Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Jamaal Abu Bakar Bawazir

[2018] MLRHU lwn. Ismail Husin & Yang Lain 1

JAMAAL ABU BAKAR BAWAZIR


lwn.
ISMAIL HUSIN & YANG LAIN

Mahkamah Tinggi Malaya, Kangar


Abu Bakar Katar PK
[Guaman Sivil No: 21NCVC-07-11/2016]
16 Ogos 2018

Kes-kes yang dirujuk:


Akira Sales & Services (M) Sdn Bhd v. Nadiah Zee Abdullah and Another Appeal
[2018] 2 MELR 337; [2018] 3 MLRA 589; [2018] 2 MLJ 537; [2018] 1 ILR 433;
[2018] 2 CLJ 513 (dirujuk)
Anne Lim Keng See v. The New Straits Times Press (M) Bhd & Anor [2008] 2
MLRA 325; [2008] 3 MLJ 492; [2008] 6 CLJ 697 (dirujuk)
Dalam Perkara Foo Kum Cheun: Ex-P United Overseas Bank (M) Bhd [2015]
MLRHU 1278; [2015] 4 CLJ 763 (dirujuk)
Gan Hong Hoe v. Gan Kim Hee [1939] 1 MLRH 437; [1939] 1 MLJ 295 (dirujuk)
Hup Lee Coachbuilders Holdings Bhd v. Cycle & Carriage Bintang Bhd [2012] 4
MLRA 193; [2013] 1 MLJ 406; [2012] 10 CLJ 88; [2012] 4 AMR 699 (dirujuk)
Kamarulzaman Omar & Ors v. Yakub Husin & Ors [2014] 2 MLRA 432; [2014] 2
MLJ 768; [2014] 1 CLJ 987; [2014] 1 AMR 493 (dirujuk)
Re Saunders (A Bankrupt); Re Bearman (A Bankrupt) [1997] 3 ALL ER 992
(dirujuk)
Tanavus Sdn Bhd v. Simon Jingking Pingguan [1995] 4 MLRH 66; [1995] 2 MLJ
564; [1996] 2 CLJ 534 (dirujuk)
Winstech Engineering Sdn Bhd v. ESPL (M) Sdn Bhd [2014] 2 MLRA 507; [2014]
3 MLJ 1; [2014] 2 CLJ 1; [2014] 1 AMR 797 (dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:


Bankruptcy Act 1967, s 8(1)(a)
Companies Act 1965, s 226(3)
Rules of Court 2012, O 13 r 8, O 43 r 13

Kaunsel:
Bagi pihak plaintif: Mohd Afza Dahari; Tetuan Zahari & Co
Bagi pihak defendan kedua: Pyara Singh Dara Singh; Tetuan Andrew Paul &
Associates
Bagi pihak defendan ketiga & keempat: Ang Khoon Cheong; Tetuan CP Ang &
Company
Bagi pihak defendan kelima: Noor Zaryani Mohamad; Tetuan Jayadeva & Kamal
Bagi pihak defendan keenam, ketujuh, kelapan & kesembilan: Mohamad Rizal
Fadzil; Penasihat Undang-Undang

[Membenarkan lampiran [88] dengan kos.]

PENGHAKIMAN
Jamaal Abu Bakar Bawazir
2 lwn. Ismail Husin & Yang Lain [2018] MLRHU

Abu Bakar Katar PK:

Mukadimah

[1] Defendan ketiga melalui Notis Permohonan di lampiran [88] telah


memohon kebenaran lanjutan masa dan defendan ketiga dibenarkan
mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran bertarikh 3 Mac 2017 terhadap
defendan pertama.

[2] Permohonan ini telah dibantah oleh plaintif dan di akhir pendengaran,
Mahkamah ini telah membenarkan permohonan defendan ketiga di lampiran
[88] dengan kos dalam tindakan.

[3] Plaintif yang terkilan dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan
notis rayuan ke Mahkamah Rayuan, Malaysia. Rayuan ini telah didaftarkan
sebagai Mahkamah Rayuan, Rayuan Sivil No: R-01(IM)(NCVC)-393-
06/2018.

