Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Pengarah Program:

Alderian Jolius
014-6203259

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM:

PROGRAM 10,000 LANGKAH KESIHATAN BERSAMA”


“Badan Sihat, Hidup Sejahtera”

TARIKH:
24 OKTOBER 2020 (SABTU)

TEMPAT:
DEWAN TERBUKA SMK METHODIST TANJONG MALIM PERAK

ANJURAN:
PELAJAR-PELAJAR KURSUS QKU3143
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH,
FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN.

DENGAN KERJASAMA:
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST DAN
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
METHODIST, 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN.
1.0 PENGENALAN
Penganjuran program ini adalah tugasan utama pelajar-pelajar bagi kursus QKU
3143 Program Kesihatan SEKOLAH, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada
warga sekolah serta mendidik masyarakat yang terdiri daripada ibubapa ke arah
membudayakan gaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini
juga bermatlamat untuk mewujudkan jalinan silaturrahim antara masyarakat
terutamanya para ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar-pelajar UPSI. Persekitaran
sekolah yang sihat adalah berkait rapat dengan budaya gaya hidup sihat masyarakat
terutamanya warga sekolah. Murid-murid seharusnya dipupuk dan disemai seawal usia
awal kanak-kanak lagi agar budaya ini berkembang dan subur seiring dengan
perkembangan mereka.

2.0 TUJUAN
2.1 Mendapat kelulusan program dan peruntukan kewangan daripada pihak Fakulti
Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist
dan pihak-pihak yang berkaitan.
2.2 Mendapat kelulusan pinjaman peralatan daripada PTJ yang terlibat di UPSI,
Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist dan pihak-pihak yang berkaitan.
2.3 Mendapat kerjasama dan sokongan daripada pihak-pihak yang terlibat dengan
program ini.

3.0 BUTIRAN PROGRAM


3.1 Nama program : Program 10,000 Langkah Kesihatan Bersama
3.2 Tarikh : 24 Oktober 2020 (Sabtu)
3.3 Masa : 8.00 Pagi – 1.30 Petang
3.4 Tempat : Dewan Terbuka SMKM
3.5 Tema : “Badan Sihat, Hidup Sejahtera”
4.0 RASIONAL PROGRAM
4.1 Memupuk sikap kerjasama diantara pihak PIBG, pihak sekolah, pelajar UPSI dan
murid-murid sepanjang aktiviti dijalankan.
4.2 Mewujudkan suasana keseronokan dan bergembira sepanjang program
dijalankan.
4.3 Menggalakkan peserta untuk terlibat dengan aktiviti yang menyeronokkan,
cergas dalam membina kesihatan diri dan budaya hidup sihat.
4.4 Melatih murid-murid supaya berdisiplin, mengamalkan budaya hidup sihat dan
bersungguh-sungguh serta meningkatkan daya kreativiti ketika melakukan aktiviti
yang disediakan.
4.5 Melahirkan warga sekolah yang mengambil berat tentang masalah berat badan.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Melibatkan pelajar di dalam aktiviti-aktiviti bersifat pembangunan sahsiah dan
akhlak melalui penyertaan pelajar dalam program-program akademik.
5.2 Melibatkan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti keilmuan yang mempunyai
elemen Pembelajaran Sepanjang Hayat.
5.3 Menggalakkan pelajar terlibat dengan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan melalui
penganjuran dan penyertaan pelajar di dalam program-program akademik dan
perkongsian ilmu.
5.4 Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti University Community
Engagement (UCE).

6.0 HASIL PEMBELAJARAN


6.1 Menerangkan konsep dan matlamat program kesihatan di sekolah.
6.2 Mempromosikan pendidikan kesihatan menerusi pelbagai sumber yang relevan.
6.3 Membentuk tingkahlaku penganalisaan, pengucapan awam dan pendemostrasia
untuk menyampaikan idea tentang pendidikan kesihatan secara formal dan tidak
formal.
6.4 Berkomunikasi secara berkesan dan sentiasa menerima idea baru serta
berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi.
7.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini mensasarkan penyertaan daripada kalangan ahli-ahli PIBG, warga
sekolah yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan dan murid-murid SMKM serta
murid-murid dari sekolah berdekatan sekitar Tanjong Malim yang dijemput.

8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

8.1 JAWATANKUASA INDUK FAKULTI

PROF. MADYA DR ABD. RAHIM BIN MOHD SHARIFF


Dekan,
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Pera

DR NORSILAWATI BT ABD RAZAK


Pemangku Ketua Jabatan Sains Sukan,
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

HJ MOHAMMAD FAUZI BIN KHALID


Timbalan Pendaftar,
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

YUSRI BIN YAKUB,


Pensyarah Kanan,
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

8.2 JAWATANKUASA INDUK PIBG SMK METHODIST


8.3 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PENGARAH PROGRAM
Alderian Jolius

TIMBALAN PENGARAH PROGRAM


Muhammad Izzarul Aizek Bin Mohd Zulkifli

SETIAUSAHA
Fadlee Bin Oyoi

TIMBALAN SETIAUSAHA
Jahadi Ampalus

BENDAHARI
Elvis Asrandy Malius

TIMBALAN BENDAHARI
Muhamad Arif Bin Lasemang

JAWATANKUASA PENDAFTARAN/URUS SETIA


Felyvista Jaikol

JAWATANKUASA PROTOKOL
Nurul Fatin Aqilah Bt Rahim

JAWATANKUASA KEBERSIHAN, KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN


Galcia Anak Chung

JAWATANKUASA PERSEGARAN
Janet Cassandra Richard
JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA
Florance Duya Low

