Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

TPACK merupakan satu kerangka yang memperkenalkan hubungan yang kompleks antara ketiga-tiga

pengetahuan iaitu teknologi, pedagogi dan isi kandungan (Mishra & Koehler 2006). TPACK terdiri dari
tiga komponen dasar pengetahuan iaitu teknologi, pedagogi, dan kandungan yang merupakan
pengetahuan dan pemahaman intuitif pengajaran kandungan dengan kaedah pedagogi dan teknologi
yang sesuai.

Secara umum kerangka TPACK adalah terdiri daripada 7 komponen iaitu;

CK - Content Knowledge atau Pengetahuan Kandungan


PK - Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi
TK - Technological Knowledge atau Pengetahuan Teknologi
PCK - Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan
TCK - Technological Content Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Kandungan
TPK - Technological Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Pedagogi
TPACK - Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

Kerangka TPACK memainkan peranan penting dalam menyedikan guru yang boleh mengintegerasikan
pengetahuan tiga komponen ini iaitu teknologi, pedagogi dan kandungan dalam amalan pengajaran.
Selain itu, kerangka ini membantu guru untuk mengintegrasi teknologi dalam pengajaran bagi
meningkatkan profesionalisme guru agar menjadi guru atau bakal guru yang berkesan.

Oleh sebab itu, guru di abad 21 perlu menguasai kemahiran menggunakan teknologi yang ada dalam
proses PdP di dalam bilik darjah. Kebanyakan guru mempunyai 2 komponen asas, iaitu Content
Knowledge dan Pedagogical Knowledge. Oleh yang demikian, proses PdP dalam bilik darjah agak
membosankan pelajar kerana guru memberi input dan murid duduk menerima input yang diberikan
kepada guru. Jika guru meningkatkan sedikit pengetahuan di dalam bidang penggunaan teknologi
untuk diaplikasikan dalam bilik darjah, suasana PdP dalam bilik darjah akan semakin menarik dan
seronok.

You might also like