Tugasan 2 23:12:2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

a) Standard pembelajaran

- Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

b) Standard Prestasi

- Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid
pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.

c) Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Melayu.


Kemahiran bahasa ini diorganisasikan dalam lima modul kemahiran bahasa:

1. Kemahiran mendengar dan bertutur

2. Kemahiran membaca

3. Kemahiran menulis

4. Aspek seni bahasa

5. Aspek tatabahasa

d) Sistem Bahasa

Sistem bahasa ialah ilmu dan kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh murid
melalui bidang kecekapan bahasa. Sistem bahasa terdiri daripada sebutan dan
intonasi, sistem ejaan, tanda baca, tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa. Mana-
mana aspek sistem bahasa yang wujud sebagai bidang kecekapan dan
kemahiran, contohnya tatabahasa sebagai aspek tatabahasa, dan peribahasa
sebagai kemahiran dalam aspek seni bahasa, akan diajarkan secara berfokus. Di
luar konteks ini, sistem bahasa diajarkan kepada murid secara penyerapan dalam
mana-mana kemahiran bahasa yang bersesuaian untuk mengukuhkan kemahiran
berbahasa murid. Aspek dalam sistem bahasa ialah:

1. Sebutan dan intonasi


2. Sistem ejaan
3. Tanda baca
4. Tatabahasa
5. Kosa kata
6. Peribahasa

e) Domain Pembelajaran

1. Peribadi
2. Awam
3. Pendidikan
4. Kerjaya

f) Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu


Komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan
mengukuhkan kecekapan berbahasa, memupuk minat membaca dan penghayatan
terhadap karya sastera serta menyerapkan ilmu dan kemahiran sastera.

You might also like