Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

DAN CIRI-CIRINYA

PROFESOR MADYA DR SYAMSUL


BAHRI ANDI GALIGO
KUPU SB 2017
 Kawasan Asia Tenggara khasnya Alam Melayu,
adalah kawasan yang diduduki oleh umat Islam
terbesar di dunia dewasa ini. Mengikut sejarah
perkembangan umat Islam di rantau ini, sejak
awal lagi mereka adalah penganut ugama Islam
yang berpegang teguh kepada pendekatan dan
ajaran Ahli Sunah Waljamaah yang memiliki ciri
kesederhanaan dalam memahami ugama,
mementingkan perpaduan dan sangat membenci
keganasan dan sifat melampau.
 "Ahlisunah Waljamaah" ialah mereka yang
berpegang teguh kepada asas aqidah (usul al-
aqidah) dan kaedah pemahaman Islam (manhaj)
menerusi pegangan yang telah dirintis oleh
ulama salaf yang iltizam kepada sunnah dan
pegangan Rasulullah (SAW). Mereka yang
sentiasa memelihara dan memulihara
perpaduan jamaah muslimin (al-sawad al-a'zam)
secara berterusan pada setiap peringkat
generasi, bermula daripada jamaah Rasulullah
(SAW), iaitu para sahabat Baginda yang terdiri
daripada golongan Muhajirin dan Ansar.
 Imam Abdul Qahir al-Baghdadi (w429H)
dalam kitab “al-Farq bayn al-firaq”
menegaskan bahawa tiada kumpulan umat
Islam yang berjaya mengekalkan sunnah
(pegangan ugama) Rasulullah dan sunnah
Sahabat Baginda melainkan golongan
Ahlisunnah Waljamaah.

 Sayidina Ali bin Abi Talib (RA) adalah orang


pertama daripada kalangan ulama Ahlisunah
Waljamaah yang membidas fahaman aqidah
golongan Khawarij dan Qadariyah di
zamannya.
 Mereka yang bergelar imam atau syaikh
kepada Ahlisunah Waljamaah seperti Hassan
Basri, Ahmad bin Hambal, Abu Hassan Asy'ari
dan Abu Mansur Maturidi, termasuk Abu
Ja'far al-Tahawi, al-Baqillani, Imam al-
Haramain, Abu Hamid al-Ghazali, dan lain-
lain,
 Mereka pada hakikatnya bukanlah pengasas
kepada Ahlisunah Waljamaah, sebab
Ahlisunah Waljamaah bukanlah satu
organisasi atau pertubuhan yang dibentuk
kemudian, sepertimana organisasi Islam lain.
 Imam Abu Hassan Asy’ari dan Imam Abu
Mansur Maturidi adalah dua tokoh Ahli
Sunnah Waljamaah yang sangat masyhur
dalam merumus metodologi dan membina
pendekatan aqidah Islam mengikut kefahaman
Ahli Sunnah Waljamaah.
 Kedua-dua tokoh inilah yang dapat
menampilkan semula keunggulan Ahli Sunnah
Waljamaah dalam masyarakat Islam majoriti
serta mampu melumpuhkan pelbagai fahaman
salah di zamannya terutama fahaman
Mu’tazilah yang pernah menjadi ideologi rasmi
khilafah Abbasia sebelumnya.
 Mereka itu adalah tokoh dan ulama Ahli Sunah
Waljamaah yang gigih memulihara dan
memelihara kemurnian aqidah Islam
berpandukan al-Quran al-karim dan al-Sunnah
al-nabawiyyah, berhaluan Ahli Sunah
Waljamaah dalam merumus metodologi dan
pendekatan yang sesuai serta bangkit
membidas segala ajaran dan fahaman yang
mencabar atau menggugat ketulenan ajaran
ugama Islam yang sebenar, iaitu sebagaimana
pegangan ugama yang diajar oleh Rasulullah
dan sahabat Baginda serta diwarisi oleh ulama
generasi selepasnya.
 Oleh kerana keadaan dan perubahan sosio-
budaya dan masyarakat serta persekitaran
yang dihadapi oleh ulama tersebut berbeza-
beza, maka sudah pasti pendekatan mereka
tidak selamanya sama.
 Justeru itulah timbul pendekatan yang
disebut manhaj salaf dan manhaj khalaf dalam
pendekatan Ahli Sunah Waljamaah,
terutama dalam memahami nas-nas aqidah
daripada Al-Qur’an dan Hadis yang biasa
disebut ayat dan hadis mutasyabihat.
 Walau bagaimanapun, kedua-dua pendekatan
ini telah pun sampai di kawasan Alam Melayu,
namun yang dominan terutama di kalangan
masyarakat awam adalah pendekatan khalaf,
yang banyak dikemukakan oleh Imam al-
Ghazali, kitab "Ihya' Ulum al-Din" dan Imam
al-Sanusi, kitab " Ummul Barahim". Juga Imam
al-Nasafi, kitab al-Aqa’id al-Nasafiyyah.
 Kitab-kitab ini telah menjadi rujukan utama
umat Islam di rantau ini sejak awal masuknya
Islam di kawasan kita ini.
 Oleh kerana Ahli Sunah Waljamaah
merupakan label pegangan ugama Islam yang
sebenar dan sudah menjadi pegangan umat
Islam di kawasan alam Melayu sejak awal
masuknya ugama Islam lagi, maka sangat
mustahak jika ianya dijaga dan dikawal
dengan sebaik-baiknya serta dipelihara
kewujudannya demi menjaga kemantapan
aqidah ummah dan kesejahteraan mereka di
rantau ini. Perlu diketahui bahawa yang
dimaksud ASJ dalam kertas ini ialah ASJ
mengikut tafsiran Imam Asy’ari dan Maturidi.
Antara ciri-ciri Ahli Sunnah Waljama’ah dari sudut
konsep kefahaman (nazariyah manhajiyah):

