perkahwinan campur ini, maka lahirlah keturunan

Baba dan Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang.

Baba Nyonya yang juga dikenali sebagai Peranakan Cina adalah hasil proses akulturasi orang Cina

dengan orang Melayu. Makanan, pakaian dan bahasa mereka banyak dipengaruhi budaya Melayu tetapi pada

masa yang sama mereka mengekalkan identiti Cina terutamanya dalam aspek keagamaan dan perkahwinan.

Masyarakat Baba Nyonya Melaka bertutur dengan bahasa mereka sendiri iaitu campuran Melayu dialek Baba,

manakala Pulau Pinang menggunakan dialek Hokkien. Masyarakat Baba dan Nyonya juga mengamalkan sifat-

sifat dan tingkah laku wanita Melayu seperti peramah, suka melatah dan berbual-bual di kaki lima pada waktu

petang.

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok

Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan

Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai
bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan

lain-lain.

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan

dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura.

Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat

difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan

Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga

orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan

kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan,

walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek

kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang

dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang

dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian

resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat

istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang

indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan

tradisional Cina berbanding dengan Melayu.

Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya (baju panjang

dan batik sarung) dan kerongsang.

Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk

menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya,

manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak

diperoleh dari Jepun.

Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi

oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi

rekaan moden dan ditambah tumit.


Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya 'kebaya encim', serta

mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan Cina.

Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan

Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda,

British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.

Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan "Nyonya" yang menggunakan rempah masakan

Melayu. Contohnya ayam kapitan, sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyonya; dan

pindang bandeng, kuah ikan yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura.

Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan atau mempergundikkan wanita Melayu

dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran

budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.

Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini

wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin

dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.

Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya

paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.

Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh

pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak

beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang

memeluk agama Kristian.

Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara

perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu

berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan.

Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan

perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak

berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara

berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.


Kelompok masyarakat lain yang terhasil daripada proses kahwin campur antara kelompok penghijrah

dan penduduk tempatan ialah masyarakat Serani (Serani juga dikenali sebagai Kristang). Orang Serani

terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang Portugis dan penduduk tempatan hususnya Melayu.

Kebanyakan masyarakat Serani menganut agama Kristian (Katolik Roman) manakala sebahagian kecil pula

menganut agama Islam. Kini, masyarakat Serani merujuk kepada mereka yang berkacukan darah Eropah dan

Asia.

Kristang merupakan etnik kacukan ("creole") campuran keturunan orang Portugis dan Melayu,

sungguhpun terdapat campuran Cina, India dan leluhur lain disebabkan perkahwinan campur yang biasa di

kalangan Kristang, yang timbul di Melaka (Malaysia) antara abad ke-16 dan ke-17. Sesetengah mereka bertutur

dalam bahasa Kristang, sejenis bahasa creole yang berasaskan bahasa Portugis. Salah faham biasa ialah bahasa

Kristang merupakan campuran Portugis dan bahasa Melayu, tetapi sebenarnya bahasa Melayu menyerap

sebahagian perkataan Kristang. Sebagai contoh, "Garfu" ialah perkataan Kristang, dan juga "Almari".

Masyarakat Kristang dipercayai bermula sebahagiannya daripada hubungan dan perkahwinan antara

wanita tempatan dan lelaki Portugis (pelaut, askar, pedagang, dll.) yang datang ke Melaka semasa zaman

penjelajahan Portugis.

Nama ini datangnya daripada creaole Portugis kristang ("Kristian"), ia sendiri daripada bahasa Portugis

cristão.[perlu rujukan] Sinonim lain bagi masyarakat Portugis ialah Serani (ringkasan bagi "Nasrani", yang

bererti pengikut Jesus dari Nazarene); dan "Gragok" (istilah slanga bagi "Geragau" atau udang, merujuk kepada

fakta bahawa keturunan Portugis Melaka secara tradisi merupakan nelayan udang). Masyarakat mereka sendiri

mengelar diri mereka sebagai Gente Kristang ("Orang Kristian").

Selepas gencatan senjata dengan Portugal pada tahun 1641, masyarakat Kristang terus dipelihara tradisi,

agama dan bahasa mereka yang mempunyai persamaan budaya dan bahasa dengan leluhur mereka di Portugal,

terutamanya dengan rantau Minho. Kebanyakannya mengamalkan ajaran Katolik, beberapa ritual keagamaan

masih disambut di Portugis dan masyarakat ini sentiasa dirujuk sebagai orang Portugis oleh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, bahasa Kristang yang tidak diajar di sekolah-sekolah kerajaan kini sedang di ambang

kepupusan kerana ramai generasi muda orang Portugis Malaysia yang tidak boleh mengusai bahasa tersebut

terutamanya masyarakat Portugis yang tinggal di luar Ujong Pasir Melaka.


Krismas ialah satu majlis perayaan keagamaan yang utama dengan ahli keluarga berkumpul untuk

meraikanya. Juga turut diadakan perayaan lain seperti hari St John (San Juang) pada 24 Jun, kini menjadi salah

satu tarikan pelancong terbesar di Melaka, São Pedro (San Pedro), penaung kudus nelayan, pada 29 Jun. Muzik

dan tarian orang Papia Kristang dikenali sebagai branyok. Melodi branyok yang terkenal ialah "Jingkli Nona",

dilihat sebagai lagu kebangsaan tidak rasmi komuniti Serani yang berketurunan Portugis.

Terdapat kira-kira 300 perkataan Portugis kekal dalam bahasa Melayu. Contohnya kereta (kereta);

Sekolah (deescola); Bendera (bendera); mentega (demanteiga); Keju (keju), dan Meja (jadual). Komuniti

dinamik Portugis di Melaka yang ditubuhkan sejak 1933 mempunyai objektif membawa tradisi nenek moyang

bersama masyarakat kristang untuk memelihara kebudayaan mereka.


Rujukan

https://www.academia.edu/7559172/LATARBELAKANG_Gagasan_1_Malaysia_adalah_satu_gagasan
_yang_diperkenalkan_oleh_YAB_Dato dilayari pada 16Oktober2019

Muhammad Yusoff Hashim (1989) Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Shamsul A B (2012) Modul Hubungan Etnik, Edisi Kedua, Bangi: Universiti


Kebangsaan Malaysia.

You might also like