Latar Belakang Kes

[4] Secara ringkasnya, plaintif memplidkan Sheikh Ali Bin Salim


Bawazir@Ali Salim Bawazir@Sheikh Ali bin Sheikh Salim telah meninggal
dunia pada 17 September 1973 [simati] di Kaherah, Mesir. Simati telah
meninggalkan antara lainnya harta tak alih iaitu sebidang tanah yang dikenali
sebagai GM 684, Lot 214, Mukim Jejawi, Perlis [Tanah tersebut]. Plaintif
kemudiannya telah dilantik sebagai Pentadbir Surat Kuasa Mentadbir De
Bonis Non atas harta simati melalui Perintah Mahkamah Tinggi, Pulau
Pinang pada 10 April 2013 melalui Petisyen No: 31 NCVC-25-01/2013.

[5] Plaintif telah melantik syarikat Jurunilai untuk melakukan carian


persendirian dan membuat penilaian atas Tanah tersebut bagi tujuan
menjualnya kepada pembeli yang berminat. Hasil carian Jurunilai, pada 10
Disember 2013, plaintif mendapati Tanah tersebut telah bertukar hakmilik dan
tidak lagi didaftarkan atas nama simati. Tanah tersebut sekarang didaftarkan
atas nama defendan ketiga dan kategori tanah telah ditukar kepada tanah
bangunan.

[6] Tanah tersebut telah dimajukan dan dibangunkan oleh defendan keempat
iaitu Seng Hong Enterprise Sdn Bhd. Tanah tersebut telah pun dipecah
bahagian kepada 57 lot yang sekarang dikenali sebagai H.S(M) 1220 PT 3176
hingga H.S (M) 1276 PT 3776.

[7] Sebaik plaintif menyedari Tanah tersebut telah berpindah milik kepada
defendan ketiga, plaintif telah membuat laporan polis berhubung penipuan
atau pemalsuan dokumen pindah milik melalui Kangar Report No: 67/14.

[8] Plaintif telah memfailkan writ dan penyata tuntutan terhadap defendan
pertama dan defendan kedua yang dikatakan secara menipu dan berkonspirasi
'frod' telah menandatangani Borang 14A yang kononnya simati telah menjual
Jamaal Abu Bakar Bawazir
[2018] MLRHU lwn. Ismail Husin & Yang Lain 3

Tanah tersebut kepada defendan kedua.

[9] Defendan keempat melalui wakilnya defendan ketiga telah membeli Tanah
tersebut secara 'frod' daripada defendan kedua. Tanah tersebut kemudiannya
dicagarkan oleh defendan ketiga kepada defendan kelima bagi mendapatkan
pinjaman bagi faedah defendan keempat. Plaintif turut memplidkan kecuaian
defendan keenam hingga defendan kesembilan sehingga menyebabkan
berlakunya pindah milik Tanah tersebut.

[10] Semua defendan melainkan defendan pertama tidak mempertikaikan


tuntutan plaintif. Plaintif telah merekodkan penghakiman ingkar kehadiran
terhadap defendan pertama pada 3 Mac 2017. Defendan ketiga sebaik
membuat carian kebankrapan pada 27 Mac 2018 [eksibit "A"] mengetahui
defendan pertama telah pun diisytiharkan muflis pada 3 Disember 2014 oleh
Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Kes Kebankrapan No: 29 NCVC-2746-
05/2014.

[11] Semasa penghakiman ingkar kehadiran dirakamkan terhadap defendan


pertama, defendan pertama telah muflis. Begitu juga semasa plaintif
memfailkan writ dan penyata tuntutan pada 25 November 2016, defendan
pertama merupakan seorang muflis.

[12] Defendan ketiga yang menyedari keadaan ini telah memfailkan Notis
Permohonan di lampiran [88] untuk mengenepikan penghakiman ingkar
kehadiran terhadap defendan pertama. Ketika permohonan ini difailkan,
perbicaraan telah pun dimulakan dengan plaintif sendiri iaitu SP:1 memberi
keterangan.

Merit Permohonan Oleh Defendan Ketiga

[13] Mahkamah ini telah membaca hujahan bertulis peguam plaintif yang
terpelajar dan peguam defendan ketiga yang terpelajar, beberapa isu telah
diketengahkan iaitu:

(a) Sama ada defendan ketiga mempunyai locus standi untuk


mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran terhadap defendan
pertama;

(b) Sama ada kebenaran Mahkamah diperlukan untuk memulakan


tindakan terhadap defendan pertama seorang muflis.

(c) Sekiranya isu (b) YA, kebenaran boleh dipohon oleh plaintif pada
bila-bila masa.