 Berpegang teguh kepada ikatan Allah (hablullah) iaitu


Al-Qur’an dan Al-Sunnah, mengikut tafsiran dan
kefahaman para ulama Ahli Sunnah Waljama’ah.
 Menjadikan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan
para Sahabat Baginda sebagai pegangan dalam
mengamalkan ajaran ugama Islam mengikut panduan
hadis dan athar para ulama salaf. Oleh itu, mereka
memelihara ajaran Islam yang asasi yang disebut
dengan “ma ‘ulima mina din bi darurah” yang
disimpulkan dalam rukun Islam dan rukun iman.
 Berpandukan kepada metodologi dan pendekatan
Mazhab Imam Syafi’e atau mazahib Ahli Sunnah
yang lain dalam membahaskan masalah-masalah
fiqah (ibadah dan mu’amalah).
 Berpedoman kepada metodologi dan pendekatan
Imam Abu Hassan Asy’ari dan Imam Abu Mansur
Maturidi dan ulama yang mengikuti keduanya
dalam membahaskan prinsip-prinsip Aqidah
Islam.
 Menghidupkan pelbagai syi’ar Islam yang boleh
memantapkan lagi ketaqwaan dan keimanan umat
Islam, seperti memperingati keputeraan (mawlid)
Baginda Rasulullah, tahun baru hijrah, isra’ dan
mi’raj, nuzul al-Qur’an dan lain-lain.
.
 Memelihara nilai-nilai murni individu dan
masyarakat berteraskan nilai-nilai akhlak Islam
yang mulia berasaskan kepada konsep Akhlak dan
Tasawuf yang telah dirintis oleh Imam Abu
Hamid al-Ghazali.
 Menjadikan amalan mustahabbat (kalimah
tayyibah) sebagai satu tradisi kemasyarakatan bagi
memperkaya adab-adab Islam dan tidak
bertentangan dengan konsep ibadah dalam Islam.
Misalannya memakmurkan amalan zikir dan doa
dalam masyarakat Islam, bacaan wirid, hizib dan
ratib, bacaan talqin dan tahlil dalam acara
kematian termasuk bacaan surah atau ayat mulia,
seperti ummul kitab, surahYasin, ayat Kursi dan
pelbagai salawat yang ma’thur, dan lain-lain.
Sebagai bicara penegasan:

Terma “Ahli Sunnah Waljama’ah” adalah


merupakan hasil ijma’ (persepakatan) para
ulama selepas tiga kurun terawal yang dijamin
oleh Rasulullah sebagai generasi unggul dan
terbaik. Ianya menunjukkan konsep kefahaman
ugama Islam yang telah diwarisi oleh umat
Islam daripada Rasulullah yang difahami oleh
para sahabat Baginda melalui dasar dan
sumber kefahaman al-Qur’an al-karim dan
sunnah Rasulillah.
 Terma ini bermaksud untuk memisahkan
golongan Ahli Sunnah Waljama’ah daripada
golongan umat Islam lain yang telah tercalar,
ternoda dengan cabaran-cabaran luar yang
boleh memesongkan pegangan mereka
daripada ajaran ugama Islam yang sebenar.

