Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pengimbuhan

Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan perkataan dengan mencantumkan


satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar. Imbuhan tersebut bolehlah
diletakkan di depan bentuk dasar, di belakang bentuk dasar, di depan dan di
belakang bentuk dasar sekali gus atau disisipkan ke dalam bentuk dasar. Di dalam
bahasa Melayu terdapat beberapa jenis imbuhan, iaitu:
•         Awalan. Adalah bentuk morfem yang diimbuhkan pada awal kata dasar, seperti
{ber-} dalam berjalan, berkasut, berkeras; {me-} dalam melihat, merawat, mewarna;
{ter-} dalam tercatat, tercantik, terkarang dan { pe-} dalam pesakit, perawat, pesara.
•         Akhiran pula merupakan morfem yang diimbuhkan pada akhir kata dasar, seperti {-
kan} dalam sapukan, pakukan, lembutkan: {-an} dalam pakaian, mandian, bauan:{-i }
dalam warnai, tandai akhiri.
•         Sisipan merupakan imbuhan yang dimasukkan atau disisipkan kedalam sesuatu
kata dasar.  Anataranya seperti {-in-} dalam sinambung; {-el-} dalam; dan {-em-}
dalam pemeluk.  Imbuhan jenis ini tidak begitu produktif jika dibandingkan dengan
imbuhan yang lain.
•         Apitan adalah imbuhan yang mengapit kata dasar, seperti { pe- ...-an}
dalam permainan, pelepasan, pewajaran; dan {ke-....-an} dalam keadaan ,
kesetian , kecantikan.
Pengimbuhan boleh berlaku dalam beberapa lapis.  Pengimbuhan selapis berlaku
apabila pada dasarnya bukan hasil terbitan, seperti seorang ( se + orang). 
Pengimbuhan dua lapis  berlaku apabila dasarnya sudah mengalami selapis
pengimbuhan seperti keseorangan ( seorang+ ke...an). Pengimbuhan tiga lapis
berlaku apabila pada dasarnya sudah mengalami dua kali pengimbuhan,
seperti berkeseorangan ( ber+keseorangan). Lazimnya tidak ada pengimbuhan yang
berlaku lebih daripada tiga lapis.

Imbuhan asli dan imbuhan pinjaman dalam Bahasa Melayu.


Imbuhan-imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada
dua bahagian yang besar, iaitu imbuhan –imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu
dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam dari bahasa asing.
Imbuhan-imbuhan  asli bahasa Melayu
Imbuhan –imbuhan yang ada di dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada
empat bahagian, iaitu :-
a. Awalan iaitu imbuhan yang diletakkan di awal perkataan di dalam pemakaiannya,
contohnya “me-“, “ter-“
b. Akhiran, iaitu imbuha yang diletakkan di akhir perkataan di dalam pemakaiannya
contohnya  “ –i”, “-an”
c. sisipan , iaitu imbuhan yang disisipkan ditengah-tengah perkataan.  Ada tiga
sisipan di dalam bahasa Melayu iaitu “ –em”, “-el” dan “ –er”
d. Imbuhan serentak, iaitu imbuhan di awal dan diakhir yang dipakai secara serentak
dalam proses membentuk perkataan. Contohnya , “ke-an”, “pe-an””me – i” dan
sebagainya.
Imbuhan –imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.
a. Imbuhan-imbuhan yang dipinjam dari bahasa Sanskrit. Contonnya “-wan”, “-wati”,
“-eka-“ dan lain-lain lagi
b. Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Arab Contonya,” –ah”, (contoh perkataan
ustazah), “iah”(contoh perkataan batiniah)
c. Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Inggeris. Contoh perkataan “pro”, “pra”, ‘is”
dan sebagainya.

