Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

ANP Air-Condition & Electrical Services

D45 Jalan Wira 1, Taman Tan Sri Yaakob, 81300 Johor


Bahru, Johor Darul Takzim

MUHAMMAD HAIDER BIN OMAR

AA180059

SEMESTER / SESI

2020/2021

PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


Abstrak

 Pengenalan (20 %) (ms1 - 7)


 Butir-butir ringkas organisasi:
 Struktur organisasi
 Bilangan kakitangan
 Keluasan kilang, tanah
 Kegiatan utama, barangan yang dihasilkan
 Pasaran tempatan, eksport
 Ringkasan proses/carta alir pengeluaran barangan atau perkhidmatan
yang dijalankan/disediakan.

 Skop Latihan (ms 8)


 Segala pengalaman yang dilalui oleh siswa semasa tempoh latihan.

 Kandungan Latihan (ms 9 - 11)


 Kerja/aktiviti utama yang dibuat.
 Perkara-perkara utama yang dicapai

 Cadangan (ms 11)


 Hasil daripada pendedahan kepada situasi di organisasi/industri, siswa
dikehendaki memberikan cadangan yang membina kepada industri seperti
aspek pengurusan, operasi, kawalan kualiti, penyelenggaraan dan lain-lain.
 Cadangan kepada Jabatan tentang kesesuaian latihan dari segi
tahun/kursus/bidang dan lain-lain.
 Cadangan skop/rancangan latihan.

 Kesimpulan (ms 12)


 Manfaat yang diperolehi menerusi program latihan industri yang diikuti.
1. Pengenalan

 Latarbelakang Syarikat

ANP AIR-CONDITION & ELECTRICAL SERVICES perniagaan yang


berkaitan dengan kerja-kerja pemasangan sistem hawa dingin dan elektrikal, sistem
pencegah kebakaran dan juga kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik dan
pendawaian network computer dan telefon. Sejak penubuhan syarikat ANP
Air-Condition & Electrical Services pada 30hb Oktober 2001, syarikat kami telah
dinaiktaraf dan beroperasi sebagai syarikat induk yang menjalankan kerja-kerja
pentadbiran, kewangan dan juga jurukhidmat teknikal. Sebagai satu organisasi, kami
juga diberi kepercayaan oleh syarikat pembekal besar hawa dingin seperti ‘ACSON’
air-condition, ‘TOPAIRE’ air-condition dan apa juga jenis hawa dingin untuk
dipasarkan kepada umum, projek-projek kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta.

 Matlamat Syarikat

Sejak daripada penubuhan perniagaan ini, kami mementingkan kualiti


perkhidmatan kepadapelanggan yang merupakan salah satu keperluan perkhidmatan
pada masa kini seperti hawadingin dan juga elektrikal. Dalam masa itu juga, kami
akan melahirkan ramai tenaga-tenaga mahir khususnya dalam industri kejuruteraan,
mekanikal & elektrikal.

1
 KhidmatTeknikal

ANP Air-Condition & Electrical Services memberikan khidmat bantuan dalam


mengendalikanproduk yang kami tawarkan seperti pengendalian hawa dingin dan
elektrikal. Pelanggan akandifahami dengan setiap masalah teknikal yang mereka
hadapi menerusi khidmat teknikal yang kami berikan.Pihak kami juga akan bertindak
untuk menyelenggara kerosakan dalam masa 48 jam dari masasesuatu kerosakan
dilaporkan. Jika berlakunya kerosakan terhadap produk hawa dingin yang baru, kami
mempunyai juruteknik daripada agen hawa dingin seperti ACSON & TOPAIRE dan
sebagainya untuk menyelesaikan masalah tersebut.Selain daripada menyediakan
tenaga kerja, kami juga menyediakan khidmat menyelia &membekal bahan-bahan
yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan sempurna dan
memuaskan.Mutu perkhidmatan juga amat diambil berat oleh pihak kami dan jika
berlakunya kerosakandisebabkan kecuaian, kelalaian dan tindakan tidak cermat oleh
pihak kami, denganperbelanjaan kami sendiri akan mengganti dan memperbaiki
kerosakan tersebut dalam tempohempat belas (14) hari.

 Pentadbiran & Kewangan

Modal pusingan untuk ANP Air-Condition & Electrical Services adalah RM


400,000.00 danpemilik syarikat utama adalah 100% bumiputera iaitu En. Muhamad
Fauzi B. Mohd Puad.Dengan organisasi yang sedia ada sekarang, syarikat kami
berupaya mengendalikan sesuatuprojek mekanikal yang besar dan mampu untuk
menanggung kos untuk mengendalikan sesuatuprojek tersebut.

