Kandungan Akta Pendidikan 1996

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996

PENGENALAN KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996

Akta Pendidikan 1996 telah dibahagikan kepada 16 bahagian dan 17 peraturan yang
berkaitan dengan pendidikan. 16 bahagian yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 ialah
bahagian 1 yang mengandungi tajuk ringkas dengan nama akta iaitu Akta Pendidikan
1996,tarikh mula kuat kuasa yang telah ditentukan oleh Menteri serta tafsiran atau definisi.
Seterusnya bahagian 2 iaitu pentadbiran dengan melantik pegawai-pegawai untuk
menguruskan hal-hal pentadbiran sistem pendidikan di semua peringkat. Manakala bahagian 3
menubuhkan Majlis Pendidikan Kebangsaan yang berfungsi menasihati menteri dalam hal
pendidikan dan boleh mengawal selia prosedur sendiri. Seterusnya bahagian 4 iaitu Sistem
Pendidikan Kebangsaan yang terdiri daripada Pendidikan pra sekolah, pendidikan rendah,
pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan tidak termasuk sekolah expatriat. Selain itu,
terdapat juga kategori pendidikan kerajaan iaitu institut pendidikan kerajaan, institut pendidikan
bantuan kerajaan dan institut pendidikan swasta. Selain itu, di dalam bahagian 4 juga menyebut
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kecuali
sekolah jenis kebangsaan dan mana-mana institusi yang dikecualikan oleh Menteri, sekolah
menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan dan kurikulum kebangsaan digunakan di
semua sekolah.
Bahagian-bahagian lain yang terdapat Akta Pendidikan 1996 ialah bahagian 5 iaitu
penilaian dan peperiksaan, bahagian 6 iaitu pendidikan tinggi, bahagian 7 iaitu Institusi
Pendidikan Swasta, bahagian 8 iaitu Pendaftaran Institusi Pendidikan, bahagian 9 iaitu
pendaftaran Guru, bahagian 10 iaitu jemaah Nazir sekolah, bahagian 11 iaitu kewangan,
bahagian 12 iaitu rayuan, bahagian 13 peraturan-peraturan, bahagian 14 kesalahan dan penalti,
bahagian 15 iaitu kepelbagaian dan akhir sekali bahagian 16 iaitu peralihan dan pemansuhan.
Kesemua bahagian-bahagian tersebut mempunyai peranan yang cukup besar bagi
memantapkan sistem pendidikan kebangsaan.
Terdapat 17 peraturan yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996. Peraturan 1 ialah
peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum Pra Sekolah) 1997 yang mengandungi bahan
kurikulum, masa dan penilai ditentukan oleh ketua pendaftar dan penilaian dalam domain
kognitif, afektif dan psikomotor. Seterusnya, peraturan ke 2 ialah peraturan-peraturan
Pendidikan ( Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik) 1997 bertindak dalam
penubuhan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan sijil satu diploma politeknik,
menentukan dasar, mengesahkan dan mengumumkan keputusan peperiksaan, tindakan
tatatertib, menimbang rayuan serta menentukan penganugerahan sijil dan diploma. Di samping
itu, peraturan 3 ialah peraturan-peraturan pendidikan (peperiksaan, penilaian dan pensijilan/
Maktab Pendidikan Guru) 1997 ialah sebagai rujukan dalam penubuhan Lembaga Peperiksan
Guru, dasar, strategi dan garis panduan peperiksaan dan memberhentikan kursus. Di samping
itu, peraturan-peraturan pendidikan (Kursus Pengajian dan Program Latihan Maktab Pendidikan
Guru) 1997 yang dijadikan rujukan tenaga pengajar yang berkelayakan untuk mengendalikan
kursus. Seterusnya, peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum Kursus Pengajian dan Program
Latihan di Politeknik yang mana Lembaga Kurikulum dan Program Latihan Politeknik
ditubuhkan untuk menentukan dasar dan menghasilkan dan mengawasi pelaksanaan
kurikulum. Di samping itu, peraturan-peraturan pendidikan ( Kurikulum) 1997 yang
menggariskan mata pelajaran teras, wajib dan elektif untuk kelas peralihan dan tingkatan enam.
Seterusnya, peraturan-peraturan pendidikan (pendidikan khas) 1997 yang menumpukan
kepada pelajar kecacatan pendengaran atau kecacatan penglihatan atau masalah
pembelajaran.
Seterusnya, peraturan-peraturan pendidikan (penilaian dan peperiksaan) 1997 untuk
menunjukkan fungsi Lembaga peperiksaan dalam membuat pemantau tentang penilaian
berasaskan sekolah. Selain itu, peraturan-peraturan pendidikan ( pendaftaran Institusi
Pendidikan) 1997 yang dijadikan rujukan mengenai pendaftaran dan pemberhentian operasi
institusi pendidikan. Peraturan-peraturan lain yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996
ialah Peraturan-peraturan pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta) (Disiplin Murid) 1998,
Peraturan-peraturan pendidikan (Majalah sekolah dan Bahan Multi Media) 1998, Peraturan-
peraturan pendidikan ( Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998, Peraturan-peraturan pendidikan
(persatuan Sekolah) 1998, Peraturan-peraturan pendidikan ( Penggal, Hari dan Cuti Sekolah)
1998, Peraturan-peraturan pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta (Piawaian) 1998, Peraturan-
peraturan Pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta) (Iklan) 1998 dan akhir sekali Peraturan-
peraturan ( Penerimaan Masuk Muri ke Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat Pengekalan
Murid Belajar di Sekolah) 1998.
Sistem Pendidikan Kebangsaan

