Esei Soalan 7 HSM 418 Alif Omar Bin Ibrahim

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

SIDANG AKADEMIK 2020/21


SEMESTER 7
HSM 418/ SEMINAR POLITICAL HISTORY OF MALAYSIA

Kenalpasti anjakan-anjakan politik yang mempengaruhi kesedaran dan perkembangan politik


di Sabah dan Sarawak antara 1946-1974. Sejauh manakah isu-isu penjajahan, nasionalisme
dan penyatuan politik dengan Semenanjung menjadi elemen yang menyatukan atau
memecahbelahkan penduduk Sabah/Sarawak sehingga dekad terakhir kurun ke-20?

(PENULIS HANYA FOKUS KEPADA 1960-1963)

NAMA: ALIF OMAR BIN IBRAHIM

NO MATRIK: 136190

NO K/P: 970413015663

NO TEL: 0177370365

E-MEL: alifomar@student.usm.my

NAMA PENSYARAH:

DR. AZMI ARIFIN


1.0 Pengenalan

Berbicara mengenai Sabah dan Sarawak, sudah semestinya ramai yang tidak mengambil

pusing kerana menganggap ianya tidak signifkan. Namun, polemik yang berlaku di kawasan

Borneo ini sebenarnya secara tidak langsung memberi hala tuju perkembangan Tanah Melayu

selepas mencapai kemerdekaan. Terdapat anjakan politik yang berlaku di antara dua negara

yang terpisah walaupun berkongsi pentas Borneo yang sama. Kesemua perubahan ini boleh

dilihat kerana jiran terdekat mereka iaitu Tanah Melayu pada ketika itu sudahpun mencapai

kemerdekaan dan faktor dalaman pula adalah taraf mereka yang masih lagi tidak mendapat

gambaran jelas daripada British.

Penulis ingin memfokuskan jangka masa di antara 1961-63 mengenai anjakan paradigma

yang wujud dan reaksi penduduk tempatan mengenai polemik yang berlaku pada ketika itu.

Adakah wujud sebarang tentangan mahupun sebuah wacana? Semua ini akan cuba dihuraikan

oleh penulis? Persoalan mengenai mengapa tempoh itu diambil adalah kerana tempoh tersebut

merupakan titik tekanan yang kritikal bagi penduduk tempatan di negara masing-masing untuk

menyertai sebuah gagasan bagi membentuk negara baru iaitu Malaysia. Impak terhadap

penggabungan ini mengejutkan negara-negara di rantau Asia Tenggara khususnya Indonesia.

Penulis akan cuba menganalisis anjakan atau perubahan yang berlaku di peringkat politik

sehingga tercetusnya reaksi penduduk tempatan di kedua-dua buah negara tersebut. Sudah

semestinya perubahan ini terhad kepada proses penggabungan di antara Sabah, Sarawak dan

Persekutuan Tanah Melayu.

2.0 Latar Belakang Sabah Dan Sarawak Secara Ringkas

Sabah dan Sarawak terletak di kepulauan Borneo yang merupakan pulau ketiga terbesar

dunia dan mempunyai pecahan kepada beberapa buah wilayah atau negara yang berbeza iaitu,

1
Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan (Indonesia Borneo). Keadaan di Sabah dan Sarawak

mempunyai banyak persamaan dan juga perbezaan. Persamaan utama yang dikongsi oleh

kedua-dua entiti ini ialah;

“Sarawak is essentially an agricultural country producing and exporting primary products.

Sabah is primarily an agricultural country. Both country grow rice for a local consumption,

while rubber, timber constitute the backbone of the economy”.1

Kedua-dua buah negara ini berkongsi identiti ekonomi yang sama. Hal ini kerana kedudukan

mereka yang beriklim tropika telah menyebabkan industri ini sesuai dan menjadi sumber utama

negara mereka.

Beralih kepada perbezaan yang wujud di antara dua negara ini adalah figura yang

memerintah mereka. Tidak dinafikan kedua-dua negara ini mempunyai pemerintah berasal dari

negara yang sama namun kaedah dan sistem yang dikenakan terhadap penduduk tempatan

adalah berbeza.

3.0 Kenalpasti anjakan-anjakan politik yang mempengaruhi kesedaran dan

perkembangan politik di Sabah dan Sarawak antara 1946-1974.

