Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SULIT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


PENTAKSIRAN AKHIR
FINAL ASSESSMENT
SEMESTER 1 SESI 2020/2021
SEMESTER 1 SESSION 2020/2021
KOD : QKU 3053 KURSUS : PENCEGAHAN KECEDERAAN
DAN BANTU MULA

TARIKH : 28 JANUARI 2021

ARAHAN/ INSTRUCTIONS
1. Kertas ini mengandungi Tiga (3) soalan.

2. Jawab SEMUA soalan mengikut arahan yang diberikan.

3. Skrip jawapan hendaklah dimuatnaik dalam tapak Myguru mengikut tarikh dan masa
yang telah ditetapkan.

Kertas soalan ini mengandungi 6 muka surat termasuk muka hadapan

PROGRAM :
TAHUN : KUMPULAN KULIAH :
NO. PENDAFTARAN :

NO. KADPENGENALAN :

PENSYARAH : PM DR AZALI BIN RAHMAT DAN PN. MIRZA AZNY BINTI MUSTAFA

SULIT

1
ARAHAN TAMBAHAN

1. Tugasan khas ini mengandungi tiga (3) soalan.

2. Semua soalan yang diberikan adalah dalam bentuk situasi kecederaan dalam
kemalangan.

3. Anda dibenarkan untuk merujuk pelbagai sumber rujukan dan rujukkan utama pada buku
“Edisi ke 10 Manual Pertolongan Cemas”.

4. Skrip jawapan hendaklah disiapkan pelajar sendiri dan tidak melibatkan perbincangan
dengan rakan-rakan lain

FORMAT SKRIP JAWAPAN

1. Penulisan jawapan dalam bentuk point adalah digalakkan.

2. Bilangan muka surat bukanlah menjadi faktor utama tetapi mengikut kehendak
soalan

3. Jawapan yang menggunakan prinsip-prinsip pertolongan cemas amatlah digalakkan


dalam situasi yang betul.

4. Penggunaan Bahasa : Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.

PENGHANTARAN

1. Skrip jawapan hendaklah di mengikut masa yang telah ditetapkan,

Tarikh pemberian tugasan : 28 Januari 2021 (Masa 9.00am)


Tarikh penghantaran tugasan : 30 Januari 2021 (Sebelum 11.00pm)

2. Penghantaran skrip jawapan hendaklah di hantar melalui tapak Myguru yang akan
disediakan.

4. Pelajar hendaklah bertanggungjawab penuh ke atas tugasan yang telah dihasilkan


dan penghantaran mengikut masa dan hari yang telah ditetapkan.
Lampiran 1

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2019/2020

Kod Kursus / Code : QKU3053


Nama Kursus / Course : PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN BANTU MULA

Kumpulan / Group : A
Nama Pensyarah / : PM DR AZALI BIN RAHMAT
Lecturer’s Name

Nama Pelajar / Student’s Name : MUHAMMAD IZZARUL AIZEK BIN


MOHD ZULKIFLI

No. Matrik / Matric No. : D20172081148

Semester Semasa / Current Semester : 6


Fakulti / Faculty : FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN
Arahan: Jawab semua soalan

Soalan 1

Situasi: Anda merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani yang sedang mengajar sekumpulan
pelajar dalam kemahiran bola sepak. Tiba-tiba seorang pelajar kelihatan terjatuh berhampiran
dengan tiang gol. Beberapa pelajar lain dilihat cuba untuk membantu pelajar tersebut. Anda
dimaklumkan oleh rakan-rakan pelajar tersebut yang kepala mangsa dilihat telah terhantuk tiang
gol. Setelah diperiksa, anda dapati mangsa masih tidak sedarkan diri dan kelihatan dahinya
membengkak kehitaman.

Soalan: Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani yang berkemahiran di dalam pertolongan cemas
dan bantu mula, apakah yang perlu untuk membantu mangsa tersebut? Nyatakan secara ringkas
(mengikut urutan) tindakan yang akan diambil berdasarkan prinsip-prinsip pertolongan cemas,
bermula daripada kejadian tersebut hinggalah mangsa di bawa ke klinik kesihatan yang
berhampiran. Sila senaraikan rujukan yang anda gunakan di helaian akhir.

