Kuliah 10 - Konsep Asal Anjakan Paradigma

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

KONSEP ASAL ANJAKAN

PARADIGMA
DR. MOHD SYAHMIR BIN ALIAS
Bahagian Falsafah dan Tamadun,
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia
KANDUNGAN
• Konsep Paradigma
• Anjakan Paradigma menurut Thomas S. Kuhn
KONSEP
PARADIGMA
ETIMOLOGI PARADIGMA
• Berasal daripada istilah dalam bahasa Yunani:
• παρά (para) + δείκνυμι (deiknumi) = παράδειγμα (paradeigma)
• menjangkaui + yang terpamer = sampel, contoh, pola
DEFINISI PARADIGMA
• Secara harfiah:
• gambaran yang memberi panduan kepada orang lain.
• Secara denotasi, Kamus Merriam-Webster:
• kerangka kefalsafahan dan teoretikal bagi sesebuah aliran saintifik atau
disiplin yang mendukung perumusan sesuatu teori, hukum, pengitlakan dan
ujikaji yang dilakukan.
• Secara istilah, Anaximenes (ahli retorik Yunani):
• tindakan yang telah terjadi sebelumnya dan mirip dengan perkara yang
berlaku sekarang.
ISTILAH-ISTILAH SINONIM
• Bahasa Melayu: pandangan alam
• Bahasa Arab: taṣawwur
• Bahasa Inggeris: worldview
• Bahasa Jerman: weltanschauung
ISTILAH-ISTILAH SINONIM
• Pandangan alam/taṣawwur/worldview/weltanschauung
• tanggapan atau cara pandang yang dimiliki oleh seseorang individu atau
kumpulan tentang alam.
• satu set andaian (mungkin benar, sebahagian benar atau keseluruhannya
salah) dan pandangan yang menjadi pegangan (secara sedar atau tidak sedar,
tekal atau tidak tekal) tentang kewujudan alam dan kehidupan semulajadi
manusia.
• gambaran daripada sebuah kesimpulan dan pentafsiran hasil kajian yang
dilakukan oleh seseorang berkenaan dengan alam, manusia, masyarakat dan
sejarah.
ANJAKAN PARADIGMA MENURUT
THOMAS S. KUHN
TAKRIFAN ANJAKAN PARADIGMA KUHN
• Anjakan paradigma (paradigm change) ditakrifkan oleh Thomas
Samuel Kuhn (1922-1996) sebagai:
• “the successive transition from one paradigm to another via revolution is the
usual developmental pattern of mature science.” (Kuhn, 1996:12)
• Istilah ini dipopularkan oleh Kuhn dalam bukunya, The Structure of
Scientific Revolutions.
• Buku beliau merupakan buku ilmiah yang paling banyak dipetik (cited)
sepanjang masa.
ANJAKAN PARADIGMA DALAM SAINS
• Sumbangan Kuhn adalah dalam falsafah sains:
• memecahkan doktrin saintis positivis.
• memberi nafas baru falsafah sains dengan mendekati sejarah sains itu sendiri.
• Secara umumnya, sains menurut pandangan saintis positivis
terdahulu daripada Kuhn ialah bersifat:
• bebas nilai (value-free)
• sejagat (universal)
• tekal (consistence)
• tidak terpengaruh dengan pemikiran pengkajinya (non bias).
ANJAKAN PARADIGMA DALAM SAINS
• Menurut Kuhn, wujudnya nama-nama besar dalam sejarah pemikiran
sains seperti Claudius Ptolemaeus (Ptolemy) dan Nicolaus Copernicus
menunjukkan wujudnya perbezaan paradigma dalam sains.
• Paradigma dalam astronomi yang diperkenalkan oleh Ptolemy
berasaskan model geosentrik (bumi pusat alam).
• Ptolemy hidup pada kurun kedua Masihi.
• Model ini mempengaruhi agamawan Kristian zaman pertengahan.
ANJAKAN PARADIGMA DALAM SAINS
• Model tersebut dicabar oleh Copernicus sekitar kurun ke-13 Masihi
dengan mengemukakan model heliosentrik (matahari pusat alam).
• Dikenali sebagai Copernican Revolution.
• Bukunya, De Revolutionibus Orbium Coelestium diharamkan daripada disebar.
• Pada masa ini, revolusi dalam sains khususnya fizik mekanik sedang
berlaku apabila ia dicabar oleh fizik kuantum dan teori tetali (string
theory).
PROSES ANJAKAN PARADIGMA
Revolusi Anjakan
Model Paradigma

Teori
Sains

Kitaran Kuhn Sains


Krisis Normal
Model

Penerokaan
Anomali
Sains

Penggugatan
Model
PROSES ANJAKAN PARADIGMA
• Sesuatu paradigma terbenam dalam sains normal.
• Ketika era sains normal, komuniti saintis bekerja dan menyelidik dalam
paradigma yang sama.
• Apabila terdapat anomali (keganjilan)yang tidak bersesuaian dengan
paradigma ketika itu, berlakulah penggugatan model.
• Contoh: suai puzzle.
• Sekiranya banyak bukti menyokong, krisis model berlaku, maka
paradigma berubah secara mendadak menghasilkan revolusi.
• Usulan teori baharu perlu dilakukan dengan kekuatan yang mencakupi data
saintifik lebih lama dan dapat menjelaskan anomali secara relevan.
PROSES ANJAKAN PARADIGMA
• Hasilnya, paradigma beranjak dan bermula sains normal yang baharu
dengan paradigma baharu oleh komuniti saintis.
• Berlaku sepanjang sejarah sains tamadun manusia.
• Sains normal bersilih ganti mengikut masa tertentu.
• Anjakan paradigma berlaku seperti ilusi arnab-itik.
PROSES ANJAKAN PARADIGMA
• Selepas tercapainya kesepakatan paradigma sains normal yang
baharu, terdapat dua syarat penting melestarikan paradigma sains
normal tersebut:
• Memperoleh pencapaian terbaik yang belum pernah didapati sebelumnya
dan mengekalkan suatu kumpulan saintis yang tidak bersaing sesama sendiri.
• Membuka ruang yang luas bagi kumpulan saintis menyelesaikan pelbagai
jenis permasalahan yang timbul dalam krisis.
SEKIAN,
TERIMA KASIH.

You might also like