K.kerja Bengkel Blog 2010

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

FASILITATOR SCHOOLNET

KERTAS CADANGAN
PROGRAM BENGKEL MEMBINA BLOG 2010
FASILITATOR SCHOOLNET DAERAH TENOM

TEMPAT:
PUSAT KEGIATAN GURU, TENOM

TARIKH:
15 NOVEMBER 2010

ANJURAN:
FASILITATOR SCHOOLNET DAERAH TENOM
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA:
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TENOM

1
FASILITATOR SCHOOLNET
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

BORANG CADANGAN MENJALANKAN AKTIVITI

Nama Aktiviti “Bengkel Membina Blog 2010”

Penyelaras Aktiviti En. Wong Nyek Kiong

Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Tenom


Tempat dan
Kumpulan
Kumpulan Sasaran : 18 Guru ICT sekolah rendah dalam daerah Tenom
Sasaran

Jangkamasa
Mula : 15 November 2010
Aktiviti

Anggaran
Ditanggung oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tenom
Belanja

Pengerusi Setiausaha Bendahari


Cadangan
Jawatankuasa
Sharif Asri Bin Sharif Alam Mohd. Samizul Samad Mohd. Aizam Bin Siman

Cop & Tandatangan: Tarikh:


Diisi oleh Pejabat

2
BAHAGIAN A

1.0. PENGENALAN

PROGRAM BENGKEL BLOG 2010 merupakan aktiviti perintis berkaitan bidang Laman
Sesawang Blog yang ditujukan khusus buat para guru terutamanya Guru ICT di sekolah-
sekolah rendah seluruh Tenom. Program ini diinspirasikan melalui inisiatif pendekatan
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membudayakan ICT di peringkat sekolah. Justeru itu,
Pegawai Fasilitator SchoolNet dihantar ke sekolah-sekolah terpilih [buat masa sekarang]
melalui usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [SKMM] dan
Government Integrated Technology Network [GITN] Sdn. Bhd. yang merupakan Syarikat
Berkaitan Kerajaan [GLC].

Bersesuaian dengan matlamat “MEMBUDAYAKAN ICT”, program ini diharap


dapat dijadikan suatu katalis atau anjakan paradigma buat warga guru khususnya Guru ICT
untuk menimba atau meningkatkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam selok-belok
dunia Blog. Dalam usaha untuk menjayakan hasrat ini, beberapa pendekatan dan gerak-usaha
yang bersepadu perlu dilaksanakan secara holistik dan berhikmah. Sebagai contoh dalam
konteks program ini, kerjasama dari warga guru di semua peringkat [Guru berkaitan
ICT,pentadbiran sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah] amatlah diperlukan untuk menjayakan
program ini. Sikap cintakan ilmu pengetahuan, semangat kerjasama, ketabahan dari segi
intelek dan emosi serta cabaran yang timbul perlu ditempuhi sebaik-baiknya bagi mencapai
objektif PROGRAM BENGKEL BLOG 2010.

3
2.0. OBJEKTIF PROGRAM

a. Memperkenalkan Blog,

b. Menarik minat untuk membina Blog terutamanya laman blog sekolah,

c. Memperkenalkan langkah untuk membina Blog dan pengurusannya,

d. Sebagai suatu usaha untuk menambah pautan sekolah atau yang berkaitan pendidikan dari
sekolah masing ke laman sesawang Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tenom (Cadangan).

3.0. KUMPULAN SASARAN

a. 20 orang guru ICT sekolah yang ada Pusat Akses dan Makmal Komputer dalam daerah
Tenom.

4.0. TEMPOH
a. Masa : 8.00 pagi – 5:00 petang
b. Tarikh : 15 November 2010

5.0. PELAKSANAAN

Program berlangsung selama sehari yang mana terbahagi kepada 5 slot. Manakala peserta
program akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.

FS turut menjemput Pegawai Pelajaran Daerah untuk merasmikan Bengkel Membina Blog 2010.

Slot 1 akan dibentangkan oleh FS Aizam (SJK(C) Chung Hwa) berkenaan dengan Pengenalan
Kepada Blog secara teori.

Slot 2 akan disambung oleh FS Sharif Asri (SK Mandalom Lama). Pada bahagian ini, peserta akan
membina blog masing-masing dengan dibantu oleh FS sebagai pemudahcara.

Slot 3, FS Mohd Samizul (SK Paguokon) akan menerangkan berkenaan dengan rekabentuk dan
pengurusan blog secara terperinci. Peserta akan didedahkan secara teori dan praktis. Peserta
diberi peluang menguruskan blog masing-masing secara praktis. Dengan dibantu oleh FS sebagai
pemudahcara.