 Maklumat Syarikat
 Nama Syarikat : ANP AIR-CONDITION & ELECTRICAL SERVICES
(JM0345483-M)
 AlamatPejabat : D45 Jalan Wira 1, Taman Tan Sri Yaakob, 81300 Johor
Bahru, Johor Darul Takzim
 No. Telefon / No. Fax : 07- 512 3182 / 07 - 512 3830
 Panel Bank :

2
 MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) Taman Nusa Bestari,
81300 Skudai, Johor.
 BANK ISLAM (M) BHD CAWANGAN TAMPOI 8 & 10 Jalan Padi
Emas 5/2, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor.

 No. KWSP : 14235442


 No. Socso : E 1133660 Z
 No. GST : 000446177280
 Tarikh Penubuhan Syarikat : 30hb Oktober 2001
 Status Perniagaan : Pemilik Tunggal
 Status Syarikat : Bumiputra 100%
 Jenis Perniagaan : Penyelenggaraan & Pembekal Penyaman Hawa Dingin,
Lampu dan Kelengkapan, Peralatan Perkakas/Sistem Elektrik,
SistemPencegah Kebakaran dan Kelengkapan, Ubah suai Bangunan,
Kerja-kerja Logam serta Kerja-Kerja Pembinaan Kejuruteraan Awam.

 KAKITANGAN PENGURUSAN SYARIKAT

 PENGURUS : MUHAMAD FAUZI B. MOHD PUAD


 PENTADBIRAN : SITI ARBAEYAH BT ZAINI
 PENYELIA (KEJ. AWAM) : NURDIN BIN KASIM

 LATAR BELAKANG PEMILIK SYARIKAT


 NAMA PEMILIK : MUHAMAD FAUZI B. MOHD PUAD
 TARIKH LAHIR : 24HB OKTOBER 1977
 TEMPAT LAHIR : MUAR, JOHOR
 NO. IC : 771024-01-6193
 WARGANEGARA : MALAYSIA
 ALAMAT KEDIAMAN : NO 44, JALAN IDAMAN 5/8, TAMAN NUSA
IDAMAN, 79100 NUSAJAYA, JOHOR.
 JAWATAN : PENGURUS SYARIKAT

3
 KELULUSAN AKADEMIK : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
VOKASIONAL

 AKTIVITI SYARIKAT

Sejak ditubuhkan dan didaftarkan, syarikat ini telah melibatkan diri dengan
kerja-kerja seperti :

1. Membekal, memasang, membaiki dan kerja-kerja servis hawa dingin domestik


2. Penyelenggaraan servis Pakej Cooling Tower dan Water Chiller System.
3. Pendawaian elektrik domestik.
4. Membekal dan memasang sistem elektrikal dan pendawaian.
5. Pendawaian network telefon dan komputer.
6. Membekal dan memasang sistem keselamatan kebakaran
7. Ubah suai dan naik taraf rumah dan pejabat.

Syarikat kami yang terlibat dengan kerja-kerja di atas telah membuktikan


kebolehannya dan telahmenerima kerja-kerja di Jabatan Kerajaan,Badan-badan
berkanun, Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan juga untuk umum. Antara yang telah
menerima perkhidmatan syarikat ini ialah :

A. JABATAN KERAJAAN, BADAN BERKANUN &AGENSI KERAJAAN

i. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI JOHOR Cawangan Johor Bahru.


ii. MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU Johor Bahru, Johor.
iii. TEKNOLOGI MARA ( UiTM ). Cawangan Johor Kampus Segamat
iv. JABATAN KASTAM NEGERI JOHOR Tmn Tasek Johor Bahru, Johor.
v. JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA WILAYAH SELATAN
Tanjung Pelepas, 81560 Gelang Patah, Johor.
vi. JABATAN KERJA RAYA Bahagian Mekanikal, Kebun Teh Johor Bahru.
vii. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Skudai Johor.
viii. MAJLIS PERBANDARAN KULAI Johor Bahru, Johor
ix. AKADEMI JABATAN PENGANGKUTAN JALANRAYA (JPJ)Kebun Teh,
Johor Bahru Johor.

