Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Definisi dan Konsep Pendidikan Khas 1

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS 1

3.0 AKTA PENDIDIKAN KHAS 2


3.1 Akta Pendidikan Khas di Malaysia 2
3.2 Akta Pendidikan Khas Luar Negara 3

4.0 KESIMPULAN 4

5.0 RUJUKAN 5

0
1.0 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Menurut Sang (2000 ) menyatakan bahawa Pendidikan Khas ialah pendidikan yang
disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran seperti masalah
pembelajaran penglihatan, pendengaran, pertuturan, masalah dalam pembelajaran dan
pintar cerdas.

“Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of
exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)

“Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan


pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluang-
peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau
biasa.” (Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999)

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk


memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya merangkumi aspek-aspek pengajaran dan
pembelajaran serta latihan jasmani. Kurikulum pendidikan Khas telah diubah suai sesuai
dengan keperluan murid yang mengalami pelbagai masalah ketidakupayaan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia telah bermula sejak tahun 1920an. Ia bermula dengan
pembukaan sekolah untuk orang-orang buta oleh segolongan sukarelawan dan berkembang
kepada sekolah untuk orang-orang pekak. Pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948
dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu
untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954, Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di
tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar
“lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap
umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah
Pembelajaran’ bermula pada tahun 1988. Kementerian Pendidikan telah memulakan kelas
perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.

Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui


Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan
tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Berdasarkan
perakuan tersebut, pihak kerajaan mula mengambil alih tanggungjawab pendidikan ini

1
sepenuhnya. Dalam masa yang sama, kerajaan menggalakkan badan-badan bukan
kerajaan untuk menyumbang dari segi ilmu dan pelbagai aspek lain.

3.0 AKTA PENDIDIKAN KHAS


3.1 Akta Pendidikan Khas di Malaysia
Dalam Akta Pelajaran 1961  bahagian  1, menyatakan  bahawa  sekolah Pendidikan
Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Akta
Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab
khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang
menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai
pihak sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan
dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga
memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan
kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Pada masa ini, kanak-kanak
berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. (41.1).

Mengikut Akta Pendidikan 1996,murid-murid berkeperluan khas di bawah


tanggungjawab Kementerian Pendidikan adalah murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah
pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap
boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.

3.2 Akta Pendidikan Khas Luar Negara


Public Law 94-142 telah diperkenal di Amerika pada 29 November 1975 setelah diluluskan
oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk
semua kanak-kanak cacat (Education For All Handicapped Children Act).
Public Law 94-142 adalah daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak
adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya
kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini
apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan
kanak-kanak biasa.(Odom & McEvoy 1988)

Public Law 94-142 (USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak


khas untuk menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan
undang-undang akan dikenakan keatas mereka. Undang-undang ini merupakan undang-
undang yang paling mempengaruhi bidang pendidikan khas. Akta ini juga mempunyai kesan
yang mendalam dalam pentaksiran. Undang-undang ini telah menekankan enam prinsip

2
iaitu pendidikan untuk semua, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan individu
(RPI), persekitaran tidak terhad, penyediaan khidmat sokongan dan penglibatan ibu bapa. Ia
juga menjamin bahawa setiap individu antara 3-21 tahun akan menerima pendidikan
percuma dalam persekitaran yang tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Melalui
undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama kanak-
kanak normal atau biasa.

Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock telah ditubuhkan


pada tahun 1974 dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan
Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan
pembangunan pendidikan khas di Britain. Pada peringkat awal ianya berdasarkan konsep
pendidikan berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu menyekat dan menghalang kanak-kanak
berkeperluan khas daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Namun pada tahun 1981,
konsep integrasi atau inklusif diperkenalkan dengan menekankan bahawa kanak-kanak
berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan
kanak-kanak biasa. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa
dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Children’s Act,
1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang
ditekankan :
1. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang
sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘kolaboratif’
iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas
mengikut kepakaran dan keperluan

2. Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas


diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas
belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.
Konsep ini turut dilaksanakan di Malaysia.

3
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Pendidikan khas di Malaysia berkembang maju setelah  Akta


Pendidikan 1996  diwartakan.  Berteraskan kepada PL 94-142,  kesedaran
masyarakat  terhadap pendidikan  khas,  peranan  undang-
undang  dan  polisi  pemerintah  berjaya menggerakkan program pendidikan khas di negara
ini. Melalui pendidikan untuk semua, pendidikan percuma, kelas inklusif, khidmat sokongan
daripada pelbagai pihak dan juga penyediaan Rancangan Pengajaran Individu telah
memantapkan lagi amalan PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Akta
Pendidikan Individu Kurang Upaya, Individual with Disabilities Education Act (IDEA), Public
Law 94-142 telah digunakan dalam memperjuangkan Pendidikan Khas. Public Law
memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas. Akta Public Law telah
membantu setiap negara dalam membentuk program pendidikan khas yang berkesan untuk
intervensi awal dalam membantu mereka yang bekeperluan khas, menjamin hak pendidikan
dan menikmati kehidupan yang sempurna seperti masyarakat umum.

4
RUJUKAN

1. Laporan Warnock

https://vdokumen.net/laporan-warnock.html

2. Cikgu Sue PKhas. 2016. Program Pendidikan Khas.

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2016/11/program-pendidikan-khas.html

3. Nurul Hazirah Ramli. Definisi Pendidikan Khas.

https://nurulhazirahramli93.wordpress.com/pengenalan-2/definisi/

4. Riena. Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

https://www.slideshare.net/riena75/unit-1-definisi-dan-konsep-pendidikan-khas

5. Che Roshilah. 2015. PPKI

https://cheroshilah.wordpress.com/2015/01/03/ppki/

6. 2016. Dasar-dasar Pendidikan Khas Di Malaysia

http://kac3013.blogspot.com/2016/02/dasar-dasar-pendidikan-khas-di-malaysia.html

7. Zuraidah. 1997. Peraturan Pendidikan Khas.


https://www.slideshare.net/zuraidahupsi/peraturan-pend-khas-1997?next_slideshow=1

8. Academia. Pendidikan Khas Di Luar Negara.


https://www.academia.edu/20349382/PENDIDIKAN_KHAS_DI_LUAR_NEGARA

You might also like