Bagi Isu (a):

[14] Peguam plaintif yang terpelajar menghujahkan hanya pihak yang


berkepentingan yang boleh membuat permohonan untuk mengenepikan
penghakiman ingkar kehadiran terhadap defendan pertama. Dihujahkan
defendan ketiga tidak mempunyai locus standi untuk mengenepikan
Jamaal Abu Bakar Bawazir
4 lwn. Ismail Husin & Yang Lain [2018] MLRHU

penghakiman ingkar kehadiran terhadap defendan pertama. Mahkamah ini


dirujuk kes Anne Lim Keng See v. The New Straits Times Press (M) Bhd & Anor
[2008] 2 MLRA 325; [2008] 3 MLJ 492; [2008] 6 CLJ 697 sebagai nas
sandarannya.

[15] Peguam defendan ketiga yang terpelajar dalam hujahan bertulisnya


bertarikh 22 Mei 2018 tidak menyentuh isu (a) ini secara jelas.

[16] Mahkamah ini sedar permohonan defendan ketiga untuk mengenepikan


penghakiman ingkar kehadiran terhadap defendan pertama berdasarkan
peruntukan A 13 k 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [KKM] yang berbunyi
seperti berikut:

"8. Setting aside judgment (O 13 r 8)

The Court may, on such terms as it thinks just, set aside or vary any
judgment entered in pursuance of this Order."

[17] Mahkamah ini berpendapat A 13 k 8 KKM perlu dibaca bersama A 43 k


13 KKM yang berbunyi seperti berikut:

"13. Setting aside or varying judgment and orders (O 43 r 13)

Save as otherwise provided in these Rules, where provisions are made


in these Rules for the setting aside or varying of any order or
judgment, a party intending to set aside or to vary such order or
judgment shall make an application to the Court and serve it on the
party who has obtained the order or judgment within thirty days after
the receipt of the order or judgment by him."

[18] Mahkamah ini berpendapat defendan ketiga termasuk dalam frasa "a
party intending to set aside" bagi maksud lampiran [88]. Sekiranya
penghakiman ingkar kehadiran tidak diketepikan, ia menjejaskan peluang kes
defendan ketiga bagi mempertikaikan tuntutan plaintif berdasarkan perbuatan
'frod' yang dilakukan oleh defendan pertama. Plaintif telah memplidkan
butiran 'frod' dan pakatan jahat defendan pertama bersama defendan kedua di
item a) hingga i). Sekiranya defendan ketiga tidak dibenarkan mengenepikan
penghakiman ingkar kehadiran terhadap defendan pertama, plaintif dalam
tuntutannya dianggap telah membuktikan 'frod' dan pakatan jenayah yang
dipilidkan dalam penyata tuntutan. Keadaan ini akan menjejaskan kepada
pembelaan defdendan ketiga dan defendan keempat.

[19] Mahkamah ini merujuk kes Kamarulzaman Omar & Ors v. Yakub Husin &
Ors [2014] 2 MLRA 432; [2014] 2 MLJ 768; [2014] 1 CLJ 987; [2014] 1 AMR
493 dimana YA Jeffrey Tan HMP ada menzahirkan pandanganya kesan atas
penghakiman ingkar sekiranya tidak diketepikan sebagaimana berikut:

"[11] Given that alleged fraud passed wholly unanswered by the first
to fourth respondents, the trial court at 43AR was wholly warranted to
hold that with default judgment against the first to fourth respondents,
Jamaal Abu Bakar Bawazir
[2018] MLRHU lwn. Ismail Husin & Yang Lain 5

fraud by them needed not to be proved by the appellants. But later, the
trial court expressed an inconsistent opinion. At 52AR, the trial court
held, so as to distinguish Tan Ying Hong, that the default judgment
was not a specific finding that the first to fourth respondents
committed fraud in the distribution of the estate of the deceased to
themselves. With respect, the judgment was the judicial decree that
fraud by the first to fourth respondents had been made out. The cause
of action of the appellants against the first to fourth respondents was
fraud in the distribution of the estate of the deceased. When judgment
was entered against the first to fourth respondents, all allegations of
fraud which gave rise to the cause of action merged in the judgment
(see Distillers Co Bio-Chemicals (Australia) Pty Lyd v. Ajax Insurance
Co Ltd [1974] 2 ALR 321, where the High Court of Australia per
Menzies J said "... the plaintiff's cause of action against the insured
would merge in the judgment once it was obtained...") and the rights
of the appellants to relief became rights to enforce the judgment (see
Liaw Watt Lee & Ors v. Baiduri Bank Bhd and Another Appeal [2010]
18 MLRH 900; [2010] 5 MLJ 551, where the Brunei Court of Appeal
per Power PCA expressed "that generally when judgment is given in
an action, the original causes of action merge in the judgment; the
plaintiff's rights to relief as expressed in the statement of claim are
extinguished and become rights to enforce the judgment instead").
Until set aside, the default judgment was the incontestable proof of
fraud by the first to fourth respondents."