4
x. SMK TAMAN SUTERA 81300 Skudai, Johor.
xi. KEMENTERIAN PENERANGANJABATAN PENERANGAN NEGERI
JOHOR,Kompleks Penerangan Dan Penyiaran Sultan Iskandar, 80612 Johor
Bahru, Johor.
xii. PUSAT PEMBANGUNAN KRAF JOHOR.Lot PTB 20002, Jln
Cendrawasih Off Jln Datin Halimah,80350 Johor Bahru, Johor.
xiii. AKADEMI PENGANKUTAN JALAN MALAYSIAWilayah Selatan,Johor
Bahru Johor.
xiv. POLIS DIRAJA MALAYSIA JABATAN LOGISTIK Kontinjen Johor, Jalan
Tebrau 80990 Johor Bahru, Johor.

B. SYARIKAT SWASTA

i. PELABUHAN TANJUNG PELEPAS SDN BHD Blok A, Wisma PTP,Jalan


Pelabuhan Tanjung Pelepas,TST 507, 81550 Gelang Patah, Johor D.T.
ii. JRH ENGINEERING CONT. & MANAGEMENT SDN. BHD. No. 42 Jalan
Lampam 10/11, Taman Tanjung Puteri Resort, 81700 Pasir Gudang, Johor
Darul Takzim
iii. PERISIND HOLDINGS SDN BHD. Aras 8, Bangunan Persind, No 8, Jalan
Bukit Timbalan,80000 Johor Bahru, Johor.
iv. LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI Bangunan Tabung Haji Jalan Segget,
Peti Surat 210, 80720 Bandaraya Johor Bahru, Johor.
v. UDA MALLUDA ANGSANA SDN BHD L1 33A Bangunan Plaza Angsana,
Pusat Bandar Tampoi, Jalan Skudai 81200 Johor Bahru, Johor
vi. MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) Malayan Banking
Berhad,Taman Nusa Bestari,81200 Johor Bahru, Johor.
vii. YPJ BUILDERS SDN BHD Syarikat Di Dalam Kumpulan YAYASAN
PELAJARAN JOHOR, Aras 3 Wisma YPJ Holdings, No 5, Jalan Sri Perkasa
1/3, Taman Tampoi Utama,81200 Johor Bahru.
viii. UNIVERSITI TUN ABD RAZAK Bangunan Pejabat Pos Besar,Jalan Dato’
Onn, 81100 Johor Bahru, Johor.
ix. BANK SIMPANAN NASIONAL Wisma Maria, Johor Bahru, Johor.
x. SYARIKAT AIR JOHOR (SAJ HOLDINGS SDN BHD) Jalan Garuda,
Larkin,80350 Johor Bahru, Johor.

5
 Carta Organisasi

6
 KEMUDAHAN PEMBEKAL

1) ACSON MALAYSIA SALES & SERVICES SDN.BHD.

˗ No.3, Jalan Rosmerah 2/2, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.

2) YORK AIR-CONDITIONER GROUP ASSOCIATED (C&L) SDN. BHD.

˗ No. 2, Jln Belati Satu, Tmn Perindustrian Maju Jaya, 81330 Johor Bahru, Johor.

3) TOPAIRE SALES & SERVICES SDN.BHD.

˗ No.62 Jalan Permas Jaya 9/3’ Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru,
Johor.

4) KWONG MENG ELECTRICAL SDN. BHD

˗ No.30 Bendahara 12, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai Johor Bahru,
Johor.

5) UNIRATE SUPPLY & AUTO COOL TRADING.

˗ No.28 Jalan Bendahara 12,Taman Ungku Tun Aminah 81300 Skudai Johor Bahru,
Johor.

6) SITAR HARDWARE TRADING.

˗ No.14 Jalan Perwira 17,Taman Ungku Tun Aminah,81300 Skudai, Johor Bahru,
Johor.

7) L & L COOLING SYSTEM SDN BHD

˗ No.182 Jln Bunga Tanjong,Tmn Aman, 81400Senai,Johor.

8) YIN HONG HARDWARE & PLUMBING TRADING

˗ No.64 Jalan Pahlawan 2,Taman Ungku Tun Aminah,81300 Skudai, Johor Bahru,
Johor.