Pengenalan Akta Pendidikan 1996 telah menumpukan ke arah menyelaras sistem pendidikan di
semua peringkat. Buat pertama kali dalam sistem pendidikan, Akta Pendidikan 1996
memperjelaskan komponen-komponen sistem pendidikan kebangsaan dalam bahagian 5 yang
terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan
selepas menengah dan pendidikan tinggi. Selain itu, Akta Pendidikan 1996 juga mempunyai
tiga kategori iaitu institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan
institusi pendidikan swasta. Menurut Mohd. Ismail Othman, 2004, pendidikan swasta perlu
diorientasikan bagi mencerminkan beberapa ciri asas keperibadian kebangsaan dengan
menggunakan kurikulum kebangsaan dan menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama di samping menyediakan pelajar-pelajar mengambil peperiksaan awan seperti
yang termaktub dalam bab 4 Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk mengelak sekolah
swasta menyediakan sistem pendidikan yang tidak sehaluan dengan sistem pendidikan
kebangsaan.

Bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan


Akta Pendidikan 1996 telah meletakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali di sekolah jenis kebangsaan
yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi yang dikecualikan.
Sehubungan itu, bahasa kebangsaan telah dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah
dan institusi pendidikan. Langkah ini sangat penting ke arah penyatuan kaum di negara ini.

Kurikulum Kebangsaan.
Kurikulum kebangsaan hendaklah wajib digunakan bagi semua sekolah termasuk
sekolah swasta. Dalam hal ini,Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali
sebagai Kurikulum kebangsaan yang tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan
oleh semua sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kurikulum kebangsaan yang
ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-
masing. Sukatan dalam Kurikulum Kebangsaan telah diselaraskan bagi semua sekolah di
negara ini. Walaupun sudah terdapat cadangan dalam Penyata Razak (1956) dan laporan
Rahman Talib (1960) bagi mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah,
tetapi penekanan kepada kurikulum kebangsaan hanya diperuntukkan dalam Akta Pendidikan
1996.

Pendidikan Prasekolah
Pada zaman globalisasi sekarang, pendidikan sejak dari kanak-kanak amat penting
supaya kanak-kanak tersebut dapat menerima pembelajaran dan dapat membiasakan diri
dengan suasana persekitaran sekarang. Oleh itu, Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan
bahagian 4 dalam sistem pendidikan kebangsaan suatu komponen penting iaitu pendidikan
prasekolah. Dalam bahagian tersebut telah menegaskan tiada tadika boleh ditubuhkan,
dikendalikan atau diruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini. Hal ini
demikian kerana untuk menyelaraskan sistem pendidikan di peringkat prasekolah. Di samping
itu, Menteri Pendidikan juga telah diberi kuasa untuk menubuhkan tadika tertakluk kepada
peruntukkan akta. Menurut Mohd. Ismail Othman, 2004, oleh sebab kesedaran di kalangan ibu
bapa sudah terasa mengenai pentingnya pendidikan pada peringkat ini, maka sejumlah
399,980 kanak-kanak, iaitu mewakili 63.7 peratus kanak-kanak dalam kumpulan umur 5-6 tahun
mendaftar di pusat prasekolah pada tahun 2000. Di samping itu, program dan kegiatan di setiap
tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh
Menteri supaya dapat menyelaraskan dan memberi kesan kepada pelajar.

