Geo LaNina

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan 2

a. Apakah yang di maksudkan dengan La Nina? [3]

La Nina ialah pergerakan arus lautan panas dari timur Pasifik yang bergerak ke Baran Pasifik (Asia
Tenggara) akibat tolakan daripada angina timuran. Keadaan Lautan Pasifik yang panas di kawasan tropika
menyebabkan udaranya bertekanan rendah. Pusat tekanan rendah ini akan menarik angina timuran ke
Barat Pasifik. Kesannya lebih banyak suhu air lautan yang panas bergerak menuju ke Barat Pasifik. Suhu
lautan di kawasan Tropika meningkat 8 darjah celcius lebih tinggi daripada biasa.

b. Huraikan ciri cuaca yang berpunca daripada fenomena La Nina. [12]

Antara ciri cuaca yang berpunca daripada fenomena La Nina ialah peningkatan suhu. Suhu
permukaan laut di Pasifik tengah dan Timur akan menjadi lebih rendah daripada biasa. Dalam keadaan ini,
tekanan atmosfera permukaan di kawasan Khatulistiwa pasifik barat menurun menyebabkan
pembentukan awan yang banyak. Peningkatan suhu air laut ini menyebabkan kadar sejatan semakin
tinggi dan seterusnya menghasilkan kejadian hujan lebat di Barat Pasifik atau Asia Tenggara. Di bahagian
Timur Pasifik, jumlah hujan yang diterima adalah sedikit disebabkan kekurangan proses sejatan yang
berlaku. Contohnya, negara-negara Amerika Selatan seperti Bolivia, Peru, dan Ecuador.

Selain itu, ciri yang kedua ialah taburan suhu. Taburan suhu di negara-negara Amerika Selatan atau
Timur Pasifik lebih tinggi berbanding dengan suhu di bahagian Barat Pasifik merana keadaan cuaca yang
panas. Suhu yang rendah di bahagian Barat Pasifik atau Asia Tenggara disebabkan kandungan wap air yang
tinggi di dalam udara akibat proses sejatan yang meingkat dan peningkatan jumlah hujan yang turun.

Ciri cuaca yang berpunca daripada fenomen La Nina yang seterusnya ialah, tekanan udara. Di
bahagian Timur Pasifik, keadaan cuaca panas dan kering yang berpanjangan meneybabkan udaranya
bertekanan rendah dan menghasilkan tiupan angina yang perlahan. Manakala, di Bahagian Barat Pasifik
pula keadaan cuaca yang sejuk disebabkan kadar kelembapan udara yang tinggi menyebabkan udaranya
bertekanan tinggi. Udara yang bertekanan tinggi menyebabkan berlakunya kejadian ribut taufan.

Seterusnya, kelembapan udara. Kejadian fenomena La Nina menyebabkan kelembapan udara


menjadi rendah. Peningkatan suhu yang tinggi di Amerika Selatan atau timur Pasifik semasa berlakunya
fenomena La Nina menyebabkan kelembapan udaranya menjadi rendah. Kelembapan udara yang rendah
juga menyebabkan udara di kawasan ini berrtekanan rendah. Sebaliknya, di Asia Tenggara, Australia dan
Papua semasa berlakunya fenomena La Nina menyebabkan udaranya sejuk dan mempunyai tekanan yang
tinggi.

Akhir sekali, fenomena La Nina juga menyebabkan kadar sejatan tinggi. Kadar sejatan yang tinggi juga
berlaku di Timur Pasifik semasa fenomena La Nina. Peningkatan suhu dan keadaan kemarau menyebabkan
banyak air di permukaan daratan seperti air sungai, tasik dan air bawah tanah mengalami sejatan.
Peningkatan sejatan akan mengurangkan air di permukaan bumi.
c. Bagaimanakah fenomena La Nina memberikan kesan terhadap aktiviti manusia. [10]

Antara kesan fenomena La Nina terhadap aktiviti manusia ialah, menjejaskan kegiatan perikanan.
Nahagian Timur Pasifik seperti di Amerika Selatan berlaku proses pembuakan atau upwelling aiaitu
kenaikkan arus lautan yang sejuk ke permukaan laut bagi menggantikan arus lautan yang panas yang telah
bergerak ke Barat Pasifik. Pembuakan menyebabkan banyak nutrient untuk pembiakan ikan. Kegiatan
perikanan berjalan lancar di Amerika Selatan seperti di Pantai peru, Chile dan Ecuador. Manakala di
bahagian Barat Pasifik, keadaan hujan yang lebat dan tiupan angina yang kencang akan menjejaskan
kegiatan perikanan terutama kegiatan perikanan pinggir pantai.

Selain itu, fenomena La Nina menjejaskan kegiatan pertanian. Di bahagian barat Pasifik aktiviti
pertanian terjejas disebabkan jumlah pnerimaan hujan yang tinggi. Jumlah hujan yang lebat menyebabkan
berlakunya kejadian banjir yang memusnahkan tanaman. Di timur Pasifik pula, keadaan cuaca yang kering
dan panas menyebabkan kegiatan pertanian tergendala. Kekurangan sumber air kerana ketiadaan hujan
dalam jangka masa yang panjang menyebabkan tumbesaran tanaman terbantut dan seterusnya
menjejaskan produktiviti petanian.

Seterusnya, fonomena La Nina memberikan kesan terhadap aktiviti manusia ialah menjejaskan
system pengangkutan. Sistem pengangkutan darat di beberapa buah negara Asia Tenggara atau Barat
Pasifik akan tergendala. Keadaan hujan yang lebat mengakibatkan kejadian banjir yang menenggelamkan
jalan raya dan landasan kereta api. Di kawasan Timur Pasifik terutamanya di Amerika Selatan seperti
negara Peru, Chile dan Ecuador, keadaan cuaca yang panas dan kering tidak menjejaskan system
pengangkutan.

Fenomena La Nina juga menganggu kegiatan pembalakan. Kegiatan pembalakan di bahagian Barat
Pasifik tergendala semasa fenomena La Nina. Kegiatan pembalakan tergendala kerana keadaan jalan yang
licin dan kejadian tanah runtuh disebabkan hujan lebat. Tanah runtuh dan keadaan jalan yang licin
menyukarkan proses pengangkutan kayu balak. Manakala, di bahaian Timur Pasifik pula, keadaan cuaca
yang panas dan kering membolehkan kegiatan pembalakan dijalankan dengan lancar. Keadaan yang kering
membolehkan proses mengangkut keluar kayu balak dari kawasan pembalakan dijalankan dengan cepat.

Akhir sekali, menjejaskan aktiviti perindustrian. Kegiatan perindustrian terutama industry kecil dan
sederhana akan terganggu kerana fenomena La Nina mengakibatkan kejaduan hujan lebat dan
kekurangan cahaya matahari. Kekurangan cahaya matahari membuatkan pengeluaran keropok ,
pembuatan batik, ikan kering dan sebagainya yang bergantung kepada cahaya matahari yang cukup ketika
proses penjemuran.

You might also like