10 markah

Soalan 2

Situasi: Ketika anda sedang mengajar pendidikan jasmani di padang, anda terdengar seorang guru
perempuan menjerit meminta tolong sambil menunjukkan seorang pelajarnya yang sedang terbaring
di tepi padang. Anda berlari ke arah guru tersebut dan melihat seorang pelajar perempuan sedang
memegang kepala sambil menangis. Darah kelihatan banyak mengalir keluar disebelah kanan
kepalanya.

Soalan: Sebagai seorang guru Pendidkan Jasmani yang berkemahiran di dalam pertolongan cemas
dan bantu mula, apakah tindakan segera yang perlu diambil untuk menyelamatkan mangsa?
Nyatakan secara ringkas (mengikut urutan) tindakan yang akan diambil berdasarkan prinsip-prinsip
pertolongan cemas, bermula daripada kejadian tersebut hinggalah mangsa di bawa ke klinik
kesihatan yang berhampiran. Sila senaraikan rujukan yang anda gunakan di helaian akhir.

10 markah
Soalan 3

Situasi: Ketika anda bersama beberapa rakan anda sedang minum petang di sebuah warung tepi
jalan, tiba-tiba kedengaran bunyi hentakan yang sangat kuat datang dari arah hadapan kedai. Satu
kemalangan telah berlaku di antara sebuah kereta dan lori tangki. Kerosakan yang dialami oleh
kereta tersebut kelihatan amat teruk dan didapati dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak di
dalamnya. Pemandu kereta dilihat tidak sedarkan diri dan kelihatan kepalanya mengalir darah yang
banyak. Manakala penumpang dibahagian sebelah pemandu kelihatan sedang mengerang kesakitan
dan dilihat ada kesan lebam di dahi. Sementara dua orang kanak-kanak yang berada di bahagian
belakang kereta dilihat tidak mengalami apa-apa kecederaan dan hanya menangis kerana terkejut.

Soalan: Sebagai seorang guru Pendidkan Jasmani yang berkemahiran di dalam pertolongan cemas
dan bantu mula, apakah tindakan segera yang perlu diambil untuk menyelamatkan mangsa?
Nyatakan secara ringkas (mengikut urutan) tindakan yang akan diambil berdasarkan prinsip-prinsip
pertolongan cemas, bermula daripada kejadian tersebut hinggalah mangsa di bawa ke klinik
kesihatan yang berhampiran. Sila senaraikan rujukan yang anda gunakan di helaian akhir.

20 markah

SOALAN TAMAT
JAWAPAN SOALAN 1

Sebagai seorang guru, saya akan menggunakan kaedah RICE iaitu ;

R-Rest (rehat)
 Saya akan merehatkan bahagian yang tercedera dan mengekalkan kedudukan di tempat yang
terlibat dalam kemalangan dan berada pada kedudukan yang selesa dan tidak menggerakkan
bahagian cedera yang tersebut.
I-Ice (ais)
 Saya akan meletakkan ais dibahagian dahi untuk mengurangkan benjolan pada Kawasan yang
tercedera dan mengehadkan proses bengkak.
C-Compression (Tekanan)
 Saya akan membalut pada bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage. Hal ini untuk
mengelakkan bengkak dan mempercepatkan proses penyembuhan.

E-Elevation (ampu sedikit tinggi)


 Saya akan ampu bahagian dahi pelajar yang bengkak tinggi sedikit dari paras jantung, hal ini
mampu bengkak atau edema. Ampu ini perlu dibuat secepat yang mungkin.

-apabila selesai melakukan kaedah Ricer kepada pelajar tersebut, saya akan melakukan kaedah CPR jika
pernafasan mangsa atau nadi tidak berfungsi.
- Bantuan pernafasan diberikan sehingga bantuan rawatan tiba.
JAWAPAN SOALAN 2

Tindakan saya kepada pelajar perempuan yang mengalami kecederaan tersebut adalah penggunaan kaedah
TOTAPS.