Pendidikan Rendah
Pendidikan rendah diadakan dalam tempoh 5 tahun bagi yang pintar sehingga 7 tahun
bagi yang bermasalah. Mengikut peruntukan ini juga, pendidikan rendah wajib, tetapi
penguatkuasaan undang-undang ini ditangguhkan kerana terdapat masalah yang dihadapi oleh
ibu bapa khasnya di luar bandar. Timbalan Menteri pendidikan telah berkata, ‘ tahun lalu (2002)
kerajaan bersetuju meminda Akta Pendidikan melalui seksyen 29 A(2) Yang mewajibkan ibu
bapa menghantar anak-anak mereka mengikuti pelajaran rendah selama enam tahun. seksyen
A (4) pula menyebut ibu bapa yang gagal mematuhi peruntukan 29 a (2) boleh didenda tidak
melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali. Namun, terdapat
masalah yang dihadapi oleh ibu bapa di luar banyak, Timbalan Menteri pendidikan telah
menjelaskan “ Kita tidak akan menguatkuasakan undang-undang jika ibu bapa tidak faham dan
kita tidak mahu meletakkan kesalahan ke atas bahu mereka tanpa memahaminya.

Pendidikan Menengah
Pendidikan menengah hendaklah menjadi kewajipan menteri untuk mengadakan
pendidikan menengah di sekolah menegah kebangsaan seperti sekolah menengah akademik,
sekolah menegah teknik dan sekolah menegah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan
oleh menteri dari semasa ke semasa. Selain itu, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri
boleh mengadakan pendidikan menengah atas di mana sekolah menengah kebangsaan.

Pendidikan selepas Menengah


Pada peringkat ini amat penting untuk diberi pendidikan sempurna kepada pelajar.
Namun pada Akta pelajaran 1961, tidak terdapat peruntukkan pendidikan selepas menengah
yang terkandung di dalamnya. Apabila timbul kesedaran mengenai pentingnya pendidikan pada
peringkat ini, maka peruntukan peruntukkan telah dibuat dalam Akta Pendidikan 1996 yang
memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan bagi mengadakan pendidikan selepas menengah.
Pendidikan ini telah diadakan di sekolah menengah, kolej-kolej atau institusi pendidikan yang
sesuai.
Pendidikan Tinggi
Pendidikan tinggi adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Ia memainkan
peranan yang amat penting bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan golongan profesianal
negara. Justeru dalam bahagian 4 Akta Pendidikan 1996 iaitu pendidikan Tinggi, Menteri
Pendidikan diberi tanggungjawab ke atas pendidikan tinggi daripada sudut perundangan
penubuhan, pengendalian, pengurusan dan pelanggaran undang-undang yang berkaitan
dengannya. Penyata dasar pendidikan tinggi bertujuan mempertingkatkan penyertaan
penduduk bagi kumpulan umur antara 19 sehingga 24 tahun mendapat pendidikan tinggi
dengan menambah bilangan Institusi Pendidikan Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Swasta
(IPTS)

Pendidikan Islam
Dalam Akta Pendidikan 1996, pendidikan Islam telah diperluas untuk murid-murid Islam di
semua kategori sekolah, termasuk sekolah swasta. Undang-undang baru ini menegaskan
Pendidikan Islam wajib diajar kepada setiap murid Islam di semua jenis sekolah. Justeru, dalam
Akta Pendidikan 1996 iaitu seksyen 50 memperuntukkan supaya semua sekolah, termasuk
sekolah swasta, wajib mengadakan kemudahan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam, apabila terdapat lima orang murid Islam atau lebih di sebuah sekolah. Sehubungan
dengan itu, mata pelajaran Pendidikan Islam juga telah dijadikan salah satu mata pelajaran
teras di peringkat sekolah menengah.

Pendidikan khas
Pendidikan Khas juga diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup
bagi pendidikan tersebut di dalam Akta Pendidikan 1996. Sehubungan itu, Menteri Pendidikan
wajib hendaklah mengadakan di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34 (1) (b)
atau di mana-mana sekolah rendah atau menegah yang difikirkan oleh Menteri bersesuaian.
Tempoh pendidikan rendah dan menengah juga hendak bersesuaian dengan keperluan murid
yang menerima pendidikan kita dan kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan
pendidikan khas yang tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3) dalam Akta Pendidikan 1996.