3.0.1 Anjakan Politik di Borneo 1961 Menerusi Idea Pembentukan Malaysia

Idea gagasan sebuah persekutuan yang diberi nama Malaysia dimulakan oleh Perdana

Menteri Malaya pada ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman. Pada pandangan beliau, situasi

atau iklim politik di negara yang berada di sekitar Tanah Melayu agak ‘perlahan’. Misalannya;

1
Claude Albert Buss, Asia in the Modern World (New York: Macmillan, 1964), 40.

2
“Sarawak and Sabah were British crown colonies since the end of the Second World War:

and prior to this the former was under the personal rule of the Brooke family, while Sabah

was in possession of a British North Borneo Chartered Company”.2

Tetapi sebelum gagasan ini diketengahkan oleh Tunku Abdul Rahman, sudah ada ura-ura

mengenai sebuah proses penggabungan namun tidak mendapat reaksi yang baik daripada

penduduk tempatan. Idea kepada penubuhan sebuah persekutuan Borneo telah dikemukakan

daripada kalangan pemimpin kolonial sendiri yang beranggapan bahawa kurangnya usaha yang

membawa kepada anjakan politik di Borneo. Seperti yang telah dinyatakan oleh Tunku Abdul

Rahman pada 1961. Buktinya;

“Their idea generally was not to prepare Sarawak, Brunei and Sabah for separate

independence but rather to link them in some form of Bornean federation”.3

Tujuan utama Federasi Borneo ini adalah untuk melicinkan pentadbiran dan melaksanakan

polisi agar sejajar. Namun idea ini tidak dapat diteruskan kerana pertingkahan peringkat

dalaman khususnya daripada pihak Brunei yang enggan turut serta.

Berbalik kepada idea yang dikemukakan oleh Tunku, idea penggabungan ini dilihat

tidak mustahil kerana situasi politik di dua negara tersebut menyebabkan perkara ini boleh

dicapai. Hal ini turut dibantu oleh tindakan British yang dilihat tidak berapa dominan dalam

menentukan hala tuju Borneo pada ketika itu. Misalannya;

“Although both Sabah and Sarawak had each a legislature in 1961, these were by no

means territories ready for the handling over of independece. As may be deduced, the

political development of Sabah and Sarawak had barely reached the stage where each

2
Owen Rutter and West Sir. Ridgeway, British North Borneo (London: Constable, 1970), 10.
3
Hastings, P., “Malaysia – The Proposed Merger of Malaya, Singapore, and the Borneo Territories has run into
many Problems”, The Bulletin, November 4, 1961.

3
might have safely been given internal self-government such as both Singapore and

Brunei had been earlier in 1959”.4

Maka hasrat Tunku untuk menyatukan Sabah dan Sarawak di bawah sebuah gagasan Malaysia

telah memberi sebuah anjakan politik yang mengegar teras politik di Borneo. Hal ini kerana,

perubahan peringkat pentadbiran perlu dilakukan dengan segera bagi memastikan rundingan

dan usaha sama yang hendak dirangka ini adil kepada semua pihak. Namun, terdapat masalah

yang lebih besar selain daripada perubahan pentadbiran kerana isu penyatuan ini melibatkan

identiti nasional. Tetapi isu identiti nasional ini pula sukar untuk dicapai kerana Sabah dan

Sarawak mempunyai kelemahan tersendiri. Buktinya;

“There were two political parties in Sarawak and none in Sabah. The two Sarawak

parties were the Sarawak United Peoples Party (SUPP) and Party Negara Sarawak

(PANAS). While for Sabah, apart from organization such as the Chinese Chambers of

Commerce, the Angkatan Gaya Baru (AGABA), and the Kadazan Societies- all of which

were commercial, cultural and social in nature than aims rather than political”.5

Maka, berdasarkan pernyataan tersebut, jelaslah bahawa anjakan politik di Borneo belum

berlaku secara terbuka. Anjakan yang berlaku lebih kepada reaksi daripada idea dan hasrat

yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri di Persekutuan Tanah

Melayu. Sehingga tahun 1961, anjakan politik di Sabah misalnya masih lagi jauh ketinggalan

daripada pembentukan kerajaan sendiri dan pihak kolonial British masih lagi mentadbir

mengikut telunjuk ‘Whitehall’. Kesedaran identiti nasional tidak pernah wujud sepanjang

tempoh penjajahan oleh Brooke dan Syarikat Borneo Utara British. Sebaliknya;

4
Ibid.
5
James P. Ongkili, The Borneo Response to Malaysia 1961-1963 (Singapore: Donald Moore Press Ltd, 1967),
45.

4
“It was the Japanese occupation and its hardships which ushered in the first feeling of

brotherhood among the people of Sabah and Sarawak”.6

Maka jelaslah bahawa anjakan politik di peringkat negara Sabah dan Sarawak tidak benar-

benar berlaku melainkan terdapat faktor luaran yang mencetuskannya.