[20] Mahkamah ini berpendapat bagi isu (a), defendan ketiga mempunyai
locus standi untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran terhadap
defendan pertama. Mahkamah ini berpendapat dalam kes Anne Lim Keng See
(supra) yang dirujuk oleh peguam plaintif yang terpelajar, fakta kesnya berbeza
dengan kes di hadapan Mahkamah sekarang. Responden pertama merupakan
pemilik dan penerbit kepada Malay Mail. Malay Mail bukannya "legal entity"
untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang dimasukkan atas kausa
tindakan fitnah. Sehubungan itu responden pertama merupakan pihak yang
betul untuk mengenepikan penghakiman ingkar.

Bagi Isu (b) Dan (c):

[21] Mahkamah ini akan menyentuh isu (b) dan (c) bersekali kerana ia saling
berkaitan antara satu dengan yang lainnya. Penguam plaintif yang terpelajar
dalam hujahannya menegaskan walaupun defendan pertama telah muflis
seawal 2014 iaitu sebelum writ difailkan dan semasa penghakiman ingkar
kehadiran dicatatkan dalam tahun 2017, kebenaran di bawah s 8(1)(a) Akta
Kebankrapan 1967 (Akta itu) tidak diperlukan kerana penghakiman ingkar
kehadiran terhadap defendan pertama tidak termasuk dalam "hutang yang
boleh dibuktikan". Penghakiman ingkar kehadiran terhadap defendan pertama
berasaskan penipuan dan pemalsuan, gantirugi belum ditaksirkan dan ia tidak
termasuk dalam frasa "hutang yang boleh dibuktikan". Mahkamah ini dirujuk
kes-kes Gan Hong Hoe v. Gan Kim Hee [1939] 1 MLRH 437; [1939] 1 MLJ
295 dan Tanavus Sdn Bhd v. Simon Jingking Pingguan [1995] 4 MLRH 66;
[1995] 2 MLJ 564; [1996] 2 CLJ 534 sebagai nas-nas sandarannya. Peguam
Jamaal Abu Bakar Bawazir
6 lwn. Ismail Husin & Yang Lain [2018] MLRHU

plaintif yang terpelajar selanjutnya menghujahkan sekiranya kebenaran


diperlukan, plaintif boleh memohon pada bila-bila masa dan kebenaran akan
berkuatkuasa kebelakang. Beliau bergantung kepada nas Re Saunders (A
Bankrupt); Re Bearman (A Bankrupt) [1997] 3 ALL ER 992 yang dirujuk dalam
kes Winstech Engineering Sdn Bhd v. ESPL (M) Sdn Bhd [2014] 2 MLRA 507;
[2014] 3 MLJ 1; [2014] 2 CLJ 1; [2014] 1 AMR 797 dan Akira Sales & Services
(M) Sdn Bhd v. Nadiah Zee Abdullah and Another Appeal [2018] 2 MELR 337;
[2018] 3 MLRA 589; [2018] 2 MLJ 537; [2018] 1 ILR 433; [2018] 2 CLJ 513.

[22] Sebaliknya peguam defendan ketiga yang terpelajar menghujahkan


plaintif seorang yang muflis perlu mendapatkan kebenaran dari Mahkamah
Kebankrapan sebelum memfailkan Guaman ini mengikut peruntukan s 8(1)
Akta itu. Kebenaran diperlukan di bawah s 8(1) Akta itu sebagaimana yang
diputuskan dalam nas-nas duluan iaitu Tanavanus Sdn Bhd (supra) dan Dalam
Perkara Foo Kum Cheun: Ex-P United Overseas Bank (M) Bhd [2015] MLRHU
1278; [2015] 4 CLJ 763. Peguam defendan ketiga yang terpelajar selanjutnya
menghujahkan kebenaran yang diberikan dibawah s 8(1) Akta itu tidak boleh
berkuatkuasa kebelakang. Mahkamah ini dirujuk kes Hup Lee Coachbuilders
Holdings Bhd v. Cycle & Carriage Bintang Bhd [2012] 4 MLRA 193; [2013] 1
MLJ 406; [2012] 10 CLJ 88; [2012] 4 AMR 699 dan Winstech Engineering Sdn
Bhd (supra).

