Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Epidemiologi dan Biostatistik merupakan bidang dalam kesihatan awam.  Bidang ini
memberi tumpuan kepada pengajian dan penyelidikan berkaitan kejadian penyakit, sebaran,
penyebab, penularan, pencegahan dan kawalan, serta pemantauan dan pengawasan penyakit.
Analisa data epidemiologi menggunakan statistik dapat menghurai kejadian penyakit dan
hubungkaitnya dengan pelbagai faktor. Bidang ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan
skil dalam pencegahan dan kawalan, pemantauan, pengawasan dan pengurusan sesuatu
penyakit. Dalam epidemiologi, kadar digunakan untuk membezakan corak penyakit dalam
sesuatu populasi. Epidemiologi bertujuan untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit
berjangkit dalam satu-satu populasi. Statistik merupakan satu teknik untuk memproses,
menyusun, menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif.
Dengan itu, statistik merupakan kaedah yang boleh membantu menyelesaikan masalah-
masalah harian dan membuat keputusan samada dalam pentadbiran, pemasaran, perubatan,
kejuruteraan, sains sosial atau bidang-bidang lain.
2.0 OBJEKTIF

i. Merumus data mentah.


ii. Mengolah data mentah.
iii. Mempersembahkan data terkumpul.
iv. Menyatakan satu kaedah yang berkesan untuk membuat kesimpulan kepada data yang
diambil daripada sesuatu populasi.

3.0 KEGUNAAN KAEDAH SAINTIFIK

i. Menggambarkan sesuatu penemuan dalam penyelidikan saintifik secara tepat.


ii. Membuat keputusan.
iii. Membuat anggaran.
4.0 PENYAKIT BAWAAN AIR DAN MAKANAN

4.1 Keracunan Makanan

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau
minuman yang tercemar. Punca keracunan makanan ialah disebabkan Bakteria atau racun
(toksin) bakteria tersebut dan virus, Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai,
Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum. Tumbuhan dan hasil laut yang beracun
seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang juga menyebabkan
keracunan makanan. Antara tanda dan gejala keracunan makanan ialah termasuk rasa loya
Cirit-birit, muntah-muntah, sakit perut, berpeluh/demam, sakit kepala dan keletihan.

KERACUNAN MAKANAN
Tahun 2015 2016 2017 2018 2019
Bilangan Kes 139 127 135 105 3

Graf Bilangan Kes Keracunan makanan di daerah Rembau


sepanjang tahun 2015 hingga 2019
160
139 135
140
127
120
105
100 Bilangan Kes

80

60

40

20
3
0
2015 2016 2017 2018 2019

4.2 Min, Mod, dan Median Kes keracunan Makanan sepanjang tahun 2015 hingga 2019
adalah seperti berikut:
139+ 127+135+105+3
Min =
5

509
= = 101.8
5

Mod = 3, 105, 127, 135, 139


= Tiada Mod.

Median = 3, 105, 127, 135, 139

= 127

4.3 Kadar insiden penyakit, Kadar Kematian dan Kadar prevalens Kes keracunan
Makanan sepanjang tahun 2015 hingga 2019 adalah seperti berikut:

Kadar insiden penyakit

Jumlah Kes baru


¿ x 1000
Jumlah Populasi Pertengahan Tahun

3
¿ x 1000
45900

= 0.0654 per 1000 populasi

Kadar kematian

Bilangan Kematian
¿ x 1000
Jumlah Populasi Pertengahan Tahun

0
¿ x 1000
45900

= 0 per 1000 populasi

Kadar Prevalens

( Bilangan kes lama+ Bilangan kes baru ) −kes mati


¿ x 1000
Jumlah Populasi akhir Tahun
(139+ 127+135+105+3 ) −0
¿ x 1000
45900

= 11.089 per 1000 populasi pada 31 Disember 2019

5.0 PENYAKIT BAWAAN VEKTOR

5.1 Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk
Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan
demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus
akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan
jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Kebiasaannya
demam akan terjadi pada hari ke tiga hingga ke empat belas selepas digigit oleh nyamuk yang
dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari. Selalunya ia akan bermula dengan demam
kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta
otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi. Demam ini boleh mencapai
suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh
menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Demam
denggi ini juga dikenali sebagai “breakbone fever”. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari
ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.

DEMAM DENGGI
Tahun 2015 2016 2017 2018 2019
Bilangan Kes 67 82 70 46 52
Graf Bilangan Kes Demam Denggi di daerah Rembau
sepanjang tahun 2015 hingga 2019
90
82
80
70
7067
60 Column2
50 46 52

40
30
20
10
0
2015 2016 2017 2018 2019

5.2 Min, Mod, dan Median Kes Demam Denggi sepanjang tahun 2015 hingga 2019 adalah
seperti berikut:

67+82+70+ 46+52
Min =
5

317
= = 63.4
5

Mod = 46, 52, 67, 70, 82


= Tiada Mod.

