Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

MAJLIS AMANAH RAKYAT

( MARA )

Bahagian Kewangan Bit. MARA:BK/1001


Tingkat 6 & 8, Bangunan MARA Bil. Pendaftaran: UUM/SPK/002/313)
Jalan Raja Laut Tarikh : 24/06/2002
50609 KUALA LUMPUR

SURAT PEKELILING KEWANGAN MARA BIL. 4/2002

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEROLEHAN


SECARA RUNDINGAN TERUS

TUJUAN

Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan garis panduan permohonan


perolehan secara rundingan terus dengan merujuk kepada Surat Edaran bil
SIKIKEW/PKIPP/1100/000000/10/31 JLD.12(26) diatas tajuk "Garis Panduan
Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus" oleh Ketua Setiausaha
Perbendaharaan bertarikh 17 April 2002.

E RTI KATA

2. Perkataan perolehan yang digunakan di dalam pekeliling ini bermaksud


perolehan samada bekalan, perkhidmatan atau kerja.

PENDAHULUAN

3. Selaras dengan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2001 atas tajuk "Urusan
Perolehan serta Kuasa Tanggungan Dan Melulus Perolehan MARA atau Pekeliling-
Pekeliling lain atas tajuk yang sama yang dikuatkuasakan dari masa ke semasa
menetapkan bahawa semua perolehan yang nilainya melebihi RM100,000
hendaklah diuruskan melalui proses tender. Perolehan yang dilaksanakan tanpa
tender, umpamanya perolehan secara rundingan terus, hanya boleh dibuat setelah
diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

1
KRITERIA-KRITERIA PEROLEHAN SECARA RUNDINGAN TERUS

4. Permohonan perolehan secara rundingan terus hanya boleh dipertimbangkan


oleh pihak Kementerian Kewangan berasaskan kriteria seperti berikut:

(a) Keperluan Mendesak

Perolehan bekalan/perkhidmatan/kerja yang mendesak dan perlu


disegerakan. Sekiranya perolehan tersebut tidak dibuat dengan segera
maka akan memudaratkan dan menjejas perkhidmatan dan kepentingan
awam.

(b) Bagi Maksud Penyeragaman

Bagi memastikan kesesuaian penggunaan antara barangan yang sedia


ada dengan barangan baru yang akan dibeli, maka permohonan untuk
membeli barangan yang sama dan daripada pembekal yang sama secara
rundingan terus boleh dipertimbangkan.

(c) Satu Punca Bekalan/Perkhidmatan (Pembuat/Pemegang Franchais)

Pembelian khusus yang mana hanya satu syarikat sahaja yang dapat
membekalkan barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki seperti
membeli alat ganti dan lain-lain.

(d) Melibatkan Keselamatan / Strategik

Perolehan yang melibatkan alat-alat keselamatan atau projek tertentu


yang strategik yang perlu dirahsiakan.

(e) Kontrak Dengan Syarikat Pembuat Bumiputera

Dalam usaha untuk memupuk pertumbuhan syarikat Bumiputera yang


bertaraf pembuat, Kerajaan telah mengadakan tender khusus yang dibuka
kepada pembuat berkenaan sahaja. Bagi barangan tertentu yang mana
terdapat satu atau dua pembuat Bumiputera sahaja, perolehan secara
rundingan terus bolehlah dipertimbangkan bagi membantu mewujudkan
pembuat Bumiputera yang berdaya saing.

2
CARA PERMOHONAN PEROLEHAN SECARA RUNDINGAN TERUS

5. Permohonan perolehan rundingan terus akan hanya akan dipertimbangkan


oleh pihak Kementerian Kewangan sekiranya perolehan tersebut belum
dilaksanakan.

6. Surat permohonan perolehan secara rundingan terus hendaklah ditandatangani


oleh Ketua Pengarah MARA atau Pengarah Kewangan MARA dan disertakan
dengan profil syarikat yang diperakukan serta skop projek berkaitan.

7. Permohonan perolehan secara rundingan terus hendaklah memenuhi


sekurang-kurangnya salah satu kriteria seperti yang dinyatakan pada para 4 seperti
diatas.

PENUTUP

8. Pekeliling ini adalah berkuatkuasa dengan serta merta.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO' OHD MYDIN SHERIFF


Ketua Pengarah
MARA

You might also like