Pendidikan Teknik dan politeknik


Dalam usaha untuk membudayakan sains dan teknologi, peruntukan Akta Pendidikan
1996 telah mempertingkatkan pendidikan teknik di semua sekolah teknik dan politeknik.
Sehubungan itu, Akta Pendidikan 1996 telah memudahkan sekolah-sekolah vokasional di naik
taraf ke sekolah-sekolah teknik. Selain itu, politeknik juga boleh mengadakan program
kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk
mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan dan program pertukaran.
Peruntukan yang terdapat dalam Akta pendidikan 1996 adalah selaras dengan hasrat untuk
menjadikan masyarakat negara ini menguasai ilmu serta kemahiran-kemahiran untuk bersaing
di peringkat global.
Jemaah Nazir Sekolah
Salah satu bahagian yang penting dalam Akta Pendidikan 1996 ialah Jemaah Nazir
Sekolah yang terkandung dalam bahagian x Akta Pendidikan 1996 iaitu bab 1 dan bab 2.
Menurut Akta Pendidikan 1996, ketua Nazir hendaklah bertanggungjawab iaitu dengan
bekerjasama dengan mana-mana pihak yang dilantik oleh Menteri, bagi memastikan bahawa
taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. Selain
itu, Ketua Nazir juga hendaklah memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi
pendidikan diperiksa oleh Nazir sekolah pada satu tempoh yang difikirkan sesuai. Di samping
itu, apabila ketua Nazir diarahkan supaya berbuat sesuatu institusi pendidikan atau
menyebabkan institusi pendidikan itu diperiksa dan menjalankan institusi pendidikan
sebagaimana yang telah ditetapkan.

Penilaian dan Peperiksaan


Dalam Akta Pendidikan 1996 juga ditekan mengenai penilaian dan peperiksaan terhadap murid
untuk memastikan tahap keberkesanan sesuatu sistem. Seksyen 19 telah memperuntukkan
supaya semua sekolah menyediakan muri-murid bagi mengambil peperiksaan yang ditetapkan
oleh kementerian pendidikan. Kerajaan telah menyedari penilaian bagi mengukur pencapaian
dan kemahiran murid adalah penting bagi mendapat maklumat berkenaan tahap pencapaian
mereka. Oleh itu, penilaian dan peperiksaan diperuntukkan dalam akta pendidikan ini pada
bahagian V.

Peraturan Pendidikan
Satu lagi perkara yang penting yang terdapat dalam Pendidikan 1996 ialah Peraturan
Pendidikan. Peraturan pendidikan ini berkait rapat dengan sistem sekolah dan institusi
pendidikan yang lain. Satu bahagian iaitu bahagian XIII dimasukkan untuk peraturan-peraturan
tentang pendidikan. Bahagian ini merangkumi peraturan-peraturan yang berhubung dengan had
umur dan pendaftaran murid, disiplin di institusi pendidikan, kurikulum, kokurikulum, yuran,
penyimpanan akaun sekolah dan sebagainya. Melalui peraturan, sistem pentadbiran pendidikan
dilihat lebih teratur serta dapat memudahkan pihak pengurusan institusi pendidikan membuat
rujukan dari semasa ke semasa.

Rujukan

Mohd. Ismail Othman.(2004). Undang-undang untuk pengetua dan guru besar. Bentong: PTS
P Publilication & Distributors Sdn.Bhd.
Tie Fatt Hee. (2002). Undang-undang Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn.Bhd.
Lembaga Penyelidikan Undang-undang, (2007) Akta Pendidikan 1996. Petaling Jaya :
International Law Book Services
.Noriati A. Rashid et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Syed Ismail & Mohd Subki. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Akta Pendidikan 1996 di ambil daripada : id.slideshare.net/kokilavanni/akta-pendidikan-1996
Bab 1: Isu dan Cabaran Pendidikan semasa di ambil daripada:
www.amaljaya.com/.../BAB%202_GURU%20DAN%20PERUNDANGA
Perkembangan Pendidikan di Malaysia di ambil daripada:
kpf3012.wikispaces.com/file/view/KPF3012.pdf
Ahmad Fauzi bin Mohamed, Perbandingan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan
1996 di ambil daripada www.sahc.kedah.edu.my/.../Microsoft%20Word%20-%20Perbandingan
MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA di ambil daripada
www.researchgate.net/.../0a85e533452e2189a2000000?

You might also like