Slot 4 diteruskan dengan pembentangan hasil rekaan terpilih kumpulan masing-masing.

Slot 5 akan diakhiri dengan penerangan dasar dan pekeliling peraturan membina laman web/blog
sekolah disampaikan oleh En. Wong Nyek Kiong, Penyelia Pelajaran dan Penyelaras Bengkel
Membina Blog 2010

Jadual menyeluruh dan modul pembelajaran disertakan pada Bahagian C.

4
6.0. PENUTUP

Dengan terlaksananya PROGRAM BENGKEL BLOG 2010 ini, ianya akan mendorong warga
guru khususnya yang terlibat dalam bidang ICT di sekolah untuk meningkatkan lagi kemahiran
insaniah [softskill] melalui pelaksanaan dan pendekatan objektif program ini. Penerapan ini amat
diperlukan bagi mencapai hasrat untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi,
maju, dan seimbang dari segenap aspek. Diharapkan agar segala perancangan akan berjalan
lancar. Oleh itu, segala kerjasama dan komitmen daripada semua pihak sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung amatlah diperlukan bagi melicinkan lagi perjalanan program ini agar
dapat direalisasikan dengan jayanya.

5
AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA TERTINGGI

PENASIHAT : ENCIK AJMAL HJ. JUMAH


Pegawai Pelajaran Daerah Tenom

PENYELARAS : En. Wong Nyek Kiong


Penyelia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
PPD Tenom

PENGERUSI PROGRAM : En. Sharif Asri Bin Sharif Alam


Fasilitator SchoolNet SK. Mandalom Lama, Tenom

SETIAUSAHA : En. Mohd. Samizul Bin Samad


Fasilitator SchoolNet SK. Paguokon, Tenom

PERALATAN : En. Mohd. Aizam Bin Siman


Fasilitator SchoolNet SJK(C) Chung Hwa, Tenom

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

FASILITATOR : Mohd. Aizam Bin Siman

Mohd. Samizul Bin Samad

Sharif Asri Bin Sharif Alam

6
BAHAGIAN C

MODUL BENGKEL

1. PENGENALAN KEPADA BLOG


1.1. Tujuan
1.2. Jenis Blog (peribadi, perkongsian, info, artikel, dll)
1.3. Faedah
1.4. Blog Sekolah dan P&P Interaktif

2. MEMBINA BLOG (PRAKTIKAL)


2.1. Mendaftar gmail
2.2. Mendaftar di blogger.com
2.3. Memilih jenis blog (Tajuk dan deskripsi)
2.4. Memulakan catatan
2.5. membuka halaman baru
2.6. menambah foto dalam penulisan
2.7. menambah pautan dlm penulisan
**Pratonton blog guru masing-masing.

3. REKABENTUK DAN PENGURUSAN BLOG


3.1. Apa itu Header, Sidebar, Lower Bar, Footer?
3.2. Profil Blogger (sidebar)
3.2. Pengikut/Followers/Readers (sidebar)
3.3. Ruang pautan/capaian/link (sidebar)
3.4. Senarai blog yang diikuti/Bloglist (sidebar)
3.5. Ruang HTML (sidebar)
3.6. Ruang sembang (sidebar)
3.7. Ruang Foto (sidebar)
3.8. Ruang teks & nota (sidebar)
3.9. Header & Footer
**Pratonton blog guru masing-masing.

4. PEMBENTANGAN BLOG TERPILIH DAN SOALAN LAZIM


- Dibentangkan oleh kumpulan dan blog terpilih.

5. PEKELILING dan PERATURAN MEMBINA LAMAN WEB DAN BLOG SEKOLAH


- Oleh Encik Wong Nyek Kiong, Penyelia Pelajaran Unit ICT

Pembentang /Pemudahcara:

En. Mohd. Aizam Bin Siman


En. Sharif Asri Bin Sharif Alam
En. Mohd Samizul Bin Samad
JADUAL PELAKSANAAN BENGKEL MEMBINA BLOG 2010

Masa
8:00 pagi 10:00 pagi 10:30 pagi 12:30 tg.h 1:30 ptg 3:30 ptg 4:20 ptg
10:00 pagi 10:30 pagi 12:30 pagi 1:30 ptg 3:30 ptg 4:20 ptg 5:00 ptg
Tarikh
Pekeliling Peraturan
Pengenalan Mendaftar dan Rekabentuk dan Pembentangan membina Laman Web
15/11/2010
Kepada Blog Rehat Membina Blog Rehat Pengurusan Blog blog terpilih dan dan Blog Sekolah
FS Mohd. Haizam FS Sharif Asri FS Mohd. Samizul soalan lazim (En. Wong Nyek Kiong)