4.0 Isu Pembentukan Malaysia Menjadi Penyatuan Bagi Penduduk Di Borneo

4.0.1 Reaksi Pemimpin Tempatan Terhadap Anjakan Politik di Sabah dan Sarawak

Beralih kepada reaksi yang terhasil daripada anjakan politik yang dikemukakan oleh Tunku

Abdul Rahman. Respon yang diberikan kepada idea tersebut adalah penolakan serta merta

khususnya dari negara Sabah.

“There were several reasons for this angry attitude on the part of the Borneans, one of

them being the lack of proper political understanding. The development of political thinking

was a very recent experience. As a result of inadequate insight into power politics in

Southern Asia at the time”.7

Secara mudahnya, keadaan di negara Sabah yang bereaksi sedemikian adalah kerana

pengalaman buruk yang dihadapi oleh pemerintah kolonial serta kurangnya pengalaman

terhadap pentadbiran. Mereka cenderung untuk prejudis dengan idea Tunku untuk menyatukan

Borneo di bawah satu bendera dan menganggapnya satu bentuk “expansionism”.

Reaksi sedemikian berlaku hasil daripada tindakan pentadbiran kolonial yang sentiasa

mengenepikan penduduk tempatan untuk terlibat secara terus telah menyukarkan usaha

6
Ibid., 47.
7
Karim, A.R., “Northern Borneo Nationalism”, The Eastern World, London, June 1963.

5
penyatuan di antara Tanah Melayu berserta Sabah dan Sarawak sukar untuk dicapai pada waktu

itu. Buktinya;

“Given the colonial mentality of the peoples of Sarawak dan Sabah, the limited grants

of local participation in government. There is an inherent immaturity in the political

thinking of peoples under colonial rule; and so long as the masters were clever enough

to perceive the trend of events, they could always manipulate situations to suit their

wishes in their own sweet time”.8

Berdasarkan reaksi penduduk tempatan di Borneo, penulis melihat bahawa terdapat dua isu

utama iaitu identiti nasional yang mula wujud dan juga idea penyatuan yang dikemukakan oleh

Tunku. Walaupun reaksi sedemikian bukanlah sesuatu yang baru. Hal ini demikian seperti yang

dinyatakan penulis sebelum ini, terdapat idea yang sama yang diketengahkan oleh pegawai

tertinggi kolonial. Misalannya;

“Former British Commissioner-General for South-east Asia, Malcolm Mac Donald,

first proposed it many years ago. But, merely proposed it to a federation did not offer

much help when no one actually began implementing the scheme: it was rather like

sitting on a gold mine without actually starting to dig for prized metal”.9

Namun, idea yang dicetuskan oleh Tunku ini disertakan dengan gerak kerja yang komprehensif

telah menyebabkan berlakunya anjakan politik di Borneo pada waktu itu. Bermulalah proses

percubaan untuk menerangkan tentang gagasan yang dicetuskan ini bersifat positif dan

bukanlah satu bentuk neokolonialisme dan sebagainya. Sebagai contoh;

8
Rose, S., Britain and South-East Asia, Chatto & Windus, London, 1962.
9
Smith, T. E., The Background to Malaysia, Oxford University Press, London, 1963.

6
“New states he assured the peoples of Borneo- for he had never thought of Borneo since

his historic luncheon address except to mean the three territories- would enjoy the same

privileges as those in Malaya already possessed”.10

Bahkan Tunku memberi jaminan bahawa Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu tiada niat

untuk mengkolonialisasi negara lain kerana konsep Persekutuan yang diguna pakai telah pun

memiliki kedaulatannya tersendiri. Dalam kes di Borneo, reaksi penduduk tempatan pada masa

itu tidaklah terlalu ekstrem jika hendak dibandingkan dengan pemimpin mereka. Hal ini kerana

menurut pemimpin mereka, lebih kepada sifat prejudis yang tersendiri terhadap idea yang

diutarakan oleh Tunku ini. Misalannya;

“The attitude of distrust of what the Malayan leaders were doing in trying to interest

the Borneans into participating in the Malaysia plan was aggravated when the Tengku

stated on the Sarawak leg of the July visit that he did not think it necessary for there to

be merger of British Borneo territories and Brunei or independence for them before

federation or confederation”.11

Berdasarkan petikan tersebut, pemimpin Borneo merasakan bahawa wujud niat lain yang cuba

dicapai oleh pemimpin Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Tetapi, jika dilihat dalam

aspek politik yang dimainkan oleh Tunku, kenyataan tersebut sebenarnya lebih kepada

kegusaran yang dihadapi oleh Beliau sekiranya Sabah dan Sarawak bergabung dahulu dan

mencapai kemerdekaan sebelum menyertai Tanah Melayu dan membentuk Malaysia.