 Sejarah kemunculan istilah “Ahli Sunnah


Waljama’ah” ditandai dengan munculnya
pelbagai kefahaman yang bercanggah dan
menyeleweng dari kebenaran kefahaman
ugama Islam, seperti Qadariyah, Jabariyah,
Murji’ah, Khawarij, Syiah Rafidhah dan
Mu’tazilah dan lain-lain.
Antara tokoh-tokoh yang terawal membela dan
mempertahankan ajaran ugama Islam (Ahli
Sunnah Waljama’ah) yang diwariskan oleh
generasi Islam kurun terbaik tersebut ialah di
kalangan sahabat Baginda dikepalai oleh
Sayyidina Ali bin Abi Talib Karramallahu wajhah,
dari kalangan tabi’in diketuai oleh Omar bin
Abdul Aziz Radiyallahu ‘anhu, kemudian para
imam fuqaha dan ulama hadis seperti Imam
Hassan al-Basri, Imam Abu Hanifah, Imam Malik
bin Anas, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad bin
Hanbal Rahimahumullah dan ramai lagi.
 Nama “Ahli Sunnah Waljama’ah” lebih
terserlah lagi dengan kemunculan dua
tokoh ulama penghujung kurun ketiga
hijrah, iaitu Imam Abu Hasan Asy’ariy di
Baghdad (Asia Barat) dan Imam Abu
Mansur Maturidiy di Samarkand (Asia
Tengah) kerana keunggulannya menata
semula pendekatan dan konsep
kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah di
zamannya.
Kedua-duanya dianggap sebagai pelopor penjernihan
dalam merumus kembali kefahaman Ahli Sunnah
Waljama’ah yang mampu menzahirkan corak dan
wajah Ahli Sunnah Waljama’ah sebagai kumpulan
umat Islam yang kukuh membela dan
mempertahankan ajaran ugama Islam yang sebenar
sepertimana yang diwariskan oleh Rasulullah dan
para sahabat Baginda. Itulah yang menyebabkan ada
di antara ulama yang menganggap beliau berdua
sebagai pengasas Ahli Sunnah Waljama’ah. Walhal
pada hakikatnya beliau berdua adalah antara tokoh
ulama yang berjaya merumus semula dan
mengukuhkan kembali kefahaman Ahli Sunnah
Waljama’ah.
Bemula daripada itulah umat Islam dikelompokkan
dalam tiga puak besar, iaitu Ahli Sunnah Waljama’ah,
Khawarij dan Syi’ah. Sementara Mu’tazilah yang
pernah berkuasa di beberapa khalifah Abbasiah telah
tenggelam dan sebahagian pendekatannya telah
ditranspormasikan oleh golongan Khawarij dan
Syi’ah. Ketiga-tiga puak ini masih lagi berkekalan
hingga ke hari ini. Majoriti umat Islam hari ini adalah
Ahli Sunnah Waljama’ah yang adakalanya disebut
juga sebagai “Sunni”. Kumpulan Syi’ah Imamiyyah
hari ini berkembang di Negara Iran dan menjadi
pegangan rasmi negara tersebut. Sementara Syi’ah
‘Alawiyyah pula menjadi pegangan rasmi di Syria.
Kumpulan Khawarij pula kekal hingga ke hari ini
yang dikenali sebagai golongan Ibadhiyah yang
menjadi pegangan rasmi Negara Oman.
Secara garis besarnya, umat Islam hari ini dapat
digolongkan dalam tiga golongan besar, iaitu Ahli
Sunnah Waljama’ah sebagai golongan majoriti
umat Islam dunia, kedua kumpulan Syiah yang
banyak ditemukan di Iran dan negara sekitarnya,
dan ketiga kumpulan Ibadiyah atau abadiyah
yang terdapat di Negara Oman dan beberapa
negara lainnya di utara Afrika.

Di Alam Melayu kitani merupakan kawasan umat


Islam terbesar di Asia Tenggara yang sejak awal
lagi telah berpegang kepada kefahaman Ahli
Sunnah Waljama’ah.
Golongan Ahli Sunnah Waljama’ah yang
berkembang di alam Melayu sejak mula
bersinarnya ugama Islam hingga ke hari ini, jika
dilihat dari sudut kefahaman fikah dan ibadah,
mereka berpegang dengan mazhab Imam
Muhammad bin Idris al-Syafii rahmahullah,
sedangkan dari sudut kefahaman aqidah mereka
berpedoman kepada pendekatan Imam Abu
Hasan Asy’ariy dan Imam Abu Mansur Maturidiy
rahimahumallah.
 Di Negara Brunei Darussalam umat Islam sejak
sekian lama telah berpegang teguh kepada Aqidah
Islam mengikut kefahaman Ahli Sunnah
Waljama’ah dan dapat dipertahankan secara
murni dan tulen tanpa pernah dinodai dengan
fahaman-fahaman lain seperti Syi’ah, Ibadhiyah,
Mu’tazilah, Batiniyah, Salafiyah Wahabiyah dan
lain-lain.

 Oleh itu, mari kita berdoa kepada Allah Subhanahu


Wa Ta’ala semoga majelis ilmu ini memberi
manfaat ilmu dan kefahaman kepada kita semua
dan Negara Brunei Darussalam sebagai buq’atun
mubarakah, kawasan yang penuh berkah, menjadi
baldatun tayyibah wa rabbun ghafuur.

You might also like