Senarai Sekolah Yang Terlibat


BAHAGIAN D

Perakuan Penyelaras Aktiviti

Ulasan Penyelaras
Aktiviti:

Nama &Tandatangan:

Tarikh:

Perakuan/Komen dan Kelulusan Guru Besar / PPD

________________ Diperakukan / Diluluskan


Keputusan: ________________ Tidak Diperakukan / Tidak Diluluskan

Ulasan / Komen :

Nama & Tandatangan:

Tarikh:
LAMPIRAN:

JUSTIFIKASI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENYELARAS

1. Bertanggungjawab menyelaras aktiviti/program yang dirancang dan ditetapkan.


2. Membuat keputusan bersama-sama dengan pengerusi/pengarah program terhadap
sesuatu perkara yang dirasakan sukar diputuskan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana
lain.
3. Memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan sempurna seperti mana yang
telah dirancang.
4. Bersama-sama mengadakan perbincangan dengan pihak luar [sekiranya aktiviti tersebut
melibatkan pihak luar].
5. Sebagai bahan rujukan dan pemudah kepada AJK pelaksana dalam melaksanakan aktiviti
yang ditetapkan.

PENGERUSI

1. Membuat keputusan bersama-sama dengan Penyelaras terhadap sesuatu perkara yang


dirasakan sukar diputuskan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana lain.
2. Melengkap, menghantar, dan membuat tindakan susulan terhadap Borang Cadangan
Menjalankan Aktiviti.
3. Bertanggungjawab dalam menyemak perjalanan program dan tugas AJK.
4. Memastikan segala kerja yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
5. Berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi Sekolah.
6. Membuat pengesahan terhadap laporan akhir aktiviti.
7. Melaporkan keputusan mesyuarat dan perkembangan projek kepada penyelaras projek.

SETIAUSAHA

1. Menyediakan agenda dan minit mesyuarat.


2. Memaklumkan kepada ahli tentang panggilan mesyuarat.
3. Menyediakan kertas kerja dan surat-surat rasmi yang berkaitan.
4. Menyediakan laporan akhir aktiviti untuk dihantar kepada Pejabat Sekolah.

PERALATAN

1. Merangka dan merancang keperluan peralatan yang perlu untuk program.


2. Membuat permohonan penggunaan barang atau peralatan yang perlu.
3. Menjaga dan memastikan peralatan dalam keadaan yang baik.
4. Membantu menyediakan segala keperluan untuk kelancaran program.
5. Berperanan sebagai juruteknik ketika program berlangsung.

AJK PELAKSANA (PEMBENTANG DAN FASILITATOR)

1. Memastikan program berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.


2. Membentangkan dan menerangkan isi kandungan kursus berasaskan modul yang
ditetapkan.
3. Memastikan modul kursus telah disiapkan dan menjalankan T.O.T bersama fasilitator.
4. Menyediakan laporan akhir AJK Modul dan Pengisian.
SENARAI SEMAK JADUAL KERJA:

Bil Justifikasi Kerja Bulan [10] Bulan [ 11 ]


1 2 3 4 1 2 3 4
1 Perbincangan awal antara Pengarah Projek dengan Guru
Besar / PPD.
2 Sediakan borang cadangan menjalankan aktiviti.

3 Perjumpaan Penyelaras aktiviti bersama jawatankuasa


[lantikan, mesyuarat pertama dan melengkapkan kertas kerja
oleh jawatankuasa program].
4 Semakan kertas kerja oleh Penyelaras aktiviti dan pembetulan
semula kertas kerja oleh jawatankuasa program.
5 Kertas kerja diajukan kepada Guru Besar / PPD untuk
mendapat kelulusan.
6 Pembetulan semula kertas kerja dan diajukan semula kepada
Guru Besar / PPD [jika berkenaan].
7 Mendapat kelulusan daripada Guru Besar / PPD serta mula
menjalankan aktiviti.
8 Aktiviti dilaksanakan [Tarikh : 1-2 November 2010] dan
pemantauan berkala oleh Penyelaras aktiviti.
10 Mesyuarat post mortem antara Penyelaras aktiviti dengan
jawatankuasa program.
11 Pengerusi/Pengarah Program membentangkan laporan aktiviti
beserta laporan kepada Pihak Pengurusan Sekolah / PPD.
Senarai Semak (sila tandakan √):

Justifikasi kerja setiap ahli jawatankuasa.

Pengesahan Penerimaan daripada Pejabat Pelajaran Daerah.

Ulasan dan tandatangan Penyelaras Program.

Ulasan dan pengesahan daripada Guru Besar Sekolah / PPD.

Carta Alir kerja [Carta Gantt] disediakan.

You might also like