Pendidikan Khas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TOPIK : KONSEP PENDIDIKAN KHAS

PERBINCANGAN 2
Berdasarkan pelbagai sumber bincangkan definisi murid
pendidikan khas.

Definisi murid pendidikan khas.

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi


memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan
khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri,
dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya
secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas
mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup
memuaskan. Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan
untuk mendidik dan membentuk murid melalui
perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi
sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih
khas dan menggunakan kurikulum khas.

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak


berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari
kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental
keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot
atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam
keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan
sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang
diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia
boleh berkembang sehingga kemampuan yang
maksimum.
Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam
aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria,
keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri
fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan
modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah
ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan
mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap
yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak
normal.

McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid


berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan
tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan
deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada
juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai
seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.
Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak
berkeperluan khas seperti yang di bawah;
"Individuals who differ from societal or community
standards of normalcy. These differences may be due to
significant physical, sensory, kognitif, or behavioral
characteristics. Many of these children may require
educational programs customized to their unique needs."

Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003)


menyatakan kanak kanak itu dikatakan memerlukan
keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam
aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan
pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan
menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika
mereka:
1. mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar
berbanding kanak-kanak sebaya dengannya,
2. mempunyai kecacatan yang menghalangnya
menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan
oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.
3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di
kategori (2) di atas.

Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid


berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi
kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah
pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat
Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).
Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak
yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan
dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan
untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan
mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).

Kesimpulan
Kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan
dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding
dengan kanak-kanak biasa.

You might also like