T-Talk (Bercakap)
 Saya akan bercakap pada pelajar perempuan tersebut untuk mengetahui dengan tepa tapa yang
berlaku Ketika kecederaan itu berlaku
 Saya akan bertanyakan soalan kepada pelajar tersebut iaitu “apa yang telah berlaku”?, adakah awak
berasa sangat sakit?’’
O-Observe(Melihat Keadaan)
 Saya akan melihat serta memerhatikan bahagian yang tercedera
 Saya akan mencari luka yang terbuka, kemerahan atau bengkak.
T-Touch(Sentuh)
 Saya akan melakukan sentuhan di Kawasan yang kecederaan untuk merasa keadaan seperti lembut
dan bengkak
 Hal ini adalah untuk menganalisis atau mentafsir darjah kecederaan itu.
A-Active (Aktif)
 Saya akan meminta kepada pelajar untuk melakukan pergerakan seperti mengangguk dan
menggeleng untuk mengetahui jika terdapat rasa sakit semasa melakukan pergerakkan. Saya akan
meminta pelajar mengurangkan pergerakan di Kawasan yang tercedera.
 Saya akan memperhatikan wajah pelajar tersebut dan memberikan rawatan bantu mula diperingkat
ini.
P-Passive(Pasif)

 Pergerakan pasif adalah untuk menggerakkan bahagian sendi yang cedera melalui seluruh
pergerakkannya
 Saya akan berhenti jika ada pergerakan yang membawa kesakitan kepada pelajar tersebut
S-Skill (Kemahiran)
 Saya akan mengulangi pergerakan beberapa kali jika kecederaan tidak dapat dikenalpasti

Apabila selesai menggunakan kaedah TOTAPS, saya akan melaksanakan rawatan Luka di Kepala pelajar
tersebut
1. Beri tekanan langsung pada luka
a. Saya akan Meletakkan semula kulit kepala yang tersiat ke atas luka
b. Letakkan pembebat steril atau pad yang tidak berbulu dan bersih ke atas luka
c. Memberikan tekanan langsung yang matap pada luka dengan tangan bagi mengawal
pendarahan

2. Balut kemas pembebat


a. Balut kemas pembebat di atas kepala dengan pembebat bergulung agar tekanan langsung
dapat diberikan kepada kecederaan
3. Bantu mangsa untuk baring
a. Bantu mangsa untuk baring di lantai,sebaik-baiknya di atas sehelai gebar
b. Saya akan memastikan kepala dan bahu mangsa terletak tinggi sedikit daripada badan.
c. Saya juga memastikan mangsa berada dalam keadaan selesa
4. Memantau keadaan mangsa
a. Memantau dan mencatat semua tanda penting iaitu pernafasan,nadi dan tahap respon
sehingga bantuan rawatan tiba.
JAWAPAN SOALAN 3

Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani yang berkemahiran dalam pertolongan cemas, tindakan
yang akan saya lakukan adalah pertama sekali saya akan menupukan perhatian terhadap mangsa yang
tidak sedarkan diri terlebih dahulu. Sebelum memulakan rawatan pertolongan kecemasan, saya akan
meminta orang ramai untuk menghubungi Ambulans sementara saya melakukan pertolongan cemas
terhadap mangsa kemalangan tersebut.
Dalam situasi ini, saya akan menggunakan prinsip pertolongan cemas DRABC. DRABC adalah
sinonim daripada Danger, Response, Airways, Breathing dan Circulation. Langkah-langkahnya adalah
seperti berikut:
1. Danger : saya akan memastikan bahawa kawasan persekitaran mangsa adalah selamat, sekiranya
kawasan tersebut tidak selamat untuk melakukan pertolongan cemas, saya akan meletakkan
mangsa ditempat yang selamat terlebih dahulu.
2. Response : setelah memastikan kawasan persekitaran selamat, saya akan memastikan keadaan
mangsa yag tidak sedarkan diri terlebih dahulu dengan memanggil mangsa dengan panggilan Encik
bagi lelaki dan Puan bagi wanita untuk memastikan sama ada terdapat tindak balas daripada
mangsa ataupun tidak.
3. Airways : selepas itu, sayaakan memeriksa saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri
dengan menggunakan teknik ‘angkat dagu dan dongak kepala’. Buka saluran pernafasan mangsa
dengan mendongakkan kepala mangsa dengan satu tangan dan angkat dagu mangsa dengan tangan
yang satu lagi. Periksa sekiranya lidah mangsa atau benda asing mengganggu laluan pernafasan
mangsa. Sekiranya ada, alihkan lidah mangsa atau benda asing yang menghalang laluan pernafasan
mangsa.
4. Breathing : setelah memeriksa saluran pernafasan mangsa, saya akan memeriksa pula pernafasan
mangsa. Ia dilaksanakan dengan mendekatkan pipi saya dengan hidung dan mulut mangsa dan
melihat kearah dada mangsa. Kemudian lihat, dengar dan rasa pernafasan mangsa selama lima
hingga 10 saat. Jika tidak ada sebarang pernafasan, picit hidung mangsa sehingga tertutup dan beri
dua hembusan penuh dalam mulut mangsa selama dua saat setiap hembusan.
5. Circulation : selepas memeriksa pernafasan mangsa, sekiranya tidak ada sebarang pernafasan
daripada mangsa, saya akan melakukan Bantuan Pernafasan Mulut ke Mulut ataupun CPR kepada
mangsa.
CPR dilakukan dengan 5 langkah seperti berikut:
1. Letakkan sebelah tangan di tengah-tengah dada mangsa. Letakkan tumit tapak tangan sebelah lagi
diatas tangan yang menyentuh dada tadi dan pacakkan jari kedua-dua tangan tetapi jari tidak harus
menyentuh tulang rusuk mangsa.
1
2. Condongkan badan ke hadapan dan tekan dada mangsa secara menegak sedalam 5-6 cm (2-2
2
inci). Lepaskan tekanan tanpa mengalihkan tangan. Lakukan 30 kali tekanan dada pada kadar 100-
120 tekanan setiap minit.
3. Buka saluran pernafasan mangsa dengan dongakkan kepala mangsa dengan satu tangan. Angkat
dagunya dengan dua jari tangan yang satu lagi. Picit hidung mangsa dan biarkan mulut mangsa
ternganga. Tarik nafas, lekapkan bibir pada mulut mangsa. Hembuskan nafas ke dalam mulut
mangsa secara berterusan sehingga dada mangsa kelihatan naik keatas.
4. Perhatikan dada mangsa menurun. Dengan salur udara masih terbuka, lepaskan lekapan mulut
daripada mulut mangsa. Perhatikan dada mangsa. Dada mangsa akan mula menurun. Ulangi
dengan memberi DUA kali nafas menyelamat ; setiap hembusan nafas harus mengambil masa satu
saat. Lakukan 30 kali tekanan dada, diikuti dengan DUA nafas menyelamat.
5. Sekiranya mangsa sudah mula bernafas, letakkan mangsa pada posisi pemulihan. Perhatikan
perubahan pada mangsa dan catatkan perubahan tersebut sehingga ambulans sampai untuk
menghantar mangsa kehospital dan mendapatkan rawatan lanjut.

Bagi mangsa yang mengerang kesakitan dengan kesan lebam didahi, lebam tersebut biasanya terjadi akibat
pendarahan dalam kulit atau tisu-tisu dibawah permukaan kulit. Untuk merawat kesan lebam didahi,
pertama sekali saya akan meletakkan mangsa dalam keadaan yang selesa. Seterusnya saya akan memberi
tekanan mantap pada bahagian yang lebam dengan menggunakan tuaman sejuk. Pekap tuaman pada
tempat lebam selama kira-kira 10 minit sehingga lebam tersebut surut dan menunggu ambulans tiba untuk
rawatan selanjutnya.
Bagi mangsa kanak-kanak yang menangis kerana terkejut, saya akan cuba untuk menenangkan mangsa
disamping memerhatikan dan bertanya kepada kanak-kanak tersebut sekiranya ada anggota badan mereka
yang mengalami kesakitan. Saya akan cuba menenangkan mangsa sehingga ambulans sampai untuk
tindakan seterusnya.
RUJUKAN

1) Kursus Asas Pertolongan Cemas | World Scouting

2) austin, crawford, armstrong, D. M. D. V. J. A. (2017). Manual Pertolongan Cemas edisi ke-10


(10th ed.). Golden Books Centre Sdn Bhd.

You might also like