Bagi pihak pemimpin Borneo pula, mereka cenderung untuk mengikut jejak langkah

pemerintah kolonial British yang pada ketika itu inginkan pengukuhan hubungan di antara

Borneo iaitu Sabah dan Sarawak terlebih dahulu. Dan pada waktu itu, mereka juga tidaklah

10
Milne, R.S., “Malaysia: A New Federation on the Making”, Asian Survey, February 1963.
11
James P. Ongkili, The Borneo Response to Malaysia 1961-1963 (Singapore: Donald Moore Press Ltd, 1967),
60.

7
menafikan idea Tunku Abdul Rahman itu sebagai idea yang sangat buruk. Cuma,

kecenderungan untuk bersifat prejudis demi kepentingan penduduk tempatan Borneo lebih

diutamakan.

4.0.2 Keputusan Untuk Membentuk Malaysia Diserahkan Kepada Penduduk

Tempatan

Setelah menerima reaksi yang agak dingin oleh pemimpin di Borneo, usaha ini tetap lagi

diteruskan menerusi beberapa fasa melobi dan kempen yang dijalankan bagi memastikan hal

tersebut dapat dicapai. Antaranya menerusi penerbitan kertas putih yang disediakan oleh

kerajaan di Sarawak.

“The Sarawak Government published a White Paper titled ‘Malaysia And Sarawak’. This

publication was meant for home consumption, and it carried three interrelated points. One

point stated that the British and the Malayan Governments had agreed that Malaysia was

a desirable aim”.12

Rentetan daripada pernyataan tersebut, terdapat saranan untuk menubuhkan sebuah

suruhanjaya bagi mendapatkan pungutan suara dalam kalangan penduduk di Sarawak dan

Sabah.

“The White Paper announced that the commission would be visiting the territories in

the near future. It will be for the Commission, in the light of the evidence they receive

to work out a plan which they believe will be acceptable to the people of both territories.”

Sabah juga tidak ketinggalan dalam usaha menerbitkan kertas putih bagi pihak mereka. Ianya

lebih kurang sama seperti yang diterbitkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan

12
Ibid., 75.

8
Sarawak. Tajuk kertas putih mereka adalah ‘North Borneo And Malaysia’. Isi utama mengenai

kegusaran rakyat Sabah adalah seperti berikut;

They must assess the future advantages of Malaysia; they must weigh up the prospects

Malaysia offers of security from external aggression and internal Communist

subversion, of stability and prosperity, and they must consider how far they are

prepared to give powers to the central Government of Malaysia to achieve these ends.

The central Government must be strong and provide security; it must have powers

sufficient for its purpose. But local aspirations and needs must be able to protect vital

local interests”.13

Setelah penerbitan kertas putih dilakukan oleh kedua-dua buah negara tersebut. Bermulalah

proses pungutan suara yang dijalankan oleh Suruhanjaya Cobbold yang telah dilantik. Hal ini

demikian bertujuan untuk memastikan terdapat sokongan secara majoriti bagi memastikan hal

ini tercapai. Tetapi tidak dinafikan bahawa keputusan yang diperoleh oleh Suruhanjaya

Cobbold pada waktu itu sangat dipengaruhi oleh pemimpin tinggi mahupun peringkat tempatan

di Sabah dan Sarawak.

Secara amnya, penduduk tempatan di Sabah dan Sarawak sangat dipengaruhi oleh

keputusan atau reaksi pemimpin mereka. Hal ini dibuktikan dengan perubahan sokongan yang

mula diberi kepada idea pembentukan Malaysia. Misalannya;

“Donald Stephens was one of the Borneo leaders who had blatantly rejected the

Malaysia plan in the United Front declaration. In less than two months, he could say

after friendly meetings with the Tengku and other Federation leaders, ‘I am glad to say

13
Ibid., 77.

9
all the misunderstandings have been cleared now, and the target for Malaysia is in

sight”.14

Maka keputusan yang diperoleh hasil pungutan suara yang dijalankan oleh Suruhanjaya

Cobbold memihak kepada penyatuan sekaligus membawa kepada pembentukan Malaysia.