Median = 46, 52, 67, 70, 82

= 67.

5.3 Kadar insiden penyakit, Kadar Kematian dan Kadar prevalens Kes Demam Denggi
sepanjang tahun 2015 hingga 2019 adalah seperti berikut:

Kadar insiden penyakit

Jumlah Kes baru


¿ x 1000
Jumlah Populasi Pertengahan Tahun
52
¿ x 1000
45900

= 1.133 per 1000 populasi

Kadar kematian

Bilangan Kematian
¿ x 1000
Jumlah Populasi Pertengahan Tahun

0
¿ x 1000
45900

= 0 per 1000 populasi

Kadar Prevalens

( Bilangan kes lama+ Bilangankes baru ) −kes mati


¿ x 1000
Jumlah Populasi akhir Tahun

( 67+82+70+ 46+52 )−0


¿ x 1000
45900

= 6.906 per 1000 populasi pada 31 Disember 2019


6.0 PENYAKIT BAWAAN UDARA

6.1 Tuberkulosis

Penyakit Tuberkulosis disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria yang bernama


‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia juga dikenali sebagai Batuk Kering. Ia disebarkan melalui
udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk.Paru-paru adalah organ utama
yang selalu dijangkiti. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai (pulmonary
tuberculosis) TB Pulmonari. Boleh dikatakan, semua organ di dalam badan boleh dijangkiti
termasuk otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk berpanjangan selama 2
minggu atau lebih. Antara gejala untuk penyakit TB ini adalah termasuk batuk berdarah,
demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam, hilang selera makan atau turun berat
badan, sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam, mudah letih dan lemah dan serak
suara.

Tuberkulosis
Tahun 2015 2016 2017 2018 2019
Bilangan Kes 22 26 24 23 30
Graf Bilangan Kes Tuberkulosis di daerah Rembau sepanjang
tahun 2015 hingga 2019
35

30 30
26
25 24 23
22
Column2
20

15

10

0
2015 2016 2017 2018 2019

6.2 Min, Mod, dan Median Kes Tuberkulosis sepanjang tahun 2015 hingga 2019 adalah
seperti berikut:

22+ 26+24+ 23+30


Min =
5

125
= = 25
5

Mod = 22, 23, 24, 26, 30


= Tiada Mod.

Median = 22, 23, 24, 26, 30

= 24.

6.3 Kadar insiden penyakit, Kadar Kematian dan Kadar prevalens Kes Tuberkulosis
sepanjang tahun 2015 hingga 2019 adalah seperti berikut:

Kadar insiden penyakit


Jumlah Kes baru
¿ x 1000
Jumlah Populasi Pertengahan Tahun

30
¿ x 1000
45900

= 0.654 per 1000 populasi

Kadar kematian

Bilangan Kematian
¿ x 1000
Jumlah Populasi Pertengahan Tahun

2
¿ x 1000
45900

= 0.04357 per 1000 populasi

Kadar Prevalens

( Bilangan kes lama+ Bilangankes baru ) −kes mati


¿ x 1000
Jumlah Populasi akhir Tahun

( 22+ 26+24+23+ 30 )−2


¿ x 1000
45900

= 2.679 per 1000 populasi pada 31 Disember 2019


7.0 PENYAKIT JANGKITAN KELAMIN

7.1 Hepatitis B

Hepatitis B adalah sejenis penyakit berjangkit yang ketiga paling kerap berlaku di kalangan
pelancong. Penyakit ini menyebabkan radang hati. Ia berlaku secara endemik. Di Afrika dan
Asia, kebanyakan jangkitan berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak manakala di Amerika
Utara, jangkitan berlaku di kalangan dewasa. Bagi negara membangun, Hepatitis B berlaku di
kalangan kumpulan yang berisiko tinggi seperti penagih dadah yang (menggunakan jarum
suntikan), individu yang mempunyai beberapa pasangan seksual dan anggota perubatan
contohnya doktor, pakar bedah, doktor gigi, pakar patologi, jururawat dan anggota pusat
hemodialisis. Agen penyebab penyakit ini ialah Virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae.
Cara jangkitan bagi penyakit Hepatitis B ialah melalui sentuhan dengan cecair badan (seperti
air liur, air mani dan cecair faraj), pemindahan darah atau produk darah yang tercemar,
hubungan seksual, atau melalui jarum suntikan yang tercemar. Jangkitan juga boleh berlaku
daripada ibu kepada bayi (semasa hamil) dan sekiranya kulit di tembusi jarum tercemar
semasa akupunktur, bertindik dan bertatu. Tempoh pengeraman untuk penyakit ini ialah 45
hingga 180 hari, purata 60 hingga 90 hari. Walaupun kebanyakan kes Hepatitis B tidak
menunjukkan tanda dan gejala, antara gejala yang boleh berlaku adalah kurang selera makan,
loya, muntah, perut rasa tidak selesa, sakit sendi, ruam serta kekuningan pada mata dan kulit.

