Punca Murid Stres

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KARANGAN A

Pada era globalisasi ini, stres telah dikenalpasti sebagai


punca kepada hampir semua masalah yng wujud dan
kecelaruan psikologi. Stres sering dikaitkan dengan
pembelajaran. Stres yang sederhana boleh menjadi suatu
bentuk dorongan yang kuat tetapi stres yang berat dapat
menyebabkan murid menjadi stres. Terdapat banyak faktor
yang boleh mengakibatkan seseorang murid mengalami stres.

Murid yang selalu berasa resah merupai salah satunya


punca murid stres. Ini boleh dikatakan dengan ahli keluarga
yang kurang memberi prihatin kepada anak. Jika sikap ibu
bapa yang suka bertengkar di hadapan anak-anak akan
menyebabkan emosi anak-anak bercelaru pada setiap hari
mendengar pertengkaran ibu bapa. Kesannya, mereka akan
mudah timbul stres apabila mereka sentiasa berasa marah
atau resah. Tegasnya, ibu bapa merupakan faktor yang
pertama dalam punca murid stres.

Di samping itu, sekolah boleh dikatakan mempunyai


peranan dalam punca murid stres. Sebuah sekolah yang
mempunyai gejala buli akan mempunyai mangsa gejala buli.
Maka, mangsa gejala buli ini berasa gelisah atau bimbang jika
tidak dapt menunaikan arahan. Misalnya, mereka perlu
menyediakan sejumlah wang kepada ketua geng buli setiap
KARANGAN A
hari. Kegiatan ini telah mempengaruhi murid berasa stres dan
tidak mahu hadir ke sekolah kerana bimbang akan
dicederakan, dipukul dan diancam. Tegasnya, gejala buli
memang akan menjadikan murid-murid menjadi stres.

Selain itu, punca murid stres juga boleh dikaitkan dengan


masa rehat sekolah yang tidak mencukupi. Hal ini boleh
dikatakan kerana jadual persekolahan yang sangat padat.
Contohnya, masa rehat hanya mempunyai 20 minit untuk
murid-murid beratur dan makan. Murid-murid dibebani
dengan pelbagai kelas dan aktiviti lain yang disediakan oleh
pihak sekolah dan ibu bapa. Sikap kecewa atau susah hati
oleh murid akan menyebabkan mereka tidak berdaya dan
kurang bersemangat. Tegasnya, masa rehat yang pendek
merupakan faktor dalam punca murid stres.

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor punca murid stres.


Bak kata pepatah pihak ibu bapa dan sekolah hendaklah
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi punca
murid yang stres yang semakin leluasa. Ini dikatakan kerana
stres yang terlalu lebih akan menjadikan seorang mengalami
kemurungan. Justeru itu, ibu bapa mestilah memberi kasih
sayang dan keprihatinan kepada anak-anak. Pihak sekolah
pula perlu mengatasi masalah kes buli dan mengaturkan
KARANGAN A
jadual persekolahan yang sesuai bagi kesihatan mental dan
fizikal murid-murid.

You might also like