Golongan Imbuhan
Imbuhan-imbuhan bahasa Melayu dapat digolongkan dalam empat golongan
berdasarkan kepada fungsinya. Keempat-empat golongan itu ialah imbuhan kata
nama, kata kerja , kata sifat dan kata keterangan.
Sifat-sifat imbuhan
Dalam proses membentuk perkataan, imbuhan-imbuhan itu mempunyai dua
sifat iaitu inflektif dan derivatif. Imbuhan –imbuhan yang bersifat inflektif adalah
imbuhan yang mengekalkan golongan perkataan manakala imbuhan derivatif
merupakan imbuhan yang menukarkan golongan perkataan.
Penggandaan
Penggandaan adalah satu proses membentuk perkataan dengan cara
mengulang atau menggandakan perkataan itu seluruhnya atau sebahagian
daripadanya dan dengan demikian timbullah satu perkataan baru yang membawa
makna atau konsep yang baru. Biasanya , proses penggandaan digunakan untuk
menjamakkan sesuatu kata nama atau menunjukkan perkara berterusan pada kata
kerja. Contohnya, dalam bahasa Melayu penggandaan dibuat terhadap kata nama
untuk menjamakkan bilangannya seperti dalam contoh berikut:
Kereta-kereta, pelajar-pelajar,  adik – adik, saudara-saudara
Proses ini dipecahkan kepada lima bahagian.
1. Penggandaan penuh , iaitu penggandaan seluruh perkataan tanpa sebarang
perubahan.
Contoh:-
Rumah                      rumah-rumah
buku                          buku-buku
2. Penggandaan dengan menerima imbuhan. Bagi penggandaan jenis ini, yang
diulang atau digandakan hanyalah kata dasar, imbuhan yang diberikan kepadanya
tidak diulang.
Contoh:-
a. Penggandaan yang menerima awalan.
      bermain-main, teringat-ingat, perolok-olok
b. Penggandaan yang menerima akhiran.
      sayur-sayuran, renung-renungkan, tangan-tangani
c. Penggandaan yang menerima imbuhan serentak.
     berdua-dua, kemerah-merahan, perbudak-budakkan
d. Penggandaan yang menerima sisipan
     turun-temurun, tali-temali, gilang-gemilang
3. Penggandaan pada sebahagian perkataan. Penggandaan jenis ini hanya berlaku
pada suku kata awal perkataan berkenaan.  Bahagian-bahagian lain di dalam
perkataan itu adalah kekal.
Contoh:-
Pejal               pepejal
cair                cecair
4. Penggandaan semua, iaitu penggandaan yang telah sebati dengan perkataan itu. 
Dalam keadaan ini, sekiranya perkataan itu tidak digandakan maka maknanya
adalah tidak jelas.
Contoh:-
Labi-labi
Kunang-kunang
Pura-pura
5. penggandaan rentak, iaitu penggandaan yang mengalami perubahan sama ada
pada suku kata ataupun pada bunyi yang ada pada perkataan itu.
Ø  Penggandaan rentak pada suku kata
Dalam penggandaan jenis ini, perubahan berlaku pada suku kata sama ada suku
kata awal mahupun suku kata akhir perkataan
Contohnya
-       lalu     ----- lalu –lalang
-       bukit   ----- bukit-bukau
-       cucu   ------ cucu-cicit
Ø  Penggandaan rentak pada bunyi
Dalam penggandaan jeis ini pula, perubahan yang menimbulkan rentak itu berlaku
pada bunyi ( atau fonem) yang terdapat di dalam perkataan.
Contoh:
-       gunung  ------gunung-ganang
-       kuih   -------- kuih –muih
-       lauk    ------ lauk –pauk
-       serba  ---- seba –serbi
Fungsi-fungsi penggandaan
Fungsi-fungsi penggandaan terbahagi kepada tiga iaitu penggandaan pada nama,
penggandaan pada kata kerja dan penggandaan pada kata sifat.
1. Penggandaan pada nama
Penggandaan pada nama dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:-
a. Menunjukkan bilangan banyak misalnya gunung-ganang, menteri-menteri, sayur-
     sayuran dan sebagainya.
b. Menunjukkan maksud menyerupai atau seakan-akan, misalnya pondok-pondok,
   orang-orangan.
c. Menunjukkan satu nama baru.
   Contoh:       Mata   ---- mata-mata
                        Kuda  ----- kekuda
d. Membawa maksud awal, larut dan tiap-tiap.
     Contoh:                
Hari-hari
                                    Petang-petang
e. Menunjukkan maksud “ semua “ (apabila penggandaan itu berlaku pada kata
    bilangan).
    Contoh:                 
Kelima-lima
                                    Kedua-dua
2. Penggandaan pada kata kerja
    a. Mengguatkan darjah sifat, misalnya berhabis-habisan
    b. Melemahkan darjah sifat misalnya main-main, berjinak-jinak
    c. Menunjukkan perbuatan berulang-ulang misalnya melonjak-lonjak
    d. Menunjukkan perbuatan yang dilakukan terus-menerus misalnya termimpi-
mimpi
    e. Menunjukkan  maksud menyerupai contohnya masak-masak ( mereka bermain
       masak-masak).
3. Penggandaan pada kata sifat.
    a. Menunjukkan maksud “banyak” atau “ sungguh”.
        Contoh:  kecil-kecil ( ikan kecil)
    b. Menunjukkan maksud seakan-akan atau menyerupai.
        Contoh : kemerah-merahan ( seakan-akan merah)

Pemajmukan
Pemajmukan merupakan satu proses membentuk perkataan dengan cara
menggabungkan dua atau lebih perkataan dan perkataan baru yang terbabit
daripadanya membawa konsep atau makna yang berlainan daripada makna asal
perkataan-perkataan asal yang membentuknya.
Perkataan –perkataan majmuk yang menerima imbuhan disebut kata majmuk
kompleks, contohnya, persuratkhabaran, ketidakpuashati, bertanggungjawab,
diperanaktirikan dan  lain-lain.
Jenis kata Majmuk
Kata Majmuk terbahagi kepada dua iaitu kata majmuk endosentrik dan kata
majmuk eksosentrik.  Kata endosentrik adalah kata majmuk yang salah satu
daripadanya perkataan-perkataan yang membentuknya dapat menggantikan fungsi
kata majmuk di dalam ayat.
Contoh:
Rumah sakit itu sedang diperbaiki..
Beg tangannya besar.
Air batu ini terlalu manis.
Kata majmuk di dalam ayat di atas ialah “ rumah sakit, “beg tangan” dan “ air
batu campur”.  Kata majmuk itu berfungsi sebagai subjek di dalam ayat dan salah
satu daripada perkataan yang membentuknya boleh menggantikan fungsi kata
majmuk itu.  Misalnya, ayat-ayat di atas boleh menjadi:
Rumah itu sedang diperbaiki.
Tangannya besar atau beg besar
Air ini terlalu panas
Dalam keadaan ini kata majmuk “rumah sakit”, “beg tangan”, dan “air batu
campur” adalah kata majmuk endosentrik.
Kata majmuk eksosentrik pula ialah kata majmuk yang tidak ada daripada
perkataan-perkataan yang membentuknya yang boleh menggantikan fungsi seluruh
kata majmuk itu di dalam ayat.
Contoh:
Tanggungjawab saya berat.
Setiausaha mesyuarat tidak hadir
Ayat di atas tidak boleh berubah menjadi
 tanggung saya berat atau jawab saya berat.
Setia mesyuarat tidak hadir atau usaha mesyuarat tidak hadir.

You might also like