Hepatitis B
Tahun 2015 2016 2017 2018 2019
Bilangan Kes 3 5 7 4 6

Graf Bilangan Kes Hepatitis B di daerah Rembau sepanjang


tahun 2015 hingga 2019
8
7
7

6 6
5
5 Column2
4
4
3
3

0
2015 2016 2017 2018 2019

7.2 Min, Mod, dan Median Kes Tuberkulosis sepanjang tahun 2015 hingga 2019 adalah
seperti berikut:

3+5+7+ 4+6
Min =
5

25
= =5
5

Mod = 3, 4, 5, 6, 7
= Tiada Mod.

Median = 3, 4, 5, 6, 7

= 5.
7.3 Kadar insiden penyakit, Kadar Kematian dan Kadar prevalens Kes Hepatitis B
sepanjang tahun 2015 hingga 2019 adalah seperti berikut:

Kadar insiden penyakit

Jumlah Kes baru


¿ x 1000
Jumlah Populasi Pertengahan Tahun

6
¿ x 1000
45900

= 0.130 per 1000 populasi

Kadar kematian

Bilangan Kematian
¿ x 1000
Jumlah Populasi Pertengahan Tahun

1
¿ x 1000
45900

= 0.0218 per 1000 populasi

Kadar Prevalens

( Bilangan kes lama+ Bilangankes baru ) −kes mati


¿ x 1000
Jumlah Populasi akhir Tahun

( 3+5+7+ 4+6 )−1


¿ x 1000
45900

= 0.5228 per 1000 populasi pada 31 Disember 2019


8.0 KESIMPULAN

Corak kejadian penyakit di daerah Rembau adalah tidaklah kritikal seperti di daerah-
daerah lain yang lebih besar populasi penduduknya. Berdasarkan data-data yang telah
diperolehi, analisis statistik telah di lakukan di mana min, mod, median, kadar insiden
penyakit, kadar kematian dan kadar prevalens telah diperolehi. kesimpulan untuk setiap
keadian penyakit telah dibuat dan cadangan langkah kawalan telah dinyatakan supaya pihak
yang berkenaan dapat mengambil tindakan agar taraf kesihatan orang awam di kawasan ini
meningkat kearah yang lebih baik.

Kes untuk penyakit bawaan air dan makanan pada tahun 2019 mencatatkan penurunan
yang sangat drastik dimana hanya 3 kes dilaporkan di daerah Rembau pada tahun tersebut.
Nilai purata kes ini untuk 5 tahun kebelakangan ialah sebanyak 102 kes. Ini menandakan
anggota kesihatan perlu lebih memberikan pendidikan kesihatan serta penguatkuasaan di
premis makanan sekitar daerah Rembau bagi mengekalkan pencapaian yang telah dicapai
pada tahun 2019. Bagi corak kejadian penyakit bawaan vektor iaitu kes demam denggi di
daerah Rembau, terdapat peningkatan pada tahun 2019 sebanyak 6 kes daripada jumlah kes
pada tahun 2018. Berdasarkan kajian, jumlah kes demam denggi di daerah Rembau telah
mengalami kemerosotan yang konsisten bermula pada tahun 2016 sehingga tahun 2018 dan
meningkat pada tahun 2019. Unit Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Pejabat
Kesihatan Daerah Rembau perlu merancang langkah kawalan yang lebih jitu bagi
membendung peningkatan kes pada tahun mendatang. Bagi kes peyakit bawaan udara, jumlah
purata kes bagi penyakit Tuberkulosis ialah sebanyak 25 kes sepanjang tahun 2015 hingga
2019. Bagi tahun 2019, jumlah kes dicatatkan sebanyak 30 kes. Jumlah kematian bagi kes
penyakit Tuberkulosis yang tercatat tidak melebihi 5 orang. Penyakit jangkitan kelamin tidak
memberi impak yang begitu besar kepada daerah Rembau kerana jumlah kes tertinggi yang
dicatatkan bagi kes Hepatitis B ialah 7 kes pada tahun 2017. Terdapat 1 kematian dicatatkan
pada tahun 2017 melibatkan pesakit Hepatitis B.
Sebagai langkah pencegahan dan kawalan, pihak Kesihatan Daerah boleh
memperhebatkan lagi promosi kesihatan supaya orang awam dapat mengubah sikap ke arah
yang lebih baik.

9.0 RUJUKAN

You might also like