JAWATANKUASA PENGANGKUTAN
Mohd. Mursyid Bin Kamal

JAWATANKUASA PROMOSI
Jasmin Anak Jang

JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KELANCARAN


Zuraida Bt Nasri

JAWATANKUASA PERALATAN
Mohamad Firdaus Bin Jahaya

JAWATANKUASA LOGISTIK
Mohamad Syazwan Bin Ayub

JAWATANKUASA PENYERTAAN
Salina Anak Rentap

9.0 CADANGAN TENTATIF PROGRAM


MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 pagi Pendaftaran peserta dan agihan makanan Semua AJK
Persiapan untuk pameran:
1. Pameran Kesihatan
2. Pameran Jualan
3. Pameran Pusat Kesihatan UPSI
4. Ceramah Kesihatan (Success Story)

9.00 pagi 10,000 Langkah Kesihatan Bersama Semua AJK


9.30 pagi Acara pelajar bermula: Semua AJK
1. Pertandingan Berat Badan ideal
2. Pertandingan Masakan Sihat
3. Pertandingan Pancing Botol
4. Pertandingan Melukis Poster Kesihatan
5. Teka dan Rasa.
10.00 pagi Acara PIBG bermula: AJK Aktiviti
1. Pertandingan Lari dalam guni
2. Pertandingan Cari Gula-gula dalam
Tepung
3. Pertandingan Tarik Tali.
4. Cabutan Bertuah PIBG.
11.00 pagi Acara Pentas:
1. Persembahan lakonan SMK Methodist
2. Persembahan Syarahan SMKM
3. Persembahan karate SMKM
4. Ikon Remaja
12.30 Tengahari Majlis Penutup (Penyampaian Hadiah dan Semua AJK
Cenderahati):
1. Acara PIBG.
2. Cenderahati untuk pihak-pihak yang
terlibat.
1.30 Petang Majlis Tamat

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN


10.1 Pendapatan
Bil. SUMBER PENDAPATAN JUMLAH
1. Peruntukan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan RM 500.00
(Bayaran melalui pesanan belian)
2. Peruntukan PIBG SMKM RM 2 000
Jumlah RM 2 500

10.2 Perbelanjaan
Bil. PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)
1. Makan pagi AJK (Perasmian) 67 x RM 6.00 RM 402.00
2. Air mineral 10 x RM 9.60 RM 96.00
3. Makan tengahari VVIP 10 x RM 6.00 RM 60.00
4. Banner program 1 x RM 50.00 RM 50.00
5. Sijil khas program 626 x RM 2.00 RM 1 252.00
6. Hadiah 15 x RM 20.00 RM 300.00
7. Hadiah Saguhati Acara 6 x RM 30.00 RM 180.00
Pentas (6 Kategori)
8. Cenderahati Penceramah 1x RM 80.00 RM 80.00
Kesihatan (Success Story)
9. Cenderahati Pusat Kesihatan 1X RM 80.00 RM 80 .00
UPSI
JUMLAH PERBELANJAAN RM 2 500.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 00.00
(10.1-10.2)

11.0 SENARAI PEMINJAMAN PERALATAN DARIPADA PTJ UPSI


Bil. PERALATAN/PTJ KUANTITI (unit)
1. Portable Speaker (FSSK) 1
2. Mic (FSSK) 2
3. Healer (FSSK) 2
4. Walkie Talkie (FSSK) 12
5. Stand Mic (JPPHB) 2
6. Kotak Kecemasan (Pusat Kesihatan UPSI) 6
7. Alat Timbang Berat Badan (FSSK) 5
8. Meja Pendaftaran 4
9. Alat Ukur Tinggi 5

12.0 PENUTUP
Melalui Program 10,000 Langkah Kesihatan Bersama 2020 kali ini diharapkan
agar matlamat untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan para pelajar, ahli PIBG,
pihak sekolah, dan masyarakat akan dapat dicapai dengan jayanya. Program ini juga
diharapkan akan menjadi satu platform yang baik kepada ahli-ahli PIBG, dan pihak
sekolah dan murid-murid untuk meningkatkan lagi kesedaran mereka terhadap
kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri melalui pengisian-pengisian
program yang dilaksanakan. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan daripada
semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada mereka.
13.0 PENGESAHAN DAN KELULUSAN

Disediakan oleh: Fadlee Bin Oyoi


Setiausaha
Program 10,000 Langkah Kesihatan Bersama

Tandatangan :
……………………………………………..
Tarikh :
……………………………………………..
Disemak oleh: Yusri Bin Yakub
Penasihat Program,
QKM3013 Organisasi/Pentadbiran
Program Kesihatan Sekolah.

Tandatangan :
……………………………………………..
Tarikh :
……………………………………………..
Disokong oleh: Dr Norsilawati Binti Abd Razak
Pemangku Ketua Jabatan Sains Sukan,
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tandatangan :
……………………………………………..
Tarikh :
……………………………………………..
Disahkan oleh: Haji Mohammad Fauzi Bin Khalid
Timbalan Pendaftar,
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tandatangan :
……………………………………………..
Tarikh :
……………………………………………..
Diluluskan oleh: Prof. Madya Dr. Abd Rahim Bin Mohd Shariff
Dekan,
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tandatangan :
……………………………………………..
Tarikh :
……………………………………………..
Diluluskan oleh: (Sinne Bathumalai A/L Apalnaidu)
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
Sekolah Menegah Kebangsaan Methodist

Tandatangan :
……………………………………………..
Tarikh :
……………………………………………..

You might also like