Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sebelum Perkahwinan

Merasi
Apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, dia akan meminta ibu
bapa untuk mencari pasangan untuknya. Ibu bapa pula akan menyerahkan tugas
kepada pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai menantu
mereka. Pencari jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan
memberikan pendapatnya tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak.

Ngangin
Selepas merasi, wakil pihak lelaki akan membuat pertanyaan secara formal kepada
keluarga pihak perempuan (kerisik kerimun) sama ada perempuan itu sudah
berpunya ataupun tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh untuk membuat
persetujuan.

Bertekul (Merisik)
Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik dalam masyarakat Melayu
sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung kepada kesediaan bakal
pengantin untuk ditunangkan. Semasa adat bertekul ini, hantaran wang atau barang
kemas seperti cincin emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang
menandakan acara pertunangan akan diadakan (mereya).

Mereya ( Bertunang )
Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak lelaki
melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga pihak lelaki.
Antara hantaran yang diberi adalah duit, cincin tunang, persalinan, kasut, beg tangan
dan lain-lain. Pihak perempuan akan membalas pemberian pihak lelaki. Pada
kebiasaannya, hantaran pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki.
Sekiranya terdapat saudara perempuan yang lebih tua (kakak) yang belum
berkahwin (langkah batang), pihak lelaki mesti memberikan sebentuk cincin emas
kepadanya.

Semasa Perkahwinan
Nikah
(A) Persediaan
Persediaan bagi majlis perkahwinan biasanya mengambil masa yang lama. Ia
termasuk persediaan menempah kad jemputan, mencari mak andam dan
sebagainya. Bagi majlis perkahwinan, mak andam adalah antara orang yang penting
dalam menghias pengantin dan persediaan pelamin.
Dalam masyarakat Melayu Sarawak, upacara yang melibatkan agama adalah acara
akad nikah, sementara yang bukan bersifat agama adalah acara bersanding, tepung
tawar, berlulut dan makan nasi temuan.
Bergendang adalah acara keraian secara beramai-ramai yang mengambil masa
selama tujuh hari tujuh malam. Majlis akad nikah biasanya diadakan sehari sebelum
bersanding. Apabila akad nikah telah disempurnakan, pihak perempuan secara sah
telah menjadi isteri kepada lelaki tersebut.

Majlis Perkahwinan/Persandingan
Pada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan,
upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga
adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan
lagi dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak.
Pengantin juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang
diakhiri dengan berwudhu’.
Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan
dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin
dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri
pengantin. Antara pakaian persandingan pengantin perempuan yang biasanya
dipakai adalah kebaya songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera
bertekat benang emas dan Gajah Holen iaitu pakaian tradisional Melayu Sarawak.
Pengantin lelaki pula biasanya akan mengenakan persalinan seperti seorang
pahlawan atau pakaian haji (jubah putih atau hitam dan serban).

Selepas Perkahwinan
Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis perkahwinan berlangsung, adat
menziarah ke rumah mentua oleh pengantin perempuan dilakukan. Adat ini juga
dikenali sebagai mengundang menantu. Dalam majlis ini, ibu mentua akan
menghadiahkan lapit kaki atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau berlian
bagi menunjukkan penerimaan dan kegembiraannya kerana mendapat menantu
perempuan yang baru.

Pantang larang
Dalam masyarakat melayu terdapat pantang larangan yang ditujukan kepada bakal
pengantin baru. Antara pantang larang yang sentiasa dilakukan dalam masyarakat
melayu adalah pengantin perempaun dilarang keluar bersama pasangannya selama
40 hari sebelum diijabkabulkan. Pantang larangan ini dilakukan untuk mengelakkan
daripada tohmah masyarakat sekeliling dan juga uantuk mengawal nafsu pasangan
pengantin tersebut. selain itu, akan menimbulkan perasaan rindu dendam dalam diri
masing-masing. Bagi masyarakat melayu, rindu yang timbul akan membuatkan
wajah pengantin lebih berseri seperti biasa. Pantang larang yang dilakukan dalam
masyarakat melayu mempunyai tujuan yang tersendiri terutama menjaga maruah
bakal pengantin dan juga ahli leluarga. Terdapat juga pantang larang lain yang
dilakukan iaitu jangan tidur di rumah orang kerana takut dikena ilmu dan juga
disantau dan sebaganya. Hal ini sedemikian menunjukan bahawa masyarakat
melayu kaya dengan adat dan juga pantang larang.

You might also like