7
2. Skop Latihan

Pengalaman yang saya perolehi sepanjang tempoh latihan ialah saya memperolehi
ilmu-ilmu yang berkait dengan kursus yang saya pelajari di universiti iaitu
kejuruteraan elektrik serta saya juga memperolehi ilmu yang diluar bidang dengan
kursus yang saya pelajari. Sepanjang tempoh latihan ini, saya mempelajari ilmu asas
‘wiring’ seperti jenis-jenis, saiz dan kegunaan wayar, alatan khas seperti ‘cable
clamp’, ‘cable cutter’, ‘DIES’, ‘connector’ dan banyak lagi. Selain itu, saya juga
dapat mengetahui punca-punca masalah ‘wiring’ dan cara-cara mengatasi masalah
tersebut. Dengan itu, saya dapat berfikir dengan lebih cepat dan logik jika
menghadapi sesuatu masalah. Daripada ilmu yang diluar bidang kursus saya iaitu
membuat servis penyaman udara dan juga cara pemasangannya. Justeru, saya dapat
menimba ilmu baru yang boleh digunakan untuk masa hadapan. Seterusnya, saya juga
melakukan kerja-kerja awam seperti menyimen dinding, memasang pagar besi,
mencabut bumbung awning dan lain lagi. Akhir sekali, saya memperolehi tatatertib
dan tatacara berkerja, iaitu datang awal ke tempat kerja, menghormati staf-staf,
memperbanyakkan bertanya jika tidak tahu, menjadi lebih ringan tulang dan lain-lain.

8
3. Kandungan Latihan

Kerja-kerja yang diberikan oleh pengurus sepanjang tempoh latihan kepada saya dan
rakan sekerja saya ialah:

˗ Membuat kerja wiring di sebuah rumah.


˗ Membetulkan wiring lampu dan juga kipas di sebuah rumah.
˗ Memasang dan mencabut plug dan suis.
˗ Mencabut dan memasang lampu dan kipas di sebuah rumah dan juga dewan
serbaguna.
˗ Membuat servis penyaman udara.
˗ Membaiki penyaman udara.
˗ Memasang penyaman udara.
˗ Membersihkan tapak projek.

Contoh gambar kerja yang dilakukan:

9
10
Perkara yang dicapai oleh saya daripada tugasan tersebut ialah saya dapat mengetahui
perkara asas wiring seperti sambungan wayar ‘Life’, ‘Neutral’ dan ‘Earth’ dengan
betul. Selain itu, saya juga dapat mengetahui punca-punca masalah jika mengalami
litar pintas seperti wayar ‘Neutral’ dan ‘Earth’ bersentuhan. Seterusnya, saya dapat
mengetahui langkah-langkah ketika menukar lampu, mencabut plug mahupun suis
dengan memeriksa arus pada wayar ‘Life’. Di samping itu, saya juga dapat
mengetahui cara membuat servis penyaman udara mengikut jenis-jenisnya seperti
‘normal service’ dengan membersihkan ‘filter’ dan ‘cover’ penyaman udara. Jika
‘chemical service’ yang menggunakan cecair kimia yang menanggalkan kotoran degil
pada penyaman udara dan meningkatkan prestasi penyejukan. Selain itu, saya dapat
mengetahui cara-cara memasang penyaman udara iaitu dengan memastikan dimana
kedudukan yang sempurna untuk perjalanan paip gas penyaman udara ke bahagian
unit ‘outdoor’. Selepas siap ‘fitting’ paip gas, perlu divakum pada unit ‘outdoor’.
Dengan itu, saya juga mengetahui etika selepas selesai tugasan dengan membersihkan
kawasan kerja.

4. Cadangan.

Saya bercadang untuk pembahagian pekerja yang melakukan tugasan lebih baik
agar dapat mengelakkan daripada pembaziran waktu melakukan tugasan dalam waktu
terhad. Dari aspek penyelenggaraan barangan perlu lebih baik supaya lebih senang
untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Keselamatan juga perlu dipertingkatkan
agar dapat mengelakkan daripada kes kecurian.

Saya juga bercadang agar meneruskan mengambil pelajar-pelajar IPT untuk


latihan industri di syarikat ini kerana saya sendiri mendapat banyak ilmu dan
pengalaman yang baik daripada staf-staf di dalam syarikat ini.

11
5. Kesimpulan

Sepanjang tempoh LI, saya amat menghargai jasa-jasa, ilmu dan pertolongan
yang diberikan kepada saya daripada semua staf di dalam organisasi syarikat dengan
murah hati. Berdasarkan ilmu yang diperolehi sepanjang tempoh LI, saya yakin dapat
memanfaatkan ilmu daripada juruteknik yang mengajar saya cara-cara membuat
wiring dengan betul, membuat servis dan pemasangan penyaman udara dan
menggunakan alatan-alatan yang digunakan semasa kerja. Daripada ilmu yang
diajarkan, saya berharap akan menggunakan ilmu yang diberikan dengan baik di
tempat kerja lain pada masa hadapan. Akhir sekali, saya dapat mengetahui kehidupan
bekerja dan juga etika semasa bekerja dengan baik.

12

You might also like