Isu Utama Dalam Pulic Law

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SOALAN ;

1. APAKAH ISU UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM PUBLIC LAW 94-142?

2. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979 SENARAIKAN TANGGUNGJAWAB 3 KEMENTERIAN .

JAWAPAN

1. Isu utama yang terkandung dalam Public Law 94-142 ialah

a) Pendidikan untuk semua.

Ini membawa maksud bahawa semua individu samada normal atau berkeperluan khas yang
dilahirkan dimuka bumi ini berhak mendapatkan pendidikan secara percuma sesuai dengan
keperluan situasi mereka.

b) Persekitaran yang tidak menghadkan.

Bermaksud tiada pengasingan dilakukan dalam melaksanakan pendidikan bagi murid


berkeperluan khas. Mereka layak mengikuti pendidikan secara inklusif yang mana belajar di
sekolah dan kelas kanak-kanak biasa melalui program yang efektif.

c) Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi

Penilaian  ke  atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak
khas dan  hendaklah  disesuaikan  dengan  kecacatan  atau  kekurangan  mereka.

d) Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Mereka perlu
mengetahui maklumat perkembangan kanak – kanak dan membuat keputusan bersama
tentang perancangan dan penilaian anak- anak bekeperluan khas ini.

e) Hak ibu bapa yang membantah

Ibu bapa berhak mengetahu maklumat tentang anak mereka dan berhak untuk membantah
sesuatu keputusan yang dirasakan tidak sesua dalam mengendalikan urusan anak anak
mereka disekolah.

f) Pendidikan yang sesuai.

Ia merangkumi perancangan dan matlamat yang hendak dicapai kanak-kanak khas melalui
program individunya sendiri.

2. Tanggungjawab 3 Kementerian terhadap Pendidikan Khas .


a) Kementerian Pendidikan
Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan Kanak-kanak
Bermasalah Penglihatan, Pendengaran, Pembelajaran ( terencat akal ) yang boleh
dididik.

b) Kementerian Kebajikan Masyarakat


Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap kebajikan pendidikan
kanak- kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta
kanak- kanak spastik.

c) Kementerian Kesihatan
Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan
menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko.

You might also like