Pada ketika itu, reaksi penduduk tempatan sangat dipengaruhi oleh persepsi pemimpin mereka

hasil daripada proses publisiti yang dilakukan secara meluas. Buktinya;

“The case for and against the participation has been widely debated in the respective

territories at the meetings, in newspapers and in such forums as the Conference of the

Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC). Indeed on a less formal level,

Malaysia has been a major topic of conversation in the baazars, clubs and coffee houses,

homes and longhouses throughout the two territories. All this has contributed in no

small measure towards an understanding of the Malaysia proposals”. 15

Jelaslah bahawa anjakan politik di Borneo pada fasa pembentukan Malaysia tidaklah

digerakkan oleh rakyat semata-mata. Namun ianya lebih kepada perubahan dalam kalangan

pemimpin sendiri yang memberi reaksi kepada situasi pada masa itu. Hasil keputusan pungutan

suara yang dijalankan oleh Suruhanjaya Cobbold adalah seperti berikut;

“About one-third of the population in each territory strongly favours early realisation

of Malaysia without to much concern about terms and conditions. Another third, many

of them favourable to the Malaysia project, ask, with varying degrees of emphasis, for

conditions and safeguards varying in nature and extent: the warmth of support among

this category would be markedly influence by a firm expression of opinion by

Governments that the detailed arrangements eventually agreed upon are in the best

14
Nation, “The Lesser Evil”, March 9, 1963.
15
James P. Ongkili, The Borneo Response to Malaysia 1961-1963 (Singapore: Donald Moore Press Ltd, 1967),
86.

10
interest of the territories. The remaining third is divided bertween those who insist on

independence before Malaysia is considered and those who would strongly prefer to

see British rule continue for some years to come”.16

Walaupun keputusan pungutan suara yang melibatkan golongan sepertiga yang terakhir

seakan-akan masih berbelah bahagi. Namun menurut suruhanjaya Cobbold keputusan itu

tidaklah mengejutkan dan mampu mengubah trajektori keputusan yang sedia. Misalannya;

“In point of fact, its findings merely gave a formal recognition of what the Borneo

leaders had previously been repeating so many times during meetings of the MSCC.

Dato Mustapha, speaking at the last MSCC meeting in Singapore, said that his party

(the Malay oriented United Sabah National Organization- USNO) combined with

Donald Stephens UNKO then ‘represented at least two-thirds of the people of North -

Borneo and it thus followed that these two-thirds supported Malaysia and wanted it to

come about as soon as possible”.17

Maka benarlah bahawa apa yang dikatakan penulis bahawa penduduk di Borneo cenderung

untuk mengikut jejak langkah pemimpin mereka dalam memberi reaksi kepada idea

pembentukan Malaysia.

16
Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and Sarawak, 1962.
17
Ibid.

11
5.0 Kesimpulan

Penulis dapat merumuskan bahawa anjakan politik yang di Borneo pada tahun 1960-63

yang berfokus pada pembentukan Malaysia tidak mempunyai reaksi secara aktif oleh penduduk

tempatan. Sebaliknya, pucuk pimpinan yang menjadi pemain utama kepada berlakunya

anjakan politik yang menjadikan mereka sedar bahawa nasib negara mereka pada ketika itu

bukan lagi terletak di tangan British sahaja.

12
Bibliografi

Buss, Claude Albert. Asia in the Modern World. New York: Macmillan, 1964.

Hastings, P., “Malaysia – The Proposed Merger of Malaya, Singapore, and the Borneo
Territories has run into many Problems”, The Bulletin, November 4, 1961.

Karim, A.R., “Northern Borneo Nationalism”, The Eastern World, London, June 1963.

Milne, R.S., “Malaysia: A New Federation on the Making”, Asian Survey, February 1963.

Nation, “The Lesser Evil”, March 9, 1963.

Ongkili, James P. The Borneo Response to Malaysia 1961-1963. Singapore: Donald Moores
Press Ltd, 1967.

Owen Rutter and West Sir. Ridgeway, British North Borneo (London: Constable, 1970.

Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and Sarawak, 1962.

Rose, S., Britain and South-East Asia, Chatto & Windus, London, 1962.

Rutter, Owen, and West Sir. Ridgeway. British North Borneo. London: Constable, 1970.

Smith, T. E., The Background to Malaysia, Oxford University Press, London, 1963.

You might also like