[23] Sebelum Mahkamah ini menyentuh isu (b) dan (c), eloklah diperturunkan
peruntukan s 8(1) Akta itu yang menjadi pertikaian pihak-pihak.

"Section 8(1) On the making of a bankruptcy order-

(a) except as provided by this Act, no creditor to whom the bankrupt is


indebted in respect of any debt provable in bankruptcy shall have any
remedy against the property or person of the bankrupt in respect of the
debt, or shall proceed with or commence any action or other legal
proceeding in respect of such debt unless with the leave of the court
and on such terms as the court may impose; and..........."

[24] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam defendan ketiga yang
terpelajar iaitu plaintif sebelum memfailkan Guaman ini dan mencatatkan
penghakiman ingkar kehadiran terhadap defendan ketiga gagal memperolehi
kebenaran dari Mahkamah Kebankrapan sebagaimana yang diperuntukan di
bawah s 8(1)(a) Akta itu. Defendan pertama telah pun diisytihar muflis seawal
3 Disember 2004 lagi. Semasa Guaman ini difailkan pada 25 November 2016
dan semasa penghakiman ingkar kehadiran dimasukkan pada 3 Mac 2017,
defendan pertama merupakan seorang muflis.

[25] Mahkamah ini ingin berkongsi pandangan dalam kes Ex P United


Overseas Bank (M) Bhd (supra) ada merungkai permasalahan ini sebagaimana
berikut:

"Oleh itu, pada masa JC mengambil tindakan di bawah writ saman


tersebut, JD sememangnya merupakan seorang yang bankrap.
Berdasarkan kepada fakta tersebut, adalah menjadi pandangan saya
Jamaal Abu Bakar Bawazir
[2018] MLRHU lwn. Ismail Husin & Yang Lain 7

yang telah diberikan pertimbangan sewajarnya yang JD pada


sepanjang masa yang berkenaan sememangnya tidak ada locus untuk
dimulakan apa-apa tindakan terhadapnya. Kebenaran dari mahkamah
kebankrapan hendaklah diperoleh terlebih dahulu selaras dengan
kehendak sub-seksen 8(1) Akta 360. Oleh kerana itu, penghakiman
ingkar yang diperintahkan terhadap JD di bawah writ saman tersebut
adalah batal dan tidak boleh dikuatkuasakan."

[26] Mahkamah ini juga berpendapat plaintif sekiranya memperolehi


kebenaran di bawah s 8(1)(a) Akta itu sekarang, ia tidak boleh berkuatkuasa
kebelakang sebagaimana yang dihujahkan oleh peguam defendan ketiga yang
terpelajar. Mahkamah ini merujuk kes Hup Lee Coachbuilders Holdings Sdn
Bhd (supra) ada menyentuh isu ini sebagaimana berikut:

"[16] There is no evidence to show that the commencement of the


present action by the appellant itself on 26 February 2009 was done
with the knowledge and authority of the official assignee as the
liquidator. Clearly, the appellant or its shareholders or creditors
cannot usurp the powers of the liquidator in initiating the present
action against the respondent. The appellant cannot commence the
action and then later, after objections raised by the respondent, apply
for leave or sanction from the official assignee. The authority given by
the official assignee is dated 3 March 2011, more than two years and
three months after action was filed in court. There are no provisions of
law to authorise that leave or sanction of the official assignee is to
have retrospective effect. The appellant lacks locus standi right from
the time when the action was filed. Therefore the action was invalid
and void ab initio . Subsequent leave or approval by the official
assignee office which came more than two years later cannot legalise
or validate an action which was invalid and void ab initio."

[27] Mahkamah ini berpendapat walaupun dalam kes Hup Lee Coachbuilders
Holdings Sdn Bhd (supra) ia melibatkan kebenaran di bawah s 226(3) Akta
Syarikat-Syarikat 1965, secara analogi prinsip yang diputuskan berkaitan
kesan kebenaran tidak boleh berkuatkuasa kebelakang terpakai dalam kes
plaintif sekarang.

Kesimpulan

[28] Berdasarkan alasan-alasan yang diperincikan di atas, Mahkamah ini


membenarkan lampiran [88] dengan kos dalam tindakan.

You might also like